Subject: Kisah Benar: Mak Nyah Sembah Patung Untuk Cantik
YANG BAIK JADIKAN TAULADAN YANG BURUK TU JANGAN AMALKAN,
SEMOGA ALLAH MELINDUNGI KITA DARI PERBUATAN SYIRIK, SEMEMANGNYA KITA NIE HAMBA YANG SENTIASA ALFA DENGAN PERSEKITARAN KITA*
Allah Matlamat Ku,
Ar-Rasul Ikutan Ku,
Al-Qur'an Panduan Ku, Jihad Jalan Ku,
Mati Di Jalan Allah Cita Tertinggi Ku,
Amin Ya Rabbal A'lamin
Seriau baca citer ni... baca ye jgn tak plak.....
Secantik manalah bidadari yang hendak ditunjukkan kepada penulis?
Mungkin si dia secantik Aiswarya Rai. Pelakon Bollywood dan bekas ratu
cantik India itu? Atau secantik aktress Kareena Kapoor?
Petang itu, 8 November 2006, seorang lelaki berpewatakan lembut
tiba disebuah restoran menghadap Laut China Selatan. Dia hanya
mahu dikenali sebagai Sofian. Seperti dijanjikan Sofian membawa
bersamanya gadis ayu berbaju putih dan berambut melepasi bahu
yang sudah beberapa kali diceritakan dalam telefon.
"Inilah dia orang yang saya maksudkan! Cantik tak, Encik Sahidan?"
tanya lelaki lembut yang berkaca mata itu sambil tersnyum.
Wow! Cantik! Memang cantik. Hidungnya mancung, dagu seperti
lebah tergantung dan pipinya gebu.
"Itulah, saya dah cakap, dia ni memang cantik!" beritahu lelaki
lembut itu tersenyum puas.
Semasa minum lelaki lembut memperkenalkan nama gadis ayu itu
sebagai Diana. Sofian tidak berhenti henti bercerita tentang
kejelitaan Diana.
Katanya, ramai sungguh lelaki yang tergila gilakan si Diana ini.
Dari VIP yang bergelar Datuk hingglah jurutera dan buruh kontrak.
Semasa bercerita, Sofian memberitahu malam nanti dia hendak menunjukkan
sesuatu yang mengejutkan.
"Encik Sahidan tunggu di pantai tu. Saya akan bawa Diana sekali
lagi. Saya nak encik tengok sendiri kencantikannya bila disimbah cahaya
bulan. Bila bulan mengambang Encik Sahidan, badan dia jadi kekuning
kuningan macam emas. Wajahnya berkilau kilauan. Betul! Macam
bidadari. Saya tak tipu! Tunggu, ada surprise untuk encik!" Beritahu Sofian
tersenyum lebar.
Pukul 9.00 malam, bersama jurugambar Utusan, Ghazali Basri, kami
tiba di kawasan itu. Sofian sudah menunggu bersama Diana yang
hanya berkemban memakai baju ala Hawaii dengan susuk tubuh yang
menggiurkan.
Apakah yang hendak ditunjukkan Sofian pada kami?
Diana berdiri menghadap ke lautan. Kulitnya yang putih seperti
telur dikupas cukup menggegarkan iman sesiapa yang melihatnya.
Malam itu bulan sedang mengambang penuh. Sofian mengajak kami
mengikuti langkah Diana yang menapak berkaki ayam menuju ke gigi air. Perlahan lahan
Diana menanggalkan kain kemban yang membaluti tubuhnya. Susuk tubuhnya yang
gebu kini terserlah dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki.
Jantung berdegup kencang. Tidak sanggup rasanya hendak menatap ke
arah sebatang tubuh tanpa seurat benang. Tapi .... Mengapa Sofian
beria ia hendak menunjukkan aksi Diana berbogel kepada kami? Apa
motifnya?
"Tengok Encik Sahidan, cantik tak? Betul tak seperti saya cakap?"
Bisik Sofian.
Betul seperti dinyatakan Sofian! Sesiapa memandang pasti
terpukau!
