Thursday, December 30, 2010

PULAU DAYANG BUNTING

Beberapa ratus tahun dahulu ada seorang jin bernama Mambang Sari duduk di Pulau Langkawi.




Pada tiap-tiap hari Mambang Sari dengan dayang-dayangnya pergi bermain-main di suatu tempat yang di panggil Pasir Telok Ayer Tahun.



Pada satu hari semasa mereka bersuka-sukaan di pantai pasir di Pulau itu, seorang jin bernama Mat Teja melihat mereka, dan Mat Teja jatuh kasih kepada Mambang Sari. Tetapi Mambang Sari tidak tahu langsung bahawa Mat Teja kasih kepadanya.





Selepas bermain-main di Pasir Telok Ayer Tahun, Mambang Sari dan dayang-dayangnya pergi mandi di Telok Lawak.



Tiap-tiap kalinya Mat Teja mengikut dari jauh kerana tidak berani mengatakan kasihnya kepada Mambang Sari.



Pergi ke Telok Ayer Tahun, Mat Teja kena lalui di suatu tempat yang dipanggil Diang. Maka, di tempat ini tinggal seorang tua bernama "Tuk Diang".



Pada suatu hari apabila ia lalu, Tuk Diang bertanya kepada Mat Teja ke mana ia hendak pergi.



Jawab Mat Teja, ia hendak pergi mengikut Mambang Sari kerana ia telah jatuh kasih kepadanya, tetapi ia tidak berani pergi hampir.



Tuk Diang beri petua kepadanya, ambil sebatang tabung buluh, pergi berjalan di pantai laut waktu air surut, kemudian tadah air mata duyung dengan tabung buluh itu di suatu tempat yang dipanggil Telok Kahar. Apabila dapat air mata duyung itu, basuh muka dengannya apabila ia lihat Mambang Sari.



Mat Teja turut seperti yang mana dipetuakan oleh Tuk Diang dan satu pun tidak ketinggalan. Ia pun berjalan di pantai laut dan sampailah di Telok Kahar waktu air surut. Maka dilihatnya seekor duyung duduk di atas batu dan air matanya jatuh meleleh di mukanya kerana air pasang telah meninggalkannya dan dia tidak dapat balik ke laut.



Apabila Mat Teja melihat duyung itu duduk terbeting di batu, ia pun tidak lengah lagi membuka tali pinggangnya di mana tergantung tabung buluh yang tersebut dan menadah air mata duyung itu. Apabila sudah dapat ia pun dengan segera balik ke Telok Lawak. Maka di sini ia dapati Mambang Sari sedang bersuka-sukaan. Mat Teja dengan tidak membuang masa menyapukan leher dan mukanya dengan air mata duyung itu. Apabila Mambang Sari melihat wajah Mat Teja ia pun jatuh kasih kepadanya.



Pada hari-hari kemudian yang berikut mereka duduk berkasih-kasihan, tetapi tidak duduk sama setempat. Ada kalanya mereka berjumpa di darat dan ada kalanya di laut.



Tidak berapa lama daripada itu Mambang Sari pun bunting dan balik ke suatu tempat yang dipanggil Dayang Beranak untuk melahirkan anaknya. Tujuh hari lepas bersalin anaknya meninggal dunia. Mambang Sari campakkan anaknya ke dalam sebuah tasik dan tasik itu pada masa ini dipanggil dengan nama TASEK DAYANG BUNTING.

GILA MEROYAN

MENGIKUT orang tua-tua dulu, ketika dalam pantang, wanita tidak dibenarkan melakukan sebarang kerja. Larangan ini ada rasionalnya kerana ia sebenarnya memberi peluang wanita mendapat rehat secukupnya selepas melahirkan anak. Kehamilan adalah khabar gembira, tetapi mungkin ramai tidak tahu atau tidak sedar ia sebenarnya memberi tekanan fizikal dan mental kepada wanita yang mengalami masalah loya dan muntah, terutama jika ia tidak dirancang dan bukan kehamilan yang diharapkan. Perkara ini boleh menyebabkan sesetengah wanita mengalami masalah tekanan, kesedihan melampau dan kemurungan selepas melahirkan anak. Dalam keadaan tertentu, gangguan fikiran dan emosi dihadapi menyebabkan sesetengah ibu tidak dibenarkan menjaga bayi mereka.


Bagi masyarakat kita, ia dipanggil meroyan atau kemurungan postpartum yang berlaku selepas melahirkan anak. Menurut perunding psikiatri, Dr Nor Hamidah Mohd Salleh, walaupun zaman sudah berubah, masalah ini tetap berlaku kepada semua bangsa. Prevalens kemurungan postpartum adalah satu atau dua kes bagi 1,000 kelahiran.

Dalam budaya kita, wanita dalam pantang diberi perhatian dan layanan istimewa daripada suami dan keluarga. Ini adalah budaya yang baik kerana ia boleh mengurangkan risiko wanita mengalami kemurungan selepas bersalin. Kemurungan postpartum atau meroyan juga boleh berlaku apabila wanita mengalami keguguran, bayi meninggal dunia ketika dilahirkan atau bayi dijadikan anak angkat. Ia adalah masalah yang serius dan jika tidak dirawat boleh menyebabkan ibu hilang pertimbangan diri. Kenapa ia hanya berlaku pada sesetengah orang? Kata Dr Nor Hamidah, ia juga dipengaruhi daya ketahanan mental seseorang. Bagi yang ‘tahan lasak’ dan reda dengan takdir serta menganggap setiap kehamilan (walaupun tidak dirancang) sebagai rezeki, risiko mengalami masalah ini jauh lebih rendah. Banyak punca boleh menyebabkan masalah ini seperti:
*Pernah mengalami kemurungan, sama ada pada diri sendiri atau ahli keluarga (termasuk skizofrenia).
*Perubahan hormon yang banyak (perubahan hormon mendadak boleh merangsang kemurungan).
*Pertambahan tanggungjawab.

*Tekanan
*Kurang sokongan keluarga.

*Gangguan psiko sosial seperti masalah perkahwinan atau pergaduhan.
*Tidak cukup tidur kerana terpaksa bangun malam untuk menyusukan anak.
*Melahirkan anak yang tidak dikehendaki.

*Kekecewaan akibat terlalu inginkan anak lelaki, tetapi dianugerahkan anak perempuan (atau sebaliknya).



Bagaimana hendak mengenali jika isteri atau ahli keluarga mengalami masalah ini? Antara simptom meroyan ialah:

1.Terlalu lesu.
2.Hilang kegembiraan untuk menjalani hidup.
3.Tidak boleh tidur malam (insomnia).
4.Sedih keterlaluan.
5.Menangis tanpa sebab.
6.Resah gelisah.
7.Berasa diri tidak berharga
8.Sentiasa berasa bersalah.
9.Emosi mudah terganggu
10.Hilang selera.
11.Tidak boleh menumpukan perhatian.


Bagi kes lebih serius yang dipanggil postpartum psikosis, wanita mungkin:




Hilang pertimbangan.

Berasa benci kepada anak.
Mengalami delusi (percaya kepada perkara yang tidak benar seperti menganggap diri sebagai orang terkenal).
Mengalami halusinasi (mendengar suara ghaib).
Terlintas mahu membunuh diri.



“Kemurungan postpartum biasanya berlaku selepas beberapa hari melahirkan anak dan ia berlanjutan sehingga melebihi dua minggu. Wanita yang mempunyai sejarah kemurungan berisiko tinggi untuk mengalami masalah ini.“ Biasanya ia berlaku pada wanita yang pernah mengalami masalah kemurungan.


Jika seseorang wanita mengalami kemurungan postpartum pada kehamilan pertama, dia berisiko tinggi mengalami masalah sama pada kehamilan seterusnya dengan kebarangkalian sebanyak 25 peratus. “Bagi kes begini, ia dikelaskan sebagai kehamilan berisiko tinggi dan keadaan mereka dipantau sepanjang kehamilan dan selepas melahirkan anak. Bagaimanapun, jangan keliru dengan kesedihan selepas bersalin atau dipanggil ‘baby blues’. Si ibu akan berasa sedih tanpa sebarang sebab, tetapi masalah ini tidak lama dan hilang selepas lima atau tujuh hari,” katanya.
Hampir 50 peratus wanita mengalami masalah ‘baby blues’. Ia masalah biasa dan tidak perlu dirisaukan. Ada yang mengalaminya pada kelahiran pertama saja. Antara gejalanya ialah rasa tertekan, sedikit murung, sedih, mudah menangis, berasa terlalu terharu tanpa sebab dan emosi cepat berubah. Semua gejala ini timbul akibat perubahan hormon yang banyak selepas bersalin dan akan hilang beransur-ansur apabila paras hormon kembali normal. Bagaimanapun jika kemurungan ini berlanjutan melebihi dua minggu, suami atau ahli keluarga disaran segera membawa isteri mendapatkan rawatan. “Dalam keadaan seperti ini, sokongan ahli keluarga, terutama suami, sangat penting. Suami perlu beri kerjasama menjaga anak, seperti bangun malam atau membantu menukar lampin, supaya isteri boleh mendapat tidur yang cukup. “Kurang sokongan daripada suami dan ahli keluarga boleh menyebabkan wanita mengalami kemurungan. Apabila ini berlaku dan tidak dibantu segera, masalah jadi lebih berat kerana pesakit tidak dapat mengawal perasaan dan dibelenggu pelbagai perkara yang menekan fikiran,” katanya.
Kemurungan ini juga membuatkan sesetengah ibu tidak dapat menyusukan bayi kerana ada perasaan benci atau menganggap anak mereka cacat, walaupun hakikatnya ia dilahirkan sempurna atau melihat si kecil itu bukan anak sendiri. Dr Nor Hamidah berkata, kehamilan yang tidak dirancang atau tidak dikehendaki juga boleh menjadikan wanita tertekan dan murung selepas bersalin. Kajian menunjukkan hampir 70 peratus kehamilan yang berlaku adalah tidak dirancang dan ini meningkatkan risiko untuk mengalami kemurungan.
Bagaimanapun, budaya masyarakat kita tanpa mengira bangsa menganggap setiap anak sebagai anugerah dan sikap ini membantu wanita terhindar daripada masalah kemurungan postpartum. Ini juga sebabnya setiap pasangan disaran merancang keluarga — bukan sekadar memberi peluang anak membesar dengan baik, tetapi membolehkan isteri mendapat rehat secukupnya. Wanita yang pernah menghadapi masalah skizofrenia juga berisiko tinggi mengalami kemurungan postpartum. Bagi kes sebegini, pesakit disaran supaya sentiasa mengambil ubat. Bagaimanapun, pengambilan ubat dihentikan pada trimester pertama untuk mengelak kesan sampingan kepada bayi.



Rawatan
Menurut Dr Nor Hamidah, jenis rawatan tertakluk kepada keadaan setiap pesakit. Namun secara purata pesakit perlu menjalani rawatan dan mengambil ubat antara enam bulan hingga dua tahun. Pesakit akan diberi ubat anti kemurungan atau antipsikotik — tertakluk kepada masalah setiap individu. Selain itu, sokongan suami boleh menjadi penawar. Justeru, beliau menyarankan setiap pasangan membuat persediaan mental dan fizikal sebelum merancang menimang cahaya mata. Menjarakkan kehamilan sekurang-kurangnya dua tahun juga amalan baik untuk memberikan badan wanita pulih secukupnya selepas bersalin kali pertama. “Suami harus bersedia memikul tanggungjawab. Turunlah ke dapur menyediakan makanan untuk isteri. Dalam keadaan hidup sekarang, tidak ramai ibu boleh datang menemankan anak mereka sepanjang tempoh berpantang. Sebagai persediaan, belajar ilmu keibubapaan. “Suami juga perlu faham perubahan yang berlaku pada isteri. Jika berkemampuan, dapatkan pembantu untuk menjaga anak supaya isteri boleh berehat dan menenangkan fikiran. Mempelajari kaedah menangani tekanan juga boleh membantu masalah ini,” katanya.



