Wednesday, April 25, 2012

Makanan-makanan yang mencetuskan memori

Makanan2 yang mencetuskan memori?,,wuu,,ayat mcm soklan periksa je...bukan apa,hari ni anak2 semua tertidur awl kepenatan,,so mengodek-godek blog2,,ada satu posting Ben ashaari ni pasal meggi..teringat kenangan lama,masa kat UiTM Machang,Kelantan & UiTM Shah Alam,,Kat UiTM shah alam,tak de la sgt makanan memori kecuali roti canai kedai mamak,pasal sy dok luar bukan dalam hostel,,masa tu seksyen 7,shah alam adalah padang jarak padang tekukur,,,ye la masa tu dah degree,,so makanan ruji menyegarkan mata untuk study adalah roti canai & the teh tarik(macam la segar sangat,motif utama adalah mencuci mata sambil mengisi tangki perut))


uiii,,terliur la pulak...Kat UiTM Machang,kelantan,saya masih muda remaja la,sbb ambik diploma,,masa ni dok hostel,,,masa ni la banyak makanan2 penuh memori,,kalau tengok mmg tersenyum teringatkan kenangan lama2,,,indah sungguh memori,,masa ni maggi antara makanan ruji walau ada dewan makan yang glemer dgn ikan jacket nya,,yang boleh baling cicak sure kiok..masa ni kami siswi berwibawa ni,,memang kreatif yg amat(psl makan la),,rice cooker mmg antara peralatan wajib,,masak nasi pun guna rice cooker,,masak tomyam pun guna rice cooker hatta goreng ayam pun dlm ricecooker,,multifunction sungguh..

Masa dok hostel,makanan paling banyak mencetuskan memori adalah
Murtabak meggi
(dimasak sepenuhnya dgn rice cooker jugak)..mmmm dah lama tak makan,,kadang2 dh boring makan meggi,kami buat murtabak meggi,,cicah sos,dan diserbu beramai-ramai,,mmg mebeles lah

dan makanan yang selalu saya n kwn2 ingat,teringat-ingat,terkenang2,,yang selau dingap malah tengah study @ mengumpat@ borak,,champion punya makanan ialah...
Biskut Ping Pong cicah air teh
(dulu cap ping pong ni champion,,psl masa ni biskut jacobs dan seangkatannya tak mampu lagi kami nak beli,,psl tuan punya biskut adalah penaja dan tukang tengok je,,yang ngap biskut adalah para penduduk yg datang beramai-ramai serbu bilik tuan2 punya biskut)

Masa dulu2
(skema tahap antarabangsa masa ni)
(aku anak dara sunti berbaju pink)

Selepas 10 tahun(masing2 dok mengendong anak)

Hmmmm,,indahnya kenangan..yang baik dijadikan ingatan yang buruk dijadikan sempadan

Tuesday, April 24, 2012

BERDOALAH DENGAN IKHLAS


1.Doa Pelindung Diri : Surah Al-Hasri ayat 26

2.Doa untuk pikat suami n lembutkan hati: Surah Toha ayat 1 -5

3.Doa Kebahagian Rumah Tangga : Surah Al-Kahfi ayat 1 dan Surah Ar-raddu ayat 31, Surah Yusof ayat 30.

4.Doa Untuk Ibu Yang Sedang Mengandung : Surah Mariam,Al-Fatihah, Al-Hujjurat, Yassin,AL-Taubah dan Surah Al-Imran ayat 38, Surah Al-Soffat ayat 100

5.Doa Hindari Kemaksiatan dan Kemungkaran : Al-Mukmin ayat 97-98, dan Al-Maidah ayat 25.

