Thursday, January 17, 2013

Hanya kerana bola dan politik

Hanya kerana bola dan politik,,sekarang ni kes mencarut,hina menghina melambak2 di blog dan facebook,,Agaknya apa untungnya yang mereka2 ni dapat?..Kepuasan?puas ke hati kalau dapat mencaci,mencarut,menghina?,,Sekarang ni banyak kes2 politik,,dan bola,,pasal politik saya x nak masuk campur,,saya ambil tahu,tapi saya tak suka masuk campur,,Sekarang ni pun musim bola,,hari tu The Red Warrior lawan Johor Darul Takzim FC,,wahhhhhh,,dalam FB,dalam page masing2,,macam2 perkataan yang keluar..Saya Penyokong The Red Warrior?Saya memang orang kelantan,walaupun mama saya asal orang Perak,arwah ayah saya asal orang Melaka,,saya lahir di sini,
Saya tak kisah tentang bola dan politik,tapi saya suka tengok,perhati dan analisis,Situasi carut mencarut,kutuk mengutuk,hina menghina amat tidak sinonim dgn saya,Ye,saya bukan manusia yang terlalu baik,tapi saya dah berusia 34 tahun,bagi saya,semua itu hanya membuang masa dan menambahkan kesakitan dalam hati,malah membawa dendam yang tidak berkesudahan..Tidak kesian kah kita pada hati kita,pada jiwa kita,pada jasad kita,pada wajah kita?segala dendam dan amarah akan mengundang seribu jenis penyakit zahir dan batin
Bertekak dan bergaduh tanpa sedar kita sesama Islam,kita sesama rumpun..Syaitan gelak terkekek kekek,,Nun jauh di Palestin,,Saudara seagama hidup menderita sedangkan kita yang hidup di bumi yang makmur ni,bertekak tanpa henti,berebut kuasa dan pangkat Jangan biarkan lidah itu lebih cepat daripada akal dalam menuturkan kata-kata. Apalagi apabila akal gagal mengawal tutur katanya menyebabkan apa yang terkeluar itu menjadi zarah amarah dan dendam bersalut nafsu semata-mata. Bahaya lidah sebenarnya amat bisa dan tajam.
Rasulullah SAW pernah mengumpamakan lidah itu sebagai kunci segala perkara, yakni perkara baik dan buruk. Sabda Baginda kepada Muaz bin Jabal yang bermaksud:
Mahukah engkau aku beritahukan mengenai kunci semua perkara ini? Aku (Muaz) menjawab: Mahu wahai Rasulullah SAW. Lalu Baginda SAW memegang lidahnya dengan berkata: Awas, jagalah ini (lidah) baik-baik. Aku (Muaz) pun berkata pula: Wahai Rasulullah SAW, apakah kami akan dituntut atas tutur kata kami? Lalu Baginda SAW menjawab: Moga-moga Allah memelihara engkau. Tiada lain yang akan menjerumuskan manusia menerusi muka atau batang hidungnya ke dalam neraka, melainkan tutur katanya sendiri. (Hadis riwayat al-Tirmizi)//
gunakan laman sosial dgn positif,bukan tempat mencarut n mencaci,,umpama menjatuhkan maruah diri sndiri,,umpama meludah ke langit,,akhirnya jatuh ke muka sendiri

No comments:

Post a Comment