Sumber:NORLAILA HAMIMA JAMALUDDIN

Malu i.....

Petang td kemas2 rumah,,ye la dh nak start sekolah dossss..anak k2 dh msuk darjah satu,,mintak2 la dia ok,,dia ni walaupun boy tapi manja sikit,,x macam kakaknyer,,si kakak ni campak tgh pulau pun x pe,,si kakak jenis peramah dn senang dpt kawan,,jns yg senang sgt cari kawan,,tp abang chik ni manja sikit,,mintak2 anak mummy dpt kawan yg elok,,ari tu dpt kwn x elok,,ajar ckp f...k..ei geram jugak,,nasib baik dh ckp elok2 dgn anak,,jgn tiru n use the word,,,ari ni ader tragedy sikit,,nak basuh seluar n baju suami,,aii,,ader rambut pompuan,,panjang pulak tu,,rsnye rambut aku pn x panjang mcm tu,,apa lg boombang boombang la..potpet pot pet,,tibe2 suami tarik rambut aku2 urat...adoiiii,,kemudian dia ambik rambut yg aku syak rambut pompuan lain 2.."aaa..awk tgk sndiri la"..aku pun try la bezakan,rambut2 tu dgn rambutku,,dgn muka yg sgt2 kelat,,'''''ALAMAK,,knp rambut2 ni sama dgn rambut aku,,panjang pun sama,,bila plak rambut aku panjang mcm ni,,...tiba2.."oppssss,,sori,,yang,,rambut sy la,,dh panjang sgt,,x perasan plak,,he,,he,,he"..rupa2nya rambut2 tu rambut aku sndiri la,,,sorila sayang..malu iiii..buat letih je aku mmbebel......
Moral of the story:Jgn cepat buruk sangka...

Wednesday, December 29, 2010

Sihir

Petang tadi,,sy terlibat sama dgn ahli mesyuarat tingkap kt taman ni(ramai cikgu cikgi,yg cuti pn ada,,suri rumah lgla,,saje lepak2,dh lama x lepak,,he..he),,terborak2 pasal sihir2 ni,,jd,sy pun yg x berapa nk arif ni nak sibuk2 jugak la tulis tntang sihir ni.
Dalam masyarakat melayu memang terkenal mengenai Ilmu Sihir. Ilmu Sihir ini selalu dikaitkan dengan Bomoh dan Dukun. Ia sering dirujuk dalam masyarakat kita sebagai perbuatan orang atau kemasukan syaitan.


Bahan yang sering digunakan oleh tukang sihir di kalangan masyarakat Melayu bergantung kepada keperluan tukang sihir itu sendiri. Lazimnya air sihir, keris, darah, telur, jarum dan patung merupakan bahan yang popular digunakan di kalangan bomoh atau tukang sihir Melayu. Di samping itu ia turut dibantu beberapa jenis jin atau hantu bagi tercapainya apa yang diminta. Antara jin atau hantu tersebut dikenali sebagai berikut :-

Hantu Bungkus : Mempunyai kuasa dan boleh meresap dalam tubuh manusia,

Langsuir : Perempuan yang mati ketika melahirkan anak, boleh digunakan bagi tujuan mengganggu,

Polong : Bagi menghisap darah mangsa

Jembalang : Tukang sihir akan membuat perjanjian dengan jembalang sebagai pengawal apabila sesuatu tapak atau kawasan diganggu oleh orang lain.

Kesemua ini diperolehi tukang sihir sama ada secara warisan keturunan nenek moyang kita atau dipelajari oleh seorang guru sihir. Dalam hubungan ini syaitanlah yang memainkankan peranan yang paling besar.

Jenis-Jenis Sihir



PATUNG

Tukang sihir akan menggunakan bahan-bahan yang didapati daripada tubuh badan mangsa seperti rambut, kuku dan sebagainya yang kemudian diikat pada patung. Seterusnya patung itu dicucuk dengan jarum. Pada masa yang sama jampi mantera dibaca oleh tukang sihir tersebut dan dipercayai mangsa akan berasa sakit dan boleh membawa maut.



SANTAU

Nama ini sudah begitu popular di kalangan masyarakat Melayu. Santau merupakan bahan campuran antara kaca yang ditumbuk halus dan ia akan dimasukkan ke dalam makanan atau minuman mangsa dengan membaca ayat-ayat tertentu oleh tukang sihir





TELUR LAYANG

Tukang sihir akan mengambil sebiji telur yang telah dijampi yang lalu dibalut dengan kain kuning. Kemudian sebatang jarum akan dicucuk ke dalam telur tersebut sambil jampi mantera dibaca. Akibatnya mangsa akan berasa sakit serta boleh membawa maut.





TANGKAL dan AZIMAT

Tukang sihir akan menulis ayat azimat dengan lidi daun pokok kabong berserta dakwat merah yang dicampur dengan bedak za'faran dan air ros. Dakwat merah tersebut ialah darah seseorang yang telah mati dibunuh dengan kejam atau darah ayam jantan. Kemudian tangkal atau azimat tadi diperasap dengan kemenyan yang dilakukan pada malam jumaat atau malam khamis yang ditujukan kepada mangsanya.







Sihir Pembenci Dan Kasih Sayang



Sihir pembenci bertujuan memisahkan sepasang kekasih atau suami-isteri. Manakala sihir kasih-sayang boleh dilakukan oleh tukang sihir dengan menulis ayat-ayat jampi di atas kertas kemudian dibakar dan habuknya dimasukkan ke dalam minuman yang disertakan dengan jampi tiga kali sambil menyebut nama orang yang dihajati.



GANGGUAN JIN






Tanda-Tanda Pada Waktu Tidur





*Sangat susah tidur pada waktu malam, kalaupun dapat tidur sudah lama bersusah payah.

*Rasa cemas dan sering terbangun pada waktu malam.

*Mimpi yang buruk atau mimpi melihat sesuatu yang menakutkan serta ingin memekik untuk meminta pertolongan akan tetapi tidak sanggup.

*Mimpi yang sangat menyeramkan.

*Mimpi melihat berbagai macam binatang seperti melihat kuching, anjing, unta, ular, singa, serigala atau tikus.

*Gigi geraham yang berbunyi pada waktu tidur.

*Tertawa, menangis atau memekik pada waktu tidur.

*Berperasaan sedih pada saat tidur.

*Berdiri serta berjalan ketika tidur tanpa sedar.

*Mimpi seolah-olah akan jatuh dari tempat yang tinggi.

*Mimpi sedang berada di kuburan, ditempat pembuangan sampah atau tempat yang mengerikan.

*Bermimpi melihat orang sangat aneh, seperti sangat tinggi, sangat pendek atau sangat hitam.

*Bermimpi melihat hantu.


Tanda-Tanda Pada Waktu Sedar Atau Jaga


*Kepala selalu pusing, yang tidak disebabkan oleh penyakit pada dua mata, telinga, hidung, gigi, tekak atau perut.

*Selalu lupa dari zikir Allah, solat dan ketaatan lainnya.

*Fikiran yang kacau / Selalu lesu dan malas / Saraf yang tersumbat.

*Rasa sakit pada salah satu anggota badan sedangkan doktor perubatan tidak sanggup mengubatinya.


Macam-Macam Gangguan Jin

Gangguan sepenuhnya, iaitu jin mengganggu seluruh badan seperti orang yang mengalami berbagai macam saraf yang tersumbat.

Gangguan tidak secara keseluruhan, iaitu jin mengganggu salah satu dari anggota badan, seperti tangan, kaki atau lidah.

Gangguan yang berterusan, iaitu jin terus berada dalam tubuh seseorang sehingga memakan waktu yang sangat lama.

Gangguan seketika, iaitu tidak lebih dari beberapa detik seperti seseorang yang mengalami mimpi buruk.




Diantara Penyebab Gangguan jin :


Jin lelaki kadangkala jatuh cinta kepada orang perempuan dan kadangkala jin perempuan jatuh cinta kepada orang lelaki.

Kerana kezaliman manusia terhadap mereka, seperti menumpahkan air panas atau menimpakan sesuatu barang dari tempat yang tinggi.

Kezaliman yang dilakukan oleh makhluk jin kepada manusia tanpa sesuatu sebab tertentu. Yang berhubungan dengan prekara ini jin tidak akan dapat menganggu manusia kecuali manusia itu dalam keadaan : Sangat marah, Sangat takut, Sangat lalai dan Mempunyai nafsu syahwat yang tinggi.


Perlindungan Terhadap Gangguan

Sentiasa berzikir dan bertaqarrub kepada Allah dengan memperbanyakkan istighfar. Ini adalah kerana apabila seseorang semakin bertambah dekat dengan Allah maka syaitan akan semakin menjauinya.

Mengucapkan "Bismillah" pada setiap kesempatan, iaitu ketika :-

Hendak melompat dari tempat yang tinggi.

Terjumpa sesuatu di atas tanah.

Memasuki tempat yang menakutkan seperti tempat yang gelap, sunyi dan kosong.

Berzikir kepada Allah pada waktu-waktu tertentu. Seperti pada waktu pagi, petang ataupun pada waktu makan.

Tidak membunuh ular yang bersada di dalam rumah kecuali telah memohon kepada Allah agar ia keluar dari rumah.

Tidak mendengar nyanyian ataupun seruling yang dapat mengundang syaitan dan menimbulkan perbuatan zina. Yakni, nyanyian yang dapat merangsang nafsu seseorang.

Tidak memandang wanita dengan penuh nafsu dan juga tidak berdua-duaan dangan wanita yang bukan muhrimnya.

Jangan tinggal di rumah kosong yang sudah lama tidak dihuni orang, di kawasan perkuburan dan tempat-tempat kotor lainnya. Jangan menunaikan solat sewaktu matahari terbit dan terbenam.

Jangan membuang air kencil merata-rata atau di lubang binatang.

Jangan sekali-kali menyeksa dan menyakiti anjing atau kucing.

Hindarkan dari melakukan perbuatan maksiat. Perbuatan maksiat itu adalah senjata ampuh bagi syaitan

ANTARA JIN, IFRIT, SYAITAN DAN IBLIS

Jin, Ifrit, Syaitan dan Iblis adalah merupakan sebahagian daripada golongan Jin, cuma tugas dan fungsi mereka sahaja yang berbeza. Jin sebagaimana yang telah diterangkan di atas ialah sejenis mahkluk Allah yang tersembunyi dan tidak kelihatan oleh manusia. Pengetahuan mereka lebih luas dan sangat panjang usianya.



Manakala Ifrit pula adalah daripada golongan Jin yang sangat kuat dan bijak menipu serta sangat busuk hati terhadap manusia. Golongan ini tersangat sombong lagi amat durhaka kepada Allah.





Iblis dan Syaitan juga terdiri daripada golongan Jin dan mereka merupakan golongan Jin yang sangat sombong lagi durhaka, pengacau dan menjadi musuh utama manusia dan mendapat kutukan Allah sehingga ke hari kiamat.