6.Doa Untuk Memperolehi Zuriat: Surah Al-Imran ayat 38 dan 200, Surah Al -Anbia ayat 89

7.Doa Lembutkan Hati( doa Nabi Daud) : Surah Al- Hasri ayat 21

8.Doa Untuk Elakkan dari Kejahatan Manusia : Surah Al-Yusof ayat 33 dan Surah Al- Qadr

9.Doa Untuk Elak Berkata Belit: Surah Al-Imran ayat 8

10.Doa lapangkan Hati/Mudahkan Urusan /Bukakkan Simpulan Yang Sukar: Surah Toha ayat 25 sampai 28

11.Doa Jauhi Sihir: baca Al-Fatihah, Baca 3 kul, Ayat Kursi , baca 2 baris terakhir Surah Al-Buqarah, makan 7 biji Kurma, bwuduk sebelum tdo, zikir.

12.Doa Elak Penceraian, bina rumah tangga kerana Allah, suami pimpin isteri kejalan Allah swt: Surah An-Nissa’ ayat 34,

13.Doa untuk Jadi Isteri Solehah/ jgn mintak apa2 diluar kemampuan suami/doa murah rezeki untuk perkahwinan: Surah Al-Imran Ayat 26 dan 27, Surah al-Taubah ayat128 dan 129, Surah Al-Anbiya ayat 87

14.Doa Untuk Jadi Isteri yg Taat n Solehah: Surah Al-Furqan ayat 74, Surah As-saafat ayat 100 dan Surah Ibrahim ayat 41..

SUMBER:SEMANIS KURMA

Doa untuk anak-anak


Doa Untuk Anak-anak:
a) Baca Fatihah (1 kali)

b) Baca Ayat Kursi (1 kali)

c) Baca Surah al-Insyirah (1 kali)

Kemudian hembuskan diubun-ubun anak niatkan agar anak menjadi anak yang soleh, cemerlang, lembut hati, rajin belajar rajin solat dan lain-lain.

atau
...
Baca Surah al-Fatihah,surah Taha ayat 1 sehingga 5,diikuti doa Nabi Daud sebanyak 3 kali.Doanya,”Ya Allah,lembutkanlah hati anakku(sebut namanya),seperti mana Engkau lembutkan Nabi Daud akan besi.(sebut namanya).”Kemudian hembuskan pada makanan dan minuman.Kalau anak masih menyusu,hembuskan pada susu.
atau
Ketika memasak,sentiasa basahkan lidah dan bacakan doa ayat 200 dari Surah Ali Imran yang bermaksud:”Wahai orang yang beriman!Bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaran kamu,dan bersedialah serta bertakwalah kepada Allah supaya kamu berjaya.”


(Jom Share untuk kebaikan bersama)

24/4/2012

dah nak tido,tiba2 ada orang datang bwk menantu yg sakit gila meroyan,bila aku 'tengok',tak de 'benda' lain,,last2 suruh mak,bapak dn suami org ni tunggu kat luar,dan slow talk dgnnya...hmmm.rupa-rupanya..........\
moral of the story,pd suami2 yg ada isteri dlm pantang @ dah nk terbranak,jgnla buat 'peel'..kot2 nk main kayu tiga pun,,cover2la,jgn dok show dpn bini,bkn je pompuan dlm pantang,yg dh menapous hatta aku pun jadi gila meroyan..
aku kalau meroyan.aku tak kacau baby,,aku zasssss laki aku terus,,baru brutal punya meroyan....heeeee:)

Sunday, April 22, 2012

Bunian




Umat Islam tak digalak berkawan dengan makhluk ghaib kerana tidak diketahui beriman atau kafir.


Di sebalik dunia nyata yang kita tempuhi, ada kehidupan sama seperti manusia tetapi terselindung dan tidak dapat disingkap pancaindera biasa.


Penduduk alam ghaib itu dikatakan memiliki budaya setempat seperti bermain kompang dan berzanji, memiliki wajah dan fizikal seperti manusia.


Penghuni dunia itu juga hidup bermasyarakat, mendirikan rumah dan penempatan sama seperti kita malah dikatakan turut menunaikan haji dengan menaiki kenderaan sama seperti manusia.


“Apa yang membezakan orang bunian dengan manusia ialah jika berpakaian, semuanya mesti satu warna. Dari baju ke seluar sama warna,” kata Pengasas Pusat Rawatan Islam Manarah di Kuang, Selangor; Dr Jahid Sidik.