Simbahan cahaya purnama menambahkan lagi keindahan tubuh Diana yang
gebu itu. Sofian tersenyum. Lelaki lembut itu memberitahu bukan
setakat itu sahaja, tetapi banyak lagi rahsia tentang Diana hendak
didedahkan kepada Mastika.
Sambil membiarkan Diana terus berbogel, Sofian menceritakan
siapa sebenarnya Diana dan mengapa dia digilai ramai lelaki.
"Percaya tak kalau saya katakan Diana seorang maknyah! Tanya Sofian.
Mak nyah? Mustahil!! Wajahnya persis wanita tulen. Bahkan Diana
lebih cantik daripada sebahagian wanita yang pernah ditemui.
Rambutnya yang panjang, payudaranya yang menonjol, bibrnya yang
lebar, tiada sebarang petanda Diana seorang mak nyah.
"Betul! Ramai yag tak percaya dia mak nyah!" beritahu Sofain
sambil tersengih.
Sofian memberitahu, dalam usia 20an, Diana sudah beberapa kali
menjalani pembedahan plastik untuk menambahkan lagi kejelitaanmya.
Hidungnya yang kemek telah dimancungkan. Dagunya yang leper
telah diruncungkan dan punggung yang kempis telah dironggekkan. Untuk tujuan itu
Diana menghabiskan lebih RM7,000.
"Tapi mak nyah ni tak akan puas selagi tak cantik macam
bidadari," beritahu Sofian.
Biarpun sudah cantik, Diana ingin menakluki lebih ramai lelaki
kerana kejelitaannya masih kurang diperhatikan pelanggang yag
datang ke lorong tempat dia menjual tubuh. Sofian bersimpati
dengan nasib mak nyah itu, lantas empat tahun lalu dia membawa
Diana ke sebuah negara jiran untik menemui seorang sami bernama
Tok Long. Ketika bulan sedang mengambang penuh beginilah Diana
berbogel di hadapan Tok Long untuk melakukan upacara sulit.
Apa yang berlaku dalam upacara itu?
Diana pengsan selepas patung tertanam di dahi
Empat tahun lalu ........
Puluhan pelita minyak tanah dipasang di sekeliling tubuh Diana yang
sedang terbaring lesu di atas sehelai hamparan kain berwarna kuning.
Tiada seurat benang pun di tubuh Diana. Dia terbaring dalam keadaan
kepalanya menghala ke arah sebuah tasik dan bulan yang sedang
mengambang di dada langit.
Waktu itu pukul 2.00 pagi. Suasana sungguh sepi.
"NAANG KUAAT!" jerit sami bernama Tok Long itu. Tubuh Diana tidak
bergerak gerak. Matanya dipejamkan. Dia hanya menanti apa saja yang
bakal dilakukan sami itu.
"NAANG KUAAT!" jerit sami itu lagi dengan suara yang amat
nyaring.
Perlahan lahan sami itu merapati sekujur tubuh Diana yang sedang
berbogel.
Di tangan kanan sami itu ada sebiji patung sebesar dan sepanjang
jari telunjuk. Sami itu kemudiannya meletakkan patung emas
tersebut di dahi
Diana. Suara sami yang garau menyeru nyeru lagi nama patung
tersebut.
Beberapa kali dihembuskan nafasnya ke muka dan serata tubuh Diana.
Setelah
patung itu dihenyak ke dahi Diana diiringi bacaan mentera. Tubuh
Diana tersentak sentak.
Jasad Diana yang tadinya khayal seolah olah mendapat roh baru
yang menyelinap dalam segenap urat dan nadinya. Diana meraba raba
dahinya, dia merasa ada setongkol benda sudah lekat teguh dan kemas.
Setelah itu tubuh Diana tidak bergerak gerak lagi. Dia pengsan.
Beberapa jam berlalu, Diana terus terbaring tidak sedarkan diri.
Menjelang pukul 5.00 pagi barulah mata Diana terbuka perlahan lahan.
