Friday, July 8, 2011

KUNING

Polis : Awk ditahan krn menghasut org ramai utk hadir ke perhimpunan haram!

Rakyat : Kenapa pula tuan? Polis : Semua berwarna kuning, baju, kereta,
khemah, maskot, semua kuning!
Rakyat : Kami dari DiGi la encik. Mata dah berpinau ke hah!
Polis : Oo..ye ke...blh beli topup rm10 tak? Bini kirim plak tadi...ahaks'..(sumber facebook che fatimah)

Wednesday, July 6, 2011

MINTAK TOLONG SIKIT

Sape2 yg terror,,nak mintak tolong sikit,,saya x blh nak reply comment kat blog saya,,jd nama anon pulak,,,asyik nak kena sign in jer,,,masalah sikit ni,,saper2 yg terror n tahu ape masalah sbnrnya..Kat atas tu,,ada create blog dan sing in jer,,tak ada sign out,dll..macam mana yer?(entah org faham ke tak maksud saya ni)

Tuesday, July 5, 2011

7 TAHUN YANG LALU




Kawan2 yang rapat memang dh tahu tentang cerita ni,,kadang2 bila fikir balik,,macam x logik pun ada,,orang yang x pernah lalui,,tak percaya,,mungkin fikir aku ni mereng,,@ masalah kejiwaan,,@berhalusinasi..

Perkara yang terjadi petang tadi mengingatkan kembali cerita 7 tahun yang lalu...Polis(secret identity),,call petang tadi,,minta tolong selesaikan satu kes pembunuhan misteri,,jawapan aku mesti lah,,maaf saya tak boleh tolong.

Tapi tetap didesak,,macammana aku nak bagi jawapan..mereka tak melaluinya,,mereka takkan faham..Seseorang pernah berjanji akan merahsiakan identiti aku dan tak akan bagi aku lalui lagi peristiwa 7 tahun lps,,tapi nampaknya ini dah kali ke 3,,mereka cari aku lagi,,bagaimana nak bagi jawapan agar mereka faham..aku tak boleh buat lagi,,aku tak nak buat lagi,,cukup la...

Febuary/2004:Ada kawan yang kerja bahagian siasatan jenayah yang kenal rapat dgn aku call pg tadi..dia minta tolong sgt2,,pihak polis buntu cari siapa pembunuh sebenar,,aku yang pada masa tu tak berapa faham(dan nak tunjuk lagak,,,niat hati konon2nya nak menolonglah)...pergi tempat kejadian di Taman Tun Razak,,kes perempuan cina yg mati dibunuh...masa sampai aku dah nampak mcm2 bayangan,,aku takut tapi diam jer..kawan tanya,,"apa?, hantu dia ker"
..aku geleng2,,"bukan."
Dalam hati,,minta Allah bagi petunjuk,,tolong aku,,,bantu aku..

Orang2 tertentu,,tanya soalan psikologi sikit(rs mcm dok wad sakit jiwa pulak),,aku nekad nak pulang,,tapi mereka tak bagi,,nak tengok samada cerita kawan aku tentang aku betul @ X.
Mereka bagi gambar wanita cina tu,,dan pakaian dia,,aku rasa betul2 cuak..aku mengeletar,,dalam hati berdoa banyak2 pada Allah..

Aku rasa ingin menangis,,aku rasa hiba,,tak tahu kenapa ada perasaan begitu..aku nampak wanita itu menangis,,aku pejam mata,,hati aku rasa takut sangat,,rasa macam ada orang ekori dari belakang,,aku jalan laju2,,,dia panggil nama aku,,Aku berpaling,,aku kenal dia,,dia kawan satu kolej yang misteri,,yang suka renung aku dengan pandangan yang menakutkan...lelaki yang dikenali rakan sekolej sebagai seorang yang mengatakan syaitan adalah tuhan yang sebenar.

Lelaki itu warganegara China,,datang belajar di negara ini...Aku menangis,,Aku cuma tersedar bila ada yang tepuk bahu aku..Wahh,,sudah jauh aku merewang rupanya,,macam pelik,,bila semua pandang jer aku yang tiba2 menangis sorang2...