Dr Jahid yang juga bekas pensyarah Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya berkata, selain warna pakaian; berdasarkan pengalaman dan kes yang dirujuk kepadanya, semua aktiviti bunian sama seperti manusia.


“Cuma manusia tidak nampak mereka. Dalam al-Quran juga menyatakan manusia tidak dapat melihat makhluk ghaib seperti syaitan, jin dan bunian kerana mereka tidak memiliki jasad. Manusia memiliki empat unsur iaitu air, api, tanah dan angin tetapi bunian menyamai jin hanya memiliki unsur api dan angin (menyebabkan mereka tidak berjasad),” katanya.


Beliau yang berpengalaman hampir 15 tahun dalam perubatan Islam berkata, sehingga kini ada dua teori dikemukakan mengenai kewujudan dan asal usul orang bunian.


“Mengikut cerita orang lama termasuk guru saya; asal bunian ialah apabila manusia berkahwin dengan jin. Sememangnya dalam kitab fekah ada perbincangan mengenai perkahwinan antara manusia dan jin.


“Berdasarkan pengalaman yang dirujuk kepada saya, membuktikan perkahwinan antara jin dan manusia memang berlaku dalam kehidupan ini,” katanya yang turut menjelaskan bahawa perkahwinan itu menyebabkan bunian memiliki rupa dan budaya seperti manusia tetapi memiliki unsur api dan angin menyamai jin.


Satu teori lain mengenai kewujudan bunian adalah mereka pada asalnya manusia alim dan soleh, taat kepada perintah Allah tetapi akibat sebab tertentu, mereka terlalai dan melakukan kejahatan.


“Akibat malu berhadapan dengan manusia, mereka berdoa kepada Allah supaya kewujudan mereka tidak dilihat manusia. Ada versi mengatakan kejadian ini berlaku pada zaman Sahabat tetapi ada yang mengatakan ia berlaku sebelum zaman Rasulullah serta pada zaman Nabi-Nabi terdahulu,” katanya.


Beliau berkata, manusia biasa tidak dapat melihat bunian atau jin tetapi keadaan itu boleh berlaku dalam beberapa keadaan tertentu, dengan izin Allah. Antaranya apabila ada jin atau bunian yang menumpang dalam badannya tanpa disedari individu itu.


“Ada orang berkata, bayi dapat melihat bunian atau jin kerana mereka masih suci. Itu tidak benar, sebenarnya bayi dapat melihat perkara ghaib itu kerana bunian atau jin menumpang di badannya.


“Ada satu kes seorang bapa mendakwa anak kecilnya istimewa (psikik) kerana dapat melihat benda ghaib. Selepas dibawa kepada saya, didapati dalam badannya ada jin dan selepas makhluk itu dikeluarkan, anak kecil itu kembali normal,” katanya.


Selain itu, manusia mampu melihat bunian jika makhluk itu menzahirkan jasadnya dan kebiasaannya kemampuan bunian menunjukkan fizikalnya berlaku apabila bunian itu mempelajari ilmu tertentu. Sebaliknya manusia juga boleh melihat bunian jika mereka mempelajari ilmu tertentu.


Dr Jahid menceritakan beberapa kes bunian yang dirujuk kepadanya sepanjang terbabit dalam bidang perubatan Islam itu.


“Satu kes di Kota Tinggi, Johor. Dua pemuda masuk ke hutan mencari rotan tetapi seorang daripada mereka hilang ketika hari hampir malam.


“Operasi mencari dijalankan tetapi lelaki itu tetap tidak dijumpai sehinggakan ahli keluarga dan penduduk kampung menganggap pemuda itu sudah meninggal dunia akibat dibaham binatang buas. Masa berlalu dan kehilangan pemuda itu semakin kurang dibualkan penduduk dan ahli keluarga.


“Tiba-tiba, kira-kira lebih setahun selepas kehilangannya, pemuda itu kembali ke rumah keluarganya dan membawa bersama seorang anak dan isteri,” katanya.