Sami itu membaca mentera dan mencedok setimba air dari tasik kecil
lalu menjirusnya ke tubuh Diana. Dia memberitahu, upacara
menanam patung kecantikan di dahi Diana sudah selesai.
Bagaimanapun, beberapa pantang larang perlu dipatuhi. Mulai hari
itu Diana tidak boleh bersembahyang lima waktu, dilarang mendengar
azan, menjauhkan diri daripada orang membaca al-Quran, bertahlil
dan berzikir menyebut nama Allah. Diana juga diharamkan mengucap dua
kalimah syahadah dan pergi ke masjid.
Sami itu menerangkan, jika pantang larang itu dilanggar, tubuh Diana
akan kepanasan seolah olah terbakar
Selama tempoh empat hari Diana dibawa tinggal di sebuah kuil. Dia
diajar menyembah patung termasuk patung ratu kecantikan yang ditanam
di dahinya.
Diana turut dilarang melihat cermin serta bersetubuh dengan lelaki.
Diana
dimandikan dengan air bunga setiap malam ketika bulan mengambang.
Dan
setiap malam juga apabila hendak tidur, Diana terasa dirinya
ditemani seseorang menyerupai patung emas tersebut!
Selepas hambis tempoh empat hari itu, Diana dibenarkan pulang.
Sekarang
dia boleh memohon apa saja daripada patung tersebut untuk
kesenangan hidupnya. Diana diyakini bahawa dengan bantuan ratu
kecantikan di dahinya, orang akan melihatnya seperti bidadari.
Untuk sekali upacara menanam patung emas itu, Diana membayar
RM3,700 kepada sami tersebut.
Betulkan cerita ini, Sofian?
"Betul encik. Dah ramai mak nyah, pelacur kelas atasan dan GRO dah
pasang patung ni di dahi. Saya berani cakap, majoriti pakai
patung ini!
Kalau
wajah mak nyah tu hodoh tapi bila pakai patung tu, orang nampak
cantik dan bersinar sinar," terang Sofian bersungguh sungguh.
"Untuk mengenali pemakainya mudah saja. Ada tanda merah di dahi
tempat patung itu ditanam. Kesan itu tidak akan hilang sampai bila
bila,"
cerita
Sofian.
"Benarkah begitu? Cerita tentang Diana belum habis ...
Semalam RM1000 sebulan RM30,000!
Selepas empat hari menjalani upacara itu dinegara jiran, Diana
pulang semula kerumahnya di sebuah negeri di pantai timur. Malam
pertama semasa hendak keluar menjual tubuhnya, dia melakukan upacara
seperti diajar sami itu, Ia dilakukan disebuah bilik khas di
rumahnya.
Dalam bilik tersebut Diana memasang colok, membaca mentera,
menyembah beberapa biji patung dan berniat agar malam pertama
itu dia mendapat RM1000 dari pelanggan. Semasa hendak keluar
rumah Diana turut membawa sebuah paptung kecil yang dijadikan
loket rantainya. Diana membahaskan dirinya sebagai 'mak' dan 'anak'
semasa bercakap dengan patung tersebut.
"Malam ni mak nak pergi kerja. Anak mak kena tolong. Apa mak minta,
mesti jadi!" Diana berbisik pada patung itu.
Malam itu Diana keluar menjual tubuhnya bersama sama rakannya di
sebuah lorong. Belum lama dia berdiri di tepi lorong, sebuah
kereta berhenti dihadapannya. Enam lelaki turun, dan keenam
enamnya bergilir gilir melanggan Diana! Peliknya, semua lelaki
tersebut mengatakan dia perempuan!
Diana paling lalris malam itu. Malah ada seorang lelaki yang tak
pernah melanggan mak nyah tetapi apabila melihat Diana, terus
mengadaklan hubungan luar tabii dengannya.
Semua pelanggan memuji muji kecantikan Diana. Dalam tempoh
empat jam menjual tubuh malam pertama itu, Diana memperolehi
RM1,000 seperti yang diminta dari patung berkenaan. Selepas
mencapai matlamatnya, Diana terus pulang kerumah. Dia tidak boleh
tamak, kalau tidak kecantikannya akan hailang. Malam kedua begitu
juga. Dia mendapat duit sebanyak seperti dihajati.
