Thursday, November 29, 2012

Pil Perawan (100% herba)

JAMU SERI PERAWAN HOMEMADE ~ 3 IN 1, - merawat keputihan dan lendiran yg banyak-*menyempitkan rahim dan ketat seperti perawan-* merawat dan menyembuh luka-luka dalaman semasa dalam pantang dan selepas bersalin -*rawatan pulih dara- *mengecutkan peranakan-* menghilangkan gatal-gatal di faraj wanita- *melancarkan peredaran haid-*vagina akan berbau harum semulajadi- *Kencing Manis-* Darah Tinggi- *Gout-*melawaskan pembuangan air kecil dan air besar-* kulit akan menjadi kemerahan dan gebu serta tegang- *anti jerawat- dapat mengembalikan awet muda- *menegangkan bibir faraj yg telah kembang dan kendur-* sengugut-* menambahkan tenaga batin- *memulihkan urat saraf-* merawat payu dara kembali tegang dan pejal kemerahan (montok) * merawat payudara (KANSER )- *anti kanser-*sakit lutut-* kebas kaki tangan- *senak kembung- *angin medu- lenguh sendi* mengembalikan berat badan secara alami-, .Pil ini dihasilkan secara manual dan diperbuat daripada campuranherba tradisional semulajadi 100% HALAL dan SUCI. TIADA BAHAN KIMIA Aturan Makan:2 biji pagi dan malam Harga RM20=60 biji Hubungi 012-6854585 @ layari http://kaybeebeauty.blogspot.com

Minyak As Syifa'

Iklan sikit ye
شيفاء وروتميڽق MINYAK URUT AS-SYIFA’ MINYAK YANG TELAH DIBACAKAN DOA2 SYIFA’,SELAWAT SYIFA’,,AYAT- AYAT AL-QURAN DAN DIRAMU DENGAN HERBA -HERBA TERPILIH KHASIATNYA: *MEMULIHKAN SAKIT URAT,SAKIT OTOT,LENGUH LENGUH SENDI,STOKE,LUMPUH,KANAK-KANAK KENCING MALAM,URUTAN UNTUK WANITA LEPAS BERSALIN,IBU MINYAK URUT(CAMPURKAN MINYAK INI KE DALAM MINYAK LAIN,KEGUNAAN UNTUK MENGURUT),KANAK-KANAK MENANGIS MALAM,UNTUK BAYI LEPAS BERSALIN, MENGURANGKAN STRESS DAN TEKANAN(AROMATERAPI),ORANG TERKENA SIHIR(URUT TEMPAT SAKIT) RM12...layari http://kaybeebeauty.blogspot.com

Sunday, November 25, 2012

GERAMMMMMMM!!!!!!

Nampak tak betapa banyaknya tanda seruan..sbb geram dan marah sgt2,sampai menitis air mata,,sbb nak tingkatkan keupayaan membaca anak2 saya,saya cari tempat tuisyen utk kelas intensif membaca,,tempat tu kat tanjung chat,kota bharu,,Bayaran?boleh tahan lah,,RM350 utnk 2 orang,,hari ni kali ke 4,anak2 pg tempat tuisyen tu,,kelas 3 kali seminggu,,sekali kelas selama 2 jam,,
Nak jadikan cerita,,anak2 terbukak cerita,psl cikgu tempat tuisyen tu pukul dia dan adik,,si abg kena rotan kat kedua tapak tangan dan perut,,si adik kena penampar kat pipi kiri dan kanan,dan juga tampar kat kepala,,berderau darah saya,,sebelum ni,dia ada cerita tentang guru tuisyen garang,saya kata x pe,mungkin abang buat salah,selagi tak pukul x pe lagi...hah,,hari ni,,ambik kau,,kena penampar dan rotan anak aku
Saya call cikgu2 tu,,marah kaw2,,blh cikgu lelaki tu kata,,dia pukul meja je,sbb budak2 ni main2 sgt,,bayangkan kelas 2 jam tanpa rehat,,mana budak2 tahan,bagi la rehat 10 minit ke,,ni pukul anak orang. Kalau kelas tu free ke,,byar rm20,30 ke,saya blh tahan lagi,,kalau cikgu pukul kat sekolah pun saya blh faham lagi,,ni kelas berbayar,dkt RM200 utk sorang budak..mula2 cikgu tuisyen yg biul tu tak nak bg blk duit sbb anak2 saya dah x nak pg sekolah,,saya pun x nak bagi pg sana lagi,,baru 4 kali kelas,dah pukul,tampar anak org,,dah lama nanti,pecah kepala anak2 aku nanti.
Lepas sound selasernya dan saya nk wat report,,dia refund yuran,tapi tu pun separuh je,,tapi sampai skrg saya tetap tak puas hati,,geram sgt,,kalau x boleh ajar bdk2,,kenapa buat iklan,,ingat ni zaman batu ke,,main pukul2 anak org..kelas tu berbayar bkn free,,,Kat sini saya nak announce nama Tempat Tuisyen tu Pusat tuisyen KUaliti Bestari,,kalau cikgu2 dia terbaca kat sini,,saya akan siasat sapa owner tempat tu,,saya akan pg sound,dan check tempat tu berdaftar @ tak,,dan tungguuuuu,,kwan2 saya kat PPD nak siasat tempat tuisyen awak tu,,rupanya sebelum ni ada ibubapa yg dah mengadu....GERAMMMMMMMMM!!!!!!!!!

