Thursday, December 29, 2011

Tamat sudah Tentang Dhia





Orang lain tgk,aku pun sama,,dok jadi penonton setia dpn TV,nasib baik maghrib awal..Td dh last episod,,,sedih n sebak hati ku,,,cessss..sbb drama aku teremo,,wat malu company jes,,anyway pelakon lakonan real..drama yg guna skrip Azlina mmg slalu dpt sambutan,,sama la dgn kak Syarifah Abu Salem kita tu,,x caya,,sana sini org cerita psl drama Elyssa..Ter emo aku tgk tv hari ni...

Wednesday, December 28, 2011

Nak buat 'durian party' di rumah anda? Hubungi FAMA




KUALA LUMPUR: Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) mempromosikan Pesta Jom Makan Durian dengan menganjurkan "durian party" kepada seluruh rakyat Malaysia dengan menyediakan perkhidmatan ke tempat kediaman.

Pengerusi Fama Datuk Badruddin Amiruldin berkata ini bertujuan mempromosi, menarik minat dan menggalakkan rakyat Malaysia makan buah-buahan tempatan.


"Dengan minimum 50 orang, 'durian party' ini boleh diadakan di rumah.

"Contohnya di hujung minggu satu keluarga nak panggil ahli keluarga dan saudara mara untuk adakan perjumpaan, dan kita (Fama) akan sampai ke rumah mereka, kita akan pasang khemah, hantar pegawai-pegawai kita untuk hidangkan buah-buah ini dengan harga berpatutan," katanya kepada pemberita di majlis Pesta Jom Makan Durian 2011 di perkarangan Muzium Telekom di sini hari ini.

Beliau berkata harga yang dikenakan ialah RM15 bagi dewasa dan RM8 untuk kanak-kanak bagi Durian D24.


"Usaha ini bukan sahaja dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan malah membantu peladang dan petani yang mempunyai ladang buah-buahan dalam menjana pendapatan mereka, kata Badruddin.

"Program ini adalah untuk memasarkan buah-buahan tempatan dan kita dapat lihat konsep ini bukan sekadar kita makan durian tetapi juga kita bersantai bersama rakan-rakan, keluarga bagi mengeratkan silaturahim.

"Durian party ini boleh diadakan di mana-mana saja. Konsep Fama ini bukan saja untuk mempromosi malah turut menjana pertumbuhan ekonomi bagi peringkat bawah," katanya.

Beliau berkata ini juga merupakan satu daripada cara untuk menarik minat generasi muda hari ini yang kurang minat makan buah durian.

"Kita juga mengadakan promosi "Durian To School" sejak tahun lepas dengan memberi mereka makan buah durian ini pada waktu rehat dan mereka berasa teruja terutama pelajar-pelajar di bandar," katanya.

Pesta Jom Makan Durian 2011 yang diadakan di perkarangan Muzium Telekom buat kali keempat, berakhir Jumaat ini, dibuka dari 10 pagi hingga 7 malam. -- BERNAMA

Note: tergoda i,,teringat kat si putih,,kucing ku yang gila makan durian,,,lps tu mcm mabuk durian,,jalan macam org minum todi,,kami adik beradik pakat gelak..kejam pulak bila teringat,,yang pasti tu la balasannya,sapa suruh dia diam2 pg jilat sampai 3 bijik durian,,setiap kali bwk balik durian,,dia la yg paling laju lari..bkn ikut tuan,,ikut durian tu,,alahai..musim hujan ni makan durian mcm best je

Surat Rahsia Jual Zuriat

KUCHING: Sekeping surat yang ditemui dalam bakul sampah menyelamatkan seorang bayi tidak sah taraf daripada dijual bapa kandungnya sendiri dengan harga RM7,000 dipercayai kepada sindiket menjual bayi.

Bayi perempuan berusia lapan hari itu diselamatkan selepas tiga individu ditahan polis dalam beberapa serbuan berasingan di sekitar bandar raya ini, Jumaat lalu.


Difahamkan, bayi itu dilahirkan ibunya yang berusia 31 tahun berasal dari Kuala Lumpur di sebuah hospital di bandar raya ini, pada 19 Disember lalu.

