Thursday, June 30, 2011

PENAT LA.......KUIH OH KUIH MUIH

Dua,tiga menjak ni cepat betul la rasa penat,,adakah kerana penambahan usia..oooo Noooo....sebenarnya tak cukup tidur(salahkan tido,,pahal dah kertu,,hee)..Hmmm tidur yang cukup memang penting,,cukup penting..tapi sebab saya ni niaga katering,,orang asyik nak ambik makanan pepagi sesudah subuh,,jadi siapkan lah,kadang2 tidur awl2,,pkl 4 pagi dah bangun,,mmg x tidurlah sampai malam menjelang pulak,,tak lama lagi puasa,,maka kepenatan buat biskut raya pula akan melanda..thn lepas cita2 x nak wat bizz biskut raya thn ni(sbb serender penat sgt,,2,3 hari x tido siapkan biskut raya ms nak raya ari tu),,tp sbb customer asyik cll, mintak sampel,jadi thn ni on la,,thn depan la pencen kejap..

Pagi tadi,sediakan tempahan 4 jenis kuih muih(200 pcs each one) untuk jamuan pagi@minum pagi Pertubuhan Wanita Negeri Kelantan( pagi tadi punye)


POPIA SIRA


PULUT PANGGANG


SERI MUKA


BUAH TANJUNG(MANIS YANG AMAT,,AMPUN,,TAPI CUSTOMER REQUEST X NAK MANIS SGT,,JD KALERNYA X BERAPA BERSINAR LA,SBB KURANG GULA)


penat sungguh buat sorang2,,bibik pulak sepanjang bulan pose,blk indon,,2 bukan bibik tapi gedik,,geram pun ada,,tp sabor jer la

P/S:syok hidup kalau customer tak order kuih muih tapi order kek @cupcake,,tak leceh n renyah membuatnya,,easy la keje,,tp nak buat mcm mana,sesedap mana kek @yg sewaktu dgnnya kuih muih melayu kita tetap tiada tandingan

HANTU RAYA DALAM BUDAYA MELAYU

Entry ini sebab lepas merawat seseorang,,dia asyik bertanya soalan yang sama n tak puas hati,,jadi saya post kat sini,,moga yang bertanya dapat faham dan dapat sedikit info
.Sumber :Pakciklie dari JalanAkhirat.com dan penambahan dari pengalaman sendiri..Yang elok datang dari Allah,,yang buruk datang dari diri saya sendiri



Hantu Raya dalam budaya Melayu, merujuk kepada sejenis makhluk halus dan perkara tahyul. Ia dikatakan terdiri daripada golongan jin atau syaitan, yang dipelihara bagi tujuan membantu tuannya melakukan kerja dan juga bagi memudaratkan musuh. Pemeliharaan makhluk halus ini dikenali sebagai saka.

Hantu Raya akan dikawal oleh pemiliknya yang boleh menyuruhnya melakukan apa-apa juga jenis kerja berat. Hantu Raya juga boleh disuruh oleh tuannya bagi merasuk seseorang. Hantu raya mempunyai keupayaan menjelma sebagai manusia biasa atau haiwan lain, dan biasanya Hantu Raya akan menjelma sebagai tuannya.

Hantu Raya yang dipelihara itu akan perlu diberi makan sebagaimana yang dipersetujui. Biasanya makanan yang disediakan dikenali sebagai acak / sajian termasuk telur, ayam panggang, pulut kuning dan sebagainya. Sekiranya tidak dijaga dengan baik dan diberi makan, Hantu Raya yang kelaparan itu akan menyerang tuannya.
Hantu Raya biasanya perlu diwarisi, dan sekiranya tidak diturunkan kepada waris, tuannya akan menjadi bangkai bernyawa. Tubuhnya mati dan berbau busuk, tetapi apabila hendak dikebumikan, ia akan bangkit seperti hidup. Selain itu, ia akan makan dengan lahapnya apabila diberi makan.