Pemuda itu menceritakan, pada hari kehilangannya, dia tersesat dalam hutan dan apabila menjelang malam, ketika mencari jalan keluar, dia terjumpa sebuah rumah.


Selepas berehat semalaman, pemuda itu meminta izin pulang tetapi disuruh pemilik rumah tinggal bersama mereka dan berkahwin dengan anak perempuannya.


Selepas setahun, lelaki itu diizinkan menjenguk keluarganya di alam manusia tetapi selepas itu, dia diberi pilihan oleh mentuanya sama ada ingin terus berada di alam bunian atau bersama manusia. Lelaki itu memilih kekal bersama anak dan isterinya di alam bunian.


Kes kedua diceritakan Dr Jahid berlaku pada tahun-tahun terakhir jemaah haji menggunakan kapal laut sebagai pengangkutan. Dalam sebuah kabin, ditempatkan tiga lelaki dan selepas berkawan, mereka bertukar alamat apabila ingin berpisah.


“Apabila pulang, seorang dari mereka yang tinggal di Kedah mengambil keputusan melawat kenalannya di Muar, Johor. Sebaik sampai di Muar, dia menunjukkan alamat kepada pemandu teksi yang berasa pelik kerana tiada kampung di kawasan itu.


“Apabila sampai, didapati memang tiada penempatan di situ, selepas berjalan masuk ke dalam sedikit, baru dia menjumpai kampung dan rumah kenalannya. Tetapi selepas beberapa ketika berada di tangga rumah kenalan itu, dia ditolak seorang pemuda dan sebaik terjatuh, dia melihat rumah dan kampung ghaib sebaliknya digantikan dengan semak belukar,” katanya.


Kes ketiga lebih menyedihkan. Seorang gadis meminta pertolongan Dr Jahid untuk memisahkannya daripada suaminya lelaki bunian. Beberapa tahun sebelum perkahwinan mereka, lelaki itu mendatangi gadis itu dan mengugut supaya mengahwininya atau gadis itu akan mengalami sakit misteri.


Gadis itu enggan menyebabkan dia diserang penyakit misteri selama dua tahun. Akibat tidak tahan menanggung kesakitan sehingga menyebabkannya lumpuh, gadis itu bersetuju berkahwin dengan lelaki bunian berkenaan.


Bantuan yang diminta daripada Dr Jahid bagaimanapun dibatalkan gadis itu dipercayai selepas diugut suami buniannya dan sehingga kini, tidak diketahui nasib wanita itu.




FAKTA


- Bunian tidak ditakrif dalam al-Quran tetapi keajaiban Allah sama seperti kejadian manusia kembar.


- Manusia yang bersahabat atau berkawan dengan bunian, menjatuhkan martabat mereka sebagai khalifah Allah.


- Tidak seperti jin yang boleh terbang dan memiliki kemampuan lain, Bunian hidup seperti manusia dengan berjalan kaki, bercucuk tanam cuma bezanya mereka tidak dilihat manusia walaupun hidup di alam yang sama.


- Bunian boleh menyakiti manusia secara ghaib tetapi bagi bunian yang mempelajari ilmu tertentu, mereka boleh menyakiti manusia secara fizikal.


- Rawatan digunakan Dr Jahid untuk merawat gangguan jin atau bunian adalah kaedah ketukan.


- Tanda-tanda seseorang diganggu bunian atau jin adalah berkelakuan pelik seperti melihat benda ghaib, berat badan kekal tetapi apabila diangkat terasa berat selain kesan aneh pada tubuh badan.


- Manusia tidak digalakkan berkawan dengan bunian kerana sukar diketahui sama ada bunian itu benar-benar beriman atau kafir.


- Kaedah menjauhkan gangguan bunian atau jin adalah dengan menjaga ibadat wajib dengan sempurna selain memperbanyakkan ibadat sunat serta solat hajat, solat taubat dan berdoa.