Sebagaimana Firman Allah yang bermaksud :





" Iblis menjawab : Sebab engkau telah menghukum saya dengan tersesat, saya akan menghalang halangi mereka dari jalan Mu yang lurus. Kemudian saya akan mendatangani mereka dari depan dan dari belakang mereka, dari kanan dan kiri mereka. Engkau tak akan mendapati kebanyakan dari mereka bersyukur ( taat )."



Sesetengah ulama berpendapat bahawa Azazil itu bukanlah moyang Jin, sebenarnya beliau merupakan satu Jin yang paling abid dan alim di kalangan Jin yang di angkat menjadi ketua ahli-ahli ibadat kepada Jin dan Malaikat. Dia menjadi angkuh dan takbur di atas keilmuan, ketakwaan dan banyak beribadat serta asal usul kejadiannya berbanding dengan manusia ( Adam ). Maka dengan sifat beliau yang sombong itu Allah telah melaknatnya menjadi kafir dengan nama Iblis.





Bermula dari saat itulah Iblis melancarkan gerakan permusuhan dengan manusia sehingga ke hari kiamat.





Allah telah menjelaskan bahawa terdapat tiga jenis permusuhan dilakukan oleh Jin ke atas manusia iaitu :-





Melalui Kejahatan ( As-Suu’ ) : iaitu berkenan dan gemar kepada dosa-dosa dan maksiat hati dan segala anggota tubuh badan.





Kekejian ( Al-Fahsyaa’ ) : iaitu kejahatan yang lebih buruk dan jahat lagi. Kekejian ini adalah sebahagian daripada perkara yang membawa kepada kedurhakaan dan maksiat kepada Allah.





Melalui pembohongan dan menipu Allah melalui perbuatan, perkataan dan nawaitu.

Friday, December 24, 2010

Mak nyah sembah patung untuk cantik

Subject: Kisah Benar: Mak Nyah Sembah Patung Untuk Cantik




YANG BAIK JADIKAN TAULADAN YANG BURUK TU JANGAN AMALKAN,

SEMOGA ALLAH MELINDUNGI KITA DARI PERBUATAN SYIRIK, SEMEMANGNYA KITA NIE HAMBA YANG SENTIASA ALFA DENGAN PERSEKITARAN KITA*

Allah Matlamat Ku,

Ar-Rasul Ikutan Ku,

Al-Qur'an Panduan Ku, Jihad Jalan Ku,

Mati Di Jalan Allah Cita Tertinggi Ku,

Amin Ya Rabbal A'lamin

Seriau baca citer ni... baca ye jgn tak plak.....



Secantik manalah bidadari yang hendak ditunjukkan kepada penulis?

Mungkin si dia secantik Aiswarya Rai. Pelakon Bollywood dan bekas ratu

cantik India itu? Atau secantik aktress Kareena Kapoor?



Petang itu, 8 November 2006, seorang lelaki berpewatakan lembut

tiba disebuah restoran menghadap Laut China Selatan. Dia hanya

mahu dikenali sebagai Sofian. Seperti dijanjikan Sofian membawa

bersamanya gadis ayu berbaju putih dan berambut melepasi bahu

yang sudah beberapa kali diceritakan dalam telefon.



"Inilah dia orang yang saya maksudkan! Cantik tak, Encik Sahidan?"

tanya lelaki lembut yang berkaca mata itu sambil tersnyum.



Wow! Cantik! Memang cantik. Hidungnya mancung, dagu seperti

lebah tergantung dan pipinya gebu.



"Itulah, saya dah cakap, dia ni memang cantik!" beritahu lelaki

lembut itu tersenyum puas.



Semasa minum lelaki lembut memperkenalkan nama gadis ayu itu

sebagai Diana. Sofian tidak berhenti henti bercerita tentang

kejelitaan Diana.

Katanya, ramai sungguh lelaki yang tergila gilakan si Diana ini.

Dari VIP yang bergelar Datuk hingglah jurutera dan buruh kontrak.

Semasa bercerita, Sofian memberitahu malam nanti dia hendak menunjukkan

sesuatu yang mengejutkan.



"Encik Sahidan tunggu di pantai tu. Saya akan bawa Diana sekali

lagi. Saya nak encik tengok sendiri kencantikannya bila disimbah cahaya

bulan. Bila bulan mengambang Encik Sahidan, badan dia jadi kekuning

kuningan macam emas. Wajahnya berkilau kilauan. Betul! Macam

bidadari. Saya tak tipu! Tunggu, ada surprise untuk encik!" Beritahu Sofian

tersenyum lebar.



Pukul 9.00 malam, bersama jurugambar Utusan, Ghazali Basri, kami

tiba di kawasan itu. Sofian sudah menunggu bersama Diana yang

hanya berkemban memakai baju ala Hawaii dengan susuk tubuh yang

menggiurkan.



Apakah yang hendak ditunjukkan Sofian pada kami?



Diana berdiri menghadap ke lautan. Kulitnya yang putih seperti

telur dikupas cukup menggegarkan iman sesiapa yang melihatnya.

Malam itu bulan sedang mengambang penuh. Sofian mengajak kami

mengikuti langkah Diana yang menapak berkaki ayam menuju ke gigi air. Perlahan lahan

Diana menanggalkan kain kemban yang membaluti tubuhnya. Susuk tubuhnya yang

gebu kini terserlah dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki.



Jantung berdegup kencang. Tidak sanggup rasanya hendak menatap ke

arah sebatang tubuh tanpa seurat benang. Tapi .... Mengapa Sofian

beria ia hendak menunjukkan aksi Diana berbogel kepada kami? Apa

motifnya?



"Tengok Encik Sahidan, cantik tak? Betul tak seperti saya cakap?"

Bisik Sofian.



Betul seperti dinyatakan Sofian! Sesiapa memandang pasti

terpukau!

Simbahan cahaya purnama menambahkan lagi keindahan tubuh Diana yang

gebu itu. Sofian tersenyum. Lelaki lembut itu memberitahu bukan

setakat itu sahaja, tetapi banyak lagi rahsia tentang Diana hendak

didedahkan kepada Mastika.



Sambil membiarkan Diana terus berbogel, Sofian menceritakan

siapa sebenarnya Diana dan mengapa dia digilai ramai lelaki.



"Percaya tak kalau saya katakan Diana seorang maknyah! Tanya Sofian.



Mak nyah? Mustahil!! Wajahnya persis wanita tulen. Bahkan Diana

lebih cantik daripada sebahagian wanita yang pernah ditemui.

Rambutnya yang panjang, payudaranya yang menonjol, bibrnya yang

lebar, tiada sebarang petanda Diana seorang mak nyah.



"Betul! Ramai yag tak percaya dia mak nyah!" beritahu Sofain

sambil tersengih.



Sofian memberitahu, dalam usia 20an, Diana sudah beberapa kali

menjalani pembedahan plastik untuk menambahkan lagi kejelitaanmya.

Hidungnya yang kemek telah dimancungkan. Dagunya yang leper

telah diruncungkan dan punggung yang kempis telah dironggekkan. Untuk tujuan itu

Diana menghabiskan lebih RM7,000.



"Tapi mak nyah ni tak akan puas selagi tak cantik macam

bidadari," beritahu Sofian.



Biarpun sudah cantik, Diana ingin menakluki lebih ramai lelaki

kerana kejelitaannya masih kurang diperhatikan pelanggang yag

datang ke lorong tempat dia menjual tubuh. Sofian bersimpati

dengan nasib mak nyah itu, lantas empat tahun lalu dia membawa

Diana ke sebuah negara jiran untik menemui seorang sami bernama

Tok Long. Ketika bulan sedang mengambang penuh beginilah Diana

berbogel di hadapan Tok Long untuk melakukan upacara sulit.



Apa yang berlaku dalam upacara itu?



Diana pengsan selepas patung tertanam di dahi



Empat tahun lalu ........



Puluhan pelita minyak tanah dipasang di sekeliling tubuh Diana yang

sedang terbaring lesu di atas sehelai hamparan kain berwarna kuning.

Tiada seurat benang pun di tubuh Diana. Dia terbaring dalam keadaan

kepalanya menghala ke arah sebuah tasik dan bulan yang sedang

mengambang di dada langit.

Waktu itu pukul 2.00 pagi. Suasana sungguh sepi.



"NAANG KUAAT!" jerit sami bernama Tok Long itu. Tubuh Diana tidak

bergerak gerak. Matanya dipejamkan. Dia hanya menanti apa saja yang

bakal dilakukan sami itu.



"NAANG KUAAT!" jerit sami itu lagi dengan suara yang amat

nyaring.

Perlahan lahan sami itu merapati sekujur tubuh Diana yang sedang

berbogel.

Di tangan kanan sami itu ada sebiji patung sebesar dan sepanjang

jari telunjuk. Sami itu kemudiannya meletakkan patung emas

tersebut di dahi

Diana. Suara sami yang garau menyeru nyeru lagi nama patung

tersebut.

Beberapa kali dihembuskan nafasnya ke muka dan serata tubuh Diana.

Setelah

patung itu dihenyak ke dahi Diana diiringi bacaan mentera. Tubuh

Diana tersentak sentak.



Jasad Diana yang tadinya khayal seolah olah mendapat roh baru

yang menyelinap dalam segenap urat dan nadinya. Diana meraba raba

dahinya, dia merasa ada setongkol benda sudah lekat teguh dan kemas.

Setelah itu tubuh Diana tidak bergerak gerak lagi. Dia pengsan.

Beberapa jam berlalu, Diana terus terbaring tidak sedarkan diri.

Menjelang pukul 5.00 pagi barulah mata Diana terbuka perlahan lahan.



Sami itu membaca mentera dan mencedok setimba air dari tasik kecil

lalu menjirusnya ke tubuh Diana. Dia memberitahu, upacara

menanam patung kecantikan di dahi Diana sudah selesai.

Bagaimanapun, beberapa pantang larang perlu dipatuhi. Mulai hari

itu Diana tidak boleh bersembahyang lima waktu, dilarang mendengar

azan, menjauhkan diri daripada orang membaca al-Quran, bertahlil

dan berzikir menyebut nama Allah. Diana juga diharamkan mengucap dua

kalimah syahadah dan pergi ke masjid.



Sami itu menerangkan, jika pantang larang itu dilanggar, tubuh Diana

akan kepanasan seolah olah terbakar



Selama tempoh empat hari Diana dibawa tinggal di sebuah kuil. Dia

diajar menyembah patung termasuk patung ratu kecantikan yang ditanam

di dahinya.

Diana turut dilarang melihat cermin serta bersetubuh dengan lelaki.

Diana

dimandikan dengan air bunga setiap malam ketika bulan mengambang.

Dan

setiap malam juga apabila hendak tidur, Diana terasa dirinya

ditemani seseorang menyerupai patung emas tersebut!



Selepas hambis tempoh empat hari itu, Diana dibenarkan pulang.

Sekarang

dia boleh memohon apa saja daripada patung tersebut untuk

kesenangan hidupnya. Diana diyakini bahawa dengan bantuan ratu

kecantikan di dahinya, orang akan melihatnya seperti bidadari.



Untuk sekali upacara menanam patung emas itu, Diana membayar

RM3,700 kepada sami tersebut.



Betulkan cerita ini, Sofian?