Sejak memakainya empat tahun lalu, setiap bulan pendapatannya
mencecah RM30 ribu hingga RM40 ribu sebulan. Hasilnya, mak nyah itu
mampu membeli beberapa buah rumah teres dan kereta kereta import
berharga ratusan ribu ringgit setiap satu. Kesemuanya dibayar tunai.
Banyaklah keistimewaan yang diperolehi Diana selepas memakai
patung tersebut. Ada seorang pelanggannya bergelar Datuk memberi wang
pendahuluan
muka kereta sebanyak RM15,000 sebagai hadiah. Seorang pemuda
pula
menghantar setong ikan setiap hari kerumahnya kerana jatuh cinta
dengan
Diana. Kalau ada masalah Diana telefon saja pelanggannya mengadu
tiada
wang, pasti permintaanya itu ditunaikan.
Bukan setakat wang malah seorang jurutera dari keturunan Sayid
berhasrat mengahwini Diana kerana menyangka dia perempuan! Diana
cuba memberitahu keadaan sebenar dan menunjukkan kad
pengenalannya bahawa dia seorang lelaki. tetapi jurutera itu tidak
percaya. Bagi mengelakkan rahsia dirinya terbongkar, Diana memutuskan
perhubungan dengan jurutera tersebut.
Tapi patung yang dipuja perlu terus disembah. Jika gagal, Diana
akan diganggu bunyi anjing menyalak dan dinding rumahnya dicakar
cakar.
Pantang
larang juga perlu dipatuhi, kalau tidak .......!
Pernah Diana keluar lewat pukul 2.00 pagi menjual tubuh di sebuah
lorong.
Pukol 5.00 pagi Diana terdengar orang mengaji dari sebuah
masjid
berdekatan. Tiba tiba telinganya berdesing seperti bunyi siren
menjerit jerit. Al-Quran pantang paling besar yang perlu dijauhi.
Tubuhnya terasa terbakar. Selepas habis mengaji, suara azan
Subuh pula berkumandang.
Sekali lagi tubuh Diana seperti dijilat api. Sakitnya tidak
dan terus berlari
kerumah. Mak nyah itu tahu dia tidak boleh mendengar azan. Azan
boleh melemahkan kesaktian patung yang dipakai dan disembahnya.
Tamat cerita Diana, Sofian menceritakan pula kisah menggerunkan
yang
dilaluinya lima tahun lalu. Apakah peristiwa menggerunkan
yang
dimaksudkan Sofian?
(Embedded image moved to file: pic16331.jpg)
Episod 2
Sofian mengaku suatu waktu dulu dia juga seorang mak nyah.
Malah dia pernah menjalani upacara menanam patung kecantikan seperti
dilakukan oleh Diana. Bagaimanapun, apabila berasa usianya semakin
meningkat, Sofian mahu membuangnya. Dia mahu bertaubat dan menjadi
Muslim yang sebenarnya.
Sofian insaf, selagi masih memakai patung tersebut, dia tidak
boleh
mendengar azan atau orang membaca al-Quran. Dia juga tidak boleh ke
masjid untuk beribadat. Kejadian yang dilalui Diana, tubuh menjadi
panas seperti terbakar apabila mendengar orang membaca al-Quran
pernah dialaminya.
Malah Sofian lebih teruk. Kejadian itu terjadi semasa orang mambaca
tahlil dirumah sepupunya yang sedang melangsungkan perkahwinan.
Kebetulan Sofian berada dalam sebuah bilik bersama pengantin.
Apabila mendengar orang membaca kalimah Allah, badan Sofian tiba
tiba kepanasan. Tubuhnya seperti
dikurung dalam sebuah sangkar api menjulang. Panasnya tidak
dapat
diceritakan sehingga terasa darahnya menggelegak.
Ketika itu tubuhnya berubah menjadi hitam ibarat dipanggang dalam api
yang menyala nyala. Mukanya hangus. Selepas itu tiba tiba
saja kakinya menendang pintu. Sofian keluar merangkak, kemudian
melompat ke dinding dan siling lalu menerjah ke arah sebatang
pokok kelapa dan jatuh.