Menurut sumber, sebaik melahirkan bayi berkenaan, wanita berkenaan mendakwa dia dibawa seorang wanita lain yang tidak dikenali pulang ke rumahnya di Jalan Keranji, di sini, pada keesokannya, kononnya untuk berehat. Tanpa mengesyaki sesuatu tidak diingini, mangsa bersama anaknya dibawa seorang wanita tidak dikenali dipercayai berasal dari Sibu ke rumah terbabit untuk berehat.

Ketika berada di rumah itu, wanita terbabit ternampak sekeping surat dalam bakul sampah dan hatinya tiba-tiba tergerak untuk membaca kandungan surat berkenaan.

“Wanita itu terkejut apabila mendapati surat dibacanya menyatakan bayinya akan dijual dengan harga RM7,000 dan mengesyaki teman lelakinya berusia 30-an berasal dari Sibu turut terbabit dalam rancangan bagi menjual anak mereka,” katanya.

Sumber: Harian metro 29/12/2011

Warga Asing

Warga asing banjiri tempat awam merimaskan
Oleh Halina Mohd Noor
halina@bharian.com.my
2011/12/28







PEKERJA asing membanjiri sekitar Lebuh Pudu dan Jalan Silang, Kuala Lumpur.KUALA LUMPUR: Kehadiran puluhan warga asing dari pelbagai negara seperti Afrika, Bangladesh, Nepal dan Myanmar yang melepak di sekitar Puduraya setiap hari tanpa mengira waktu, bukan saja merimaskan orang ramai, malah menakutkan warga tempatan terutama wanita yang bekerja atau berkunjung ke kawasan berkenaan.

Tinjauan Berita Harian kelmarin mendapati warga asing membanjiri kawasan sekitar Kotaraya dan Puduraya tanpa sebarang aktiviti dan berkumpul di kawasan tumpuan awam sehingga menyebabkan warga tempatan pula berasa seperti berada di negara asing.

Pekerja kedai serbaneka beroperasi 24 jam, Aisyah Yunus, 23, berkata kebanyakan warga asing berkenaan terutama dari Afrika dan Bangladesh gemar menghabiskan masa dengan melepak di depan kedai tempatnya bekerja bermula petang hingga dinihari, menyebabkan beliau takut kerana sering diusik. Paling menyakitkan hati apabila warga asing ini berani mengusik wanita tempatan tanpa segan silu termasuk ibu yang membawa anak - Maryam Adnan, pelancong. Beliau berkata, kehadiran warga asing di situ bukan perkara baru, menyebabkan warga tempatan sendiri takut untuk keluar sendirian.

“Mereka selalu berkumpul beramai-ramai pada Jumaat petang hingga lewat pagi di depan kedai saya bekerja dan sering bergaduh sesama sendiri, menyebabkan saya takut terutama apabila terpaksa bekerja sehingga lewat pagi.

“Warga asing dari Bangladesh dan Afrika paling ramai di sini. Ada sesetengahnya cuba berkomunikasi dengan saya dalam bahasa mereka tetapi apabila saya tidak memahaminya, mereka akan memarahi saya.

“Sebagai wanita, memang menakutkan apabila saya terpaksa berdepan situasi ini dan berharap pihak berkuasa bertindak menyekat mereka daripada berkumpul beramai-ramai sehingga lewat pagi,” katanya.
Maryam Adnan, 32, yang baru tiba untuk menghabiskan cuti umum di sini, turut melahirkan rasa terkejut dengan kehadiran warga asing yang ramai di kawasan berkenaan sehingga menimbulkan rasa kurang selesa dan tidak selamat kepada warga tempatan.

“Saya tidak sangka pusat tumpuan ibu kota Kuala Lumpur dipenuhi warga asing sehingga menyebabkan saya pula terasa seperti berada di Bangladesh. Kehadiran mereka yang melepak secara berkumpulan di bawah pokok, kawasan lapang dan tempat meletak kereta memang cukup menggerunkan.

“Sebagai rakyat negara ini, saya memang tidak selesa dengan kehadiran mereka yang gemar merenung golongan wanita dan cuba bercakap dalam bahasa tidak difahami. Saya rasa tiada jaminan keselamatan apabila wanita seperti saya keluar berjalan-jalan di sini,” katanya.