"Betul encik. Dah ramai mak nyah, pelacur kelas atasan dan GRO dah

pasang patung ni di dahi. Saya berani cakap, majoriti pakai

patung ini!

Kalau

wajah mak nyah tu hodoh tapi bila pakai patung tu, orang nampak

cantik dan bersinar sinar," terang Sofian bersungguh sungguh.



"Untuk mengenali pemakainya mudah saja. Ada tanda merah di dahi

tempat patung itu ditanam. Kesan itu tidak akan hilang sampai bila

bila,"

cerita

Sofian.

"Benarkah begitu? Cerita tentang Diana belum habis ...



Semalam RM1000 sebulan RM30,000!



Selepas empat hari menjalani upacara itu dinegara jiran, Diana

pulang semula kerumahnya di sebuah negeri di pantai timur. Malam

pertama semasa hendak keluar menjual tubuhnya, dia melakukan upacara

seperti diajar sami itu, Ia dilakukan disebuah bilik khas di

rumahnya.



Dalam bilik tersebut Diana memasang colok, membaca mentera,

menyembah beberapa biji patung dan berniat agar malam pertama

itu dia mendapat RM1000 dari pelanggan. Semasa hendak keluar

rumah Diana turut membawa sebuah paptung kecil yang dijadikan

loket rantainya. Diana membahaskan dirinya sebagai 'mak' dan 'anak'

semasa bercakap dengan patung tersebut.



"Malam ni mak nak pergi kerja. Anak mak kena tolong. Apa mak minta,

mesti jadi!" Diana berbisik pada patung itu.



Malam itu Diana keluar menjual tubuhnya bersama sama rakannya di

sebuah lorong. Belum lama dia berdiri di tepi lorong, sebuah

kereta berhenti dihadapannya. Enam lelaki turun, dan keenam

enamnya bergilir gilir melanggan Diana! Peliknya, semua lelaki

tersebut mengatakan dia perempuan!



Diana paling lalris malam itu. Malah ada seorang lelaki yang tak

pernah melanggan mak nyah tetapi apabila melihat Diana, terus

mengadaklan hubungan luar tabii dengannya.



Semua pelanggan memuji muji kecantikan Diana. Dalam tempoh

empat jam menjual tubuh malam pertama itu, Diana memperolehi

RM1,000 seperti yang diminta dari patung berkenaan. Selepas

mencapai matlamatnya, Diana terus pulang kerumah. Dia tidak boleh

tamak, kalau tidak kecantikannya akan hailang. Malam kedua begitu

juga. Dia mendapat duit sebanyak seperti dihajati.



Sejak memakainya empat tahun lalu, setiap bulan pendapatannya

mencecah RM30 ribu hingga RM40 ribu sebulan. Hasilnya, mak nyah itu

mampu membeli beberapa buah rumah teres dan kereta kereta import

berharga ratusan ribu ringgit setiap satu. Kesemuanya dibayar tunai.



Banyaklah keistimewaan yang diperolehi Diana selepas memakai

patung tersebut. Ada seorang pelanggannya bergelar Datuk memberi wang

pendahuluan

muka kereta sebanyak RM15,000 sebagai hadiah. Seorang pemuda

pula

menghantar setong ikan setiap hari kerumahnya kerana jatuh cinta


dengan

Diana. Kalau ada masalah Diana telefon saja pelanggannya mengadu

tiada

wang, pasti permintaanya itu ditunaikan.



Bukan setakat wang malah seorang jurutera dari keturunan Sayid

berhasrat mengahwini Diana kerana menyangka dia perempuan! Diana

cuba memberitahu keadaan sebenar dan menunjukkan kad

pengenalannya bahawa dia seorang lelaki. tetapi jurutera itu tidak

percaya. Bagi mengelakkan rahsia dirinya terbongkar, Diana memutuskan

perhubungan dengan jurutera tersebut.



Tapi patung yang dipuja perlu terus disembah. Jika gagal, Diana

akan diganggu bunyi anjing menyalak dan dinding rumahnya dicakar

cakar.

Pantang

larang juga perlu dipatuhi, kalau tidak .......!



Pernah Diana keluar lewat pukul 2.00 pagi menjual tubuh di sebuah

lorong.

Pukol 5.00 pagi Diana terdengar orang mengaji dari sebuah

masjid

berdekatan. Tiba tiba telinganya berdesing seperti bunyi siren

menjerit jerit. Al-Quran pantang paling besar yang perlu dijauhi.

Tubuhnya terasa terbakar. Selepas habis mengaji, suara azan

Subuh pula berkumandang.

Sekali lagi tubuh Diana seperti dijilat api. Sakitnya tidak
dan terus berlari


kerumah. Mak nyah itu tahu dia tidak boleh mendengar azan. Azan

boleh melemahkan kesaktian patung yang dipakai dan disembahnya.



Tamat cerita Diana, Sofian menceritakan pula kisah menggerunkan

yang

dilaluinya lima tahun lalu. Apakah peristiwa menggerunkan

yang

dimaksudkan Sofian?

(Embedded image moved to file: pic16331.jpg)



Episod 2



Sofian mengaku suatu waktu dulu dia juga seorang mak nyah.

Malah dia pernah menjalani upacara menanam patung kecantikan seperti

dilakukan oleh Diana. Bagaimanapun, apabila berasa usianya semakin

meningkat, Sofian mahu membuangnya. Dia mahu bertaubat dan menjadi

Muslim yang sebenarnya.



Sofian insaf, selagi masih memakai patung tersebut, dia tidak

boleh

mendengar azan atau orang membaca al-Quran. Dia juga tidak boleh ke

masjid untuk beribadat. Kejadian yang dilalui Diana, tubuh menjadi

panas seperti terbakar apabila mendengar orang membaca al-Quran

pernah dialaminya.



Malah Sofian lebih teruk. Kejadian itu terjadi semasa orang mambaca

tahlil dirumah sepupunya yang sedang melangsungkan perkahwinan.

Kebetulan Sofian berada dalam sebuah bilik bersama pengantin.

Apabila mendengar orang membaca kalimah Allah, badan Sofian tiba

tiba kepanasan. Tubuhnya seperti

dikurung dalam sebuah sangkar api menjulang. Panasnya tidak

dapat

diceritakan sehingga terasa darahnya menggelegak.



Ketika itu tubuhnya berubah menjadi hitam ibarat dipanggang dalam api

yang menyala nyala. Mukanya hangus. Selepas itu tiba tiba

saja kakinya menendang pintu. Sofian keluar merangkak, kemudian

melompat ke dinding dan siling lalu menerjah ke arah sebatang

pokok kelapa dan jatuh.

Selepaps

jatuh, beberapa orang cuba memegangnya tetapi Sofian melenting

semula, terbang melekap di dinding serta siling seperti seekor

cicak. Ketika itu rupanya hodoh seperti hantu.



Air bacaan yasin yang dijirus bertukar seeperti percikan api yang

menjilat tubuhnya. Sofian mengelepar. Dia terlalu dahaga sehingga

meminum berbotol botol air. Hanya setelah habis bacaan tahlil

barulah Sofian pulih seperti sediakala.



"Sebab itulah saya tak sanggup lagi memakai paptung tu. Saya tak

sanggup lagi diazab apabila mendengar bacaan al-Quran dan azan,"


beritahu lelaki lembut itu.



Sofin berjumpa semula sami yang memasukan patung tersebut. Malangnya

sami itu sendiri tidak berupaya mengeluarkan patung tersebut,

melainkan Sofian melakukannya sendiri, iaitu berendam selama tujuh

hari tujuh malam dalam selut paya bersama kerbau.



"Bayangkan ketika itu musim tengkujuh baru bermula. Hujan lebat

turun sedari siang hingga ke dinihari. Saya berlumpur dan

menggigil seorang diri," cerita lelaki lembut itu.



Upacara itu Sofian lakukan dalam paya di Gua Musang, Kelantan, pada

2004, iaitu selepas sembilan tahun memakai patung berkenaan.

Disitulah Sofian tidur, berak dan kencing. Dia tidak boleh

bergerak gerak selagi tidak sampai tempoh tujuh hari. Seluruh

anggotanya disaluti lumpur bercampur najis dan air kencing haiwan

tersebut. Hanya matanya terkebil kebil.

Lelaki lembut itu membiarkan lalat, langau dan nyamuk hinggap di

tubuhnya.

Dia terpaksa merelakan lintah menghisap darah di punggung dan

pelipat ketiaknya. Sepanjang tempoh itu Sofian tidak boleh makan dan

minum.

Pernah

dia pengsan beberapa kali akibat terlalu lapar.



Menjelang subuh terakhir dia berlumpur, Sofian tersedar, tidak

lama kemudian dia terdengar laungan azan berkumandang, suara

muazin itu amat jelas dari masjid berdekatan. Tubuh Sofian terasa

menggelegak.

Panasnaya

seperti di panggang api ketuhar. Ketika itulah dia termuntah,

terkencing dan terberak kerana terlalu azab!



Suara azan terus bergema dan Sofian menjerit jerit seperti

dirasuk syaitan. Sakitnya tidak terperi. Di dahinya seperti ada suatu

benda hendak terpacul. Kepala Sofian bergoyang goyang. Pandanganya

berpinar, bumi ligat berpusing seperti hendak runtuh.



UWEKKKKKKKKKKKKKKKKKK!!

UWEKKKKKKKKKKKKKKKKKK!!

Sofian termuntah dan mengeluarkan segala isi perutnya yang berwarna

hijau

pekat. Benda yang hedak tersembul di dahinya seperti sebiji peluru

yang

baru ditembak menembusi daging. Sofian terkencing dan

terberak, dia melolong lolong kesakitan.



Tiba tiba ...

PAPPP!!!



Sebiji benda jatuh di atas tapak tanganya. Benda itu keras,

hitam dan sudah berlumut. Serentak itu kesakitan yang

ditanggungnya sebentar tadi hilang serta merta. Sofian meraba

raba dahinya. Patung yang terasa terbonjol di dahinya sudah

tiada. Sofian lega, sekarang dia sudah bebas dari pantang larang

yang paling azab di dunia.



"Azab encik, azab! Taubat saya tak sanggup buat lagi. Kalau tahu

begini akhirnya, saya tak sanggup buat," cerita Sofian.



Andai Diana hendak membuang patung tersebut, mak nyah itu juga

terpaksa menjalani upacara dan azab yang sama.



"Tak ada jalan lain lagi. Selagi tak buang, azab. Kalau nak mati

lagi teruk. Orang yang tak buang susah nak mati!" cerita Sofian.

Sanggupkah Diana berlumpur dengan kerbau dalam paya tujuh hari tujuh


malam selepas ini?



Mak nyah itu hanya diam. "Sebelum saya buang patung tu, saya nak

jadi jutawan dulu!" beritahu Diana sambil tersenyum penuh makna.



Sebelum mengakhir pertemuan petang itu Sofian mengajak kami

mengikutnya ke sebuah kuil. Apa pula yang hendak ditunjukkannya

kepada Mastika?



"Kami sembah patung di kuil!!"



Esoknya 9 November 2006, kami pergi ke sebuah kuil di pinggir

sebuah kampung.



"Tunggu sekejap, saya nak sembahyang!" ceritahu Sofian.

Sembahyang?



Sembahyang yang Sofian maksudkan bukan solat yang dilakukan oleh

orang Islam. Sofian sebaliknya membakar dua batang colok dan

diletakkan di hadapan patung patung yang berderet deret di

depannya. Kemudian di meletakkan bunga melur dan kekwa di kiri

serta kanan patung berkenaan.