Matlamat
Hantu Raya biasanya dipelihara bagi tujuan membantu tuannya melakukan kerja-kerja berat. Hantu Raya juga boleh disuruh membinasa musuh atau orang yang dibenci pemiliknya. Dinamakan Hantu Raya bersempena saiznya yang besar seperti penggunaan dalam bahasa Melayu Balairaya, jalanraya dan sebagainya

Kelebihan (Bagi orang yg jahil)
* Hantu Raya biasanya mampu melakukan kerja-kerja berat seperti empat atau lima orang dengan mudah.
* Ia boleh menjelma sebagai manusia.
* Ia boleh membinasakan musuh atau orang yang dibenci pemiliknya.

Kelemahan
* Pengamal ilmu sihir hitam atau ilmu sesat ini adalah satu perbuatan syrik dalam Agama Islam.
* Hantu Raya akan mengamuk sekiranya tidak dijaga dengan baik.
* Tuannya sukar untuk mati sekiranya tidak ada orang hendak menerimanya.
* Hantu raya suka menyamar sebagai pemiliknya dan akan tidur bersama isteri tuannya jika tidak dikawal.

Penelitian secara ilmiah
Bagaimana tuan punya menurunkan kepada warisnya adalah melalui keris yang diperturunkan dari generasi ke generasi. Biasanya setitik darah tuannya dikehendaki untuk memastikan tuan yang baru dan akan menurut perintah tuannya.
Kadangkala, mereka sendiri mencari orang(keturunan tuannya),yang dirasakan serasi @ sanggup menerima mereka..Bak kata orang tua2,, ‘tapak’ yang sesuai untuk berdamping
Ramai orang tua yang mengamalkan bahawa dengan mempunyai pendamping ini mereka merasa selamat dari ancaman musuh tetapi hantu raya atau jin ini ada kelemahannya.



Kelemahan hantu raya
Dari segi perawatan Islam, gunakan lada kering, garam dan arang sahaja. Setiap batang lada patahkan tiga bahagian dengan bacaan Al-Fatihah setiap satu dan sebanyak 40 batang lada kering diperlukan (jadi 120 batang kecil). Bacakan ayat Kursi sebanyak 33 kali dan hembuskan ke atas air. Renjis air ini ke atas garam dan arang tadi.

Kemudian gunakan arang ini untuk menghidupkan api di atas dupa. Letakkan sedikit lada dan garam sedikit demi sedikit sehingga habis. Masa yang sesuai dari pukul 6.00 petang sehingga habis lada di bakar. Hantu raya akan lari atau mengakibatkan dia cedera disebabkan oleh gas lada ini. Biasanya ia akan membunuh tuannya kerana tuannya tidak dapat mengubatinya.

Ayat Kursi adalah pantang jin dan lada serta garam adalah musuhnya. Gunakan sebaiknya kaedah ini sekiranya anda memasuki rumah yang lama tidak diduduki atau diganggu hantu raya atau anda mengalami sakit yang tiada puncanya. Asapkan badan atau bahagian yang sakit dengan asap lada ini. Insya ALLAH, doa anda dimakbulkan oleh ALLAH S.W.T.



Note:Kebesaran Allah Taala melebihi segala-galanya

KSRS #2:KENANGAN DULU-DULU


Penantian itu satu penyiksaan...tapi harus ke aku menanti dalam beg plastik ni....oooo,,kejamnyosss,,,tulung ...tulung...beg plastik dah nak koyak ni..tulung tel talian NUR,,penderaan kat sini,,tak pe,,bila aku besaq,aku janji bukakkan kilang plastik..akan ku sumbat Pok Su dalam tusss,,Tungguuuuuu......Huwaaaaa

Tag 5 org geng KSRS,,Sape ehhhh:
-Bionic women
-CT Honey@siti
-Lelord
-Syahadah
-NZA

dh siap..boleh tak sambung,,,,,,kan
P/s:untuk group ni untuk senangkan kerja,kita ttpkan topik kenangan dulu2,topik utama kita-PENANTIAN..blh x?