Sehubungan itu, Maryam mahu pihak berkuasa seperti polis termasuk Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menjalankan tindakan sewajarnya termasuk memantau kehadiran warga asing di tengah bandaraya demi keselamatan warga tempatan.

“Paling menyakitkan hati apabila warga asing ini berani mengusik wanita tempatan tanpa segan silu termasuk ibu yang membawa anak.

“Jadi, rondaan lebih kerap serta pemeriksaan dokumen perjalanan mereka wajar dilakukan, selain mengenakan peraturan tidak membenarkan mereka berkumpul di tempat awam,” katanya.

note:sy puan pernah alami,,jumpa mamat bangla yg renung2 ala2 mengoda la tus...oh no...not my type..walau pun cik hubby ku hitam manis,,yg pasti IC nya biru..ye..rasa cam nak lempang jer,,kalau tgk ala2 mengoda,,,lpas tu cik adik manis...tu tak awang hitam lagi,,udah la mendung awan kelabu,,ramai aweks-aweks malaysia tergoda....ukhssss...mintak simpang

Tuesday, December 27, 2011

Ingatan Untuk Wanita



SEPULUH jenis seksaan yang menimpa wanita
yang diperlihatkan kepada Nabi Muhammad SAW
ketika melalui peristiwa Israk dan Mikraj,
membuatkan Rasulullah menangis setiap kali
mengenangkannya.

Dalam perjalanan itu, antaranya Baginda
diperlihatkan

(1) perempuan yang digantung
dengan rambut dan otak di kepalanya mendidih.
Mereka adalah perempuan yang tidak mahu
melindungi rambutnya daripada dilihat lelaki lain.

Seksaan lain yang diperlihatkan Baginda ialah

2) perempuan yang digantung dengan lidahnya dan

3)tangannya dikeluarkan daripada punggung dan

4)minyak panas dituangkan ke dalam
kerongkongnya.
Mereka adalah perempuan yang suka menyakiti hati suami dengan kata-katanya.

5) perempuan digantung buah dadanya dari arah punggung dan
air pokok zakum dituang ke dalam kerongkongnya. Mereka adalah perempuan yang menyusui anak orang lain tanpa keizinan
suaminya.

6) perempuan diikat dua kakinya serta dua tangannya sampai ke ubun dan dibelit beberapa ular dan kala jengking. Mereka adalah perempuan yang boleh solat dan berpuasa tetapitidak mahu mengerjakannya, tidak berwuduk dantidak mahu mandi junub. Mereka sering keluar rumah tanpa mendapat izin suaminya terlebih duludan tidak mandi iaitu tidak bersuci selepas habis
haid dan nifas.

7) perempuan yang makan daging tubuhnya sendiri manakala di bawahnya ada api yang menyala. Mereka adalah perempuan yang berhias untuk dilihat lelaki lain dan suka menceritakan aib orang lain.

(8) perempuan yang memotong badannya sendiri dengan gunting dari
neraka. Mereka adalah perempuan yang suka memasyhurkan diri sendiri supaya orang melihat akan perhiasannya.

(9)perempuan yang kepalanya seperti kepala babi dan badannya pula seperti keldai. Mereka adalah perempuan yang suka mengadu domba dan sangat suka berdusta.

(10) rupanya berbentuk anjing dan beberapa ekor ular serta kala jengking masuk ke dalam mulutnya dan keluar melalui duburnya. Mereka adalah perempuan yang suka marah kepada suaminya dan memfitnah orang lain

Monday, December 26, 2011

Kisah teladan- Si Abid & janji iblis




Suami isteri itu hidup tenteram mula-mula. Meskipun melarat, mereka taat kepada perintah Tuhan. Segala yang dilarang Allah dihindari, dan ibadah mereka tekun sekali. Si Suami adalah seorang yang alim yang taqwa dan tawakkal. Tetapi sudah beberapa lama isterinya mengeluh terhadap kemiskinan yang tiada habis-habisnya itu. Ia memaksa suaminya agar mencari jalan keluar. Ia membayangkan alangkah senangnya hidup jika segala-galanya serba cukup.


