Monday, March 4, 2013

Kisahnya............

Terus terang saya katakan pelbagai produk telah saya cuba sebelum ini..Ada produk tempatan,,bila pakai,,hasilnya meletups,,kulit cantik,,tapi bila tinggalkan x sampai dua hari,,keadaan kulit jadi teruk,,kulit jadi gelap,jerawat naik mengerutu.
Saya ada masalah jerawat teruk masa belajar di UITM Shah Alam dulu,,jadi saya pg buat facial di sebuah salon di Kompleks PKNS,Shah Alam..masa buat facial,,sakitnya yg teramat(dicungkil jerawat,,sampai menitik air mata,sbb sangat sakit),jadi kerna terpengaruh,saya beli produk tu(produk ni banyak iklan di majalah2,dan banyak saloon guna),jerawat saya beransur pulih masa guna produk tu,,
Tak lama lepas tu,,satu rumah kena demam denggi,,termasuk saya,,jadi saya tak pakai produk tu selama 2 hari,,bila tengok cermin,,Ya Allah,,kulit jadi macam terbakar,,jerawat naik makin banyak(x ada kaitan dengan denggi ye),,bila jumpa doktor pakar kulit,,doktor sahkan keadaan itu di sebabkan produk yg saya guna..
Lepas tu saya guna pulak jenama Dermologica,,tapi x jadi dgn kulit saya..mahal pun ada. Bila dah kerja,saya guna lagi produk tempatan..nama T..(glemer produk ni) Masa tu kulit saya oklah,,sbb matlamat saya nak hilangkan parut kat muka,,tinggal je produk tu 3 hari,,muka saya jadi kulit tak sekata,,kulit jadi gelap,,parut tak hilang pun....Akhirnya saya serik dgn produk2 tersebut.
Akhirnya saya temui Mary Kay,,Alhamdulillah,bukan pembohongan,,orang pertama yang perasan adalah anak2 saya..yang sulung siap cakap,,cantiknya kulit Mummy sekarang,,parut pun dah pudar,,wahhh..suami saya senyum je,,walau pun produk ni sedikit mahal,tapi sangat berbaloi2..saya cukup puas hati..sekarang saya nak bantu wanita2,gadis2 di luar sana yg ada masalah macam saya.Saya ada prinsip,saya takkan jual produk yang saya sendiri tak pasti keberkesanan,,produk ni mmg saya cuba sendir dan Alhamdulillah,sgt berkesan,sbb itulah saya berani promote

Thursday, January 17, 2013

Hanya kerana bola dan politik

Hanya kerana bola dan politik,,sekarang ni kes mencarut,hina menghina melambak2 di blog dan facebook,,Agaknya apa untungnya yang mereka2 ni dapat?..Kepuasan?puas ke hati kalau dapat mencaci,mencarut,menghina?,,Sekarang ni banyak kes2 politik,,dan bola,,pasal politik saya x nak masuk campur,,saya ambil tahu,tapi saya tak suka masuk campur,,Sekarang ni pun musim bola,,hari tu The Red Warrior lawan Johor Darul Takzim FC,,wahhhhhh,,dalam FB,dalam page masing2,,macam2 perkataan yang keluar..Saya Penyokong The Red Warrior?Saya memang orang kelantan,walaupun mama saya asal orang Perak,arwah ayah saya asal orang Melaka,,saya lahir di sini,
Saya tak kisah tentang bola dan politik,tapi saya suka tengok,perhati dan analisis,Situasi carut mencarut,kutuk mengutuk,hina menghina amat tidak sinonim dgn saya,Ye,saya bukan manusia yang terlalu baik,tapi saya dah berusia 34 tahun,bagi saya,semua itu hanya membuang masa dan menambahkan kesakitan dalam hati,malah membawa dendam yang tidak berkesudahan..Tidak kesian kah kita pada hati kita,pada jiwa kita,pada jasad kita,pada wajah kita?segala dendam dan amarah akan mengundang seribu jenis penyakit zahir dan batin
Bertekak dan bergaduh tanpa sedar kita sesama Islam,kita sesama rumpun..Syaitan gelak terkekek kekek,,Nun jauh di Palestin,,Saudara seagama hidup menderita sedangkan kita yang hidup di bumi yang makmur ni,bertekak tanpa henti,berebut kuasa dan pangkat Jangan biarkan lidah itu lebih cepat daripada akal dalam menuturkan kata-kata. Apalagi apabila akal gagal mengawal tutur katanya menyebabkan apa yang terkeluar itu menjadi zarah amarah dan dendam bersalut nafsu semata-mata. Bahaya lidah sebenarnya amat bisa dan tajam.
Rasulullah SAW pernah mengumpamakan lidah itu sebagai kunci segala perkara, yakni perkara baik dan buruk. Sabda Baginda kepada Muaz bin Jabal yang bermaksud:
Mahukah engkau aku beritahukan mengenai kunci semua perkara ini? Aku (Muaz) menjawab: Mahu wahai Rasulullah SAW. Lalu Baginda SAW memegang lidahnya dengan berkata: Awas, jagalah ini (lidah) baik-baik. Aku (Muaz) pun berkata pula: Wahai Rasulullah SAW, apakah kami akan dituntut atas tutur kata kami? Lalu Baginda SAW menjawab: Moga-moga Allah memelihara engkau. Tiada lain yang akan menjerumuskan manusia menerusi muka atau batang hidungnya ke dalam neraka, melainkan tutur katanya sendiri. (Hadis riwayat al-Tirmizi)//
gunakan laman sosial dgn positif,bukan tempat mencarut n mencaci,,umpama menjatuhkan maruah diri sndiri,,umpama meludah ke langit,,akhirnya jatuh ke muka sendiri

Semput Mak

berderet booking appoinment, spa treatment utk bakal pengantin dan rawatan ibu lepas bersalin,dari awal januari,,sampai Mei,mcm mana ni,,23hb,24hb nak masak utk majlis maulud,,25hb pulak buat Majlis Maulud dan majlis tahlil arwah bapa mertua kat rumah sendiri,berderet tempahan pulut kuning,kelas skin care Mary Kay lagi,handle kelas spa personal lagi,terpaksa la,,lari ke sana sini,,berlari berkejaran.tahun ni,,baru awal tahun,,tapi x sempat rest pun lagi,,nak duduk landing sambil tgk tv pun x sempat dah..makin tua,,makin sibuk.kesian pulak kat anak2.skarng x payah susah hati nak diet dah, nak mkn pun dah tak selera(tapi setakat sepinggan nasi x cukup..:) — at Jalan Bayam,Kota Bharu,Kelantan