Selepaps
jatuh, beberapa orang cuba memegangnya tetapi Sofian melenting
semula, terbang melekap di dinding serta siling seperti seekor
cicak. Ketika itu rupanya hodoh seperti hantu.
Air bacaan yasin yang dijirus bertukar seeperti percikan api yang
menjilat tubuhnya. Sofian mengelepar. Dia terlalu dahaga sehingga
meminum berbotol botol air. Hanya setelah habis bacaan tahlil
barulah Sofian pulih seperti sediakala.
"Sebab itulah saya tak sanggup lagi memakai paptung tu. Saya tak
sanggup lagi diazab apabila mendengar bacaan al-Quran dan azan,"
beritahu lelaki lembut itu.
Sofin berjumpa semula sami yang memasukan patung tersebut. Malangnya
sami itu sendiri tidak berupaya mengeluarkan patung tersebut,
melainkan Sofian melakukannya sendiri, iaitu berendam selama tujuh
hari tujuh malam dalam selut paya bersama kerbau.
"Bayangkan ketika itu musim tengkujuh baru bermula. Hujan lebat
turun sedari siang hingga ke dinihari. Saya berlumpur dan
menggigil seorang diri," cerita lelaki lembut itu.
Upacara itu Sofian lakukan dalam paya di Gua Musang, Kelantan, pada
2004, iaitu selepas sembilan tahun memakai patung berkenaan.
Disitulah Sofian tidur, berak dan kencing. Dia tidak boleh
bergerak gerak selagi tidak sampai tempoh tujuh hari. Seluruh
anggotanya disaluti lumpur bercampur najis dan air kencing haiwan
tersebut. Hanya matanya terkebil kebil.
Lelaki lembut itu membiarkan lalat, langau dan nyamuk hinggap di
tubuhnya.
Dia terpaksa merelakan lintah menghisap darah di punggung dan
pelipat ketiaknya. Sepanjang tempoh itu Sofian tidak boleh makan dan
minum.
Pernah
dia pengsan beberapa kali akibat terlalu lapar.
Menjelang subuh terakhir dia berlumpur, Sofian tersedar, tidak
lama kemudian dia terdengar laungan azan berkumandang, suara
muazin itu amat jelas dari masjid berdekatan. Tubuh Sofian terasa
menggelegak.
Panasnaya
seperti di panggang api ketuhar. Ketika itulah dia termuntah,
terkencing dan terberak kerana terlalu azab!
Suara azan terus bergema dan Sofian menjerit jerit seperti
dirasuk syaitan. Sakitnya tidak terperi. Di dahinya seperti ada suatu
benda hendak terpacul. Kepala Sofian bergoyang goyang. Pandanganya
berpinar, bumi ligat berpusing seperti hendak runtuh.
UWEKKKKKKKKKKKKKKKKKK!!
UWEKKKKKKKKKKKKKKKKKK!!
Sofian termuntah dan mengeluarkan segala isi perutnya yang berwarna
hijau
pekat. Benda yang hedak tersembul di dahinya seperti sebiji peluru
yang
baru ditembak menembusi daging. Sofian terkencing dan
terberak, dia melolong lolong kesakitan.
Tiba tiba ...
PAPPP!!!
Sebiji benda jatuh di atas tapak tanganya. Benda itu keras,
hitam dan sudah berlumut. Serentak itu kesakitan yang
ditanggungnya sebentar tadi hilang serta merta. Sofian meraba
raba dahinya. Patung yang terasa terbonjol di dahinya sudah
tiada. Sofian lega, sekarang dia sudah bebas dari pantang larang
yang paling azab di dunia.
"Azab encik, azab! Taubat saya tak sanggup buat lagi. Kalau tahu
begini akhirnya, saya tak sanggup buat," cerita Sofian.
Andai Diana hendak membuang patung tersebut, mak nyah itu juga
terpaksa menjalani upacara dan azab yang sama.
