Thursday, May 26, 2011

Kisah kehidupan

Gadis yang menjual keperawanannya(Kisah benar dari Indonesia)



Wanita itu berjalan agak ragu memasuki hotel berbintang lima . 
Seorang pekerja di hotel itu yang berdiri di tepi pintu hotel menangkap kecurigaan
pada wanita itu. Tapi dia hanya memandang saja dengan curiga ke arah
langkah wanita itu yang kemudian mengambil tempat duduk di lounge .
Pekerja hotel itu memperhatikan sekian lama, ada sesuatu yang harus
dicurigainya terhadap wanita itu. Kerana dua kali waiter mendatanginya
tapi,wanita itu hanya menggelengkan kepala. Mejanya masih kosong. Tak
ada yang dipesan. Lantas untuk apa wanita itu duduk seorang diri.
Adakah seseorang yang sedang ditunggunya. Pekerja hotel itu mulai
berfikir bahwa wanita itu bukanlah jenis wanita nakal yang biasa mencari
mangsa di hotel ini.
Usianya nampak belum terlalu dewasa. Tapi tak juga dibilang anak-anak. Sekitar usia remaja yang tengah berganjak dewasa.
Setelah sekian lama, akhirnya memaksa pekerja hotel itu untuk mendekati meja wanita itu dan bertanya:
'' Maaf, nona ... Apakah anda sedang menunggu seseorang? "
'' Tidak! '' Jawab wanita itu sambil mengalihkan wajahnya ke tempat lain.
'' Lantas untuk apa anda duduk di sini?"
'' Apakah tidak boleh? '' Wanita itu mulai memandang ke arah pekerja tersebut.
'' Maaf, Nona. Ini tempat berkelas dan hanya diperuntukan bagi orang yang ingin menikmati layanan kami.''
'' Maksud encik? "
'' Anda harus memesan sesuatu untuk bisa duduk disini ''
'' Nanti saya akan pesan setelah saya ada duit. Tapi sekarang,
izinkanlah saya duduk di sini untuk sesuatu yang akan saya jual ''
Kata wanita itu dengan suara yang perlahan.
'' Jual? Apakah anda menjual sesuatu di sini? '' Pekerja itu memperhatikan wanita itu.
Tak nampak ada barang yang akan dijual. Mungkin wanita ini adalah salesgirl  yang hanya membawa brosur.
'' Ok, lah. Apapun yang akan anda jual, ini bukanlah tempat untuk berjualan. Mohon mengerti. ''
'' Saya ingin menjual diri saya, '' Kata wanita itu dengan tegas sambil menatap dalam-dalam kearah pekerja hotel itu.

