Thursday, October 27, 2011

Alamat mimpi

Hadis : Alamat Mimpi
Hadis :
Dari Abu Hurairah r.a, dari Nabi s.a.w sabdanya:"Apabila hari kiamat telah dekat, jarang mimpi seorang muslim yang tidak benar. Mimpi yang paling benar ialah mimpi yang selalu berbicara benar. Dan mimpi seorang muslim adalah sebahagian dari 45 jenis nubuwwah (wahyu). Mimpi itu ada tiga jenis:(1)Mimpi yang baik adalah khabar gembira daripada Allah, (2) mimpi yang menakutkan atau menyedihkan datangnya dari syaitan, (3) dan mimpi yang timbul kerana ilusi, angan-angan atau khayalan seseorang. Maka kerana itu jika kamu bermimpi yang tidak kamu senangi, bangunlah kemudian solat dan jangan menceritakannya kepada orang lain."
(Muslim)

Huraian :
Setiap daripada kita pernah mengalami mimpi. Mimpi yang hadir ada yang menyenangkan dan ada juga mimpi yang buruk. Namun tidak semua mimpi dapat ditafsirkan makna yang tersirat di sebaliknya. Adakalanya mimpi itu bagaikan angin lalu yang tidak meninggalkan kesan kepada kita dan tidak kurang juga mimpi yang kita alami itu benar-benar menjadi kenyataan. Mimpi bagi orang yang bertaqwa merupakan perkhabaran benar terhadap sesuatu yang akan berlaku. Contohnya, Rasulullah s.a.w tidak bermimpi melainkan mimpi-mimpi baginda menjadi kenyataan. Begitu juga dengan nabi-nabi yang lain yang mengalami mimpi yang benar seperti kisah yang melatarbelakangkan sambuatan perayaan Idul Adha. Nabi Ibrahim a.s bermimpi, lalu baginda menceritakan hal mimpinya itu kepada anaknya, Ismail, "Wahai anakku, aku bermimpi menyembelihmu. Bagaimana pendapatmu?" (as-Shaffat: 102). Kerana yakin mimpi itu datang daripada Allah S.W.T, maka nabi Ismail a.s merelakan dirinya dikorbankan. Allah menghargai kesetiaan hamba-hamba-Nya yang soleh ini lalu menggantikan Ismail dengan seekor kibas. Begitu juga dengan kisah Nabi Yusuf a.s. Diceritakan bahawa pada suatu hari nabi Yusuf mengkhabarkan kepada bapanya nabi Ya'qub,"Wahai bapaku, aku melihat sebelas bintang, matahari, dan bulan bersujud kepadaku." (Yusuf: 4). Ternyata mimpi ini membawa petanda baik bahawa nabi Yusuf akhirnya diangkat menjadi pemimpin yang berkuasa dan bijak. Namun mimpi bagi insan yang jauh dari keimanan kebanyakannya datang daripada syaitan. Jika mimpinya itu benar-benar menjadi kenyataan maka itu adalah sebagai peringatan daripada Allah SWT agar mereka yang jauh daripada kebenaran (hidayah) itu kembali dekat kepada-Nya.


Mimpi membawa sesuatu alamat atau perkhabaran ketika mana seseorang itu sedang tidur.Dari mimpi tadi
dapat memberi petanda atau petunjuk akan perkara-perkara yang akan terjadi , sedang terjadi dan yang
telahpun terjadi. Tetapi tidak semua mimpi itu betul malah mungkin kita tidak tahu akan tafsirannya.Bagi
mereka yang kuat beramal atau seorang ahli zikr, mimpi itu mungkin akan bertukar menjadi natijah.
Natijah bukan sahaja didapati dari tidur malah boleh mendapat natijah itu dari gerak hati dan semasa kita
sedar.Selalunya natijah itu memberikan gambaran yang hampir tepat.Begitu juga dengan mimpi itu tadi,
jika ditanya kaitan mimpi dengan perkara yang berlaku dalam kehidupan, ia akan memberikan jawapan
kepada gambaran yang dimimpikan itu.


Credit to:Halaqah Forum

Pahit manis ‘sura rumah’

Sura Rumah...(aku ingat panggil Mr Mama,,,rupanya sura rumah yer)



MENDAPAT sokongan penuh isteri, ia dianggap sebagai satu cabaran serta proses kehidupan yang perlu dilalui de�ngan cekal bagi membuktikan banyak kebaikan mengambil alih tugas isteri di rumah.

Inilah yang dilalui Mohamed Yusof Mohamad Amin, 47, sepanjang enam tahun bergelar ‘sura rumah’ yang menguruskan anak-anak dan kebanyakan kerja harian
di rumah ketika isterinya keluar bekerja.


“Saya tidak pernah berasa ia sesuatu yang menyu�sah�kan sebaliknya perkara itu amat menyeronokkan kerana membolehkan kita mengenali perkara baru.



“Boleh dikatakan saya kini ‘pakar’ dalam membeli bara�ngan keperluan harian rumah dan tukang masak handalan untuk anak-anak,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Baru, Kuala Lumpur.