Wednesday, November 14, 2012

Santau

Apa itu Santau? la rangkaian dari 3 perkara: Ramuan, Sihir dan Makhluk halus. Asal Santau: Seperti yang diterangkan secara lisan, ia biasa berlaku di bahagian negara-negara Asia Tenggara seperti Indonesia, Malaysia, Filipina dan lain-lain. Termasuk juga di bahagian selatan negara China. Dan ia tidak diamalkan oleh masyarakat Arab ,Timur tengah, Afrika dan lain-lain. Masyarakat sedemikian mereka lebih menggunakan kaedah sihir yang lain.
Biasanya dahulu di bahagian daerah Sumatra, Indonesia, Santau biasa digunakan seperti alat permainan masyarakat di sana. Di mana dalam sesebuah kampung jika ada seorang yang gagah perkasa atau yang mempunyai sesuatu bidang ilmu yang tinggi seperti ilmu agama dan lain-lain, para penyantau suka mencuba atau hendak menguji sejauh mana kehandalan atau kebolehan mangsa-mangsa. Bagi orang yang mempunyai ilmu kebal (yang dikatakan gagah perkasa) seperti pahlawan dan sukar untuk ditandingi oleh orang biasa, lazimnya tubuh badan mereka atau kekebalan mereka akan kalah dengan santau. Wallahu alam.
Santau terdiri daripada beberapa jenis. Sebahagian darinya : 1) SANTAU ANGlN : Cara ia disebarkan melalui angin. Pembawa santau ini akan membawa santau mereka berjalan dikhalayak ramai, santau ini akan mengikut arus angin dari pembawa (arus angin dari belakang ke hadapan pembawa) dan mengenakan mangsa yang berdiri berhadapan (face to face) dengan pembawa. Sekiranya mangsa membelakangi pembawa santau, insyAllah tidak akan terkena santau tersebut.
Untuk santau angin biasanya, amat bahaya jika ramai orang yang berhadapan (face directly ) dengan pembawa santau ini kebanyakannya semua akan terkena termasuklah haiwan. Nauzubillah. Hanya insan yang beramal soleh dan mengamalkan doa pelindung diri, yang mana Allah hendak melindunginya,lnsyAllah akan dilindungi oleh Allah Ta'ala.
Bagaimana santau ini dibawa? Pembawa santau ini akan membawa santau ini melalui celah kuku tangan mereka. Di kediaman, pembuat santau akan memasukkan dahulu jejari tangan mereka ke dalam bekas simpan santau untuk memasukkan santau ke dalam celah-celah kuku mereka sebelum mereka membuangnya di khalayak ramai. Kapasiti bagi jentikan 1 Jari : 20 mangsa, kalau 10 jari dah ada 200 mangsa. Nauzubillah.
Dengan melalui arus angin dan memasukkan santau ke dalam jejari tangan, biasanya pembawa santau ini akan menyebarkan atau membuang santau mereka ini dengan kaedah menjentik-jentik jejari mereka di kawasan umum atau bila mereka ketawa, mereka akan membuka seluas-luasnya mulut mereka sampai boleh terlihat lelangit & bahagian tekak mereka, itu juga adalah salah satu cara mereka mengenakan santau. Tempat biasa untuk sebaran atau dibuang santau seperti di pasar tani, pasar malam, restoran, majlis kenduri dan sebagainya. Wallahu alam
2) SANTAU TUJU: Ditujukan kepada seseorang. Biasanya jika terkena pada orang yang dituju memang akan terkena (dengan izin Allah), insyaAllah jika dapat dielak ia akan terkena pada orang yang rapat dengan mangsa. Wallahu'alam. Penyantau tujukan santau tersebut dengan mengambil pakaian mangsa iaitu dengan mengetahui tarikh lahir mangsa. Contohnya, dari situ penyantau akan membuat kira-kira di mana mereka akan mencari kelemahan mangsa dalam 1 minggu ada 7 hari, jadi dalam 7 hari salah satu hari akan ada kelemahan berdasarkan dari tarikh lahir. Bila penyantau sudah dapat mengesan kelemahan mereka, penyantau akan menggunakan hari kelemahan mangsa tersebut untuk menyerang.
3) SANTAU MAKAN DAN MlNUM: Ia dimasukkan ke dalam makanan dan minuman. Biasanya jika mangsa selalu mengamalkan amalan pendinding diri dengan izin Allah Ta'ala, dapat mengesan santau tersebut contohnya apabila mangsa hendak memegang cawan atau gelas yang berisi air sejuk dan sebagainya, air tersebut jadi macam menggelegak, gelas yang dipegang meletup atau pecah dan boleh dilihat dalam makanan tersebut mempunyai rambut-rambut yang halus (seperti rambut orang lelaki yang baru gunting rambut), serpihan-serpihan kaca berkilat dalam pinggan. Wallahu alam. Tempat biasanya dalam jamuan kenduri kendara atau kedai makan dan sebagainya.
4)SANTAU LANGKAH : Biasa berlaku di tempat kerja (office). Di mana orang yang mempunyai hasad dengki dan sebagainya akan menaburkan bahan-bahan santau ini di pintu sambil menyebut 1 menujukan santau tersebut kepada mangsa yg hendak dituju.. Ada juga santau yang dimasukkan ke dalam perigi dan lain-lain. Ia untuk ditujukan kepada seseorang dan terdapat pelbagai kaedah cara untuk pembuat 1 penganiaya ini melakukan santau. Tapi santau hanya akan kena pada mangsa melalui masuk dalam mulut (makan, minum, angin ) , pijak langkah .... Wallahu alam ...
Santau ini boleh dijual beli,contohnya pembuat santau ini akan menternak santau ini secara komersial dan akan menjual kepada sesiapa yang berminat untuk mendapatkannya atau pembeli boleh mengupah penyantau untuk menyantau mangsa I pembeli juga boleh hanya membeli santau saja dan belajar dari penternak bagaimana nak menyantau orang, walau budak umur 12 tahun pun boleh belajar .... Nauzubillah ...