Pekerja itu terkesima sambil melihat ke kiri dan ke kanan.
'' Mari ikut saya, '' Kata pekerja itu memberikan isyarat dengan
tangannya. Wanita itu menangkap sesuatu tindakan menguntungkan kerana ada
secubit senyum di wajah petugas hotel itu. Tanpa ragu wanita itu
melangkah mengikuti petugas hotel itu. Di koridor hotel itu terdapat
kerusi yang hanya untuk satu orang. Disebelahnya ada telefon antara
ruangan yang tersedia khusus bagi pengunjung yang ingin menghubungi
penghuni  di hotel ini. Di tempat inilah deal berlangsung.
'' Apakah anda serius? ''
'' Saya serius '' Jawab wanita itu tegas.
'' Berapa harga yang anda minta? ''
'' Setinggi-tingginya. .' ''
' Mengapa?" Petugas hotel itu terkejut sambil menatap wanita itu.
'' Saya masih perawan ''
'' Perawan? '' Sekarang petugas hotel itu benar-benar terperanjat.
Tapi wajahnya berseri. Peluang emas untuk mendapatkan rezeki berlebih
hari ini.Fikirnya '' Bagaimana saya tahu anda masih perawan?''
''Senang sekali. Semua pria dewasa tahu membezakan mana perawan dan mana bukan.. Ya kan ...''
'' Kalau tidak terbukti? "
'' Tidak usah bayar ...''
'' Baiklah ...'' Petugas hotel itu menghela napas. Kemudian melirik
kekiri dan ke kanan. '' Saya akan membantu mendapatkan lelaki kaya yang
ingin membeli keperawanan anda. '' '' Cubalah. ''
'' Berapa harga yang diminta? ''
'' Setinggi-tingginya. ''
'' Berapa? ''
'' Setinggi-tingginya. Saya tidak tahu berapa? ''
'' Baiklah.. Saya akan tawarkan kepada tetamu hotel ini. Tunggu sebentar ya.''
Petugas hotel itu berlalu dari hadapan wanita itu.Tak berapa lama kemudian, petugas hotel itu datang lagi dengan wajah cerah.
'' Saya sudah dapatkan seorang penawar. Dia minta Rp. 5 juta. Bagaimana?''
'' Tidak adakah yang lebih tinggi? ''
'' Ini termasuk yang tertinggi, '' Petugas  itu mencuba meyakinkan.
'' Saya ingin yang lebih tinggi...''
'' Baiklah. Tunggu disini ...'' Petugas  itu berlalu.Tak berapa
lama di itu datang lagi dengan wajah lebih berseri.
'' Saya dapatkan harga yang lebih tinggi. Rp. 6 juta rupiah. Bagaimana? ''
'' Tidak adakah yang lebih tinggi? ''
'' Nona, ini harga sangat sesuai untuk anda. Cubalah bayangkan, bila
anda diperkosa oleh pria, anda tidak akan mendapatkan apa apa. Atau
andai perawan anda diambil oleh pacar anda, anda pun tidak akan
mendapatkan apa apa, kecuali janji. Dengan wang Rp. 6 juta anda akan
menikmati layanan hotel 5 bintang untuk semalam dan keesokan paginya
anda boleh melupakan semuanya dengan membawa wang banyak. Dan lagi, anda
juga telah berbuat baik terhadap saya. Kerana saya akan mendapatkan
komisen dari transaksi ini dari tetamu hotel. Adilkan. Kita sama-sama memerlukannya ... ''
'' Saya ingin tawaran tertinggi ... '' Jawab wanita itu, tanpa peduli dengan celoteh petugas  itu.

Petugas  itu terdiam. Namun tidak kehilangan semangat.'' Baiklah,
saya akan carikan tamu lainnya. Tapi sebaiknya anda ikut saya.Tolong butang baju anda disingkapkan sedikit. agar ada sesuatu yang memancing mata orang untuk membeli. '' Kata petugas  itu dengan agak kesal.
Wanita itu tak peduli dengan saranan petugas  itu tapi tetap
mengikuti langkah petugas  itu memasuki lif .Pintu kamar hotel
itu terbuka. Dari dalam nampak lelaki bermata sepet agak berumur
tersenyum menatap mereka berdua.
'' Ini yang saya maksud, tuan. Apakah tuan berminat? " Kata petugas  itu dengan sopan.
Pria bermata sepet itu menatap dengan grairah ke sekujur tubuh wanita itu...'' Berapa? '' Tanya lelaki itu kepada wanita itu.
'' Setinggi-tingginya '' Jawab wanita itu dengan tegas.
'' Berapa harga tertinggi yang sudah ditawar orang? '' Kata lelaki itu kepada petugas hotel tersebut
'' Rp.. 6 juta, tuan ''
'' Kalau begitu saya berani dengan harga Rp. 7 juta untuk semalam.''
Wanita itu terdiam. Petugas  itu memandang ke arah wanita itu dan berharap ada jawapan yang bagus dari wanita itu.
'' Bagaimana? '' tanya lelaki itu.
''Saya ingin lebih tinggi lagi ...'' Kata wanita itu.
Petugas itu tersenyum kecut.
'' Bawa pergi wanita ini. '' Kata lelaki itu kepada petugas hotel sambil menutup pintu kamar dengan keras.
'' Nona, anda telah membuat saya kesal. Apakah anda benar benar ingin menjual? ''
'' Tentu! ''
'' Kalau begitu mengapa anda menolak harga tertinggi itu ... ''
'' Saya minta yang lebih tinggi lagi ...''
Petugas  itu menghela nafas panjang. Seakan menahan emosi. Dia
pun tak ingin kesempatan ini hilang. Dicubanya untuk tetap membuat
wanita itu merasa selesa bersamanya.
'' Kalau begitu, kamu tunggu di tempat tadi saja, ya. Saya akan mencuba mencari lelaki yang lain. ''
Di lobi hotel, petugas hote itu berusaha memandang satu per satu lelaki yang ada. Berusaha mencari langganan yang biasa memesan wanita
melaluinya. Sudah sekian lama, tak ada yang nampak dikenalnya. Namun,
tak begitu jauh dari hadapannya ada seorang lelaki yang sedang berbicara
melalui telefon bimbitnya
'' Bukankah kemarin saya sudah kasi kamu wang 25 juta Rupiah. Apakah
itu tidak cukup? " Terdengar suara lelaki itu berbicara.Wajah lelaki itu
nampak masam seketika
'' Datanglah kemari. Saya tunggu. Saya rindukan kamu. Kan sudah seminggu lebih kita tidak ketemu, ya sayang?! ''
Kini petugas hotel itu tahu, bahwa lelaki itu sedang berbicara dengan
wanita. Kemudian, dilihatnya, lelako itu mematikan telefonnya. Ada
kekesalan di wajah lelaki itu.
Dengan tenang, petugas  itu berkata kepada lelaki itu: '' Pak, apakah anda memerlukan wanita ... ??? ''Lelaki itu menatap sekilas kearah petugas hotel tersebut dan kemudian memalingkan wajahnya.
'' Ada wanita yang duduk disana, '' Petugas  itu menunjuk kearah
wanita tadi. Petugas hotel itu berusaha untuk memanfaatkan
peluang ini.
"Dia masih perawan..''Lelaki itu mendekati petugas satpam itu. Wajah mereka hanya berjarak setengah meter.
'' Benarkah itu? ''
'' Benar, pak. ''
'' Kalau begitu kenalkan saya dengan wanita itu ... ''
'' Dengan senang hati. Tapi, pak ...Wanita itu minta harga setinggi tingginya.'' '
'' Saya tidak peduli ... '' Lelaki itu menjawab dengan tegas.
'' Bapak ini siap membayar berapapun yang kamu minta. Nah, sekarang seriuslah ....'' Kata petugas  itu dengan nada kesal.
'' Mari kita bicara di bilik saja.'' Kata lelaki itu sambil menyisipkanwang kepada petugas  itu. Wanita itu mengikuti lelaki itu menuju
kamarnya.
Di dalam kamar ...'' Beritahu berapa harga yang kamu minta? ''
'' Seharga untuk kesembuhan ibu saya dari penyakit ''
'' Maksud kamu? ''
'' Saya ingin menjual satu satunya harta dan kehormatan saya untuk kesembuhan ibu saya. Itulah cara saya berterima kasih .... ''
'' Hanya itu ...''
'' Ya ...! ''