Tidak dinafikan, proses peralihan ataupun tempoh bertenang di awal berhenti kerja dulu adakalanya membuatkan dia kelam-kabut kerana perubahan jadual harian, tetapi ia berjaya diatasi.

Bayangkan sepanjang 20 tahun, kebiasaannya pada waktu pagi adalah bangun
dan bersiap untuk keluar bekerja, tetapi tiba-tiba, rutin jauh berubah.

“Saya perlu cepat mencari keserasian bagi mengelakkan timbul rasa tidak selesa dengan keadaan baru itu dan alhamdulillah, isteri banyak membantu dan memberikan sokongan.

“Dalam masa singkat, keadaan itu mula berubah dan saya semakin mahir dengan kerja harian yang biasanya dilakukan suri rumah,” kata bekas kakitangan syarikat telekomunikasi ini.

Bagaimanapun, keputusan untuk berhenti kerja itu turut memberi kesan kepada sumber pendapatan keluarga kerana kini hanya bergantung pada perolehan sebelah pihak saja.

Paling terasa adalah anak-anak kerana jika sebelum ini mereka boleh mendapatkan apa saja yang diingini dalam sekelip mata, tetapi kini terpaksa membuat pertimbangan sewajarnya.

“Saya boleh katakan pendapatan diperoleh berkurangan sehingga tiga perempat daripada jumlah keseluruhan sebelum ini dan ia memberi kesan terutama kepada anak-anak.

“Ketika itu mereka masih belum memahami apa yang berlaku, namun ia tidak berlanjutan kerana secara berpering�kat, keadaan berubah dan kembali kepada asal walaupun masih tidak boleh berbelanja mewah seperti dulu,” katanya.

Bapa kepada tiga cahaya mata ini tidak pernah menyesali keputusannya untuk berhenti kerja kerana ia ada banyak kebaikan terutama kepada anak-anaknya.

Mohamed Yusof berkata, jika sebelum ini anak-anak hanya sempat bertemunya sesekali disebabkan kesibukan kerja yang memerlukannya keluar daerah untuk jangka masa lama tetapi kini, dia boleh menumpukan sepenuh perhatian memantau proses tumbesaran anak-anak.

“Kini, saya mampu memantau tahap pembelajaran anak dan melihat mereka membesar di depan mata sesudah 15 tahun saya tidak mampu melakukannya.

“Ia satu pengalaman yang sukar dibayangkan dan saya amat menghargainya sungguh�pun pada pandangan orang lain, ia mungkin sesuatu yang pelik melihat lelaki melakukan pekerjaan yang biasanya dilakukan wanita,” katanya.

Sungguhpun begitu, masih ada pihak yang masih menawarkan peluang pekerjaan dengan perolehan gaji yang memberangsangkan.

Bagaimanapun, ia hanya mampu bertahan lima hari kerana jiwanya kini sudah tidak berada dalam dunia pekerjaan seperti dulu.

“Saya tidak dapat merasakan keserasian untuk keluar bekerja seperti sebelum ini memandang�kan waktu yang dihabiskan bersama anak di rumah mengatasi segalanya.

“Walaupun gaji yang ditawarkan lumayan, saya tetap merasakan keputusan untuk tidak kembali bekerja adalah wajar dan perlu dilakukan demi masa depan anak,” katanya.

(dari harian metro)

Note:bagus sedara ni,,saya sendiri jadi suri rumah 2,3 minggu pun hampir sewel kejap,,sbb tak biasa,walau kata org alah bisa tegal biasa(mcm x betul je ayat),tapi saya tetap tak bisa...mungkin sbb mulut saya cotcet cotcet 24 jam,x bercotcet & jumpa org,sy tak blh hidup,tapi saya tak nk jadi ibu2 yg bercotcet kat taman permainan petang2 hari membawa ke maghrib,,,saya tak suka berkumpul sambil mengata org...(minta Allah juahkan saya dari jadi mcm tu)

Mandi




KAJIAN terbaru mengenai mandi menunjukkan ia bukan saja bertujuan membersihkan diri daripada kotoran, tetapi menjauhkan tekanan serta berperanan meningkatkan sistem kekebalan tubuh.

Penyelidikan yang diterbitkan dalam Jurnal Baru Perubatan England mendapati penderita diabetes yang berendam dalam air suam selama 30 minit mampu menurunkan paras gula darah sekitar 13 peratus.


Kajian di Jepun pula menunjukkan 10 minit berendam dalam air panas berkesan memperbaiki kesihatan jantung terutama untuk lelaki manakala mandi susu serta mandi bunga untuk bakal �pengantin bukan saja memberi�kan kesegaran tetapi terapi paling berkesan menghilang�kan tekanan �selepas seharian bekerja.

Masyarakat zaman dulu percaya mandi bunga mampu menaikkan semangat. Ini kerana haruman daripada tujuh jenis bunga berfungsi menenangkan fikiran manakala warna-warni bunga dapat menceriakan aura penglihatan dan memberi ketenangan.