Setelah itu Sofian menyembah patung patung tersebut. Antara yang

disembah itu ialah patung raja segala hulubalang, pahlawan, bayi

dan ratu segala kecantikan iaitu patung yang pernah ditanam di

dahinya dan Diana.



"Saya sembahyang tak lama. Seminit dua. Saya dah minta apa yang saya

nak.

Selalunya hajat saya tercapai. Walaupun benda tu dah tak ada di

dahi saya lagi, tapi saya percaya lagi pada patung patung

tersebut. Saya ada pakai satu patung pada rantai leher untuk jadi

pelaris," beritahu Sofian lantas menunjukkan loket rantainya yang

berbentuk patung seorang bayi.



Dia juga menunjukkan satu lagi patung yang dipakainnya, iaitu

patung puteri segala kecantikan sebagai azimat. Patung puteri inilah

yang menjadi kegilaan pelacur dan mak nyah yang ingin kelihatan

cantik seperti Diana.

Itulah dua jenis patung yang disembah setiap kali datang ke kuil pada

hari Sellasa dan Jumaat, pukul 7.30 pagi setiap minggu.



"Jangan takut. Disini orang baik baik. Sami disini tak pernah paksa

saya masuk agama mereka. Saya buat ini untuk diri saya

sendiri," beritahu Sofian.



Sejak dua tahun lepas, kuil ini menggantikan masjid sebagai rumah

ibadat baru dan tempat sembahyang Sofian. Patung patung pahlawan itu

menggantikan al-Quran dan sejadah. Sofian sudah lama meniggalkan

sembahyang lima waktu.

Kalau begitu, apakah Sofian dan Diana masih Islam?



"Kami masih Islam!"



Apabila melihat perbuatan Sofian dan Diana menyembah patung

patung tersebuit timbul persoalan tentang agama mereka.



"Kami masih Islam!" jawab Sofian.

"Jangan salah sangka. Saya tidak pernah keluar Islam, Cuma saya

dah tersesat. Saya nak cari jalan pulang. Saya ceritakan semua

ini pada Mastika untuk beritahu bagaimana susahnya hendak kembali ke jalan

Allah selepas tersesat jauh!" ucap Sofian.



Sofian lalu bercerita bagaimana azabnya selepas membuang patung

tersebut.

Daripada kaya raya dia jatuh papa kedana gara gara tiada pelanggan.

Tapi

Sofian lalui juga kesusahan itu kerana dia benar benar ingin

bertaubat.

Sofian mahu mengucap semula, bersembahyang dan membaca al-Quran. Dia

ingin semula mendalami agama Islam dan menjadi seorang Muslim

dalam erti kata sebenar.



Lalu dia berjumpa beberapa orang alim meminta mereka

membimbingnya.

Malangnya tiada siapa yang sangup membantu. Ada yang

ditemuinya

penceramah terkenal , berapi api memberi sharahan dalam televisyen.

Tetapi

apabila berjumpa, penceramah itu memandang sinis kepada Sofian.

Sofian

mengadu ke pusat pertubuhan dakwah terkenal untuk mualaf dan sudara

baru

tetapi tidak mendapat layanan. Alasannya tempat itu hanya untuk mualaf.



Sofian pergi pula ke masjid hendak berjumpa imam dan pegawai

masjid meminta bimbingan. Dia dihalau. Mereka mengungkit ungkit

sejarah silamnya menyundal di lorong lorong gelap.



"Masa menyundal tak ingat Tuhan. Orang macam ni kalau tolong takkan

jadi baik. Kalau dah biasa makan tahi, dapat hidu pun cukup!"

sindir orang di masjid tersebut. Itula sindiran tajam yang

masih berdarah di hatinya sampai sekarang.



"Bayangkan encik, masa tu saya lapar, nak minta makanan di masjid

tapi tak diberi. Saya hanya minum air paip! Sedih betul bila

diejek dan dihina,"

cerita Sofian dengan air mata bergenangan.



Setelah gagal meminta bantuan daripada orang Islam sendiri, Sofian

pergi ke beberapa buah rumah ibadat dan akhirnya serasi berada di

kuil tersebut.



"Orang Islam sendiri tak nak tunjuk jalan yang lurus kepada orang

macam saya. Tapi di kuil ni tanpa duit sesen pun saya diberi makan,

minum, rokok dan tempat tidur.Sofian bertanya tanya mengapa orang Islam menghina orang sepertinya


yang ingin kembali ke pangkal jalan? Ada juga yang

mempertikaikan niatnya hendak bertaubat.



"Jangan pandang hina kami. Orang di kuil itu tidak pernah hina

kami.

Mereka tak pernah ajak kami masuk agama mereka. Kami tak pernah

disuruh makan babi.



"Tolonglah, kami dah terlajak, lupa diri dan asal usul. Tolong

tunjukkan jalan. Kami nak jadi normal semula," beritahu Sofian.



Diana hanya mengangguk. Nasibnya lebih dasyat, dia perlu berkubang

dengan kerbau, tujuh hari tujuh malam jika ingin membuang

patung yang masih tertanam didahinya.



Sebelum berpisah, Sofian berbisik, akibat desakan nafsu, dia masih

juga menjual diri walaupun sudah membuang patung di dahi.



"Nafsu, encik. Sekali sekali saya pun keluar menyundal. Orang

masih pandang saya. Seri patung itu masih belum pudar," bisik

Sofian.



Mastika faham. Nafsu. Memang iman selalu tewas kepada nafsu.



Sebelum berlepas pulang ke Kuala Lumpur . Pada malam Jumaat 9

November 2006, ketika orang Islam sedang melakukan ibadat membaca

al-Quran di rumah dan di masjid, Mastika pergi ke lorong tenpat

Sofian dan Diana mencari pelanggan.



Kami nampak Diana sedang menunggu jantan. Pakaiannya seksi sungguh.



Sofian? Kami tidak tahu dimana. Mungkin Sofian benar benar

sudah

bertaubat, dan sekarang bersimpuh di atas sejadah. Mungkin juga dia

sedang berdoa agar apabila cerita ini tersebar, akan tampillah

nanti orang yang akan membawanya dan Diana, serta mak nyah mak nyah

lain, keluar daripada kesesatan ini.

kebanyakan mak nyah mengatakan bahawa mereka jadi begitu kerana naluri mereka sendiri,akan tetapi hakikatnya Allah telah jadikan mereka sebagai lelaki pada zahirnya.jadi mereka ni lebih suka ikut naluri dari ikut fitrah yang Allah dah aturkan untuk mereka.masyarakat,ibu bapa dan rakan-rakan mereka perlu membimbing mereka kejalan yang benar sebelum nyawa masih di kandung badan mereka.ini juga salah satu usaha dakwah.
(sumber:Mastika)








 

Gangguan Jiwa Kaum Wanita Kerana Guna-Guna


Ketika terjadi pertemuan dengan Sheikh Hamd Bin Abdul Rahman al Ya'isyi seorang ahli terapi ruqyah di pejabat sidang akhbar al-Jazerah.(Tepatnya pada hari Jumaat 7 Zulkaedah 1423H) kepada beliau diajukan pertanyaan: "Dari fakta salah satu hospital jiwa kami mengetahui bahawa penyakit kejiwaan banyak menimpa para gadis. Apakah penyebabnya?"




Syeikh Hamd menjelaskan bahawa dalam kehidupan keluarga anak-anak gadis sering kali lalai bahkan di antara mereka ada yang terlepas kawalan baik ketika berada di dalam rumah atau di luar rumah.





Perkara seperti ini kadangkala menjadi penyebab kerosakan tatatertib sosial kerana kepercayaan yang diberikan oleh keluarga kepada anak perempuannya terlalu berlebihan dan sering kali tidak pada tempatnya



Ketika ini tidak sedikit para wanita yang menjadi pelayar internet. Mereka rela menghabiskan waktu berjam-jam untuk melakukan kerosakkan di alam maya itu.Bahkan dari sana mereka menjalin hubungan intim atau mendapat teman dengan orang-orang baru yang tidak diketahui asal-usulnya,serta tidak terjamin latar belakang mereka sehingga mereka terjerumus ke dalam kemaksiatan alam siber yang penuh khayalan dan mengundang dosa. Peluang seperti ini mengundang datangnya pengaruh jin( Penulis blog ini pernah merawat satu kes gangguan seorang pelajar wanita yang sangat suka ke cyber cafe)



Kebiasaan dalam menampakkan keindahan yang mereka miliki secara berlebihan dapat mengundang pandangan bernafsu dan al'ain. Lebih-lebih lagi mereka yang dianugerahkan kecantikan dan keelokan tubuh.Sehingga saat mereka datang di hadapan masyarakat umum mereka hadir dengan penampilan yang menarik perhatian ramai.Apalagi jika pakain mereka betul-betul seksi dan setengah telanjang. Semua ini adalah faktor yang mengundang syaitan



Dalam pelbagai acara dan majlis pernikahan ramai wanita suka menari bahkan ada yang menampilkan tarian mengghairahkan dan menarik perhatian penonton. Hobi bersolek dan terlalu lama di depan cermin sehingga timbul perasaan kagum tentang diri sendiri(kecantikan) akan memudahkan jalan bagi jin untuk merasuk gadis itu.(memang ramai yang sakit gangguan syaitan cantik-cantik rupanya)



Kebiasaannya berjalan-jalan di pusat membeli-belah tanpa ada tujuan yang jelas juga dapat mengundang jin. Sebab pasar merupakan tempat yang subur bagi perkembangan jin dan syaitan untuk menyakiti manusia,menyebabkan mereka mengalami tekanan perasaan ,disihir,diragut dsbgnya.



(Nota:dari buku Hikmah terapi al quran dengan sedikit tambahan

Ramainya wanita yang tidak sensitif tentang aurat ,tidak solat dll menunjukkan betapa lemahnya didikan dari ibubapa, suami dan diri mereka sendiri)

Thursday, December 23, 2010

Doa mecari barang yg hilang

Doa yang menjadi amalan para awliya’ dan solihin yang terdapat di dalam kitab Bustanul Arifin (Taman Orang-orang yang A’rifin / Ahlillah / Awliya’ Allah) tulisan Imam an Nawawi. Imam Nawawi meriwayatkan doa ini daripada kitab Risalah al Qusyairiah tulisan Imam Abul Qasim al Qusyairi radiyAllahu anhu di dalam bab ‘Karamah Awliya’. Doa itu adalah:




“ Ya Jami’an Naasi li yaumil la raiba fihi, ijma’ alayya dhollati”



Maksudnya: “ Wahai Tuhan yang menghimpunkan manusia pada hari yang tiada keraguan padanya,himpunkanlah aku dengan barang aku yang hilang itu.”



Berkata Imam Nawawi:

“ Sebenarnya doa ini telah saya cuba maka saya mendapatinya sangat bermanfaat dan menjadi sebab untuk mencari barang yang hilang itu dengan tidak bersusah payah mencarinya. Barang itu juga tidak jauh dari tempat yang kita sangka. Saya juga telah mendengar perkara yang sama daripada Sheikh al Hafiz Abu Baqa’ ketika beliau mengajarkan doa ini dahulu kepada saya.”