Santau ini ada grade tersendiri, jika grade yang tinggi kesan pada mangsa seperti muntah darah yg banyak dan kritikal dan berkemungkinan membawa maut, dan ada yang grade rendah tapi kesan untuk jangka panjang ialah mangsa akan mempunyai masalah kesihatan seperti sakit asma, kanser,gatal-gatal yang sukar diubati, dan sebagainya. Dan menyebabkan terjadinya SAKA, sebab jin-jin & syaitan-syaitan yang berada dalam santau masuk ke dalam badan mangsa akan cepat membiak, nisbah bagi manusia melahirkan anak 1 orang = 1 bayi, tapi jin dan syaitan: seekor jin= 9anak jin dan syaitan. Jenis mangsa : orang yang kuat beramal soleh (good muslim), orang yang mempunyai kelebihan dan baik.
Kenapa syaitan atau jin tidak mengganggu orang-orang kafir 1 orang-orang yang tidak mengikut perintah Allah Ta'ala? Syaitan 1 jin tidak akan menyusahkan mengganggu merosakkan sebangsa dengan mereka, jadi makhluk-makhluk ini tidak akan menyakiti 1 mengganggu manusia yang sudah buat maksiat 1 tidak bermoral kerana mereka memang dah dihanyutkan oleh makhluk-makhluk ini dengan perkaraperkara yang dilarang oleh Allah Ta'ala. Cuba pergi disko ada tak org kena santau kat situ ... answer, takde .... cuba pergi ke masjid ada tak orang kena santau kat situ answer ada ... ada orang-orang yang kuat beramal pergi masjid jalankan perintah Allah , itulah musuh syaitan, jin wal iblis laknatullah ....
Tujuan membuat santau: amalan diri (pembuat atau penyebar santau biasanya hendak mengetahui sejauh mana kehebatan ilmu santau mereka lalu membuat praktikal), pertahankan diri ( kalau zaman dahulu, kalau sesebuah negeri kalah dalam peperangan jadi nak balas balik guna santau, kalau sekarang ada segelintir dari kalangan wanita-wanita yang jahil atau lelaki-lelaki yang jahiliyah menggunakan santau untuk mempertahankan hak-hak kepentingan diri sendiri), untuk membalas dendam, dan untuk kebanggaan supaya dihormati atau ditakuti.
RAMUAN SANTAU Air ulat sintuk (ulat gonggok yg berwarna kehitam-hitaman, segala jenis miang seperti miang buluh, miang jagung., sumbu pelita minyak tanah (habuknya), hempedu katak puru (biasanya digunakan di kedah atau perlis- katak puru yang diambil dari atas pokok daun keladi yang layu yang terletak di sawah padi), kaca dari botol-botol kaca atau kaca lampu (ditumbuk dan diayak dan diambil serbuk kaca yang halus), kuku (dari manusia atau haiwan, dan sebagainya), rambut, tali sabut (direndam selama 44hari kemudian diracik halus-halus), kacang babi (Wallahu alam tak tau rupa bentuknya tapi org Asli -Aborigines people- yang tahu sebab mereka cari dalam hutan, bahan ini kalau terkena di kulit gatalnya Nauzubillah, ada sampai terpaksa kena potong salah satu anggota badan yang terkena), tembikar yang lama dan benda-benda yang kotor yang banyak jangkitan bakteria, tulang haiwan yang mati berangan seperti kokang (mati tergantung), beruang yang mana haiwan-haiwan tersebut mati yang menyeksa terseksa diri - biasanya jin yang tertempek pada haiwan-haiwan sedemikian yang digunakan ialah jenis hantu raya class A.,, barang-barang yang gatal-gatal, sabut pada batang pokok enau, lipas dan lain-lain ...Kadang-kadang, ada juga yg menggunakan kaedah santau ular, labah-labah,(menggunakan haiwan yang berbisa) dan lain-lain ... (bahan yang dibuat dari kulit, tulang, bisa, ..ia akan dihancurkan dan dibuat ramuan untuk santau). Function santau : untuk menyeksa hidup dan membunuh mangsa.
Bagaimana santau dibuat dan diproses Pembuat santau akan mengumpulkan segala bahan-bahan yang hendak dibuat santau kemudian bila semua ramuan dah cukup, pembuat santau akan mencari suatu hari dalam bulan gelap betul-betul gelap(kalendar melayu kalendar islam ) dan mereka akan membawa bahan santau ini ke simpang tiga yang tak ada orang lalu lalang (simpang yang menuju ke hutan) di tengah malam tanpa membawa rakan hanya seorang diri, kemudian mereka akan memulakan bacaan mentera jampi serapah mengikut bahasa masing-masing sambil menutup bekas santau itu dengan sehelai kain. Cara bahan santau itu aktif ketika mana pembuat santau tu membaca mentera kain yang menutup bekas santau tu naik ke udara kemudian keluar suara (jin, syaitan, iblis laknatullah) bercakap 'aku ikut perintah kamu' itu bermakna ramuan santau itu sudah jadi (apabila bahan santau 'menjadi' ia membiak mcm yeast- cepat membiak walau kalau dah masuk dalam tubuh mangsa pun cepat membiak macam virus). Tapi sekiranya bahan santau itu tak jadi maka pembuat santau ini akan menunggu hari gelap yang lain untuk mengulangi ritual yang sama sampai menjadi.
Apabila bahan santau ni diaktifkan ia akan disimpan dalam bekas tabung contohnya zaman dahulu ia disimpan dalam batang buluh kecil dan digantung pada para di dapur. Kalau zaman sekarang Wallahu alam mungkin dalam balang atau sebagainya. Jadi, dalam 3 atau 4 bulan sekali pembuat santau ini akan memeriksa bekas santau itu samada penuh atau tidak, jika dah penuh dan melimpah terpaksa lah pembuat santau ini membuang santau ni dengan cara yang diterangkan sebelum ni samada pada khalayak ramai atau sebagainya. Jika tiada pilihan dan tak sempat nak buang ia akan memakan tuannya sendiri (samada pembuat terpaksa memberi makan atau minum pada ahli keluarga atau memakan diri sendiri). Boleh tak santau ini dibuang? Jawapannya boleh.