(credit to harian metro)


(Ini salah satu cara mandi yang arwah datuk pernah ajar,memang banyak kebaikannya,,cuma namanya tak berapa manis,mandi songsang,,arwah datuk saya tak panggil macam tu,arwah panggil mandi,,tak de songsang2 pun,agaknya sebab start dari bawah ke atas,sbb tu panggil mcm tu,arwah datuk cakap,tak elok mandi jirus dari atas terus,terkejut jantung kita)..patutlah arwah datuk & nenek awet mude jer,,ramai dah tahu tentang mandi ni,,tapi agaknya mcm saya,tak tahu pulak namanya mandi songsang walaupun saya amalkan dr zaman kanak2 lagi,,,,jom layan..opssss..additional info,,pengamal2 aura kata mandi ni elok untuk pulihkan aura seseorang selain mandi bawah air terjun


Mandi songsang adalah satu kaedah terapi yang amat hebat dan menghasilkan kesan yang menakjubkan kepada pengamalnya. Apakah itu mandi songsang?


Lazimnya pada masa sekarang ramai orang akan mandi dengan menjiruskan air bermula pada bahagian kepala. Situasi ini sebenarnya akan memberikan impak yang buruk kepada otak seterusnya akan memberikan kesan yang buruk pada kesihatan diri.


Sistem saraf pendarahan otak akan mengecut kerana siraman air tersebut . Ini akan membuatkan sistem otak akan terjejas. Cara mandi biasa akan menyebabkan sistem pertahanan badan akan menjadi lemah. Seluruh sistem hormon dan kimiawi badan adalah diatur dan disettingkan di dalam kepala, maka cara mandi biasa lebih banyak akan memberikan impakm yang buruk kepada sistem pertahanan bandan


Jadi , apa itu mandi songsang? Mandi songsang adalah amalan membasahkan tubuh badan bermula dari kaki dan beransur-ansur membasahi bahagian atas badan kemudian diakhir dengan kepala. (kecuali mandi hadas besar di mulakan dari siraman di kepala.)




KEBAIKAN DAN KELEBIHAN (INSYAALLAH)

Menjadikan pengamalnya AWET MUDA DAN FRESH.
Mengembangkan salur darah otak- menjadikan sistem darah di bahagian otak jadi bertambah baik untuk berfungsi.
Menjadikan sistem pertahanan badan akan bertambah baik fungsinya seterusnya menjana sistem hormon badan dengan lebih hebat untuk tahap kesihatan yang maksimum.
Mengurangkan tekanan (Stress ) yang telah dihasilkan oleh otak.
Melancarkan perjalanan darah.
Menjadikan pengamal semakin pintar
Meninggikan daya ingatan
Mengelakkan atau Mengurangkan sakit kepala
Menjadikan state mood yang tenang dan ceria
Menjadikan jiwa sentiasa bersemangat
Memiliki daya ketahanan mental
Menambahkan semangat berani
Menguatkan gusi dan gigi
Dan banyak lagi yang akan diketahui apabila mula diamalkan

Wednesday, October 19, 2011

Kemarahan telah melanda

(gambar hiasan,bkn pokok saya,,geram sangat lupa nak snap





Mood kemarahan telah melanda,,abih la berkedut-kedut la muka aku nanti.
Kerana pokok getah tua masa getah belum naik rega,kami 1 family tebang dan tanam yg baru,jadi pokok getah kat ladang baru jer matang..Lama lah jugak kami 1 famili tak jenguk,,ye la pokok baru anak dara sunti..skrg baru matang,,oleh kerana getah naik rega,,aku ni bercita-cita la nak jadi penoreh vogue..pergi la buat lawatan kat kawasan(perasaan jadi YB)...tiba-tiba kemarahan melanda,,memang kalau rimau ada sebelah pun mati ternganga dia kena jerkah dengan aku..

Manusia mana la,,dtg toreh pokok2 getah aku,,memang angin satu badan,,,,jadi aku angkut semua cawan2 getah aku yang dia siap dok tadah,,orangnya tak de..ye la dia buat keje subuh,,petang2 tak der la....pokok jer matang,,dah ternoda,,geram betul...esok pagi2 dah pakat dgn suami & famili nak tunggu sape punyer kerja,,kalau aku jumpa,,aku yang baik hati ni akan bagi dia makan barang mahal...getah pree samapi kenyang...

Moral of the story:kata mak aku,,dah tahu getah mahal.tak pandai ker nak buat pagar..untuk mak(mcm la dia baca blog ni):esok sy buat pagar yg ada elctricity tu,,,,he..he..he kita bakor sama dia n p/s;ulur le sumbangan buat pagar,nak buat pagar canggih ni..siap nak masuk kena guna kod pakai retina mata,,boleh x?

Tabahkah kita mengharungi kehidupan?

Tabahkah kita mengharungi kehidupan?pernahkah anda tanya soalan tu pada diri sendiri?