"Tak ada jalan lain lagi. Selagi tak buang, azab. Kalau nak mati
lagi teruk. Orang yang tak buang susah nak mati!" cerita Sofian.
Sanggupkah Diana berlumpur dengan kerbau dalam paya tujuh hari tujuh
malam selepas ini?
Mak nyah itu hanya diam. "Sebelum saya buang patung tu, saya nak
jadi jutawan dulu!" beritahu Diana sambil tersenyum penuh makna.
Sebelum mengakhir pertemuan petang itu Sofian mengajak kami
mengikutnya ke sebuah kuil. Apa pula yang hendak ditunjukkannya
kepada Mastika?
"Kami sembah patung di kuil!!"
Esoknya 9 November 2006, kami pergi ke sebuah kuil di pinggir
sebuah kampung.
"Tunggu sekejap, saya nak sembahyang!" ceritahu Sofian.
Sembahyang?
Sembahyang yang Sofian maksudkan bukan solat yang dilakukan oleh
orang Islam. Sofian sebaliknya membakar dua batang colok dan
diletakkan di hadapan patung patung yang berderet deret di
depannya. Kemudian di meletakkan bunga melur dan kekwa di kiri
serta kanan patung berkenaan.
Setelah itu Sofian menyembah patung patung tersebut. Antara yang
disembah itu ialah patung raja segala hulubalang, pahlawan, bayi
dan ratu segala kecantikan iaitu patung yang pernah ditanam di
dahinya dan Diana.
"Saya sembahyang tak lama. Seminit dua. Saya dah minta apa yang saya
nak.
Selalunya hajat saya tercapai. Walaupun benda tu dah tak ada di
dahi saya lagi, tapi saya percaya lagi pada patung patung
tersebut. Saya ada pakai satu patung pada rantai leher untuk jadi
pelaris," beritahu Sofian lantas menunjukkan loket rantainya yang
berbentuk patung seorang bayi.
Dia juga menunjukkan satu lagi patung yang dipakainnya, iaitu
patung puteri segala kecantikan sebagai azimat. Patung puteri inilah
yang menjadi kegilaan pelacur dan mak nyah yang ingin kelihatan
cantik seperti Diana.
Itulah dua jenis patung yang disembah setiap kali datang ke kuil pada
hari Sellasa dan Jumaat, pukul 7.30 pagi setiap minggu.
"Jangan takut. Disini orang baik baik. Sami disini tak pernah paksa
saya masuk agama mereka. Saya buat ini untuk diri saya
sendiri," beritahu Sofian.
Sejak dua tahun lepas, kuil ini menggantikan masjid sebagai rumah
ibadat baru dan tempat sembahyang Sofian. Patung patung pahlawan itu
menggantikan al-Quran dan sejadah. Sofian sudah lama meniggalkan
sembahyang lima waktu.
Kalau begitu, apakah Sofian dan Diana masih Islam?
"Kami masih Islam!"
Apabila melihat perbuatan Sofian dan Diana menyembah patung
patung tersebuit timbul persoalan tentang agama mereka.
"Kami masih Islam!" jawab Sofian.
"Jangan salah sangka. Saya tidak pernah keluar Islam, Cuma saya
dah tersesat. Saya nak cari jalan pulang. Saya ceritakan semua
ini pada Mastika untuk beritahu bagaimana susahnya hendak kembali ke jalan
Allah selepas tersesat jauh!" ucap Sofian.
Sofian lalu bercerita bagaimana azabnya selepas membuang patung
tersebut.
Daripada kaya raya dia jatuh papa kedana gara gara tiada pelanggan.
Tapi
Sofian lalui juga kesusahan itu kerana dia benar benar ingin
bertaubat.
Sofian mahu mengucap semula, bersembahyang dan membaca al-Quran. Dia
ingin semula mendalami agama Islam dan menjadi seorang Muslim
dalam erti kata sebenar.
Lalu dia berjumpa beberapa orang alim meminta mereka
membimbingnya.