JOM REKA DIALOG


Segmen: Jom Reka Dialog


Si isteri mundar mandir,,bom dah nak meletup ni,,siap-sedia nak mencakar si suami yang baru pulang dari kedai sambil menyanyi lagu dangdut

Hati bertambah geram bila tengok si suami tersengih-sengih macam itik baru berbini

Isteri:Saya pesan belikan cili merah,bukan beli mentimun ni,,kenapa awak selalu macam ni?aaaargh,,geramnyer

Suami: Saya dah beli apa yang awak nak,,arghhhh..asyik mengamuk jer awak ni

Isteri:Aarrrrgh..saya cekik awak

Suami: Berani cekik la,,awk nak derhaka pada suami yer,,mai la kalau berani....

Tung tang tung tang..maka pertandingan suara siapa paling nyaring pun bermula...(dalam erti kata sebenar,gaduh la)



Tiba-tiba si isteri teringatkan suatu perkara:

Isteri: Sori la darling,,i lupa u blind color(buta warna),,heeee,,heee....u always la make my blood go upstair(naik darah,,heee)

Suami: (senyum sampai telinga,,,,sambil menyanyi-nyanyi sebab si isteri pun 2 kali 5 jer)

Wednesday, June 29, 2011

MATA KE 3,DERIA KE 6


ESP adalah satu terma yang mewakili seluruh fenomena mata ke-3, deria ke-6, firasat, kasyaf, gerak hati, mendengar suara ghaib serta bermacam-macam lagi perkara yang dianggap ajaib atau pelik oleh sesetengah pihak.

Seperti yang tersedia maklum, manusia mempunyai 5 pancaindera seperti melihat (mata), mendengar (telinga), bau (hidung), merasa (lidah) dan sentuhan (kulit). Fenomena ESP adalah dimana seseorang itu menggunakan kelima-lima pancainderanya secara maksima yakni “menggunakannya dengan lebih dalam”. Terdapat juga kes yang dialami oleh mereka yang pernah terlibat dengan kemalangan tetapi koma dan apabila terjaga dari koma, mereka mendakwa memiliki ‘kuasa psikik’….

Akan tetapi, dalam ketika kita menjalani kehidupan, manusia sering atau kadang-kadang “melalui” fenomena ESP tanpa sedar atau tidak sengaja seperti : –

Firasat
Merasakan seperti sesuatu perkara akan terjadi dan mendorong kita untuk menyebut ” Firasat aku mengatakan……..”

Rasa seperti sedang diperhatikan
Ketika berada di tempat awam dan dengan tiba-tiba terasa ada orang yang sedang memperhatikan dan setelah menoleh dan meninjau, ternyata anda sedang diperhatikan… dan anda yakin bahawa perasaan sebelum menoleh dan meninjau itu benar.

Mimpi
Anda bermimpikan saudara atau rakan datang menziarahi anda dan sememangnya mereka yang anda mimpikan itu benar-benar datang pada keesokan harinya… atau mimpi apa pun yang menjadi kenyataan di kemudian hari.

Rasa seperti pernah berada ditempat ” itu ” sebelum ini
Ketika mengunjungi sebuah tempat yang baru atau tidak pernah mengunjungi atau melalui kawasan baru itu, anda tiba-tiba merasakan seperti pernah sampai disitu sebelumnya malah anda mengenali setiap bentuk geografi serta stuktur bangunan.

Terdengar ada orang membisikan nama anda
Ketika anda sedang duduk diam atau bersantai, tiba-tiba anda seperti mendengar seseorang membisikan nama anda sedangkan pada waktu itu anda hanya bersendirian.

Bayangan dalam fikiran
Sedang anda duduk diam samada memejam atau membuka mata, tiba-tiba anda melihat satu bayangan berupa wajah atau stuktru lengkap seseorang dalam fikiran anda.

Kebetulan yang melebihi dari sekali
Ketika anda ingin menelefon rakan atau saudara dan ketika anda sedang mencari nombor telefonnya, dengan tiba-tiba, mereka yang ingin anda hubungi itu telah menelefon anda terlebih dahulu sebelum anda menelefon mereka.