Kadangkala kita rasa sangat menderita.hingga hampir hilang pertimbangan dalam membuat keputusan. Kadangkala pula kita rasa kita tak mampu bertahan lagi dalam mengharungi,menangani masalah yang kita lalui.Terasa begitu berat ujian yang melanda,betapa ramai mereka yg tertewas dlm menghadapi ujuan dan dugaan oleh Allah Taala,,Tatkala ujian & dugaan datang,saya sendiri terkadang hampir kecundang, Syukur kerana saya ddilahirkan sebagai seorang Muslimah. Kadang-kadang terasa tak mampu lagi bahu ini untuk memikul segala-galanya.

Ada yang tertewas hingga mengikut hasutan syaitan,'mengambil nyawa sendiri'..tanpa sedar sebenarnya dia telah menjerumuskan diri sendiri terus ke pintu neraka.

Saya sendiri terasa diri sungguh malang,dugaan datang bertimpa-timpa,sy tak sedar di luar sana,lebih ramai lagi yg nasibnya malang,dugaan hidup mereka lebih teruk dari saya, Ada yg mengatakan "bestla jadi akak, dpt 'tengok' benda yg orang tak nampak,".Best?,,..bukan perkataan yg sesuai,,,sebab 'gift' ni,ujian yg saya hadapi datang bertimpa-timpa,kdgkala terasa lebih getir dari org lain,Saya redha dgn ketentuan Allah,dia lebih mengetahui apa yg kita tak tahu,Kadangkala kita sukakan sesuatu,sedangkan Allah tahu benda itu tak elok untuk kita,akan mendatangkan kemudaratan pada kita,kadangkala pulak,kita amat bencikan sesuatu,sedangkan Allah Maha Mengetahui yg benda itu akan mendatangkan kebaikan untuk kita.

Kita manusia ni cepat lupa,kita terlupa,apabila kita susah,ada ramai lagi yg hidupnya lebih susah dari kita,Kita merasa hidup kita sempit,walhal ramai lagi yg hidup dalam kesempitan,kita kerap memandang langit,hingga terlupa rumput dan tanah yang kita pijak.Kita sering kagum memandang keindahan,hingga terlupa segala keindahan hanyalah hak mutlak Allah Taala.

Bila ujian dan dugaan berlalu,kita terlupa ,kita tak sedar, kita telah mengharungi kematangan dalam hidup,Kita bertambah bijak,matang dalam menghadapi kehidupan.Lautan mana yang tak pernah bergelora,kehidupan mana yg tak pernah ditimpa masalah,ujian & dugaan,Bersyukur kita pada Allah kerana berjaya mengharungi segala-galanya tanpa mengadaikan iman & nyawa.
Semoga kita sama2 tabah mengharungi segala onak duri,ranjau penuh liku dalam kehidupan.


YA ALLAH..........TABAHKAN HATI HAMBAMU INI.
“ Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Dia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya dan dia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya."

Jawatan kosong yg patut direbut oleh semua lelaki Islam...


tarikh tutup:sebelum anda di mandikan buat kali terakhir

Tuesday, October 18, 2011

Pelajar 16 tahun kelar bayi sendiri



Wall Photos
‎[JENAYAH] KELAR PERUT ANAK

BETONG: Hanya kerana teman lelaki tidak mahu meneri...ma anak luar nikah dalam kandungannya, seorang pelajar berusia 16 tahun mengelar bayi perempuan baru dilahirkannya sehingga mati dan perut terburai di bilik asrama sekolahnya di sini, semalam.

Kejadian menggemparkan itu berlaku kira-kira jam 7.40 pagi dan pelajar tingkatan empat terbabit dikatakan melahirkan bayi cukup sifat sebelum dia mengelar bayinya yang masih hidup itu dengan pisau pemotong sayur sepanjang 15 sentimeter.

Sumber berkata, sebelum kejadian, pelajar terbabit dikatakan gagal hadir ke kelas sehingga menimbulkan rasa curiga seorang guru lelaki berusia 41 tahun yang kemudian ke bilik asramanya.

Menurutnya, sebaik tiba di bilik pelajar berkenaan, guru itu terkejut apabila mendapati satu mayat bayi perempuan cukup sifat berlumuran darah di atas lantai berhampiran katil suspek


Firman Allah SWT:

وَلاَ تَقْرَبُواْ الزِّنَى إِنَّهُ كَانَ فَاحِشَةً وَسَاء سَبِيلاً
“Dan Janganlah kamu manghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang buruk”

p/s: !E$@%^!&#*!#)$**&*!%$*&($&*(&!^$(*$&^&*$ (sorry mencarut sikit..:)
by: Informasi Dot My
.

Kanak-kanak malang di China

kejamnya manusia,dah la budak ni kena tindih,,mereka wat donno jer,tak ada yg tolong...untuk lebih info,,layari youtube,,seolah2 macam sengaja dilanggar


Budak yang kena gelek dan tak dihiraukan oleh orang sekeliling sudah pun meningg...al dunia menurut media China..kanak-kanak itu sebelumnya dalam keadaan koma teruk

Monday, October 17, 2011

Cerita tentang kawin dulu & sekarang





"Orang zaman dulu miskin sampai nak beli selimut pun tidak ada duit. Ada suami isteri yang tidur berlaga belakang sebab nak tumpang panas. Tapi Alhamdulillah sampai ke tua tak pernah berbalah sampai cerai berai. Orang hari ini gaji besar, dua tiga bulan bercerai. Ini menunjukkan bahagia itu bukan pada harta yang banyak, tetapi pada jiwa yang tenang. Tenang ini bukan boleh beli di market, tapi ia datang daripada Allah SWT...."