TANDA TERKENA SANTAU: Batuk yang berterusan walaupun makan ubat hospital pun tak baik-baik dan gejala batuk pada waktu-waktu tertentu seperti maghrib, pagi, tengah malam, nak subuh, ada yag 24jam (mcm batuk anjing) , muntah darah, rasa tercucuk-cucuk dalam badan seperti ada jarum (di bahagian dada, sendi-sendi badan, peha, dan kaki), demam panas, sakit kepala, lenguh atau lemah sendi dan anggota badan, tiada selera makan ( kesannya jadi badan susut dan bila cuba nak makan rasa nak muntah), susah nak tidur malam, kerap mengantuk di siang hari, gatal-gatal badan, pemarah (sifat yg dibangkitkan oleh jin, syaitan, iblis), pelupa, resdung, barah, kayap, lumpuh ( yg menyerang buah pinggang) dan ada yg sampai buat putus urat jantung, serta jadi gila, lemah tenaga batin, kudis (biasanya ramuan santau ini boleh didapati dari kepulauan Borneo), penyedih, penakut, pembenci, pemalas , fikiran tidak tenteram (sehingga tidak boleh membuat keputusan dengan tepat dan hilang keyakinan diri, suka bersendirian (tidak suka bergaul dengan org ramai), sakit perut dan sakit belakang.
KESAN DARl TERKENA SANTAU: Merosakkan rohani dan jasmani ( rasa tidak tenteram), merosakkan rumah tangga, merosakkan organ dalaman, merosakkan fikiran dan maut. Tanda fizikal mangsa santau : warna kebiru-biruan (biru kundang) di kuku tangan dan kaki, bibir, kelopak mata dan ada yang tahap kritikal menjadikan paru-paru dan jantung bermasalah dan berlubang. Tidak ada perawat dapat memastikan dengan tepat berapa lama tahap santau sudah berada dalam badan pesakit tetapi berdasarkan pengalaman perawat santau, jika hanya bahagian dada saja berkemungkinan santau tersebut baru masuk mungkin tidak kurang dari satu atau dua minggu, kalau sudah sampai ke pinggang berkemungkinan sudah masuk dalam sebulan atau beberapa bulan ,kerana bila bahan santau dapat dikeluarkan dari badan pesakit dapat dilihat bahan tersebut masih baru dan bila dah sampai ke kaki berkemungkinan sudah beberapa tahun. Kalau yang dah lama bertapak, apabila keluar mungkin santau itu sudah menjadi hitam. Wallahu'alam.
Jika pesakit santau menggunakan X-ray, ia tak dapat dikesan tetapi jika pesakit itu terkena santau biasanya hasil filem x-ray tersebut di bahagian paru-paru akan menjadi gelap dan doktor gagal mengesan puncanya. Santau ini bila dah masuk ke dalam tubuh mangsa melalui mulut atau sebagainya, seperti yang diterangkan sebelumnya ia akan menjadi racun masuk ke pembuluh darah seperti bagaimana masuknya gangguan jin dan syaitan termasuk sihir dan menyerap ke seluruh badan dan terus ke otak dan ada kesan santau menjadikan anggota badan seperti lidah menjadi pendek membuatkan mangsa tidak boleh bercakap, mulut menjadi herot, dan tangan menjadi merengkot. IKHTIAR RAWATAN DAN PENAWAR SANTAU: Terdapat pelbagai kaedah digunakan untuk merawat sakit santau antaranya adalah: UBAT DALAMAN Dengan cara menggunakan ramuan herba dan madu untuk di buat minum dan makan. - Minum: Bahan: - gula batu sebesar ibu jari tangan, -daun dukung anak secekak bersama dengan akar sekali , bagi pokok ini terdapat dua jenis: 1) Berwarna merah - ini jenis pokok jantan daunnya bercabang dan rasanya pahit. 2) Berwarna hijau- jenis pokok betina (dari jenis ini diambil untuk dibuat ubat), antara khasiatnya: penawar racun, ubat batuk, sakit kuning, memperbaiki selera makan, merawat masalah lemah tenaga batin, darah tinggi, meningkatkan kekuatan jasmani.e, - daun pengaga secekak dengan akarnya sekali (gunakan pengaga kampung yang jenis kecil-kecil bukan pengaga jepun daun yang bulat lebar pegaga batas.), - batang tebu 3 ruas dibuang kulit dan ambil isinya dipotong kecil ( paling baik guna tebu hitam atau merah tapi kalau tiada boleh guna tebu biasa). Semua bahan tersebut direbus dalam periuk dengan menggunakan 4 gelas air,apabila air rebusan sudah tinggal dalam lebih kurang 2 gelas bolehlah dimatikan api dapur dan dibuat minum, minum masa ia masih suam panas. Kemudian tambah lagi gula batu dan air 4 gelas ke dalam bahan rebusan tadi untuk direbus kali kedua. Air rebusan ini perlu diminum berterusan sehingga badan sembuh. Antara khasiat meminum air rebusan ini ialah dapat mencuci darah dan dapat kecutkan organ-organ dalaman yang luka terutama bagi perempuan yang lepas bersalin. Air rebusan ini adalah bagi orang yang tidak ada penyakit kencing manis.
- Makan Bahan : - Madu lebah 3 sudu (elok madu lebah tualang), - beras pulut 3 suku cawan yang dibasuh dan dikeringkan dan ditumbuk, - halia muda 3 sudu yang diracik halus dan dipotong dadu, - gula pasir 2 sudu.
Cara: semua bahan di campur dan kacau sebati. Dan dimakan sesudu sejam sekali hingga habis.Jika tidak suka makan madu lebah boleh kurangkan sedikit madu lebah tersebut dalam ramuan. la boleh disimpan di dalam peti sejuk.Buat sehingga 7 kali. Ramuan ini tidak digalakkan untuk pesakit yang menghidap menyakit asma atau lelah kerana ia menggunakan beras pulut. Bagi pesakit yang mempunyai masalah sakit resdung berkemungkinan apabila memakan ramuan ini akan keluar jerawat disebabkan beras pulut juga.