Lelaki itu memperhatikan wajah wanita itu.. Nampak terlalu muda untuk
menjual kehormatannya. Wanita ini tidak menjual cintanya. Tidak pula
menjual penderitaannya. Tidak! Dia hanya ingin tampil sebagai petarung
gagah berani di tengah kehidupan sosial . Lelaki itu
sedar, bahwa di hadapannya ada sesuatu kehormatan yang tak ternilai.
Melebihi dari kehormatan sebuah perawan bagi wanita. Yaitu keteguhan
untuk sebuah pengorbanan tanpa ada rasa sesal.. Wanta ini tidak melawan
gelombang laut melainkan ikut kemana gelombang membawa dia pergi. Ada
kepasrahan diatas keyakinan tak tertandingi. Bahawa kehormatan akan
selalu bernilai dan dibeli oleh orang terhormat pula dengan cara-cara
terhormat.
'' Siapa nama kamu? ''
'' Itu tidak penting. Sebutkanlah harga yang bisa bapak bayar ... '' Kata wanita itu
'' Saya tak bisa menyebutkan harganya. Kerana kamu bukanlah sesuatu yang boleh dijual beli. ''
''Kalau begitu, tidak ada kesepakatan! ''
'' Ada ! " Kata lelaki itu seketika.
'' Sebutkan! ''
'' Saya membayar keberanianmu. Itulah yang dapat saya beli dari
kamu.Terimalah wang ini. Jumlahnya lebih dari cukup untuk membawa ibumu
ke rumah sakit. Dan sekarang pulanglah ... '' Kata lelaki itu sambil
menyerahkan wang dari dalam  dompetnya.
'' Saya tidak mengerti ...''
'' Selama ini saya selalu memanjakan wanita simpanan saya .Dia menikmati
semua pemberian saya tapi dia tak pernah berterima kasih. Selalu
memeras. Sekali saya memberi maka selamanya dia selalu meminta. Tapi
hari ini, saya bisa membeli rasa terima kasih dari seorang wanita yang
gagah berani untuk berkorban bagi orang tuanya. Ini suatu kehormatan
yang tak ada nilainya bila saya bisa membayar ...''
'' Dan, apakah bapak ikhlas....? ''
'' Apakah wang itu kurang? ''
'' Lebih dari cukup, pak ... ''
'' Sebelum kamu pergi, boleh saya bertanya satu hal? ''
'' Silakan ...''
'' Mengapa kamu begitu beraninya ... ''
'' Siapa kata saya berani. Saya takut pak ...Tapi lebih dari seminggu
saya berusaha bermacam-macam cara untuk membawa ibu saya ke rumah sakit
dan semuanya gagal. Ketika saya mengambil keputusan untuk menjual
kehormatan saya maka itu bukanlah kerana dorongan nafsu. Bukan pula
pertimbangan akal saya yang `bodoh` ... Saya hanya bersikap dan berbuat
untuk sebuah keyakinan ... ''
'' Keyakinan apa? ''
'' Jika kita ikhlas berkorban untuk ibu atau siapa saja, maka Tuhan lah
yang akan menjaga kehormatan kita .... '' Wanita itu kemudian melangkah
keluar darikamar.
Sebelum sampai di pintu wanita itu berkata: '' Lantas apa yang bapak dapat dari membeli ini ... ''
'' Kesedaran... ''jelas lelaki tersebut dengan tenang
... . .Di sebuah rumah yang hampir runtuh,.....
. Seorang ibu yang sedang terbaring sakit dikejutkan oleh dakapan hangat anaknya.
'' Kamu sudah pulang, nak ''
'' Ya, bu ... ''
'' Kemana saja kamu, nak ... ???''
'' Menjual sesuatu, bu ... ''
'' Apa yang kamu jual?'' Ibu itu menampakkan wajah kehairanan. Tapi
wanita muda itu hanya tersenyum ...Hidup sebagai yatim lagi miskin
terlalu sia-sia untuk diratapi di tengah kehidupan yang serba keduniaan
ini. Di tengah situasi yang tak ada lagi yang percuma. Semua orang
berdagang. Membeli dan menjual adalah sesuatu yang tak bisa
dielakkan.. Tapi Tuhan selalu memberi tanpa jemu, tanpa perhitungan.
....
'' Kini saatnya ibu untuk berubat ... ''
Digendongnya ibunya dari pembaringan, sambil berkata: '' Tuhan telah membeli apa yang saya jual... ''.
Teksi yang tadi ditumpanginya dari hotel masih setia menunggu di depan
rumahnya. Dimasukannya ibunya ke dalam teksi dengan hati-hati dan
berkata kepada pemandu teksi:
'' hantar kami kerumah sakit ...''Hatinya berbunga harapan