Wednesday, December 22, 2010

Apa kau buat kat atas tu?

ari ni blk kelas nasik lemak kat citra klasik,,tus abk anak kat Taska,,smpai je kat rumah,,tgk budak dok panjat pokok Mangga jiran dpn rumah  "aii,,nk mencuri apa ke jadahnya,,pokok mangga tu x prnahnyer berbuah pun,tu pokok mangga jantan tu,,x pun jns yg 2 alam"  aku yg peramah ni pun"dik,,apa yg kau buat kat atas tu,,blk la,,kang mak marah,,dh nk senja ni?...budak tu tersengih2 kerang pulak...."kesian OKU kot?".....tiba2 anak tegur "mummy ni ngape ckp sorang2 dgn pokok"..aiii anak aku ni dh rabunke aper.."ni ha ader budak kat atas pokok"aku tunjuk kat pokok mangga 2 alam tu...."mana ader"kata kakak,anak aku yg sulung...."niiii"jwb aku...gullppp...alamak budak ni ader ekorla...alahai...naik la bulu roma ku yg kuit miut dn bulu2 ketiak,,jgk bulu hidung ku....nsb baik org dh msuk rumah..silap aribulan depa anta aku kat tanjung......"Makcik,,tlg carik ma dn appa sy,,merka terjun kat sungai(smbil tunjuk sungai sebelah jalan dkt rumah),,,x naik2 lg,,tlgla makcik,,sy tunggu kat sungai tu dh lama dh,,,sejuk,,lapar"..
...Ya Allah,,ms tu  x tahu nk ckp aper,nk cabut,,kang anak2 terkejut pulak,,mereka pulak jd takut..."esk pagi2 makcik tlg yer"..."sy sejuk"///adui per nk buat ni...aku start kreta..pg bengkel kreta bdk india,nama dia Kumar
"kumar,tlg akak jap,,kau berani x"..."sy banyak berani aka,,apa aka mahu sy bikin"..cuba kat tengok kt tebing tu,,kat bwh pokok barisan no 4 tu,,ader aper,,,,"ayoyo aka,,suda gelap,,esokla bikin"...penakut budak india ni...rupaje mcm gangster.."ala kumar,,u ajak la u punya geng,,nnti sy bg upahla..."ok,,akak,,tunggu ya,,sy mau cll sy punya adik"..10 min adik dia,,lg gangster tahap gabanpunyer muka...depa pergi check2....menjerit(yg gengster tahap gaban)dlm bahasa tamill,menjerit2 pnggl kwn2 dia,,,,,Ade bdk dlm lingkungan 5-6 thn mati kat c2,,dh nk reput dh pun,,patutla,,org selalu ckp kat sungai tu busuk....esok masuk paper la kot,,aku blah bila ramai yg dtg tgk,,mak sedara bdk tu..dh menjerit,smbil tarik2 rambut..ayoyo..bla...bla..bla(bhs tamil,aku x faham)..rupanya mak bapak budak tu terjun sungai sama2 sbb x tahan kena ganggu  dgn ceti haram,,bkn along cina,,tp ceti gangster india,,,aiii..mcm2.ni pun terbangun dr tido terus tulis,,sbb nmpak bdk india tu tersengih2,,smbil lambai2 tangan dn ckp tamil dgn aku...Si kumar tu dh janji x nk bgtahu org psl aku suruh carik budak kat c2,,jaga kau Kumar kalau mungkir janji,aku potongggg....dot..dot..kau..he..he..he..rs lega,,x tahu knp?nsb baik kau x nk upah sbb dh terperanjat tahap monkey in the zoo dh..sori la nama kau msuk "Rumah" akak ni....he..he..he

AKU DAH PENAT...tunjukkan aku jalan

Aku betul2 dh penat,,penat bdn,,blhla dibawak berehat,,tp penat ni seakan x org yg faham,,,hanya Allah shaja yg faham,,,Ya Allah,,beratnya dugaanMu,,aku x pnh mntak semua ni,,mungkin ni la Anugerah Mu yg Kau bg utk menduga setebal mana keimanan aku,,tp kdg2 dlm solat,aku ttp menagis..betapa byknya onak duri yg dh aku lalui hanya kerana ANUGERAHMu yg x pnh aku minta...Ader yg kate bersyukarla n bertuah sbb dpt anugerah yg x diminta ni...aku mmg bersyukur,sbb dpt diduga oleh Allah..rs Allah syg pd aku,,tp mngkin  x rs bertuah,,org2 sekeliling x tahu apa yg pnh dn dh aku alami,,dulu pnh naik bas,,nmpak seorang india bercakap2 sorang diri,,mcm sewel je,,intai2 org sebelah dia,,tp x der org,,sekarang aku dh faham ape perasaan india tu,,cuma india tu mngkin x pandai kawal diri utk borak dgn "kawan" dia...hmmmm
Berubat?dh jenuh aku berubat,,mana2 dgr ader bomoh,perawat Islam yg pandai,,trus aku pergi,,tp x pnh dpt jalan penyelesaiannye....Duit abis beribu2,ade yang kata aku cuma berkhayal,,ader yg kata masalah saka,,ade yg kate anugerah dr Allah,,betapa ramai yg tlg aku 'hijab' 'mata' aku,,tp segalanya jd makin terang bkn semakin kurang,,,semakin hari semakin jelas..aku pnh menjerit,,berteriak(dlm hati) sbb dgr 'geng2' mereka bercakap,,bkn satu suara,,tp beribu2 suara,,Syukur kerana aku ade Allah,,Syukur kerana Allah sentiasa melindungi aku...bila aku dgr org yg bgtahu dgn bangganya dia pnh ke alam bunian,,mereka mcm ni,,mcm ni,,aku cuma diam n senyum sahaja...sbb aku btl2 dh penat...benda yg plg jelas aku nmpak adalah bunian..aku x tahu nk cerita,,mgkin org kata aku berlagak,,berkhayal,,tp aku btl2 dh penat
Mgkin jika bkn kerana Allah,aku dh lama masuk tanjung rambuta,,cuma syukur juga sbb suami n keluarga pn dh faham apa yg aku alami,,dulu suami pun x percaya..tp lps byk kejadian,,akhirnya dia percaya juga...
Ya Allah,kdg2 aku rs sedih & tertekan,,aku bkn org yg pandai,,aku x tahu cara nk guna pemberian Kau,,Tolongla Ya Allah..aku cuma mahu jd wanita normal,,yg biasa2 sahaja...tunjukkanlah aku jalan

Kelas Masakan Citra Klasik

Dh lama sbnrnya nk pg join kelas mskn citra Klasik ni,,tp x pnh2 menyempatkan diri..ari ni rilek sikit,,sbb x der temujanji mengurut,,x der org buat tempahan kuih muih dll,,,n blh anta anak ke taska,,maka berjaya jgk join kelas nasik lemak dgn K.pau ni,,ye la,,kene menambahkan skill yg ader dgn sifu kiter ni...ari ni kelas nasik lemak..nasik lemak,,dn sambal ibu k.pau  mmg 'berhantu',,bak kata k.pau..'berhantu'..tp mmg btl,,nasik dn sambal sedap..harga yuran pun murah..he..he,..he..nk upload gambar byk2 lg,,tp nmpaknyer meksis ku meragam lg lar..aiyoooo..anyways kredit to k.pau 4 nasik lemak & samnal ibu &lauk pauk yg enak

Tuesday, December 21, 2010

Duduk diam2 kat situ

19 disember 2010: Dpt panggilan telefon dr seorang kakak..nama dia kakak xx.(rahsia..he..he),,kate nk dtg mengurut..oleh kerna ari ni ari ahd,,jd aku on je,,lgpun yg dtg nk sbb dia mengandung anggur temujnji jam 8.30 mlm,,lps isyak,,,dlm 1/2 jam dtgla akak ni,,wahhh cantik orgnyer,,,,dlm lingkungan lewat30 an...gaya ala2 amk datin la.....akak ni sampai dlm pkl 4 ptg,,okla,,dh ptg,,bkn waktu tghari(aku x mengurut pd tengahari @ lps jam 12 mlm,,angin x elok,msuk bdn pulak,,x psl2 tukang urut yg demam),,akak ni senyum2 simpul,,aku pun senyum sesenyumnyer,,mcm main bls2 senyum jer..lwn senyumm,,..bila nk jemput dia masuk rumah..tiba..tiba...yg dok sebelah dia pun senyum jgk,,Ya Allah,,ader jgk yg mengikutnyer.......aku"emmmm..kak,,blh x akak sorang je yg masuk,,yg dok sebelah tu x pyhla msuk"..akak tu mula2 tercengang2,lps tu baru la tersengih2..  "adik nmpak ke dia dik?"...."dia x kacau org pun"  aku pun bg la masuk jgk sbb nk tau story akak ni sblm start....pujuk punyer pujuk,,bg caik,liuk lentuk,,baru la akak tu cerita  : Akak kawin awl,dlm usia 17 thn ,lps SPM,ms tu suami pn baru dapat kerja,,jd sbb x nk jd fitnah,,org tua suruh kawin jer,,akak dpt tawaran ke UM,,tp sbb ms tu pregnant,,akak tolak,,lps bersalin,suami dpt tawaran ke UPM,,tawaran ke2,,Fikir psl ms depan,,akak bg,,bayangkan lps bersalin,,suami pulak sambung belajar,mana nk acrik duit,,habis pantang,,akak bekerja x behenti,,sbb nk sara suami yg tgh belajar...ape kerja akak x buat,,jd pekerja kedai mkn,,jual nasi lemak,,abk tmpahan jahit baju dn mcm2..dlm pd tu akak mengandung lg,,bygkan ms tgh sarat mengandung 8 bulan,,akak angkat meja dr tingkat 4 utk jual nasi lemak pg...akhirnya suami tamat belajar...
Hati akak gmbra sgt2..harapan dptla hidup sng,,tp suami sgt memilih kerja,,kerja kjp behenti,,x tahan la,,gaji ciput la,,mcm2,,suruh tlg jual nasik lemak,,malu katanya,,akhirnyer kerja dia cuma mkn,tido,,mntak duit dgn akak,,,,akak mmg bodoh,,cinta mmg buta...
perniagaan akak untung,,dn akak dh simpan duit nk bkk kedai mkn yg selesa sikit...suatu hari kelaurkan duit sbb nk upah kontraktor..pg mandikan anak jer,,duit lesap,,anak sulung ckp babah,ambik,,alangkah hncur hati,,tuhan saja yg tahu...esoknya blk awl dr niaga,,sbb nk jumpe kontaktor,,nk mntak tangguh duit tu..dr luar rmh dgr suara merengek2....akak berdebar...x sangka,,suami akak tgh buat zina dlm bilik tido dlm rumah dgn pompuan lain,,hancurnye hati,,,,patut akak mrh dia,,tp suami akak kate,,salah awk,,muka dh la x cntik,,bdn mengelebir sana sini,,mcm katak,,pedihnyer,,tuhan saja yg tahu,,,,akak halau dia dr rumah,,esoknya gempar lg,,pengasuh anak tel,,kater suami dtg abk ank2,,pengasuh yg x tahu cerita bg jer suami abk.
Mcm nk gila,,dh la suami x sedar di untung,,bwk anak2 lari...dpr panggilan tel,,suami kata kalau nk bercerai dn nk blk anak,bg dia RM 30,000..emak n ayah akak gadai tanah,,kami buat report polis tp dia dh lari ke golok dgn pompuan tu,,akhir yer dpt jgk mntak fasakh..ms tu akak nekad,,akak nk buktikan pd suami akak,,yg akak perempuan yg berjaya dlm prniagaan,dn juga perempuan yg cantik jelita,,digilai ramai lelaki,,akak pendek akal,,prgi jumpe bomoh pengasih,,niat nk mntak minyak pengasih jer..tp bomoh tu syorkan pakai susuk di 7 tmpat..mmg power,,akak digilai ramai lelaki,,akhirnye berkahwin dgn anak teruna,,anak org kaya..tp Allah tu maha Esa,,hati akak x pnh tenang,,mcm ader 7 lembaga hitam berkeliaran,ganggu siang mlm,akak nekad buang susuk......bertahun2,,beratus2 bomoh,,tp cuma 5 jer dpt buang,,skrg bdn akak sakit2...yg 2 ni la yg ikut smpai sini''
Huish panjang btl cerita,,simpati pd akak ni...kaya tp menderita,,,,sbb hasutan syaitan,,jd terleka,akhirnya diri sndiri jd mangsa,,sy cuba scan yg 2 ekor tu,,,susuk tu dh berjalan dlm darah,,dlm urat,,mmg ssh nk keluarkan,,tp Allah maha berkuasa..ms scan tu dpt ckp dgn sekor je,,nama dia mamus,,bangsa majusi dn dia jatuh cinta dgn akak ni,,asal dia dr jarum susuk emas..aii dh jd kes jin asyik pulak,,,Tp sy bkn tok bomoh,,atau bijak pandai dlm ilmu perubatan islam..Kesian akak tu,,sy nk urut pun bkn jd pun,,sbb dia bkn sakit urat biasa...Sy nasihatkan dia jumpa org yg lebih pakar,,jgn jumpa tok bomoh mengarut2,,jmpa la yg pakar dlm perubatan Islam,,,Nasib baik akak tu x berkampung kat rumah sy,,sbb dlm bdn sy pun ader saka(dh letih,pg buang,,dh penat,,)org kate ader yg elok,,ade yg jahat,,kalau akak ni lama2,,mmg berperang,,fight2la sy dgn akak tu...