Untuk PENAHAN DARAH Bahan: -Kelapa muda (apa saja jenis yang hijau) jangan gunakan kelapa gading atau kuning kerana dalam alam ghaib, seperti pokok ciku, pokok buluh kuning adalah tempat tinggal makhluk halus, ini berdasarkan daripada pengalaman perawat-perawat Islam. - air, - sirih, gambir, kapur makan dan buah pinang muda (ambil isi putihnya) bagi biji pinang -sekapur, akar pinang, dan akar pisang kelat secekak. Kesemua ramuan ini direbus dan dibuat minum sebanyak 3 kali. Antara doa-doa yang dibaca untuk rebusan ini ialah :
- surah al lahab, al-masadd ayat 1: - apabila sampai bacaan pada akhir ayat ...' tab': disitu niatkan - Ya Allah berhentikan darah yg keluar dari mulut si polan bin polan, sambil letakkan tapak tangan di bawah halkum pesakit. Kalau yang berak berdarah letakkan tangan dibahagian pinggul pesakit (niat pun sama cuma tukar bahagian dubur). Tetapi jika pesakit tidak mahu disentuh tidak mengapa, cuma bacakan pada bahan ramuan saja. - surah yassin ayat 38: sama juga jika sampai ayat dzhalika "tak" ... dalam hati niat seperti dalam surah al lahab dan almasad. - surah hud ayat 44.
SAKlT DADA Bahan: - jintan putih 1/2camca, - jintan manis 1/2camca, kayu manis 2 jari, dan biji buah pala 1 atau 2biji. Cara: semua bahan direbus dengan 3 cawan air hingga tinggal 1 cawan dan diminum pagi dan petang.
Nota: Apabila dirawat pesakit masih sakit, panas badan, dan berasa pedih,jarakkan atau selangkan sehari amalan meminum ramuan tersebut, insyAllah. Jika kesemua bahan-bahan herba tidak boleh dimakan atau diminum memadai dengan mengambil madu lebah 1/2 camca pagi dan petang dengan perut masih kosong sebelum makan atau minum, dengan bacaan selawat dan doa, insyAllah kerana madu lebah itu sendiri sudah diiktiraf dan diterangkan oleh Allah Ta'ala dlm Al quran akan kebaikan dan khasiatnya.
KAEDAH PELINDUNG (pendinding diri) Sentiasa menjaga solat dan amalan fardhu yang wajib dan melakukan yang sunat seperti solat sunat malam, berzikir, membaca Al Quran, dan sebagainya . Setiap amalan hendaklah membaca al quran dan surah-surah yang dibaca dan berzikir hendaklah diniatkan memohon kepada Allah ta'ala supaya dilindungi diri dan ahli keluarga dari segala bentuk kejahatan makhluk syaitan, jin, iblis, manusia dan sebagainya. Senantiasa mengamalkan dalam doa harian atau setiap lepas solat membaca surah Al fatihah, 3 Qul ( Al Ikhlas, Al Falaq, An Nas), Ayatul Qursi, doa pengerak (bismillahiladzi la yadhurru ma asmihi syaiun fil ardhi ... sampai habis. Melazimkan diri membaca ketika sebelum makan dan minum, sebelum keluar rumah , lazimkan juga membaca 2 akhir ayat dari surah at taubah (ayat 128 dan 129) iaitu laqod ja'akum .... sampai habis., dan doa-doa yang lain.
CARA HENDAK MENGETAHUI TERKENA SANTAU: Apabila hendak tidur, perahkan air limau nipis sedikit (tanpa ditambah dengan air) ke dalam mulut. Jika tiada masalah seperti batuk, gelisah samada semasa tidur atau tidak, berkemungkinan besar 90% masalah yang dialami ada bersangkut paut dengan santau.Jadi,segera dapatkan rawatan yang sewajarnya.Kalau tiada masalah Alhamdulillah. Santau biasanya bersangkut paut dengan penyakit fizikal juga seperti sakit, gatal-gatal pada anggota badan, kanser, sakit jantung, paru-paru, buah pinggang dan sebagainya, kecuali gout dan kencing manis. Wallahu'alam.
PERKARA YANG DILARANG APABILA PESAKIT SEDANG MENJALANl RAWATAN SANTAU la bergantung kepada cara rawatan perawat-perawat lslam yang mempunyai pelbagai kaedah untuk merawat, ada perawat melarang pesakit memakan ikan yang bersengat,dan jika perawat yang menggunakan kaedah rawatan tepuk daun nangka seperti Ustaz Mokhtar Kasan ini, adalah ditegah pesakit apabila sedang menjalani proses rawatan memakan limau ( semua jenis limau terutama limau nipis, limau kasturi walau kordial sunquick tu pun tak boleh, apa-apa perasa limau tidak dibenarkan), cuka, buah yang masam dan jeruk (pickles),nenas, dan rebung yang boleh diklasifikasikan berunsur tajam, dan kurangkan juga memakan makanan yang pedas, berminyak, air batu, tidak boleh melakukan kerja kuat atau aktivity yang lasak seperti bermain bola dan sebagainya, serta tidak boleh mengangkat barang berat. Dikhuatiri jika pesakit tidak mengendahkan segala larangan-larangan tersebut akan membawa kesan buruk dan padah terhadap pesakit itu sendiri kerana luka-luka dalaman masih belum sembuh sepenuhnya. Di samping mendapatkan rawatan dari perawat lslam adalah digalakkan pesakit itu sendiri berusaha untuk menguatkan daya ketahanan diri rohani dan jasmani melalui membaca Al Quran, berzikir dan sebagainya, secara istiqomah dan berterusan untuk mendapatkan ketenangan fikiran disamping berdoa kepada Allah Ta'ala semoga sembuh,insya Allah.
Koleksi dari ceramah rawatan santau oleh Tuan Haji Mokhtar Kasan (Perawat Darussyifa Bandar Baru Bangi)