Malangnya tiada siapa yang sangup membantu. Ada yang
ditemuinya
penceramah terkenal , berapi api memberi sharahan dalam televisyen.
Tetapi
apabila berjumpa, penceramah itu memandang sinis kepada Sofian.
Sofian
mengadu ke pusat pertubuhan dakwah terkenal untuk mualaf dan sudara
baru
tetapi tidak mendapat layanan. Alasannya tempat itu hanya untuk mualaf.
Sofian pergi pula ke masjid hendak berjumpa imam dan pegawai
masjid meminta bimbingan. Dia dihalau. Mereka mengungkit ungkit
sejarah silamnya menyundal di lorong lorong gelap.
"Masa menyundal tak ingat Tuhan. Orang macam ni kalau tolong takkan
jadi baik. Kalau dah biasa makan tahi, dapat hidu pun cukup!"
sindir orang di masjid tersebut. Itula sindiran tajam yang
masih berdarah di hatinya sampai sekarang.
"Bayangkan encik, masa tu saya lapar, nak minta makanan di masjid
tapi tak diberi. Saya hanya minum air paip! Sedih betul bila
diejek dan dihina,"
cerita Sofian dengan air mata bergenangan.
Setelah gagal meminta bantuan daripada orang Islam sendiri, Sofian
pergi ke beberapa buah rumah ibadat dan akhirnya serasi berada di
kuil tersebut.
"Orang Islam sendiri tak nak tunjuk jalan yang lurus kepada orang
macam saya. Tapi di kuil ni tanpa duit sesen pun saya diberi makan,
minum, rokok dan tempat tidur.Sofian bertanya tanya mengapa orang Islam menghina orang sepertinya
yang ingin kembali ke pangkal jalan? Ada juga yang
mempertikaikan niatnya hendak bertaubat.
"Jangan pandang hina kami. Orang di kuil itu tidak pernah hina
kami.
Mereka tak pernah ajak kami masuk agama mereka. Kami tak pernah
disuruh makan babi.
"Tolonglah, kami dah terlajak, lupa diri dan asal usul. Tolong
tunjukkan jalan. Kami nak jadi normal semula," beritahu Sofian.
Diana hanya mengangguk. Nasibnya lebih dasyat, dia perlu berkubang
dengan kerbau, tujuh hari tujuh malam jika ingin membuang
patung yang masih tertanam didahinya.
Sebelum berpisah, Sofian berbisik, akibat desakan nafsu, dia masih
juga menjual diri walaupun sudah membuang patung di dahi.
"Nafsu, encik. Sekali sekali saya pun keluar menyundal. Orang
masih pandang saya. Seri patung itu masih belum pudar," bisik
Sofian.
Mastika faham. Nafsu. Memang iman selalu tewas kepada nafsu.
Sebelum berlepas pulang ke Kuala Lumpur . Pada malam Jumaat 9
November 2006, ketika orang Islam sedang melakukan ibadat membaca
al-Quran di rumah dan di masjid, Mastika pergi ke lorong tenpat
Sofian dan Diana mencari pelanggan.
Kami nampak Diana sedang menunggu jantan. Pakaiannya seksi sungguh.
Sofian? Kami tidak tahu dimana. Mungkin Sofian benar benar
sudah
bertaubat, dan sekarang bersimpuh di atas sejadah. Mungkin juga dia
sedang berdoa agar apabila cerita ini tersebar, akan tampillah
nanti orang yang akan membawanya dan Diana, serta mak nyah mak nyah
lain, keluar daripada kesesatan ini.
kebanyakan mak nyah mengatakan bahawa mereka jadi begitu kerana naluri mereka sendiri,akan tetapi hakikatnya Allah telah jadikan mereka sebagai lelaki pada zahirnya.jadi mereka ni lebih suka ikut naluri dari ikut fitrah yang Allah dah aturkan untuk mereka.masyarakat,ibu bapa dan rakan-rakan mereka perlu membimbing mereka kejalan yang benar sebelum nyawa masih di kandung badan mereka.ini juga salah satu usaha dakwah.
(sumber:Mastika)
No comments:
Post a Comment