Fenomena-fenomena diatas dapatlah dikategorikan sebagai : –
Clairvoyance –
Melihat sesuatu dari dimensi lain, penglihatan yang melangkaui ruang lingkup waktu, penglihatan yang tidak dimiliki oleh kebanyakan manusia, atau kasyaf.

Clairsentience –
Merasakan sesuatu, firasat, gerak hati, atau intuisi wanita.

Clairaudience –
Mendengar suara ghaib atau sesuatu yang sangat halus.

HMMMMM,,SUKA SUKI HATI DIA JER

1 a.m/30 jun 2011:
Lewat tidur sebab kena siapkan nasi lemak kukus sama rendang kerang dan ayam goreng berempah yang jiran kawasan taman ni nak besok pagi2 buta lagi...Anak2 dah diulit mimpi,,mr suami outstation 2 hari..Sedang dok kung kang..kung kang kat dapur,,terdengar bunyi uh ah..uh ah ..kat depan rumah

Saya yang kdg2 terlampau berani ni,,nak pergi jengukk,,mcm biasa bila ada pelik2,,baca Kota Ayat Qursi(ramai yg dh tahu,,ramai jgk yg x tahu,,x pe,,nnti kita belajar)..
Bila bukak pintu,,aiseyman,,suka suki hati dia jer landing depan rumah,kat tempat parking kereta,,mentang2 satu kereta x der,,satu jer ada,,ada tempat kosong yer?

Dia toleh belakang tengok saya n buat muka seram tu...Saya baca ayat Quran yang biasa baca bila jumpa geng2 depa ni...dan tanya
"Ai..tak de tempat lain ker nak duduk,,sini rumah aku,,kawasan aku,,pergi dr sini,,sebelum aku bakar kau dengan kekuasaan ayat Quran.Nuh,,pokok2 banyak,,pokok pisang,kelapa,,macam2,,pergi jauh2"saya sound tp x kuat sgt takut jiran kata sy sewel ckp sengsorang.

Dia tunjuk yg dok atas bumbung,,Ya Allah ada jgk yg tumpang landing..tp aku tgk dok tgh sembahyang..pakai baju hijau...

"Kau pergi dulu...sebelum,"tak habis cakap dia terus blah,,terbang pg kat pokok kelapa depan rumah.

"jauh la sikit,"rasa nak memekik jer...Alhamdulillah lepas baca ayat2 yg saya pernah belajar dlm mimpi(ayat Quran),,dia pergi jugak,,

Garu2 kepala,,yg kat atas bumbung nak buat mcm mana,,aiii,,kang tak masak sambal tumis aku malam ni..Saya masuk buat sembahyang hajat..minta Allah bagi petunjuk..minta jauhkan saya dari kejahatan segala makhluk yang bernyawa,,pergi jenguk,,tgk dia tengah solat lagi...

Ok tak per la,,bagi jer la,,jgn dia ganggu aku dan anak2 dah la....

2.15 a.m/30 jun 2011:
tengah syok2 masak,,rs sejuk jer malam ni,,rupanya pasang air cond 20 d'celsius..anak2 aku ni agak2nyer rindu nak pg kutub utara kot.Switch Off air cond n pasang kipas,,tiba2 pling,,bunyi benda jatuh dari atas atap...Baca ayat Quran 3 Qul n lain2 ayat pendinding diri,,bukak pintu..x de apa2..jenguk atas dah x der..tp sekor kucing yg tak berapa kiut ni asyik mengiau jer kat selipar burukku..Ehhhh..permata!,,cantik,,,nak ambik ke tak nak,,ikut gerak hati,,ambik jer,,simpan la dulu,,,ni benda ke 6 saya dapat selama hidup ni(dpt dgn cara misteri),,3 tahun dulu dpt gelang bunian,,lepas tu minyak katuri putih,,2 tahun lepas dapat geliga lipan(lepas kene gigit lipan,,2 hari masuk spital tu,,aiii..sakit woo)balik rumah tgk lipan tu mati n kat mulutnyer ada geliga,,kata orang tua,,lipan bergeliga x gigit orang,,kata merekala,,tp dia gigit jgk aku,,,geram jgk,,tp sbb lipan tu dh meninggal dunia n bg geliga pree..on je lah