Tuesday, November 13, 2012

20 TANDA JIN JATUH CINTA PADA LELAKI

20 TANDA JIN JATUH CINTA PADA LELAKI Jin merupakan makhluk yang kehidupannya sama seperti manusia. Mereka berkahwin, makan, minum, bermasyarakat dan sebagainya.
Selain itu, Allah juga telah mentaklifkan mereka dengan hukum-hukum syariat yang perlu dilaksanakan. Oleh sebab itu, dikalangan jin ada yang merupakan jin Islam dan jin kafir, jin soleh dan juga yang fasik. Ini semua berdasarkan tingkatan amalan dan kepercayaan golongan jin.
Atas kesamaan inilah maka jin juga mempunyai perasaan saling suka-menyukai dan cinta-mencintai. Dan tidak mustahil boleh berlaku di mana jin betina mencintai lelaki dari kalangan manusia. Maka artikel kali ini saya kongsikan dengan pembaca 20 tanda yang menunjukkan seorang lelaki itu telah dicintai oleh jin betina.
Tanda Lelaki Dicintai Jin Betina * Mempunyai sikap seperti wanita. Bagi lelaki yang mengalami keadaan ini sikap mereka akan menjadi seperti seorang wanita. Contohnya sangat beremosi seperti pemarah, cepat merajuk, cepat panik dan gelabah, pemalu, mudah putus asa dan sebagainya.
*Sangat suka menyendiri dan tidak selesa berada dikhalayak ramai. Tanda yang boleh diperhatikan ialah apabila anda berada dikhalayak ramai tambah pula kalau anda menjadi tumpuan masyarakat ialah sekurang-kurangnya jari anda akan menggeletar. Kalau yang lebih teruk anda boleh jadi menggeletar seluruh badan dan menjadi sangat panik.
* Suka mengelamun dan berkhayal perkara-perkara romantik. Contohnya anda selalu membayangkan yang anda sedang berasmara atau berkasih mesra dengan perempuan, tidak kiralah samada perempuan tersebut anda kenal atau tidak, perempuan yang anda pernah lihat atau perempuan yang anda cipta sendiri dalam bayangan anda.
* Suka bersendirian ketika berjalan terutamanya pada waktu malam.
* Suka duduk mengelamun bersendirian melayan perasaan di bawah bulan purnama.
* Sering merasa sedih, gembira, sayu atau rindu pada seseorang, tetapi anda sendiri tidak tahu siapa orang tersebut.
* Anda akan sangat mudah untuk jatuh cinta pada mana-mana wanita, tidak kiralah samada wanita yang baru atau pun telah lama kenal. Bahkan mereka yang telah dipikat oleh jin wanita juga akan mudah jatuh cinta pada wanita yang baru sekali dipandang. Dan perasaan cinta tersebut diikuti dengan rasa rindu yang teramat sangat.
* Anda akan selalu didatangi oleh wanita samada yang anda kenali atau tidak. Wanita yang sama atau berganti-ganti akan datang pada anda ketika anda mula mahu melelapkan mata atau pun di tengah malam, dalam keadaan anda antara tidur dan jaga. Selepas didatangi apa sahaja kemungkinan boleh berlaku, samada sekadar bergurau senda, berasmara atau boleh jadi lebih dari itu.
* Anda kemungkinan akan bermimpi didatangi dan berasmara dengan seorang wanita. Dan kalau sampai ke tahap di mana anda dan wanita itu melakukan persetubuhan, maka ianya sangat bahaya. Kerana ianya mungkin mimpi bagi anda tetapi baginya ia suatu perkara yang benar-benar berlaku. Akan menjadikan jin itu ketagih dan semakin sayang kepada anda. Dari situ jin tersebut akan terus menjaga anda dengan amat ketat. Dan kalau ditakdirkan dari perhubungan itu terjadi anak, anda akan selalu termimpikan anak tersebut. Kalau dicuba untuk memutuskan hubungan tersebut, risikonya sangat tinggi kerana akan menyebabkan anda menghampiri atau menjadi gila. Atau anda akan melakukan sesuatu yang di luar jangkaan disebabkan oleh tekanan angin bisa ataupun dirasuk oleh perasaan jin itu sendiri.
*Kalau melibatkan gangguan yang lebih teruk, jin tersebut akan menjelma dihadapan anda dalam bentuk manusia. Ketika ini anda akan merasakan bahawa betul-betul berhubungan dengannya di alam nyata. Dalam keadaan ini, mangsa akan lebih suka menyendiri untuk bersama kekasihnya dan akan dilihat bercakap seorang diri sedangkan pada pandangannya ada teman yang sedang berbicara dengannya.
* Apabila anda bangun pagi anda dapat merasakan seolah-olah anda ditemani oleh seseorang dan anda juga dapat merasakan seperti yang menemani anda itu adalah seorang wanita.
* Apabila anda bangun pagi anda merasakan bahawa pada malamnya ada melakukan persetubuhan dengan seseorang walaupun anda sedar bahawa anda tidur berseorangan. * Kemungkinan pada wajah anda akan ada aura dan cahaya kelembutan, kesan dari jin yang mencintai dan mendampingi anda. Masyarakat sekeliling akan menjadi lembut hati apabila memandang anda seolah-olah mereka sedang memandang seorang wanita cantik. Dan cahaya kelembutan itu akan bertukar kepada cahaya mendung apabila jin tersebut menjadi marah terutamanya disebabkan oleh amalan pendinding yang diamalkan mula memberikan kesan.
*Sekiranya melibatkan gangguan yang lebih teruk, kemungkinan anda akan mengalami kerasukan atau kesurupan dimana anda dirasuk oleh jin betina yang telah jatuh cinta pada anda.
* Anda juga akan dapat merasakan bahawa anda sedang diekori oleh seseorang ke mana sahaja anda pergi.
* Orang lain juga akan perasan seolah-olah ada bayangan hitam atau seperti seorang wanita sedang menemani anda. Tetapi apabila menghampiri bayangan hitam atau kelibat wanita tidak kelihatan.
* Sekiranya jin yang mencintai anda merupakan jin yang kuat sifat cemburunya, maka anda kemungkinan akan dihalang dari berkahwin kerana dia tidak mahu berkongsi kekasihnya dengan orang lain.
* Sekiranya ditakdirkan anda berkahwin, maka ia akan cuba memporak perandakan rumah tangga anda. Anda dan isteri akan selalu bergaduh walaupun disebabkan perkara kecil. Ia akan cuba sedaya-upaya menjadikan anda dan isteri bercerai supaya anda hanya menjadi miliknya.
* Nafsu anda juga akan menjadi tidak terkawal. Anda akan selalu menginginkannya tidak kira masa dan tanpa sebab yang munasabah. Dan tidak mustahil kalau jin betina itu menjadikan isteri anda terhalang untuk melaksanakan tugasnya supaya anda akan memuaskan nafsu anda dengan cara yang tidak elok. Dan kemungkinan juga ia antara faktor yang menyebabkan terjadinya keganasan seks, seperti merogol, terutamanya kalau jin tersebut kuat seks supaya ia boleh turut serta.
* Kalau ditakdirkan anda mendapat anak, tak mustahil ia akan mendatangi anak tersebut seperti mana-mana cara yang dilakukan oleh anda ketika mendatangi anak anda, terutamanya kalau anak itu anak lelaki. Jadi apa yang boleh saya simpulkan dalam keseluruhan artikel ini ialah tidak mustahil berlakunya keadaan di mana jin yang mencintai manusia, tidak kiralah jin betina mencintai manusia lelaki atau sebaliknya. InsyaAllah dalam artikel terbaru saya akan saya kongsikan pula dengan pembaca tanda-tanda jin jantan menyintai seorang wanita. Nasihat saya sebaiknya kita amalkan membaca ayat-ayat untuk pendinding diri dari gangguan atau dipanggil ayat ruqyah sebagai usaha yang dapat kita lakukan. Yang selebihnya kita bertawakal kepada Allah dan memohon perlindungan-Nya dari kejahatan makhluk jin ini. Sumber:Halaqah.net