Pada suatu hari, lelaki yang alim itu berangkat ke ibu kota, mahu mencari pekerjaan. Di tengah perjalanan is melihat sebatang pohon besar yang tengah dikerumuni orang. Is mendekat. Ternyata orang-orang itu sedang memuja-muja pohon yang konon keramat dan sakti itu. Banyak juga kaum wanita dan pedagang-pedagang yang meminta-minta agar suami mereka setia atau dagangnya laris.


"Ini syirik," fikir lelaki yang alim tadi. "Ini harus dibanteras habis. Masyarakat tidak boleh dibiarkan menyembah serta meminta selain Allah." Maka pulanglah dia terburu. Isterinya heran, mengapa secepat itu suaminya kembali. Lebih heran lagi waktu dilihatnya si suami mengambil sebilah kapak yang diasahnya tajam. Lantas lelaki alim tadi bergegas keluar. Isterinya bertanya tetapi ia tidak menjawab. Segera dinaiki keldainya dan dipacu cepat-cepat ke pohon itu. Sebelum sampai di tempat pohon itu berdiri, tiba-tiba melompat sesusuk tubuh tinggi besar dan hitam. Dia adalah iblis yang menyerupai sebagi manusia.

"Hai, mahu ke mana kamu?" tanya si iblis.

Orang alim tersebut menjawab, "Saya mahu menuju ke pohon yang disembah-sembah orang bagaikan menyembah Allah. Saya sudah berjanji kepada Allah akan menebang roboh pohon syirik itu."

"Kamu tidak ada apa-apa hubungan dengan pohon itu. Yang penting kamu tidak ikut-ikutan syirik seperti mereka. Sudah pulang saja."

"Tidak boleh, kemungkaran mesti dibanteras," jawab si alim bersikap tegas.

"Berhenti, jangan teruskan!" bentak iblis marah.


"Akan saya teruskan!"


Kerana masing-masing tegas pada pendirian, akhirnya terjadilah perkelahian antara orang alim tadi dengan iblis. Kalau melihat perbezaan badannya, seharusnya orang alim itu dengan mudah boleh dibinasakan. Namun ternyata iblis menyerah kalah, meminta-minta ampun. Kemudian dengan berdiri menahan kesakita dia berkata, "Tuan, maafkanlah kekasaran saya. Saya tak akan berani lagi mengganggu tuan. Sekarang pulanglah. Saya berjanji, setiap pagi, apabila Tuan selesai menunaikan sembahyang Subuh, di bawah tikar sembahyang Tuan saya sediakan wang emas empat dinar. Pulang saja berburu, jangan teruskan niat Tuan itu dulu,"


Mendengar janji iblis dengan wang emas empat dinar itu, lunturlah kekerasan tekad si alim tadi. Ia teringatkan isterinya yang hidup berkecukupan. Ia teringat akan saban hari rungutan isterinya. Setiap pagi empat dinar, dalam sebulan saja dia sudah boleh menjadi orang kaya. Mengingatkan desakan-desakan isterinya itu maka pulanglah dia. Patah niatnya semula hendak membanteras kemungkaran.

Demikianlah, semnejak pagi itu isterinya tidak pernah marah lagi. Hari pertama, ketika si alim selesai sembahyang, dibukanya tikar sembahyangnya. Betul di situ tergolek empat benda berkilat, empat dinar wang emas. Dia meloncat riang, isterinya gembira. Begitu juga hari yang kedua. Empat dinar emas. Ketika pada hari yang ketiga, matahari mulai terbit dan dia membuka tikar sembahyang, masih didapatinya wang itu. Tapi pada hari keempat dia mulai kecewa. Di bawah tikar sembahyangnya tidak ada apa-apa lagi keculai tikar pandan yang rapuh. Isterinya mulai marah kerana wang yang kelmarin sudah dihabiskan sama sekali.


Si alim dengan lesu menjawab, "Jangan khuatir, esok barangkali kita bakal dapat lapan dinar sekaligus."

Keesokkan harinya, harap-harap cemas suami-isteri itu bangun pagi-pagi. Selesai sembahyang dibuka tikar sejadahnya kosong.

"Kurang ajar. Penipu," teriak si isteri. "Ambil kapak, tebanglah pohon itu."

"Ya, memang dia telah menipuku. Akan aku habiskan pohon itu semuanya hingga ke ranting dan daun-daunnya," sahut si alim itu.