[Dari tulisan asal oleh Nasron Sira Rahim]



PENERBANGAN TAK DI DUGA,TANPA TEMPAHAN TIKET





PENERBANGAN TAK DIDUGA (juga ingatan buat diri sendiri)

Bila kita akan berangkat dari alam ini ianya ibarat penerbangan ke sebuah negara. Di mana maklumat tentangnya tidak terdapat dalam sebarang brosur penerbangan, tetapi melalui Al-Quran dan Al-Hadith. Di mana penerbangan bukannya melalui Air Asia atau AirJordan, tetapi Al-Jenazah.

Di mana bekalan kita bukan lagi beg seberat 23 kg, tetapi amalan yang tiada caj lebihan berat, atau tiada caj lebihan berat ianya atas kesudian Pencipta kita. Di mana bajunya bukan Pierre Cardin, atau setaraf dengannya tetapi kain putih kotton. Di mana pewanginya bukan Channel atau Paco Rebone, tetapi air mawar dan cendana.

Di mana pasport kita bukan Malaysia, British atau American, tetapi Al-Islam. Di mana visa kita bukan lagi sekadar 6 bulan, tetapi 'Lailaillah'. Di mana pelayannya bukan pramugari jelita, tetapi Izrail dan lain-lain.

Di mana layananya dalamnya bukan lagi kelas business atau ekonmi, sekadar kain yang diwangikan. Di mana destinasi mendarat bukannya KLIA, Heathrow Airport atau Jeddah International, tetapi tanah perkuburan. Di mana ruang menunggunya bukan lagi bilik air-cond dan permaidani, tetapi bilik 6 kaki dalam gelita.

Di mana pegawai imegresen adalah Munkar dan Nakir, mereka hanya memeriksa samada kita layak ke destinasi yang diidamkan. Di mana tidak perlu pegawai kastam dan alat pengesan. Di mana lapangan terbang transit adalah Al-Barzakh.

Di mana destinasi terakhir samada Syurga yang mengalir sungai di bawahnya atau Neraka Jahannam. Penerbangan ini tidak dinyatakan nilainya.. Ianya percuma, jadi simpanan (savings) anda tidak akan dihabiskan. Penerbangan ini tidak akan dirampas, oleh itu tidak perlu bimbang.

Sajian tidak akan disediakan, oleh itu tak perlu risaukan masalah alergi atau halal-haram makanan. Jangan risaukan delays, penerbangan ini sentiasa tepat waktunya, ia berangkat dan tiba tepat pada masanya.

Jangan fikirkan tentang hiburan dalam penerbangan, anda telah hilang selera bersuka-ria. Jangan bimbang tentang tempahan, ianya telah siap ditempah sejak anda disenyawakan di dalam rahim ibu.

Ya! Berita Baik!! Jangan bimbangkan siapa yang duduk di sebelah anda Anda adalah satu-satunya penumpang penerbangan ini. Oleh itu bergembiralah selagi boleh! Dan sekiranya anda boleh!

Hanya ingat!! Penerbangan ini datang tanpa 'amaran' Cuma perlu ingat! Nama anda telah ditempah untuk penerbangan ADAKAH KITA TELAH BERSEDIA UNTUK BERANGKAT???

Tolong Nak!

8/3/2012

Hari ni genap umur aku 34 tahun,hmmm dah kertu rupanya..tak sedar masa berlalu,,apapun umur hanya sekadar angka,juga pengingat tentang masa2 yg berlalu,juga ingatan penting tentang amal ibadat kita yg tak berapa nak cukup tu.

Hari ni macam tahun2 sebelumnya,aku akan agihkan pulut kuning beserta dengan rendang ayam pada jiran2,jemaah masjid dan sedara mara.Setelah selesai agihkan pulut kuning,aku bergerak ke rumah mak sedara kat pekan Kok Lanas.Tak la jauhh sgt,dalam 5 minit je,tapi kerana kemalasanku,serta kerana lemak2 yang dok siap landing melekat kat body ku tak mahu dirinya dinyahkan dr badanku,menjadikan spare part ku bertambah2,aku pun berkereta jugak la..

selesai hantar pulut dan borak sakan,gelak guling2(mak sedara aku ni kelakar,sbb tu awet muda,bukan awek mudo),anak daraku ajak ke rumah kawannya sebab pulut dalam polistren dan rendang tu ada la lebih lagi 2,3 bekas...