Perihal Mimpi lagi

Tidak semua mimpi dapat ditafsirkan makna yang terkandung didalamnya. Ada kalanya mimpi bagaikan angin lalu namun ada yang benar-benar menjadi kenyataan. Mimpi insan yang bertakwa merupakan perkhabaran yang akan berlaku, kerana Rasulullah tidak bermimpi melainkan mimpi baginda menjadi kenyataan. Sedangkan mimpi insan yang tidak beriman merupakan berita yang disebarkan oleh syaitan.
Dalam suatu riwayat dikisahkan, seorang wanita bertanya,"Wahai Rasulullah, sesungguhnya saya bermimpi melihat sebahagian tubuh baginda berada di rumahku".Baginda menjawab, "Sesungguhnya Fatimah akan melahirkan seorang anak lelaki, kemudian engkau yang akan menyusukannya". Tidak lama kemudian Fatimah melahirkan Hussein dan disusukan oleh wanita tersebut. Sesungguhnya mimpi itu dapat ditafsirkan, namun tidak semua orang mampu menafsirkan kebenarannya.
Tafsir Mimpi Mengikut Islam
* Mimpi Berkaitan Peristiwa Atau Kejadian
* Bermimpi menunaikan solat alamatnya akan sempurna kerja di dunia dan akhirat
* Bermimpi berlaku perang sabil atau anda akan menunaikan haji alamatnya dosa anda akan diampunkan dunia dan akhirat
* Bermimpi memasuki Masjid Haram atau melakukan tawaf di Baitulallah alamatnyaanda akan mendapat pahala dan nikmat akhirat dan jika seseorang itu berada dalam kesakitan ia akan segera sembuh * Bermimpi beri sedekah atau zakat fitrah anda akan berasa suka cita dan aman bahagia
* Bermimpi memohon doa kepada Allah Taala atau membaca qur'an di rumah anda alamatnya anda akan terlepas daripada bahaya atau sempurna sesuatu pekerjaan yang dilakukan * Jika bermimpi membaca qur'an dengan suara yang lanjut alamatnya panjang usia anda
* Jika bermimpi berpuasa alamatnya anda akan mendapat kekayaan atau menjadi orang yang berpakat besar * Jika bermimpi diri anda dalam keadaan bersujud alamatnya anda akan bertapa
* Bermimpi sembahyangkan jenazah memberi alamat anda akan mendapat pahala di dunia dan akhirat
* Jika bermimpi melihat pelita atau sesuatu yang menyala menandakan pekerjaan yang anda lakukan tidak dapat dilakukan oleh orang lain * Bermimpi diri atau rumah anda terbakar menandakan anda akan mendapat ilmu kebajikan di dunia dan akhirat
* Jika bermimpi melihat jalan masuk ke kebun atau sesuatu kawasan alamatnya anda akan mendapat berita yang gembira * Jika bermimpi melihat jalan yang lurus memberi alamat anda akan melakukan segala suruhan Allah Taala
* Jika bermimpi melihat jalan ke pekan memberi petunjuk anda akan mendapat keuntungan yang besar
* Jika bermimpi melihat jalan yang sempit alamatnya anda akan mengalami kesukaran
* Bermimpi perisai terlalu banyak di rumah anda alamatnya rumah anda dipeliharan daripada sebarang kejahatan * Bermimpi mengenai anak panah menandakan anda akan mendapat surat
* Jika bermimpi diri di panah orang alamatnya anda akan mengirim berita kepada orang
* Bermimpi memanah kayu menandakan akan berlaku kematian
* Bermimpi bermain besi memberi alamat sebarang pekerjaan yang dilakukan akan diakhiri dengan kejayaan
* Bermimpi bermain dengan senjata menandakan seseorang itu akan mendapat kebaikan daripada apa yang dilakukan untuk kebajikan * Bermimpi mengenai permata membawa petanda anda akan mendapat harta atau kenaikan pangkat * Bermimpi memakai gelang perak di kaki alamatnya anda akan mendapat kebajikan.
* Bermimpi duit terbelah dua alamatnya anda akan bergaduh
* Bermimpi bertengkolok besar atau berbaju besar anda akan menjadi orang berpengaruh atau berpangkat besar * Bermimpi berkain hijau alamatnya segala kerja yang dilakukan akan mendapat keredhaan Allah Taala.Bermimpi memakai kain memberi alamat anda akan mendapat keuntungan yang besar
* Jika bermimpi kain di pinggang terkoyak alamat keluarganya akan mati dan kalau terkoyak baju alamat kematiannya
* Bermimpi mengenai bunyi gendang di dalam rumah alamatnya pekerjaan anda diberkati
* Jika bermimpi bunyi rebab alamat beroleh kegembiraan dalam hidup * Jika bermimpi makan kuih apam alamatnya anda akan mendapat harta dan jika makan sehidangan dengan raja atau orang besar kehendak anda akan tercapai * Bermimpi makan gula alamatnya seseorang akan berduka cita
* Bermimpi makan makanan masam memberi alamat anda akan sakit atau berduka cita * Jika bermimpi memakan ubat alamatnya anda akan berada dalam keadaan aman dan sentosa
* Sekiranya bermimpi diri anda telah sembuh dari demam, menandakan cita-cita anda akan berjaya.
* Jika bermimpi muka anda merah atau hitam menandakan anda akan mendapat bahaya. * Jika bermimpi gigi anda patah menandakan saudara anda akan mendapat kemalangan atau mati.
* Jika bermimpi diri anda dipukul orang atau mengalami perdarahan menandakan anda akan kehilangan harta.
* Jika bermimpi dimarahi guru, menandakan anda akan dimurkai oleh orang-orang besar.
* Jika bermimpi rumah anda atau rumah orang lain runtuh alamatnya anda akan difitnah.
* Jika bermimpi naik ke rumah besar atau mahligai yang indah anda akan memperoleh kebesaran di dunia dan akhirat.
* Jika bermimpi membuat rumah atau dinding alamatnya anda akan memperolehi kekayaan dan selamat dalam kerjaya anda. * Jika bermimpi melihat rumah yang tinggi menandakan anda akan berkawan dengan orang jahat
* Bermimpi tangga rumah patah menandakan anda akan dikhianati
* Sekiranya di dalam mimpi anda anda berwudhuk alamatnya pekerjaan anda akan sempurna
* Jika bermimpi tidak boleh berenang atau sesak nafas yang teramat sangat menandakan anda akan memperoleh harta atau ilmu
* Sekiranya anda bermimpi berjalan atau berlayar ke sesuatu tempat yang jauh menandakan anda akan dipermuliakan orang
* Bermimpikan ayam sabung menyambung menandakan anak lelaki anda akan berkawan dengan orang baik * Jika bermimpi melihat Allah Taala dengan ketiadaan yang menyerupai baginya dengan sesuatu , segala kehendak akan diperolehnya dan dialah WaliAllah yang beroleh kebesaran di dunia dan akhirat * Sekiranya seseorang bermimpi melihat Rasulullah s.a.w anda akan masuk syurga
* Jika bermimpi melihat malaikat Jibrail a.s datang kepada anda, anda akan mendapat pahala di dunia dan akhirat
* Jikadi dalam mimpi seseorang itu melihat titian siratulmustaqim, seseorangitu akan mendapat pekerjaan yang baik dan dijauhi daripada kejahatan
* Sekiranya bermimpi melihat pendita atau fakir, anda akan dikurniakan sesuatu oleh Allah s.a.w * Sekiranya bermimpi melihat lelaki lebih ramai daripada perempuan menandakan anda akan mendapat kebajikan
* Jika bermimpi memegang dakwat atau kalam, alamatnya anda akan memperoleh isteri, ilmu dan harta yang halal
* Jika bermimpi mata atau tubuh anda bercahaya alamatnya anda akan memperoleh kebajikan dengan sempurna. Sumber: http://tazkirah.yolasite.com/info-islam.php