Maka segera ia mengeluarkan keldainya. Sambil membawa kapak yang tajam dia memacu keldainya menuju ke arah pohon yang syirik itu. Di tengah jalan iblis yang berbadan tinggi besar tersebut sudah menghalang. Katanya menyorot tajam, "Mahu ke mana kamu?" herdiknya menggegar.


"Mahu menebang pohon," jawab si alim dengan gagah berani.

"Berhenti, jangan lanjutkan."

"Bagaimanapun juga tidak boleh, sebelum pohon itu tumbang."

Maka terjadilah kembali perkelahian yang hebat. Tetapi kali ini bukan iblis yang kalah, tapi si alim yang terkulai. Dalam kesakitan, si alim tadi bertanya penuh heran, "Dengan kekuatan apa engkau dapat mengalahkan saya, padahal dulu engkau tidak berdaya sama sekali?"

Iblis itu dengan angkuh menjawab, "Tentu saja engkau dahulu boleh menang, kerana waktu itu engkau keluar rumah untuk Allah, demi Allah. Andaikata kukumpulkan seluruh belantaraku menyerangmu sekalipun, aku takkan mampu mengalahkanmu. Sekarang kamu keluar dari rumah hanya kerana tidak ada wang di bawah tikar sejadahmu. Maka biarpun kau keluarkan seluruh kebolehanmu, tidak mungkin kamu mampun menjatuhkan aku. Pulang saja. Kalau tidak, kupatahkan nanti batang lehermu."


Mendengar penjelasan iblis ini si alim tadi termangu-mangu. Ia merasa bersalah, dan niatnya memang sudah tidak ikhlas kerana Allah lagi. Dengan terhuyung-hayang ia pulang ke rumahnya. Dibatalkan niat semula untuk menebang pohon itu. Ia sedar bahwa perjuangannya yang sekarang adalah tanpa keikhlasan kerana Allah, dan ia sedar perjuangan yang semacam itu tidak akan menghasilkan apa-apa selain dari kesiaan yang berlanjutan . Sebab tujuannya adalah kerana harta benda, mengatasi keutamaan Allah dan agama. Bukankah bererti ia menyalahgunakan agama untuk kepentingan hawa nafsu semata-mata ?

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

"Barangsiapa di antaramu melihat sesuatu kemungkaran, hendaklah (berusaha) memperbaikinya dengan tangannya (kekuasaan), bila tidak mungkin hendaklah berusaha memperbaikinya dengan lidahnya (nasihat), bila tidak mungkin pula, hendaklah mengingkari dengan hatinya (tinggalkan). Itulah selemah-lemah iman."

Hadith Riwayat Muslim

Kredit to:kisah2 teladan

Dunia kita sebelum lahir ke dunia



Betapa agungnya kekuasaan Tuhan...benih pada ayah adalah sesuci matahari, bayi dalam kandungan adalah sesuci bulan, lahir, membesar,dewasa, tua, sakit dan kembali ( lengkaplah aturan hidup seorang insan).....Apakah pengisian kita untuk kembali kepadaNya?

Betapa Agungnya ciptaan ALLAH

Tidak terjangkau dek pemikiran manusia.

Begitu halus, luarbiasa, amat menakjubkan.

Setiap detik proses kejadian dari setitis mani , bertemu, bercantum, berkembang . membentuk dan seterusnya membesar......

mengikut aturan yang ditetapkanNYA dengan begitu amat teratur dan indah sekali.

Firman ALLAH bermaksud :

"Kemudian Kami ciptakan air benih itu menjadi sebuku darah beku. lalu Kami ciptakan darah beku itu
menjadi seketul daging; kemudian Kami ciptakan daging itu menjadi beberapa tulang; kemudian
Kami balut tulang-tulang itu dengan daging. Setelah sempurna kejadian itu Kami bentuk dia menjadi
makhluk yang lain sifat keadaannya. Maka nyatalah kelebihan dan ketinggian Allah sebaik-baik Pencipta."

Surah Al Mukminun : 14


Justeru ..............

Mengapa manusia gemar mencetuskan pertelingkahan
sedangkan .......
Manusia itu sendiri dilahirkan adalah dari hasil sebuah kemesraan

fikir-fikirkanlah