Petikan ucapan Tuan Guru Nik Abdul Aziz di Kuliah Medan Ilmu 5 Januari 2010.

Bakar isteri hidup-hidup

Bakar Isteri Hidup-hidup
Posted on the October 17th, 2011 under Tempatan by admin

1165
ShareShare1165


KUALA LUMPUR: Suami setan! Itu ungkapan layak diberikan kepada seorang lelaki berusia 28 tahun apabila didakwa bertindak kejam ‘meletupkan’ isterinya menggunakan bom petrol ketika mangsa sedang mandi di rumahnya di Kampung Baru di sini, tengah malam kelmarin.

Perbuatan keji yang dipercayai bermotifkan cemburu itu menyebabkan mangsa, 28, yang juga jururawat di Hospital Kuala Lumpur (HKL) di sini, kritikal apabila lebih 80 peratus tubuhnya melecur.

Semuanya bermula jam 12.20 tengah malam apabila mangsa yang baru pulang kerja, masuk ke bilik air di rumahnya untuk membersihkan badan.

Menurut sumber, sebelum insiden itu suami mangsa dipercayai sudah menyimbah petrol selain meletakkan bom petrol di dalam bilik air berkenaan.

“Sebaik isterinya masuk, suspek dengan sengaja membuang puntung rokok ke kawasan berkenaan menyebabkan tercetusnya api sebelum satu letupan kuat berlaku.

“Api hasil letupan kuat itu menjilat pakaian dan tubuh mangsa menyebabkannya menjerit meminta bantuan daripada suami,” katanya.

Harian Metro

Note:Setan ada 2 jenis,,satu, Setan jin,2, setan manusia,,yang mencuri,merompak,membunuh,merogol,dan segala jenis me...tu la setan manusia..yang suami kat atas ni salah satu lah..patut la,ada bini yang hilang akal sampai terpotong dan memotong anu si suami..macam2..bila akal tidak digunakan tapi nafsu menjadi raja,,pertimbangan hilang entah ke mana,,,kadang2 manusia ni tak sedar,,kewujudan kita ats dunia ni untuk kita beribadat kepada Allah,,,,tidak ada satu hal pun yang dapat kita sembunyikan dari Allah.Taala..walaupun perkara itu cuma berdetik seketika di dalam hati...

Kisah si kecil Ita


Kisah ni dah ramai yang tahu dan baca,saya saja nak share untuk sebagai peringatan,khas untuk diri sendiri juga.sesungguhnya betapa besarnya hikmah bersabar.....


Kisah Si Kecil Ita- Sebagai Ibu Bapa ..ambilah iktibar kisah ini...Jangan bertindak memukul anak anak kita tanpa usul periksa walaupun kita tahu anak kita sedang melakukan kesilapan...gantikan amarah mu dengan pelukan ..berselawat dan ditup keatas kepalanya...beritau dengan lembut tetapi tegas tentang kesalahan yang dilakukan.......

Ita.... nama panggilannya sejak dari kecil. Ita sangat minat melukis. Ibu dan ayahnya juga suka melihat lukisan Ita.

Suatu hari, Ita terjumpa sebatang paku karat ketika bermain buaian. Dia pun melakar simen tempat letak kereta ayahnya tetapi tidak kelihatan kerana diperbuat daripada marmar. Ita tida puas hati. Dicubanya pula pada kereta baru ayahnya. Ya....kerana kereta itu bewarna gelap, lakarannya jelas. Apa lagi, kanak-kanak ini pun melakarlah dengan gembira dan melahirkan kreativitinya. Hari itu, ibu dan ayahnya bermotosikal ke tempat kerja kerana laluannya sesak sempena perayaan Thaipusam.

Penuh sebelah kanan dia beredar ke sebelah kiri kereta. Dilakarnya gambar ibu dan ayahnya, gambarnya sendiri, lukisan ayam, kucing dan sebagainya mengikut imaginasinya. Kejadian itu langsung tidak disedari pembantu rumahnya, Narti.

Petang itu, terkejut besar ibu dan ayah Ita melihat kereta yang baru setahun dibeli dengan bayaran ansuran yang belum habis dibayar, berbatik-batik.

Si ayah yang belum pun masuk ke rumah terus menjerit, "siapa punya kerja ni?"

Narti yang tersentak dengan jeritan itu berlari keluar. Dia juga beristighfar. Mukanya merah padam ketakutan melihat wajah bengis tuannya.

Sekali lagi diajukan pertanyaan keras kepadanya, Narti menjawab perlahan "tak tahu... !Saya tak tahu Tuan".

"Duduk di rumah sepanjang hari tak tahu, apa kau buat?" herdik si isteri pula.