Mereka kemudian bagi aku jam yang wanita cina tu pakai pada hari kejadian...hati aku bertambah berdebar,,,aku rasa takut yang amat sgt,,aku nampak wanita itu dirogol...disumbatkan getah paip ke dalam kemaluannnya,,di tebuk dengan gerudi di bahagian duburnya,aku nampak ususnya terkeluar,aku mengeletar,aku rasa mual,aku dapat rasa kesakitan yang dia alami,,Ya Allah,,saat itu aku cuma mampu berdoa,aku teringatkan suami,anak dan ibu aku,aku dapat rasakan kesakitan yang teramat sangat.

Sakit yang tak dapat digambarkan dengan kata2..aku akan ingat wajah lelaki celaka tu,,walau sampai hari kiamat,,Sakit yang aku rasai itu,,sampai skrg tak dapat aku gambarkan dengan kata2..Aku menangis ketakutan,kesakitan,mujur seorang polis wanita sedarkan aku saat itu,,kematian seolah2 mengintai aku dalam diam,datang menjenguk aku perlahan-lahan.

Aku jadi fobia,,,setelah gambaran wajah lelaki itu siap,,aku nampak wanita cina itu senyum,,walau senyuman nya tawar,,setawarnya,,,,,Berbulan2 aku jadi seorang yang pendiam,pemarah,mujur suami faham apa yang aku lalui,,,Aku tak boleh lihat walau seorang lelaki cina pun,,walaupun pelakon drama cina,,Aku macam orang yang tak tentu arah,,Syukur aku dilahirkan dalam keluarga yang kuat pegangan agama...Ibadatku pada Allah mengurangkan fobia dan ketegangan jiwa yang aku rasai.

Ibu dan suami bawa aku berjumpa Ustaz,,untuk dapatkan air tawar,,Untuk pulihkan semangat kata mereka...Ustaz tu cuma senyum,,,Apa yang aku dapat adalah anugerah Allah yang tak ternilai,,cuma masalahnya aku belum bersedia,,semangat aku tidak kuat,,air tawar @ apa saja tak mampu pulihkan aku..cuma keimanan aku pada Allah mampu menguatkan semangat aku,,semuanya kuasa Allah,,,tiada apa pun yang berlaku atas dunia ini,,kecuali bersebab.

Panggilan telefon petang tadi,,benar2 buat aku teringatkan kenangan 7 tahun lalu,,apa yang aku cuba lupakan,kenangan lalu,,kembali mengusik jiwa aku.Aku paling tidak suka lalui tempat kemalangan @ tempat mangsa pembunuhan,,sebab aku dapat bayangan apa yang mereka lalui.dapat rasai kesakitan mereka..pada mereka yang berkenaan,,jika terbaca blog yang tak glemer langsung dr blogger separuh masa je ni,,harapan aku agar mereka faham situasi yang aku lalui.

Aku ingin menolong,,tapi biarlah dengan cara yang berlainan,,aku tak mampu lalui apa yang pernah berlaku dahulu walau sekali lagi...Ayat apa lagi yang harus aku tuturkan agar mereka faham,,Tolonglah aku tak mahu rasai lagi kesakitan dan perasaan ketika maut datang menjemput,,Ya,,aku juga akan mati suatu hari nanti,,mungkin sekejap lagi,,mungkin esok @ tahun depa,tak siapa tahu,,Doa aku agar aku hidup dan mati dalam iman...

Ya Allah,,aku sedar dan bersyukur atas apa yang Kau anugerahkan,,cukuplah aku simpan semua ini sendirian...Aku tak kuat,,Aku cuma mahu jadi manusia biasa,,jalani kehidupan normal dengan keluarga dan oarang2 yang aku sayangi..

Mungkin orang yang membaca mengatakan aku berhalusinasi,,berlagak,,berbohong,,atau sakit jiwa..biarlah,,orang2 yang rapat dengan aku faham apa yang sebenarnya aku lalui,,apa sebenarnya yang berlaku.siapa aku yang sebenarnya..kadang2 aku terfikir,,salahkah aku cuma ingin menjadi seorang wanita yang biasa??,,,Aku bukan mahu melawan ketentuan Allah,,cuma kadang2 aku rasa tertekan,dan tak siapa yang faham kecuali DIA....


Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kepada-Mu jiwa yang tenang, beriman bertemu dengan-Mu, redha terhadap segala ketentuan-Mu dan menerima sepenuhnya pemberian-Mu.

Saturday, July 2, 2011

REHAT DARI BERBLOGGING?

Wah,nampaknya saya kena rehat berblogging minggu ni,(tp bulan pose,,sah2 rehat blogging terus),aktiviti yang dibuat tiap2 tahun kembali lagi,,sekarang start hantar sampel n siapkan apa yang patut...ingat tahun ni nak rehat,,tapi cansel lah,,,hai,,mintak2 thn ni malam raya saya tak penat lagi,,harap2 semua berjalan ikut planning,,kalau tak, mcm biasa,,tiap2 tahun,,tiap2 kali malam raya,tiap2 kali raya,,saya rs sungguh penat,tahap tak tahu nak bg gambaran,,apa aktiviti saya yg memenatkan tu?,..meh la looking-looking.....

BISKUT RAYA
CHOCOLATE HEAVEN DELIGHT
RM26(48-55 PCS)

ALMOND LONDON(MY OWN RECIPE AFTER TRY N ERROR)
RM27(48-55PCS)

POPPY SEEDS COCONUT DELIGHT
RM26(48-55PCS)

MARBLE SHORTBREAD COOKIES
RM26(48-55PCS)

LUCIOUS HAZELNUT DELIGHT
RM26(48-55PCS)

ROLLING PINK COOKIES
RM26(48-55PCS)

SNOW ALMOND FINGER
RM26(48-55PCS)

STRAWBERRY FINGER
RM 26(48-55PCS)

TART NENAS GULUNG
RM27(48-55PCS)

SEMPERIT MARBLE
RM25(48-55PCS)

YUMMY YUMMY OAT COOKIES
RM 26(48-55PCS)

MYGREEN FLOWER COOKIES
RM26(48-55PCS)

PINK MUSHROOM
RM26(48-55PCS)

CHOCOLATE CHIPS AND NUTS
RM26(48-55PCS)


SPENDER BUNDLE COOKIES(HOT SELLING EV' YEAR)
RM26(48-55PCS)

PINEAPPLE CHEESE TART(MY OWN RECIPE,,HOT SELLING EV'YEAR..BEFORE DIS DIKENALI AS MAK ENGKU'S COOKIES)
RM27(48-55PCS)

HAMPER






(HARGA,,DARI RM 15-RM120,,BANYAK LAGI,,TP NANTI ENTRY LAIN,,NI JER YG DH SIAP..YANG LAIN BULAN POSE NANTI,,,)

Friday, July 1, 2011

NASI KANGKANG


Harian Metro : Sampai hati isteri
Oleh Mohd Jamilul Anbia Md Denin dan Amir Abd Hamid
am@hmetro.com.my

KUALA LUMPUR: Marah kerana suami ‘buas’ dan suka bermain kayu tiga, segelintir isteri dikesan sanggup menggunakan najis sendiri untuk dijadikan ramuan ilmu hitam menundukkan mereka.

Isteri terbabit tergamak menuruti arahan bomoh supaya najis itu dikeringkan sebelum dimasukkan ke dalam makanan suami.

Dengan bacaan jampi serapah tertentu, bomoh terbabit mendakwa najis yang dikeringkan selama beberapa hari itu dikatakan berupaya ‘mengikat’ suami.

Wartawan Harian Metro yang menjalankan siasatan mengenai ilmu hitam itu berkesempatan bertemu seorang wanita yang terjebak dengan perbuatan bertentangan dengan ajaran Islam itu, baru-baru ini.

Wanita terbabit mengaku pernah berbuat demikian terhadap suaminya, bagaimanapun enggan gambarnya dirakamkan bimbang perbuatan lampaunya diketahui keluarga dan suaminya.

Mulanya, dia enggan menceritakan pengalaman buruk itu tetapi selepas dipujuk berulang kali, akhirnya wanita itu bersetuju berkongsi kisah duka dalam hidupnya.

Dia yang hanya mahu memperkenalkan diri sebagai Ima, 32, mendakwa masalah rumah tangga dialaminya itu bermula selepas tujuh tahun berkahwin.