Kami sampai betul2 depan rumah kayu,sederhana besar,bercat warna kuning cair,rumah tu sunyi je,macam tak ada orang,tapi halamannya bersih.Sebab rumah kawan anak hanya selang 2 rumah je dari rumah tu,jadi kami jalan kaki je.Kami parking kereta sebelah pokok depan rumah kayu tu,jalan kaki sebab jalan rumah kawan anak daraku sempit ya ampun,kompem susah nak korner.
Masa anak dok rancak borak dengan kawannya.tiba2 nampak seorang lelaki tua kat tingkap rumah cat kuning tadi,pak cik tu lambai2 panggil aku,mula2 aku wat donno je,tapi pak cik tu asyik lambai je.

Disebabkan aku ni jenis yang beradap sopan pada yang lebih tua(ayat skima),dan disebabkan kesian pada pak cik yg dok melambai,kang tercabut urat tangan,naya la.Aku melangkah ke rumah pak cik tu dengan senyum simpul.

(Percakapan dlm bahasa kelantan,jadi dah siap diterjemahkan)
Aku:"Assalamualaikum pak cik,ada apa yer?"

Pakcik:"Maaf nak,macam ni,Pak cik nak mintak tolong ni,tolong la bagi tahu si Esah tu,dah lama benar dah tak jenguk pak cik ni,suruh la dia datang uruskan pak cik ni"

Aku:"Errr,,Esah mana ni pak cik?,saya bukan dok sini saya tak kenal yang mana satu nama Esah"

Pak cik:"tadi kamu masuk jalan sini,kat selekoh tu,ada tak jumpa rumah yg ada pokok bunga keras warna pink,sebelah rumah dia ada pokok kekabu,rumahnya warna hijau bendera pas".

Aku terdiam seketika,memang kat simpang tadi ada borak2 dengan anak,tunjukkan dia pokok kekabu(ye la budak2 zaman sekrang,mana kenal pokok kekabu,korang kenal?).Aku tadi bawak kereta slow depan ruma tu pasal kagum dengan pokok bunga kertasnya yg berbunga cantik.Memang rumah tu warna hijau.

Aku:"Saya rasa saya tahu rumah mana.nanti sy bagitahu pesan pak cik ye".
Pak cik tu senyum je,mukanya pucat tapi bersih.

Selesai anak jumpa kawan,dan aku selesai minum2 teh rumah kawan dia,aku hampir terlupa,terlepas rumah yang pak cik tu cerita.Tiba2 macam muka pak cik tu dok ulang tayang dalam minda,muka sedih je,aku terpaksa u turn balik.

Lepas selesai borak2 dengan mak cik esah.aku pun sekonyong-konyong balik rumah.Mak cik Esah bagitahu dia terlupa pulak pada Pak cik Jusoh,pasal mak cik esah baru je balik dr Kl,menguruskan anak keduanya baru bersalin anak sulung.

9/3/2012

Pagi2 lagi dapat panggilan telefon.,kata pemanggil tu dia Mak Cik Esah yg aku jumpa semalam,dpt no aku dari kawan anak aku.Panggilan tu betul2 mengejutkan aku.

Mak cik Esah:"Anak ni betul2 ke cakap dengan pak cik Jusoh semalam?"

Aku:"betul la,dia siap pesan macam2 kat mak cik,,ala macam yang saya cakap semalam".

Mak Cik Esah(menangis).."Ya Allah,dik,petang semalam, lepas adik balik tu,mak cik pergi rumah dia,pintu rumah terkunci,nasib baik mak cik ada kunci,mak cik jumpa dia terbaring atas tilam...dia dah meninggal.Masa orang sepital datang,meraka kata dah hampir 2 hari dah dia meninggal.betul ke adik jumpa dia semalam?"