Moral of the story yg panjang ni:jgnla terpedaya dgn hasutan syaitan,,bila kita sedih,,menderita,,bermasalah,,Hanya Allah la tmpat dituju,,,apa yg elok bg kita,,x semestinya elok,,apa yg buruk bg kita x semestinya buruk,,sesesungguhnya Allah maha mengetahui segala2nya,,dn tidak Allah jdkan walau sebesar zarah kuman sekalipun selain bersebab...

Nasi Kerabu

Entah sape ari tu mntak resepi nasi kerabu,,aku pun dh luper..tp akan ku uploadkan jgk resepi nasik kerabu ni,,biasa org dgr nasi kerabu tumis(nasi dia nasi putih jez),nasi kerabu biru(org dulu2 guna bunga telang,org kelantan pnggl bunga nasi kerabu,bg warna dia mmg pure blue,Tp zaman lani org guna pewarna je,,,tp sape nk guna bunga ni acri je kat chow kit,,ader la jumap,,tp kalau nk wat niaga,,pakai ler pewarna skit),,nasi kerabu kuning(biasa guna kunyit la)


Nasi Kerabu
nasi:(kita buat yg senang je,,nasi kerabu tumis je,,pakai nasi putih,,nk wat kaler biru @ kaler kuning pun x per)
utk kaler kunig,,rendam nasik dgn serbuk kunyit sekejap,,,mcm sy buat nasi lemak pun,,beras tu sy rendam selama 2 jam,,,sedap,

kuah tumis:(7-10 org mkn)
1) Bawang besar 10 biji




2) Bawang merah (kecil ataupun sederhana -10 biji



3) Lada kering/Lada hidup (blend dan tumis dengan minyak)



4) Serai 7-10 batang



5) Halia dan Asam keping (1 saja)



6) Santan pekat (1 tin / 3 gelas)



7) Gula (sebanyak rasa) dan garam (secukup rasa)



8.) Minyak 3-4 senduk untuk menumis



Cara memasak: Panaskan minyak, tumis lada (jangan sampai hangus), kemudian masukkan bawang besar dan merah (yang telah diblend) – masak dan tutup periuk. Sekali sekala kacau. Pastikan bawang ini masak (nak tahu ia masak ataupun tidak, caranya dgn mengecam hilang bau bawang ataupun pecah minyak) Kemudian masukkan serai, halia dan Asam keping. Masukkan santan dan seterusnya garam dan gula. Kuah tumis nasi kerabu biasanya sedap dimakan ketika ia pekat. Sekiranya ingin makan pada hari Jumaat, pastikan masak kuah ini pada hari Khamis ataupun pada malam jumaat. Semakin lama ia semakin sedap dan pekat. Jika terlalu pekat, boleh tambah air sedikit-sedikit.

solok lada:
1) Lada hidup – rendam sekejap dalam air garam potong memanjang di bahagian tengah untuk memasukkan ikan solok nanti.




2) Sediakan solok iaitu – kelapa parut yang digoreng bercampur dengan ikan yang telah direbus, masukkan sedikit gula, garam dan serbuk lada hitam (jika mahu pedas) gaulkan kemudian masukkan ke dalam lada yang siap dipotong. Ada juga yang masukkan telur dalam campuran tersebut.



3) Solok ini perlu dikukus. Sebelum dikukus, titikkkan santan di atas campuran ataupun titiskan sedikit kuah tumis yang kita telah sediakan. Kemudian kukus.

sambal kerabu ikan/kelapa:
1) Goreng kelapa parut sehingga kekuningan/keperangan




2) Di dalam periuk lain , masakkan ikan (boleh guna ikan tuna dalam tin) jika sukar cari ikan segar – samalah juga untuk sediakan solok lada tadi.



3) Masukkan hirisan bawang merah, halia, serai dalam periuk yang memasak ikan di atas. Masukkan garam dan gula serta lada hitam.



4) Setelah kedua-dua masak Kelapa dan ikan – campurkan kedua-duanya. Sila tambah garam, gula dan lada hitam jika perlu.

hidangan penting dlm nasi kerabu,,BUDU,,,nasi ni pun blh dipelbai lauk,,mcm daging bakar,ayam bakar,ikan goreng celup tepung,jeruk bwg putih,tellur masin,keropok,,,jgn lupa kerabu nye,,,tauge,bunga kantan,daun kesum,dll,,selamat mencuba la yer.....

Kah..kah..kah,,Bila Suami nk Kawin lg

Isteriku ,

jika engkau bumi,

akulah matahari.

Aku akan menyinari mu kerana engkau mengharapkan sinaran dari ku..

Ingatlah bahtera yg kita kayuh, begitu penuh riak gelombang.

Aku pasti akan tetap menyinari bumi, hingga kadang-kadang bumi terasa akan silauan ku.

Lantas aku ingat satu hal bahawa Tuhan mencipta bukan hanya

bumi,

malah ada planet lain yang juga mengharapkan sinaranku.

Lalu......

Relakanlah aku menyinari planet lain,

menyampaikan faedah adanya aku,

kerana sudah takdir Illahi sinaranku diperlukan di planet lain...



*** Balasan Puisi sang isteri***

Suamiku,

andai kau memang mentari,

sang surya yang memberi cahaya,

aku merelakan engkau berikan sinaranmu kepada segala planet

yang telah TUHAN ciptakan kerana mereka juga seperti aku

perlukan cahayamu dan....

akupun juga tidak akan merasa kekurangan dengan sinaran

mu...



AKAN TETAPIIIIIIII. .

Bila kau hanya sejengkal lilin yang berkekuatan 5 watt sahaja,

jangan lah bermimpi untuk menyinari planet lain!!!

Kerana bilik tidur kita yang kecil pun belum sanggup kau terangi.

Lihatlah diri mu pada cermin kaca di sudut kamar kita,

di tengah remang-remang pancaran cahaya mu yang telah aku

mengerti...

Cuba lihat siapa dirimu...



MATAHARI atau lilin ?

atau jangan-jangan cuma mancis saja!!!!!



Oh, please lah....!!!

NAK KAWIN LAIN KONON!!!

Melayu kita

Melayu Hari Ini?




Di mana boleh cari ramai Melayu

Pastinya di Kelantan dan Terengganu

Dan juga di pasar malam dan pasar minggu

Di Akademi Fantasia dan Pesta Lagu

Di Jom Heboh orang Melayu berpusu-pusu

Di Sungai Buloh, pusat pemulihan , dulu di Pudu

Dan di jalan, lumba haram , rempit tak berlampu

Dan di selekoh duit rasuah depa pun sapu

Di pusat serenti akibat ketagih dadah dan candu

Di malam kemerdekaan dan malam tahun baru

Terkinja-kinja best giler menari macam hantu



Apa hobi orang Melayu

Terkenal dengan budaya malas dan lesu

Berlepak buang masa tak jemu-jemu

Tengok telenovela dari Filipina dan Peru

Berpusu-pusu pergi tengok pamiran hantu

Sambil makan junk food, kuaci dan muruku

Sibuk bercerita tentang Datuk K dapat bini baru

Apa pakaian Siti nak pakai itu pun nak tahu

Mana tak gendut berpenyakit selalu

Kalau nak berlagak Melayu masih nombor satu

Asal bergaye sanggup makan nasi dan tokyu



Boleh tak jumpa Melayu di kedai buku?

Atau di perpustakaan dan majlis ilmu

Atau ambil kelas kemahiran di hujung minggu

Ada jugak tapi kurang sangat mereka di situ

Kenapa Melayu jadi begitu?

Nak salahkan siapa ibubapa atau guru

Pemimpin negara atau raja dulu-dulu

Ayat lazim di mulut ialah Melayu malas selalu

Nak harap Kerajaan saja membantu

Terutama sekali kontraktor kelas satu

Tak habis-habis gaduh nak jatuh siapa dulu

pasal jambatan bengkok atau siapa dia penghulu

Dan suka sangat dengan budaya ampu mengampu

Sampai bila kita nak tunggu

Bangsa Melayu jadi bangsa yang maju

Boleh! dengan beberapa syarat tertentu

Pertama dengan banyak menguasai ilmu

Kata Nabi ikutlah Quran dan sunnah ku

AlQuran yang diturunkan 1400 tahun dahulu

tapi apa yang kita tahu, cuma baca bila nak halau hantu!!!!



(Kredit to kuzairi_keriswarisan)

Nasi Lemak

Ni bkn cerita nasi lemak 50 sen..dh der dh 50 sen..nasi lemak singgit ade la..saje post psl nasi lemak,,sb baru merebahkan badanku yg cute mute mcm tong ni sbb trlampaula pnatnyer,,anak2 pn dh ke bulan agaknyer,,,,siapkan tempahan nasi lemak biasa jer,dr eja 1 family,,utk sedekahkan pd org masjid...utk kesyukuran katanyer,,niat nk sedekah makanan utk org masjid sekitar Shah Alam...maka siapla nasi lemak,popia sira & peberet ramai org trmasuk anak2 ku,,Kuih Lapis Nestum,,ok ckp psl nasik lemak...terus terangla bkn peberet ku pun,,sbb aku org kelantan yg dh terbiasa mkn nasi kerabu,nasik berlauk & nasik dagang....

AKTIVITI HARI INI



sa

Munajat Hati

Nilai bunga harum wangian,


Cantik wajah bila berseri,

Harga dunia pada ujian,

Berserah hidup pada Ilahi,





Ya Allah, lindungi hati ini..