Ita yang sedang tidur dibiliknya terjaga mendengar suara kuat ibu dan ayahnya. Ita begitu gembira dan tidak sabar menunjukkan lukisan terbaru kepada ibu dan ayahnya.

Dia berlari keluar dari bilik. Dengan penuh manja dia berkata "Ita buat ayahhh.. cantik kan?". Ucapnya manja sambil terus menerkam ayahnya ingin bermanja seperti selalu.

Dengan kasih murni seorang anak yang belum memahami apa-apa, menarik lembut poket seluar abahnya, manja.

Si ayah yang hilang sabar merentap ranting kecil pokok bunga raya, terus dipukul bertalu-talu tapak tangan anaknya. Si anak yang tak mengerti apa-apa melaung kesakitan kesakitan.

Puas memukul tapak tangan, si ayah memukul pula belakang tangan anaknya. Si ibu cuma mendiamkan diri, mungkin setuju dan berasa puas dengan hukuman yang dikenakan. Pembantu rumah melopong, tak tahu nak buat apa-apa, sungguh kesian dan teramat sedih, namun dia juga sangat takut .

Si bapa cukup rakus memukul-mukul tangan kanan dan kemudian tangan kiri anaknya. Selepas merasa puas, si bapa masuk ke rumah dituruti si ibu. Narti segera memeluk Ita dengan penuh kasih sayang, cepat-cepat menggendong anak kecil itu dan membawanya ke bilik.

Dilihatnya tapak tangan dan belakang tangan si anak kecil calar balar. Menangis teresak-esak kedua-duanya di dalam bilik. Narti memandikan anak kecil itu. Sambil menyiram air sambil dia menangis. Anak kecil itu pula terjerit-jerit menahan kepedihan sebaik kesan sebatan terkena air.

Narti kemudiannya menidurkan anak kecil itu. Si bapa sengaja membiarkan anak itu tidur bersama Narti. Rasa marahnya masih belum hilang.

Keesokan harinya, kedua-dua belah tangan Ita bengkak. Narti berasa bimbang dan mengadu kepada ayah Ita.

"Sapukan minyak gamat tu!" balas tuannya . Ibu dan ayah Ita bergegas ke pejabat tanpa menjenguk Ita di kamar.

Pulang dari kerja, dia tidak melayan anak kecil itu yang menghabiskan masa di bilik Narti. Si ayah kononnya mahu mengajar Ita.

Tiga hari berlalu, si ayah langsung tidak menjenguk anaknya sementara si ibu juga begitu. Tanpa pengetahuan Ita, setiap hari ibu dan ayahnya akan bertanya kepada pembantu rumah.

"Ita demam...". Jawab Narti ringkas.

"Bagi minum panadol dulu" balas si ibu.

Hati ibu Ita mula merindui gelak ketawa anaknya. Sebelum masuk bilik tidur pada malam itu, dia menjenguk bilik pembantunya. Apabila dilihat anaknya ita dalam pelukan pembantu rumah, dia menutup semula pintu. Dia menangis di luar bilik. Selalunya Ita akan mengadu dan tidur bersamanya apabila tidak sihat.

Masuk hari keempat, pembantu rumah memberitahu tuannya bahawa suhu badan Ita terlalu panas.

"Petang nanti kita bawa ke klinik. Pukul 5.00 kita pergi" kata majikannya itu.

Sampai waktunya, Ita sudah tidak bermaya. Ayahnya mulai risau dan terus membawa Ita ke klinik. Doktor mengarahkan supaya kes tersebut dirujuk ke hospital kerana keadaan Ita sudah serius. Setelah seminggu di wad pediatrik doktor memanggil bapa dan ibu kanak-kanak itu.

"Tiada pilihan.." kata doktor yang mencadangkan agar kedua-dua tangan kanak-kanak itu dipotong kerana jangkitan sudah menjadi gangren sudah terlalu teruk.

"Tangan anak tuan sudah bernanah teruk, demi keselamatan dan nyawa anak tuan, tangan perlu dipotong dari siku ke bawah" kata doktor.

Ayah dan ibu Ita bagaikan terkena halilintar mendengar kata-kata itu. Terasa dirinya tunggang terbalik, tapi apalah dapat dikatakan.

Si ibu meraung merangkul si anak. Dengan berat hati dan lelehan air mata isterinya, si ayah terketar-ketar menandatangani surat kebenaran pembedahan.

Keluar dari bilik pembedahan, selepas ubat bius yang dikenakan habis, si anak menangis kesakitan. Dia juga terpinga-pinga, melihat kedua- dua tangannya berbalut putih.

Direnung muka ayah dan ibunya. Kemudian ke wajah pembantu rumahnya, Kak Narti. Dia mengerutkan dahi melihat mereka semua menangis. Dalam seksaan menahan sakit, si anak yang keletah bersuara dalam linangan air mata...

"Ayah.. ibu... Ita tak buat lagi. Ita tak mahu ayah pukul. Ita tak mahu jahat lagi. Ita sayang ayah.. sayang ibu". Katanya berulang kali membuatkan si ibu gagal menahan rasa.