Aku terus terkedu..patutla muka pakcik tu pucat lain macam...mengigil badan.Sejak aku tolong polis jejak budak hilang dan kena bunuh 5,6 thn lepas,dah lama aku tak mengigil macam ni.

Mak Cik Esah:"mungkin dia mintak tolong orang uruskan mayat dia melalui adik,pak cik Jusoh ni baik,orangnya alim,dia dok sorang2 je sejak bininya meninggal 8 tahun lepas,anak pun tak ada.Apa pun mak cik sebagai ahli keluarga dia nak terima kasih banyak2 pada adik"

Aku:"Semuanya kuasa Allah mak cik,sekurang2nya dia dah tenang kat sana"

Mak Cik Esah:"Betul,betapa besar kuasa Allah,nanti jemput datang malam ni,buat tahlil,ajak suami sekali ye"

Aku:"Insyaallah"

Malam itu,masa majlis tahlil kat rumah mak cik esah,air mata aku menitis,aku nampak pak cik Jusoh senyum pada aku,seolah-olah ucap terima kasih.Air mata aku terus menitis laju,betapa aku bersyukur sebab dikelilingi keluarga yang sayangkan aku,betapa ingatan aku serta merta ingatkan Arwah Ayah,ingatkan ibu yg dah semakin uzur,aku janji pada diri sendiri,aku akan jaga ibu dan akan sentiasa akan ada disisi dia saat dia sakit,susah dan senang.Aku akan tetap akan ada disisinya saat dia memejamkan matanya buat kali terahir.Mama,Lina sayang mama!

Betapa besar kuasa Allah,tiada apa yang mustahil bagi DIA.

AL-Fatihah pada Haji Yusof B. Mohd Saman.

Saturday, April 21, 2012

Syair dalam memori

Arwah atuk selalu bacakan syair ini semasa kecil,tapi sebab dah terlalu lama,saya pun dah lupa,,beberapa hari lepas masa godek2 almari lama,jumpa satu Quran kecil besar duit 50 sen,dan rangkap2 ini:

“… asal kami daripada anak cucu Raja Iskandar Zulqarnain, nisab kami daripada Raja Nusirwan, Raja Masyrik dan Maghrib dan pancar kami daripada Sulaiman ‘alaihis salam… ” Sejarah Melayu (SM), karangan Abdullah ibn Abdulkadir Munsyi, bait 2.2).

catatan ke2:

Maharaja Nusirwan ‘Adil (Anushirvan/King Khosrow I “The Just” of Persia) bin Maharaja Kibad Syahriar (Kavadh I of Persia) bin Firuz II of Persia bin Yazdagird II of Persia bin Bahram V of Persia bin Yazdagird I of Persia bin Shapur III of Persia bin Shapur II “The Great” of Persia bin Ifra Hormuz binti Vasudeva of Kabul bin Vasudeva IV of Kandahar bin Vasudeva III of Kushans bin Vasudeva II of Kushans bin Kaniska III of Kushans bin Vasudeva I of Kushans bin Huvishka I of Kushans bin Kaniska of Kushanastan bin Wema Kadphises II of Kunhanas bin Princess of Bactria binti Calliope of Bactria binti Hippostratus of Bactria bin Strato I of Bactria bin Agathokleia of Bactriai binti Agathokles I of Bactriai bin Pantaleon of Bactria bin Sundari Maurya of Magadha (menikah dengan Demetrios I of Bactriai*), keturunan Raja Iskandar (Alexander III “The Great” of Macedonia)) binti Princess of Avanti (menikah dengan Brihadratna Maurya of Magadha**), keturunan King Ashoka) binti Abhisara IV of Avanti bin Abhisara III of Pancanada bin Abhisara II of Taxila bin Abhisara I of Taxila bin Rodogune Achaemenid of Persia binti Artaxerxes II of Persia bin Darius II of Persia bin Artaxerxes I of Persia bin Xerxes I “The Great” of Persia bin Atossa of Persia (menikah dengan Darius I of Pesia***), keturunan Bani Israil) binti Cyrus II “The Great” of Persia catatan ketiga: Darius I of Persia bin Meshar binti Salathial bin Tamar binti Johanan bin Josias bin Amon bin Manasses bin Ezechias bin Achaz bin Joatham bin Uzziah bin Amaziah bin Joash bin Ozias bin Jehoram bin Jehoshapat bin Asa bin Abia bin Roboam bin Nabi Sulaiman