Tahun lepas dapat badik dan gelung rotan yg halus,,pagi ni dpt permata..aneh dan ajaibnya dunia ni,,semua kekuasaan Allah..semua Kebesaran Nya...Pagi2 esok(dh pagi pun),,lepas subuh,,nak pergi jumpa Ustaz Halim kat Kok Lanas,,tanya apo ko bonda permata ni dan kegunaannya,,nk buat hiasan,,sah2 x sesuai,,,,kalau diamond ker,,delima ker,,orait ler jgk.Doa saya esok lusa,,pling..kereta EVO sebijik orang bagi pree,,x pun diamond besar siku(tamak snggh pompuan ni)

Tiba2,,bunyi plop kat luar rumah,,bukak pintu,,aiyoo,,kucing,,suka hati dia jer terjah n landing atas kereta ku,,ni yang nk meroyan ni,,baru cuci taw,,syohhhhh

note:kadang2 banyak perkara yang berlaku dalam hidup kita yang tak pernah terjangkau oleh akal fikiran manusia..Hanya Allah yang mengetahui segala-galanya..Kisah ni bukan rekaan,,jgn biarkan hidup anda diselubungi Misteri,,,:)

CERITA DI PAGI HARI

Pagi tadi masa nak hanta anak pg sekolah,,tiba2 mr suami sound,,nk pg mana tuh,,,lani jgn pakai baju kuning,,nnti kena,,,tang...Adussss,,xkan tersilap pakai kemeja kuning pn marah..opsss terlupa,,,sbb malu kena perli bila kluar nnti,,tukarla baju kaler lain...mcm2..skrg nak sapu rumah,,bila mntak tolong anak dara saya sapukan,,x bole ckp sapu bersih-bersih,,kene cakap sapu clean-clean..ha..ha..ha..dlm pesbuk ada ajak sy pergi perhimpunan tu,,,

Saya?..sy jns x layan sgt psl politik,,baca n perhati dr jauh jer,,nak libatkan diri,,,hmmmm...bkn style saya,,bkn belagak,,cuma,,saya x suka,,sbb tu banyak2 blog,,blog yang sy paling kurang jenguk2 adalah blog politik,,x kisah kalau blog tu citer hal semasa,,cma x suka,,bila ada entry kutuk-mengutuk,,sbbbbb,,nanti sy pun nak join sekaki,,ha,,ha,,ha

Tuesday, June 28, 2011

ALAHAI ANAK OMAK!