Ima yang bekerja sebagai jurujual di sebuah pasar raya di Cheras memperoleh dua cahaya mata hasil perkongsian hidup dengan suaminya, seorang kerani.

“Pada awal perkahwinan, semuanya berjalan baik walaupun kami kerap menghadapi masalah kewangan terutama membayar khidmat pengasuh dan membeli kelengkapan harian anak berusia dua dan empat tahun.

“Melalui rakan sepejabatnya, saya mendapat tahu dia mula nakal dan menjalin hubungan cinta dengan seorang pegawai wanita yang juga sudah berumah tangga,” katanya.

Setiap kali ditanya berhubung perkara itu, suaminya akan naik angin dan keluar dari rumah serta tidak pulang hingga berhari-hari.

Lebih mengecewakan apabila Ima mendapat tahu suaminya turut bermain cinta dengan beberapa gadis lain di pusat permainan snuker hingga sanggup menghabiskan duit gaji setiap bulan.

Menurut Ima, seorang rakan mencadangkan dia berubat dengan beberapa bomoh.

Antara bomoh yang pernah ditemuinya seorang wanita tua di pinggir ibu kota.

Melalui wanita yang dikenali sebagai Ibu Siti, dia diyakinkan amalan yang diberikan mampu mengikat semula hati suami supaya kembali semula ke rumah dan menyayangi keluarga.

“Pada malam Jumaat, saya mengambil keputusan menemui Ibu Siti selepas diberikan alamatnya oleh rakan.

“Saya disuruh bomoh itu membuang air besar di tandasnya. Dia menyuruh saya mengambil sedikit najis dan berikan kepadanya,” katanya.

Dia gusar suruhan pelik itu, tapi tetap mengikutinya berikutan terdesak untuk memenangi hati suami.

Dengan najis itu diletakkan di atas sudu, kata Ima, bomoh berkenaan terkumat-kamit membaca sesuatu.

Bomoh itu mengajar cara penggunaan najis terbabit walaupun mulanya dia tidak sampai hati melakukannya.

“Bomoh itu menyuruh saya masukkan sedikit najis itu ke dalam makanan suami sebaik ia kering selepas dijemur dan suami pasti berubah dan sentiasa merindui saya,” katanya.

Selepas mengamalkan petua jijik berkenaan, dia berkata, suaminya yang sebelum itu sering keluar rumah, mula berubah dan kerap bersama dia dan anak.

“Perubahan itu benar-benar menggembirakan. Namun, beberapa bulan selepas mengamalkannya, saya menyedari perubahan aneh apabila suami menjadi murung, pendiam dan kurus.

“Dia seolah-olah hilang semangat dan kerap jatuh sakit. Perubahan fizikal dan mentalnya itu menyebabkan saya sedar ia berpunca daripada tindakan saya,” katanya.

Justeru, Ima dihantui rasa bersalah kerana suaminya masih di bawah pengaruh ilmu hitam itu.

Walaupun tidak lagi liar katanya, ubat guna-guna itu menyebabkan suaminya bagai orang bodoh dan kerap lupa banyak perkara.

Menurutnya, dia mencari pengamal perubatan Islam bagi memulihkan suaminya.

“Saya tidak mahu mati sebagai isteri derhaka dan tidak diterima tanah.

“Mungkin ketika itu saya terlalu jahil agama sehingga melakukan perkara bercanggah dengan Islam,” katanya.

GEGAR BLOG JULAI 2011


GEGAR BLOG JULAI 2011

kata Ben lagi:
Tulis apa saja yang mana aku boleh jadikan soalan pada contest akan datang nanti.

Nak tulis ape yer:Nama lain yg orang selalu panggil saya adalah Kak Engku Lina.Saya merupakan bekas seorang wartawan sebuah majalah di sebuah syarikat penerbitan ternama, dan sekarang saya adalah seorang usahawan di Negeri Kelantan.Kenapa blog ni nama rumahpusakaku..sebab terkenangkan rumah tinggalan Arwah moyang pada Moyang..disekitar Kuala Kangsar dan Lenggong(tmpat Baginda di buang daerah beratus-ratus tahun dahulu gara2 perebutan takhta)..wahhh..mcm dh lebih..layan je la