"Ita juga sayang Kak Narti.." Katanya memandang wajah pembantu rumah, sekaligus membuatkan gadis dari Surabaya itu meraung seperti histeria.

Tidak seorang pun yang melihat suasana itu tidak menangis.... "Ayah.. bagilah balik tangan Ita. Buat apa ambil.. Ita janji tak buat lagi! Ita nak makan, macam mana? Nak main macam mana? Ita janji tak conteng kereta lagi!" Katanya sambil menangis tersedu-sedan.

"Ibu, Ita nak melukis macam mana buuu....?"

Bagaikan gugur jantung si ibu mendengar kata-kata anaknya. Meraunglah dia sekuat hati namun takdir yang sudah terjadi, tiada manusia dapat menahannya.. —
Ya..ALLAH...Lembutkan hati kami sebagai IbuBapa terhadap anak anak kami diatas kenakalan mereka...Limpahkan kasih sayang dihati kami diatas kedegilan...Ya ALLAh..Jadikan anak anak kami sebagai seorang yang soleh dan solehah.......amin ya ALLAH.......

Isteri gunting kemaluan suami, buang ke sungai

TAIPEI: Seorang wanita menggunting kemaluan suaminya sebelum mencampakkan organ itu ke dalam sungai.

Wanita warga Vietnam berusia 30 tahun itu bertindak demikian sebagai membalas dendam terhadap suaminya kerana menjalinkan hubungan sulit dengan wanita lain serta penderaan fizikal yang dilakukan ke atasnya.


Si isteri yang hanya dikenal pasti dengan nama keluarganya, Pan, memotong hampir separuh kemaluan suaminya di rumah mereka di Tainan, selatan Taiwan, ketika lelaki itu tidur selepas mengambil dadah dan pil tidur.


Dia kemudian mencampakkan organ seks suaminya, warga Taiwan berusia 29 tahun ke dalam sungai sebelum menyerah diri kepada polis.


“Dia ditahan atas tuduhan menyerang,” kata seorang anggota polis yang enggan namanya disiarkan.


Wanita itu memberitahu polis, dia tidak menyesal dengan perbuatan terhadap suaminya yang menganggur dan penagih dadah. Polis berkata, Pan mendakwa menderita kerana sering dipukul walaupun dia bekerja di sebuah kelab karaoke untuk menyara keluarganya sejak pasangan itu berkahwin dua tahun lalu.

Hubungan sulit lelaki itu dengan wanita lain, yang sengaja tidak disembunyikannya, mendorong Pan bertindak demikian.


Dia boleh dihukum penjara sehingga 12 tahun jika sabit kesalahan. - AFP

Sumber:Harian Metro 17/10/11

Note:Kat Malaysia pun banyak kes2 macam ni,,jgn main2 kalau pompuan mengamuk,,memang potong terus la...Seperti kata pepatah lama,ada dua jenis makhluk Allah yang paling pendendam atas dunia ni,Satu..Gajah...Yang ke2..Perempuan...

Friday, October 14, 2011

Hang Tuah

Sapa ingat iklan Kit Kat..Hang tuah,,M.nasir ni,,Hang Tuah...M.Nasir....Lps tu terus jadi Hang Tuah...

Cuba tengok gambar bawah ni,,,hasil nukilan mereka-mereka yang pernah tengok Hang Tuah di alam ghaib,,,mmmm,,mmg ada iras M.Nasir la..2 yang tetiba teringat iklan KITKAT,,,

Misteri:Bayi dilarikan bunian





Mungkin kedengarannya pelik tetapi itulah peristiwa yang benar-benar berlaku kepada seorang wanita yang sehingga kini terus merindui anak yang dikandung selama sembilan bulan tetapi hilang sejurus dilahirkan.

Kisahnya memang tidak logik mengikut hukum alam tetapi apabila yang turut terbabit dalam mencorakkan cerita berkenaan ialah makhluk bunian yang memang wujud dalam dunia ini, kesahihannya tidak boleh dinafikan begitu saja.

Wanita digelar Mak Teh yang kini melewati usia senja masih ingat peristiwa itu dengan sejelas-jelasnya.

Mak Teh bersyukur sangat selepas disahkan mengandung. Maklumlah sudah agak lama berkahwin. Kegembiraan Mak Teh dan suami usah dikira. Tidak sabar rasanya menantikan kelahiran anak sulung kami, katanya ketika mengimbas kembali peristiwa berpuluh tahun lalu yang sehingga kini masih sukar difahami.

Tidak sukar menyelami kegembiraan yang dirasakan Mak Teh bakal menimang anak sendiri. Kandungannya dijaga dengan penuh hati-hati, malah temujanji dengan jururawat tidak pernah diabaikan.

Apa saja petua demi memastikan kandungan sihat, asalkan tidak melanggar syarak, Mak Teh ikut. Semuanya bagi memastikan bayi dalam kandungan membesar dengan sempurna, katanya sambil mengelap air mata yang membasahi pipi tuanya.