Anak 3 orang saje,,tp macam2 kerenah,mcm2 peel,,walau lahir dari rahim yg sama,,mak,bapak pun sama,,tp perangai anak2 mmg berbeza-beza,,Sebelum tu nak tanya ibu2 semalaysia..saper ada pengalaman yg x dpt dilupakan semasa mengandung....Saya sendiri,,pengalaman mengandung anak ke 2,,mmg tak dapat dilupakan,,punya banyak peel dan banyak songeh...sampai mr suami pun tak tahan.
Masa kandungan usia 2 bulan lagi,,sy dh start bnyak peel,,benci kecik2 pun nak nangis,,mr suami buang stoking merata-rata pun saya nangis,,memang sadis,,asyik nangis jer,,anak yg sulung ternganga jer tgk,,agaknya dok pikir,,mummy aku ni nangis jer,,x leh nak celen ni,,kalah aku nanti..
Tiap hari asyik cari gaduh jer dgn mr suami,,kalau 1 hari x gaduh,mmg saya tak boleh tido,,,satu lagi,,sepanjang mengandung,,memang tak boleh tgk muka suami,,benci yg amat,,bau badan dia buat saya loya,,bg saya masa tu,,itu lah bau paling busuk atas dunia,,,Hai bila ingat blk,,,mcm tak siuman pun ado,,tapi mmg tak boleh kawal nak buat mcm mana lagi.
Lagi satu peel,,saya sgt suka makan roti canai,,tapi nak yg kedai mamak punyer,,org melayu buat,sy tak nak makan,,,milo pulak tiap hari,sy yg balun,,hari2 minum milo....adoi,,kalau 1 hari saya tak makan roti canai mamak dgn milo,,alamatnya sampai ke pagi sy tak nyenyak tido....
Perut saya ms tu macam orang mengandung kembar,,setiap kali g klinik untuk pemeriksaan,,nurse n doktor tak percaya saya tak mengandung kembar,,berkali2 depa scan..perut saya besar yg teramat sgt,,semua ingat sy mengandung kembar 3...
Saya start sakit nak bersalin pkl 1.30 pg n bersalin pukul 5 pagi,,x la lama sgt,,n saya bersalin normal pada baby seberat 4.2kg,,,misi terkejut jgk,,badan saya kecil,tp baby besar n bersalin normal...Tup2 bila baby keluar...alamak...muka sebijik muka bapaknya,,potostat,,patutnya sy benci sgt kat suami sepanjang mengandung,,rupanya yg kat dalam perut muka sebijik muka papa.kulit gelap macam mamak la,,n gila makan roti canai dan air milo dr kecik sampai besor.Maka lahirlah Umar Muhaimin Shah,,yg kuat melalak(mcm sy ms mengandungkan dia dulu),yg suka merajuk(sama jugak),,yg bnyak peel(pun sama jugak)...alahai anak omak



Moral of the story:jgn ikut perasaan sgt walaupun anda sedang mengandung,,kawal perasaan,,sebab anak dlm kandungan juga akan terikut2

JANGAN KAU TIPU AKU


Jangan kau tipu aku

Ni segmen en,ben,,sbb boring2,,jom join...:D

USOP DAN MEK AYU

Ni story mory dari kawan saya,,Cik Siti Kembang(Nama Zuraidah,,tp sbb badan dia asyik mengembang jer,dia gelar diri sendiri jadi CIK SITI WAN KEMBANG.Kami buang wan jd Cik Siti Kembang)


Hadiah Harijadi untuk Mek Ayu

Pada Suatu Hari, Usop Jendul Nak Belikan Hadiah Harijadi Untuk Kekasih Barunya, Mek Ayu. So Si Usop Ni Pun Ajaklah Adik Perempuan Sepupunya Untuk Temankan Dia Shopping Kat SOGO. Oleh Kerana Mereka Baru Dua Bulan Berkawan, Jadi Si Usop Jendul Membuat Keputusan Untuk Membelikan Mek Ayu Satu Topi jenis Kain Fesyen terbaru, Supaya Taklah Nampak Dia Beriya-Iya Sangat. Adik Sepupu Usop Pulak Pegi Beli Satu Seluar Dalam Hitam Berbunga-Bunga Baru Sebab Ada Sale Hari Itu. Masa Membayar, Dengan Tak Sengaja Cashier Dah Tertukar Kotak Topi Kain Hitam Tu Dengan Seluar Dalam Hitam Adik Sepupu Usop!

Selepas Membayar Usop Jendul Pun Terus Pergi Kaunter Hadiah Dan Suruh Diorang Bungkus Tanpa Check Dulu. Kemudian Dia Balik Ke Rumah Dan Tulis Surat Untuk Mek Ayu Serta Mengeposkannya Bersama Hadiah Yang Dah Tersilap Tu.

Surat Yang Dia Tulis Tu Berbunyi Cam Nie :