ILMU SUPAYA PASANGAN TAK CARI LAIN

Sila bacakan surah Ali Imran ayat 200 3x dan tiup pada dada pasangan anda seminggu sekali sampai bila-bila,niatkan supaya pasangan anda setia pada anda.InsyaAllah pasangan anda tak akan kahwin lain lagi...

herba beracun

Ramai yang berminat dgn herba,kena berhati2 sbb ada herba yang dalam kategori beracun

Bintangur Laut

Keseluruhan pokok terutama daun dan bijinya didapati mengandungi minyak perengsa yang mengakibatkan loya, muntah-muntah dan cirit-birit jika termakan. getahnya pula merbahaya kepada mata dan kulit.

Bakung
Gel lendir atau jus pokok ini mengandungi racun alkaloid likori yang tahan haba. Sangat merbahaya jika termakan walaupun belum ada kes kematian yang dilaporkan.


Seri pagi


Bijinya yang matang dikesan mengandungi racun alkaloid indol yang boleh menyebabkan loya, muntah-muntah dan kabur penglihatan


Kemunting cina
Daunnya yang tua mengandungi alkaloid beracun yang cukup merbahaya dalam keadaan mentah. Dos yang kecil digunakan untuk tujuan perubatan.

Sesudu

Kulit yang terkena getah akan merengsa merah dan bagi mereka yang berkulit halus pula akan menunjukkan kesan bagaikan terkena asid. Pandangan mata yang terkena getah akan menjadi kabur dan bagi keracunan serius, buta sementara. Getahnya jika tertelan akan menyebabkan muntah-mntah dan diarea yang teruk.