Penantian Mak Teh tiba di penghujung pada satu petang Khamis. Sakit yang dialami di sekitar pinggang dan perut tidak pernah dialami sebelum ini. Namun kesakitan itu masih tidak dapat menandingi kebahagiaan yang menyelubungi Mak Teh dan suami. Mereka bakal menimang anak sendiri. Biar perit menahan sakit, Mak Teh tidak kisah kerana keinginan memeluk anak sendiri lebih mengujakan.

Entah mengapa Mak Teh memilih untuk melahirkan anak di rumah. Jururawat tidak membantah kerana Mak Teh tidak mempunyai masalah sepanjang mengandung. Kesihatan juga baik. Jadi, tiada masalah untuk melahirkan anak di rumah. Persiapan sudah dilakukan.

Dari petang membawa ke senja, sakit Mak Teh semakin berat. Mak Teh sudah pun berada dalam bilik yang sudah dikemas untuk tujuan itu. Jururawat turut menemani Mak Teh di dalam bilik itu. Ketika itulah terjadi satu kejadian yang tidak dapat Mak Teh lupakan sehingga kini.

Kejadian yang meruntun emosi dan fikiran Mak Teh sehingga sekarang. Mak Teh tidak pernah letih memikirkan mengapa itu terjadi kepada Mak Teh, katanya.

Mak Teh berkata, menjelang Maghrib malam Jumaat itu, Mak Teh tiba-tiba terbau haruman yang begitu menyegarkan. Haruman yang tidak pernah dihidu sebelum ini.

Mak Teh bertanya kepada jururawat yang menemani sama ada dia tercium bauan itu. Soalan Mak Teh tidak berjawab kerana rupa-rupanya dia tertidur. Rasa marah terbit juga kerana dalam keadaan Mak Teh yang semakin sakit hendak melahirkan anak, jururawat tertidur.

Dalam keadaan menahan sakit dan marah itulah Mak Teh seolah-olah berada di satu alam lain. Mak Teh dapat rasakan berada dalam keadaan antara sedar dan tidak. Mak Teh masih ingat dengan jelas beberapa wanita separuh umur berpakaian serba putih melangkah masuk ke dalam bilik.

Mak Teh ingin bertanya siapa mereka kerana memang Mak Teh tidak mengenali mereka. Tetapi mulut Mak Teh bagaikan terkunci. Langsung tidak boleh bersuara. Percaya atau tidak, dalam keadaan itu Mak Teh selamat melahirkan bayi lelaki dengan kumpulan wanita asing itu menjadi bidan, katanya.

Mak Teh terus bercerita bagaimana dia melihat sendiri mereka mengerat tali pusat, memandikan dan membalut tubuh bayinya. Kumpulan wanita asing itu turut menunjukkan bayi itu kepadanya. Malah Mak Teh sempat menyusukan bayi lelaki yang dilahirkan dalam keadaan serba tidak masuk akal itu.

Saat kumpulan berkenaan membawa bayinya keluar, Mak Teh cuba menghalang. Sayangnya Mak Teh terus kaku tidak dapat berbuat apa-apa. Cuma air mata yang mengalir mengiringi pemergian anak yang amat dirindui selama ini.

Sejurus kumpulan wanita berkenaan hilang jururawat tiba-tiba tersedar dan panik apabila melihat Mak Teh sudah selamat melahirkan anak tetapi bayinya tiada.

Dia bertanya kepada Mak Teh apa yang berlaku kerana perlu membuat laporan kepada pihak hospital tetapi Mak Teh sendiri kebingungan. Mak Teh masih ingat bagaimana jururawat berkenaan seperti hilang punca. Beberapa kali dia berkata kepada diri sendiri: Macam mana aku nak buat laporan kepada hospital? Pesakit sudah bersalin tetapi bayi tiada.

Dia juga hairan mengapa dia boleh tertidur. Jururawat berkenaan bertanya Mak Teh apa yang berlaku tetap Mak Teh cuma boleh menceritakan apa yang berlaku ketika dalam keadaan sedar dan tidak. Mak Teh jadi seperti orang hilang akal selepas peristiwa itu. Namun setiap malam Jumaat, anak Mak Teh akan dibawa berjumpa Mak Teh dan menyusukan bayi itu. Cuma pada waktu itulah Mak Teh berkesempatan menemui anak Mak Teh. Itu pun berlaku seolah-olah dalam mimpi tetapi dapat rasakan dia menyusu, katanya.

Keadaan itu berlanjutan sehingga anak lelakinya itu berusia 12 tahun dan sehingga sekarang Mak Teh tidak pernah lagi bertemu dengan anaknya yang dibawa orang bunian memasuki alam mereka. Mak Teh juga tidak pernah mengandung lagi dan mengambil beberapa anak angkat sebagai penyeri rumah tangga.

Memang cerita Mak Teh sukar dipercayai logik akal. Mungkin ada yang mencebik bibir tetapi kuasa Allah sudah membuktikan tiada apa yang mustahil dalam dunia ini dengan kehendak-Nya. Bagi Mak Teh dan beberapa wanita lain yang berkongsi cerita dan kesedihan sama, cuma kesabaran dan keimanan yang menguatkan mereka untuk terus cekal berdepan ujian perit itu.

Sumber : Bharian.com.my