Bak tenangnya jiwa As Siddiq,

Umpama kentalnya tekad Al-Khattab,

Seperti ikhlasnya jiwa Ustman,

Bagai dalamnya hikmah Ali





kepada Mu aku bermunajat..

Monday, December 20, 2010

TOK RAJA ALI HAJI

Al-kisah beratus ratus thn yg lalu,,ade seorang Raja Dihilir yg akan ditabalkan menjadi Sultan Perak...beberapa hari sblm hari permashyuran,,,pemberontakan berlaku,,pergolakan,perebutan takhta berlaku,,,dalangya saudara kandung sendiri,,,maka larilah Bakal Sultan n permaisuri bersama 2 org panglima yang setia,,seekor kera halimunan peliharaan,3 org dayang dn juga 3 puteri baginda,,maka di carikan panglima itu sebuah tempat berteduh di Lenggong....Maka sang kera juga menjumpai istana lama yg trhijab dr pandangan manusia biasa..maka tinggallah Baginda bersama mereka,,dlm keadaan duka nestapa,,kerana saudara kandung membuat durja...Menitis air mata Permaisuri,,mengingatkan sumpah  bahawa mereka xakan mendapat satu pun zuriat lelaki,yg dpt membawa 'nama' selama 3 keturunan....
Raja bermimpi  seorang Syeikh dtg ,,menjelma,,,mengatakan harta,nama,keturunan,,mainan dunia..Alllah saja yg paling utama....Buangkan segala gundah gulana,,kerana Allah mengetahui segala...Maka Raja tersedar dr lena,,mnta dicarikan pondok yg sederhana,buat perteduhan,,,permaisuri & anakanda,,pergilah panglima dn kera setia,,beta ingin menjadi zuhud sahaja,,tiada lg nama,,& junjung setiaa,,,agar damai kami sejahtera...
Panglima ingin bersama raja,,kera menunggu keris warisan di sungai perak sahaja..agar tiada terkejut mata rakyat jelata ,,memandang kera berwarna putih bercahaya.....tp hidup raja ttp diganggu,,di ancam bunuh keturunan Raja,,merantau Raja sekelurga ke dlm gua sahaja,,gua terlindung dr pandangan mata....
Tok Raja Ali Haji,,itulah nama,panggilan rakyat jelata,,sgt zuhud urusan dunia,,alim ulama',,,baik x terkira,,,Sunan Muria teman sejati nya..yg terbang dr sana.....Siapa sebenarnya Tok Raja Ali Haji.....mimpi x sudah2 lg,,,,x tahu ape akhirnya kisah hidup dia....mimpi ni dtg dr kecik,,,,,berulang2 x pnh berhenti,,tp x pernah berakhir......

KOK..KOK....TOLONG SAYA

11.35 PM: kok..ko..kok..assalamualaikum..kak..tolong saya......."sapela mengetuk mlm2 buta,,anak2 dh tido,,suami kat Kelantan lg"...ai..meriau,seriau bulu roma,bulu ketiak,segala jenis bulu...suara perempuan.....nasib abik jiran sebelah x tido lg,,ai cuti2 sekolah,,karoeka dgn anak2 yer?....jenguk akt luar,,ader sorang pompuan muda,lelaki muda dn baby yg melalak x behenti,,aku ingat org nk buang anak..he..he..he....oleh kerana jiran sebelah pun sibuk2 masuk sekali(aku yg ajak,,kot2 yg dtg org jahat,,nsb baik k.nonie ni sporting)....borak2 punyer borak,,smbil baby tu melalak x behenti,,rupernya dtg nk minta tlg sbb anaknyer nangis x behenti........"Mak sy mimpi byk kali suruh bwk jumpa akak,,dh pg byk tempat berubat,,dia kater kene jumpa bidan kampung yg btl2 pandai"..kata pompuan muda(aku pun muda jgk)yg nama Zeti tu..."akak bkn bidan kampung dik"   "tp mak sy mmg mimpi jumpa akak...lps dia sembhayang hajat ari tu"...(MAK DIA ADER DLM KRETA,,TGH MEMBUTA).."akak x pandai dik,,x tahu plak knp mak adik nmpak muka akak,,,magic ni,tp akak cuba jgk la,mana tahu,,kot2 serasi"(dlm hati aku,,,,,alos,,aku x tahu aper pun,,ntah2 muka aku mcm erra fazira kot,,x pun meriam menado,,mak dia minat sgt smpai termimpi2).....
Ms tu tringat arwah moyang pd moyang yg pnh datang dlm mimpi yg ajar doa syifa' n merawat kanak2 uluran....aku tawakkal..kesembuhan pd tangan Allah,,aku x nk ubatkan pun x tahan dia punyer melalak..."kak, doktor dh check,,x de sakit ape2 anak sy ni".....Hemmmm mcm mana la x melalak,uluran budak tu teruk sangat,batu dia segala jns angin pun ader.....Alahamdullillah x smpai setengah jam urut budak tu sikit2 n bg air(konon air tawar la,,aku cuma baca Al-Fatihah jer,,jnji ikhlas n berserah pd Allah),,,bdk tu diam,,sedu2 dia mcm ada,kesiannyer dh sebulan dh dia mcm tu,,..tiba2 keluar nenek tua dr ubun2 dia,,aku diam je,,bgtahu kang mau terkejut 'monkey' mak bapak bdk tu n jiranku,,dh la dlm jam 12.15 pg.....borak punyer borak,rupanya mak si zeti ni dulu pakai 'syarat tubuh'(ala org zaman dulu2,nk bg lawala,berseri la,ramping la,kuat la)..katenye dia dh buang,,tp biasala jin n syaitan ni x der kerja lain....pg jenguk bdk ni nk buat kwn katanya..ape x siuman punyer jin,,bdk bru 2 bulan nk berkawan,,konon,.,pg la kawan dgn mat rempit,,blh jd minah rempit...best sikit,,peel pun dh sama dh dgn depa tu....
Last2 baby boy tu tertido,,aiiii damai suasana,,td dh mcm expose mistik dh....semalam mak bb cll,kater Afif dh ok,dh nk menyusu dh,Alhamdulillah,,yg menyembuhkan adalah Allah...tup2 mak dia cll,,kater nk bwk anak sedara dia yg gila meroyan.......Adussss..sudahhhhhhh!!!!!Alahaiii

Normal kah aku?

Normalkah aku?...hai,,tanya soalan mcm org x berapa btl,kalau x normal,agaknyer dh lame kene campak kat tanjung @ sekurang2nyer dok dgn beruang kat zoo..I just wanna be normal,an ordinary women......tp mimpi2 yg datang yg hanya mainan tido bg org lain,bagaikan ceritera drama swasta bg aku,,bersambung n berkait....merungkap satu persatu cerita tntang keturunan & janji,,tp kenapa aku,,,?????....Semuanya sbb kisah silam yg x pnh tamat hingga hari ini.....Anugerah ni x pnh aku mnta,,,aku juga x pnh bersedia..aku juga x pnh di ajar..Allah maha Besar,Maha Berkuasa,sekurang2 nye skrg aku mampu off/on kan mataku yg satu lg tu.....penat?mmg penat...sgt2 penat!!!!Tp aku Redha...

Nasi Dagang

Ha,ni adalah salah satu makan peberet Arwah ayah,mmg suka sgt dia,kalau mlm raya,mmg x tidola,sanggup tunggu nasik ni msk,,dan kenangan plg manis adalah arwah nenek,yang memang terkenal sebagai tukang masak tersohor kat kampung,sape x knl nasi dagang kak setawa,mmg x der org blh celen la,,n juga arwah moyang lelaki yg mmg expert masak gulai kawah,cerita mak,ms arwah moyang idup,kalau kenduri kawin,org akan tayer,gulai kawah sape msk,lebai tok chik ker,,kalau bkn,kelat muke sorang2,,,mak pun ms kecik2 pnh mkn gulai kawah arwah tok chik n sup tulang dia,,kata mak smpai skrg pn x jumpa masakan sesedap tu....Tu la moyang ku,Lebai tok chik,,dulu2 pun org panggil dia tok bomoh santau,psl dia pndai mengubat santau,,tp dia meninggl pun sbb kene santau(dh melalut dh cerita)..
Oh ya nasi dagang,ada 2 versi,kelantan punyer dn terengganu punyer,,tp psl aku asal org kelantan,nasi dagang yg aku msk guna beras merah(beras nasi dagang),ala kt Kelantan melambak2,,dulu RM4 je sekilo,skrg dh RM 4.50,,kiranya every year kalau raya,rata2 org kelantan mmg msk juadah tu la..Lawan pulak lauk ikan tongkol,gulai ayam,acar,telur dn gulai udang,,mmg penuh je perut,,,dn bertambah liang liuk lemak di bdan 
 

NASI DAGANG
BAHAN-BAHANNYA:
* Beras pulut merah original made in Kelantan
* Santan pekat
* Bawang putih-dimayang
* Bawang merah-dimayang
* Halia - hiris nipis-nipis
* Sedikit halba
* garam, gula

CARA-CARANYA:
1. Bersihkan beras dan rendam seketika.
2. Masak santan pekat bersama bawang, garam dan gula sehingga gula/garam hancur. Jangan biarkan terlalu lama.
3. Toskan beras. Kukus sekejap.bila nmpak wap dh naik,blh angkat. Kemudian angkat dan gaulkan dengan santan cair dan halba,bwg merah,ptih n halia. Kukus semula sehingga nasi masak.
4. Bila nasi dah masak, angkat dan gaul pula dengan santan pekat. Kukus semula dalam 5 minit.
5. Bila dah siap bolehlah dihidangkan bersama gulai ikan tongkol, gulai ayam, telur tebus dan acar.

Setengah org yg meniaga kukus 2 kali jer,tp sy ttp kukus 3 kali..mmg sedap,kukus 2 kali,kerasla,x elokla niaga mcm tu,msk biar ikhlas dn sedap baru berkat

Saturday, December 18, 2010

Nasi Daging

Ada sorang kawan dh lama mntak resepi Nasi Daging,tp kerana kemalasan menaip yg teramat sgt trus terlupa,jd bila dh rajin ni apa lg,gambar2 nasi ni pn dh lama

Nasi Daging

Bahan :
Beras 4 pot
Stok daging 4 pot
Tomato ranum - mesin dan ambil jusnya 2 pot
Bawang besar 1 labu
Bawang merah 2-3 ulas
Bawang putih 3 ulas
Halia 1"
Bahan pewangi - KKManis, Buah Pelaga & Bunga Cengkih
Serai 1 batang, diketuk
Daun kari 5 helai
Rempah Kurma 2 sudu besar, I used Rempah Kurma Adabi kalau rempah kurma Shaz's too hot
Rempah Gulai Daging 1 sudu besar
Minyak sapi
Garam 1 sudu kecil
Kismis

Prosedur:
1. Mesin semua bawang dan halia.
2. Tumis darat bahan mesin bersama daun kari dan bahan pewangi dengan minyak sapi
3. Bancuh rempah kurma dan rempah gulai daging dengan sedikit air.
4. Apabila bawang dah kekuningan, masukkan bancuhan rempah dan serai. Masak slow2x dan lama2x sikit supaya rempah tu masak betul2x.
5. Rempah dah garing, masukkan stok daging, jus tomato dan garam. Masak sampai mendidih.
6. Masukkan beras dan kacau. Tutup periuk dan masak nasi macam biasa.
7. Gembur nasi dan masukkan kismis.