kesimpulan dari post ni:arwah datuk selalu cerita tentang moyang2 kami...tapi sampai sekarang aku pun masih tak faham..nama macam cerita purba...agak2 atuk aku goggle kat internet ke sbb sama la info masa tanya pakcik goggle..ke pakcik goggle pergi goggle arwah atuk...ntah dh merepak dah aku ni

Hmmm..Berhabuk

Assalamualaikum..perkataan pertama.hmmm berhabuk blog ni,,,habuk tahap tegar,,dh dkt2 bulan x jenguk sini,,sebab?2 faktor,,terlalu sibuk,,& malas,,sebnarnya malas tu faktor pertama.tapi tak kisah sgt la...cita2 nk aktif balik tetapi kekangan masa tu,,,agak terbatas sesangat..

Alahai Hantu

Asal-usul nama-nama hantu..
1. Hantu Raya - Berasal dari Tanah Melayu. Dipercayai terkorban di dalam satu kemalangan jalan raya, sebaik saja keluar dari Pudu Raya untuk pulang berhari raya.......kegemarannya mencuri kuih kuih raya. Tempat menginapnya disyaki di balai - balai raya.
2.Hantu Langsuir - Dikenal pasti berasal dari Tanah Seberang. Ceritanya bermula di suatu pagi raya bila seorang suri rumah sedang memasang langsir lalu terjatuh dari tingkap, terus mati. Selepas itu, dia selalu datang menjeguk langsirnya. Hobinya bermain aumm cak di tepi langsir.
3. Hantu Stokin - Berasal dari kawasan perindustrian Shah Alam. Merupakan seorang taukeh stokin yang berjaya sehingga lupa rumah tangga. Hidupnya asyik dengan stokin. Tidur stokin, makan stokin, minum stokin sehinggalah kawan kawan menggelarnya Hantu Stokin.
4. Hantu Jerangkung - Di percayai berasal dari Tanah Besar China. Ia bekerja sebagai penjerang kangkung di sebuah restoran. Hari hari kerjanya jerang kangkung dalam sebuah periuk besar. Satu hari seorang kawan menyergahnya dari belakang, kerana terlalu terkejut ia jatuh dalam periuk itu. Perkataan akhirnya ialah 'jerang.....kung', jadilah Hantu Jerangkung. Hobinya mencangkung dan tempat tinggalnya dalam almari, sebab tu le ada lagu 'Jerangkung Dalam Almari'.
5. Hantu Pontianak - Disyaki berasal dari India. Seorang lelaki, Mr. Ponti mendapat seorang anak perempuan yang sangat hodoh. Orang kampung selalu menyindir anak ponti ini. Ponti punya anak - Ponti punya anak - Ponti punya anak. Ponti sangat malu dan mengurung anaknya. Selepas 5 tahun, anaknya keluar dari rumah dan terkejutlah seorang nenek, Oi! Pontianak...Lekatlah nama pontianak.
6. Hantu Penanggal - Seorang ibu tiri yang kejam, hobinya menanggalkan kain anak tirinya selain kain lakinya. Dah terbiasa dia rasa seronok pulak. Dia melebarkan hobinya dengan menanggalkan kain orang orang kampung. Hebohlah satu kampung 'Lari..lari.....Penanggal'. Bila dia melihat sesuatu yang menarik seperti kurap, panau, kayap dan anu.....dia pun mengilai semahunya.
7. Hantu Pocong - Berasal dari Puchong. Nama sebenarnya Amat Garpu Bin Mat Sudu. Dia ni suka sangat menipu, senang cerita...kaki cong le. Bila dia mati terlompat lompatlah dia, nak pergi cong orang. Jadilah Pocong.