Sunday, July 8, 2012

Attention Plsss

Pada mereka yang berminat dgn Jamu Perawan tu,saya stop jual buat sementara,,Sebab sibuk dengan pindah rumah,,sibuk belajar lagi(perubatan Islam),bila dah on balik,,nanti saya info pada semua yg berminat,Terima Kasih Daun Keladi

LEPASKAN MEREKA PERGI

Assalamualaikum.dah terlalu lama blog ni saya tinggalkan,,kemalasan menulis yg teramat,dan mcm2 benda yang berlaku.

Tak lama lagi saya akan tinggalkan bumi Kelantan kerana terpaksa ikut suami yang berpindah tempat kerja,,,tapi tak kisah lah janji gajinya naik,,heee :)lagipun saya niaga sendiri,,,campak mana2 pun,dengan izin Allah,boleh hidup.
Saya cuma manusia biasa,bukan paranormal @ yg sewaktu dgnnnya,siapa yg datang minta bantuan,sy tolong,,sebab yang berkuasa cuma Allah.Pada yg email mengadu masalah,terima kasih saya ucapkan,,apa2 nasihat dtg dari hati saya yang ikhlas.
Semoga dapat membantu walau pun cuma sedikit..

Kalau inginkan kedamaian hati,Allah lah tempat yg harus kita tuju.solat,zikir...tak guna berhabis ribuan ringgit berjumpa dgn pakar sakit jiwa,jika hati kita tetap tidak tenang,,kerana jalan sebenarnya di depan mata,,cuma mata hati tertutup untuk kita melangkah..Allah yg harus kita tuju,,Dia dekat bila kita dekat.

Beberapa minggu lepas,ada seorang kawan bawa saya berjumpa seseorang,Seorang wanita dalam lingkungan 40 tahun..kata kawan saya,dah letih berubat,tapi tetap sama,dah berpuluh,mungkin beratus air tawar dah diminum,,ada tok bomoh yg kata kena gangguan saka lah,kena sihir la,kena badi mayatlah,, dia juga berjumpa dengan perawat Islam.

Wanita itu benar2 membuat hati saya sayu,dia kematian suami dan 4 orang anaknya dalam kemalangan kira2 6 bulan yang lepas,sejak itulah,dia seperti orang yang hilang akal,kata doktor.,masalah kejiwaan kesan dari kemalangan,ye lah melihat orang tersayang mati di depan mata,Sejak kemalangan itu,dia tidak pernah bercakap walau sepatah perkataan pun,,tetapi suka bercakap sorang,,kdg2 ketawa sorang2,aii,,seram sejuk la orang2 sekelilingnya.

Saya cuba dekat dengan dia,cuba bercakap,tapi dia malu2,dia lari ke bilik tidur..Bila saya sentuh tangan dia,,gugur air mata saya,,betapa kesedihan menguasai dirinya(biarlah saya panggil Puan R).Semangatnya hilang,,jiwanya kosong,air mata sudah kering,kesedihan dan kekecewaan mengatasi segala-galanya.Bila saya cuba scan,,bukan kesan gangguan jin @ saka,ada ,tapi apa yg saya nampak cuma roh2 4 orang anaknya,,Ya Allah,saya cuba tahan dari menangis,tiba2 perasaan rindu pada 3 org anak2 saya datang mencuit hati.

Perasaan sebak dan kesedihan saya membuatkan saya mati kata2,,roh 4 orang kanak2 itu memandang saya dengan sayu,saya faham,tapi saya tak tahu bagaimana nak ungkapkan perkataan pada Puan R.

Satu saja yang mampu saya cakap,"Akak,Lepaskanlah mereka pergi,cara akak tak redha dengan pemergian mereka,kesedihan akak yang terlampau serta kerinduan,membuatkan mereka tak dapat pergi dengan aman,kita hak Allah,padaNya lah kita kembali,hadiahkanlah doa pada mereka,redhakanlah pemergian mereka,"

Tiba2 Puan R menangis,,rupanya selama ini,kerana terlalu sedih dan tak redha,dia menyimpan semua kesedihan seorang diri.Buat kali pertama,setelah dkt 4 jam saya cuba dekati dia,saya dpt mendengar suaranya mengadu pada saya,tangisannya yang meragut hati saya.

Betapa segalanya dia simpan sendirian,,sejak hari kemalangan,tiada setitik pun air mata dia yg mengalir,kerana dia tak mahu anak2nya melihat dia menangis,,Betapa kerana ketidakredhaan seorang ibu atas pemergiaan anak2 kesayangannya,membuatkan roh2 4 anaknya tidak dapat pergi dengan aman.

Ya Allah,selama ini,aku ingat betapa beratnya dugaan yang Engkau beri padaku,aku alpa dan lupa,di luar sana,lebih ramai orang yang lebih berat dugaannya,Kadang2 kerana terlalu memandang bulan dan matahari,kita terlupa rumput dan tanah yang dipijak.

Semalam saya terima panggilan dari Mah,sepupu dan kawan rapat Puan R. Alhamdulillah,setelah 6 bulan,Puan R kembali ceria dan sudah kembali solat.Badan yang tinggal tulang sudah makin berisi.

Sebenarnya pada diri Puan R memang ada jin yang menumpang,Jin sesat,Datang kerana kesedihan melampau Puan R,ada lah yang sesat dalam 2,3 ekor,tapi Alhamdulillah,setelah bagi air tawar dan buang,Puan R dah kembali normal.Kesedihan dan kekecewaan yang melampau membuatkan makhluk lain dtg buat rumah tumpangan,free of charge.

Kisah Puan R ni mengajar saya lebih menghargai org2 yang saya sayang,ajar saya hargai setiap detik bersama mersa,membuat saya merasa teramat bersyukur sbb masih diberi kesempatan utuk bersama2 dgn org2 yang amat saya sayang.

Saya bukan orang pandai dan arif dalam hal buang membuang jin,setan..semuanya Kuasa Allah dan berkat ajaran Guru saya,Ustaz Halim.belajar pun sebab nak buang 'benda' pada diri sendiri,dan sebab nak off kan 'mata' satu lagi.Semua kuasa Allah,Dia dengar doa dan rintihan saya setiap kali solat fardu dan solat hajat,Sekarang saya blh on dan off kan 'mata' serta on dan offkan 'gelombang' perasaan orang lain,,jadi sekarang ni boleh la keluar malam dan meronggeng(beli barang) kat pasar malam.

Cuma kalau tersentuh orang tu,dapat jugak la terasa apa orang tu fikir dan rasa,sungguh tak selesa,,ada sekali tak sengaja(sebab ramai org kat pasar malam wakaf che yeh),saya terlanggar seorang lelaki,,dah tua gayut dah,Zapp terbaca fikiran orang tua tu,,Yakhhhhh,,,dah kubur dok panggil pun fikiran masih blue,,buat malu pakai ketayap je,,,,,Alahaiiiii....kena off record ni.

Apa pun dari kisah benar ini,,sama2 lah kita memanjatkan kesyukuran atas semua nikmatNya,sama2 kita hargai org2 yang berada disekeliling kita dan sama2 lah kita sentiasa redha setiap kali kita di duga.Sesungguhnya hanya Allah yang tahu apa yg terbaik buat hambaNya.

Al-Fatihah pada Saudara2 kita yang telah pergi.
(buat arwah ayah saya.Al-Fatihah)