Friday, November 9, 2012

Rawatan Terapi Nur Illahi

Wajah atau muka merupakan bahagian badan yang paling mendapat perhatian.Islam tidak melarang manusia atau umatnya untuk kelihatan cantik, namun perlu mengikut garis panduan yang dibenarkan di dalam Islam. Nabi Muhammad SAW ada bersabda yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah ini Maha Indah dan Maha Cantik dan Allah suka yang indah-indah dan yang cantik-cantik.”
Terapi Muka Nur Ilahi biasa dilakukan untuk lebih menonjolkan kecantikan alamiah ( inner beauty ) seseorang , sehingga terapi tersebut ditujukan untuk memberi efek atau kesan selalu kelihatan menarik, segar dan kelihatan awet muda. Melalui pengisian kombinasi energy tingkat tinggi dan gelombang potensi energi Illahiah (dari ayat yang dipetik dari Surah Al-Ra'du) dialirkan dan seterusnya mengaktifkan aura seluruh badan, hingga mampu meningkatkan karisma, wibawa, daya pengasihan, kecantikan raut wajah & anti energy negatif. Terapi Nur Ilahi bukan sahaja mengubah perwatakan tetapi juga mengubah perawakan. Bukan rupa-bentuk muka yang berubah tetapi cahaya pada wajahnya yang berubah, menyebabkan siapa sahaja yang melihatnya akan berasa senang. Anda tidak perlu memakai susuk untuk kelihatan cantik. Susuk itu haram kerana proses memakainya membabitkan unsur syirik. Kecantikan juga adalah salah satu bentuk ujian daripada Allah SWT. Bagi yang menggunakannya sesuai tuntutan agama, dia akan menjadi orang yang beruntung. Dan bagi yang menggunakannya di jalan yang salah, sangatlah merugikan dan berdosa. Tapi bila dah meminta seri wajah tu... janganlah untuk tujuan menjadi riak... dosa bila takbur dengan nikmat Allah dan jagalah perilaku dan perangai kerana itu akan membuatkan anda menjadi orang yang paling cantik Subhanallah..... Kos rawatan: (Terapi Mandian Nur Illahi* + Terapi Muka Nur Ilahi = RM150 sahaja.) *1 x mandian di pusat rawatan, 3x mandian di rumah Hubungi Puan Lina Amir 012-6854585

Mandian Aura Nur Pesona

Mandi Aura Nur Pesona bukan sahaja petua tetapi telah di kaji secara saintifik dan ia sangat bermanfaat kepada tubuh badan manusia. Dengan pengisian bioenergi tingkat tinggi, frekuensi kalamullah, ayat suci Al-Quran yang ampuh dan terpilih, InsyaAllah, sebagai ikhtiar untuk menyembuhkan penyakit (jika ada) dan memulihkan dari gangguan tenaga luaran. Mandian terapi aura menjadi salah satu terapi alternatif yang bermanfaat untuk meraih kejayaan dalam asmara (percintaan) , pergaulan, karier dan pekerjaan. Mandian ini menggunakan bunga-bungaan, limau dan produk alami lain. Di rukyah dengan ayat-ayat al-Quran dan doa-doa khusus. InsyaALLAH anda akan merasai kesannya. Selepas rawatan mandian, pesakit akan diisi lagi dengan ayat-ayat Al-quran dan doa-doa tertentu. Pesakit juga dibekalkan amalan-amalan & doa-doa khusus. Mandian ini dijamin tidak bertentangan dengan hukum syara' dan akidah. Kos rawatan: RM70 sahaja (Mandian di pusat rawatan & mandian susulan di rumah) Pusat Rawatan saya di Paya Rambai,Jalan Bayam,Kota bharu,Kelantan