Istimewa Untuk Kekasihku Mek Ayu,

Usop Pilih Hadiah Nie Kerana Ayu Tak Pernah Pakai Bila Kita Keluar Jalan-Jalan Dan Selalu Mengadu Sebab Panas. Kalau Bukan Sebab Adik Sepupu Usop, Usop Dah Nak Beli Yang Lagi Jarang Supaya Kalau Berpeluh Tak Lembab Sangat. Tapi Usop Tengok Adik Sepupu Usop Pakai Yang Ada Bunga Tu Nampak Cantik Pulak. Usop Pilih Warna Hitam Tu Supaya Tak Nampak Kotor. Promoter Yang Jual Tu Tunjuk Dia Punya Dah Seminggu Tak Basuh. Nampak Elok Aje! Usop Suruh Dia Try Ayu Punya Sebab Saiz Promoter Tu Lebih Kurang Ayu Je. Memang Cantik Dan Menarik! Harapnya Ayu Suka Sebab Usop Rasa Memang Sesuai Dengan Ayu. Tak Sabar Rasanya Nak Tengok Ayu Pakai Depan Usop. Usop Harap Ayu Akan Pakai Untuk Usop Hujung Minggu Nie.

Salam Sayang Untuk Kekasihku, Mek Ayu...

P/S : Kalau Ayu Nak Pakai, Usop Nampak Stail Terbaru Ialah Dengan Melipat Bahagian Depan Dan Menampakkan Sedikit Rambut.

Yang Menyayangimu,

Usop Jendul


Moral of the story: Selalu Double check barang yang anda beli..Selamat makan pelempang dari Mek Ayu Wahai Usop Jendul

KISAH SUAMI ISTERI.....DAN TOK BOMOH(????)


Tersalah rendam...

Seorang pemuda yang akan berkahwin telah berjumpa seorang bomoh yang juga seorang pakar dalam masalah tenaga batin untuk mendapatkan sedikit petua.

Pemuda : Tok,saya akan berkahwin tidak lama lagi tetapi saya masih belum bersedia.Bagilah petua untuk saya menghadapi malam pertama nanti.

Bomoh : Malam pertama merupakan malam yang sangat penting bagi lelaki.Kamu seharusnya dapat memberi kepuasan yang tidak dapat dilupakan oleh isteri kamu nanti.

Pemuda : Bagaimanakah caranya tok bomoh.

Bomoh : Begini,kamu seharusnya membesarkan alat kelaminmu dan ini akan membuatkan isterimu menjerit pada malam pertamanya.

Pemuda : Bagaimana caranya tok ?

Bomoh : Kamu mesti merendam alat kelaminmu setiap malam dalam air teh setiap malam sehinggalah malam pertamamu.

Pemuda tersebut balik ke rumah dan melakukan apa yang dikata oleh tok bomoh pada setiap malam.

Pada malam pertamanya,tok bomoh juga berada dirumahnya.Tiba-tiba kedengaran isteri pemuda itu menjerit kuat.Tok bomoh mula terfikir akan kehebatan petua yang diberikannya kepada pemuda tersebut.Tiba-tiba pemuda tersebut keluar dari biliknya dengan wajah yang sedih.Tok bomoh hairan lalu bertanya kepada pemuda tersebut.

Bomoh : Kenapa cepat sangat..?

Pemuda : Saya punya memamng panjang tok tapi kenapa hanya sebesar pensil saja...?

Bomoh : Adakah kamu ikut petua yang tok ajarkan...?

Pemuda : Sudah tok.Tiap-tiap malam saya merendam saya punya dalam segelas air teh.

Bomoh : Teh apa yang kamu gunakan ?

Pemuda : ????????? Mustika Ratu - Slimming Tea tok...

Monday, June 27, 2011

CERITA TENTANG AYAM


CERITA AYAM YANG MACHO

Ceritanya berkisar di sebuah ladang penternakan ayam yang terletak di Gunung Semanggul.tentang sebuah peternakan ayam. Disana ada 5 Ayam betina dan seekor ayam jalak (kira ayam jantan macholah) yang umurnya sudah lanjut dimamah masa (cewah-cewah cam lam novel percintaan lak).
Karena merasa bahwa ayam jalak yang sudah tua tadi sudah melewati masa suburnya, si pemilik ladang tersebut memutuskan untuk membeli seekor ayam jalak lagi yang masih muda, tampan, segak, macho dan yang sewaktu nganya. Dengan secara tidak sengaja hal ini membuatkan si ayam jalak tua
menjadi merasa tersaing. Lalu bibit2 cemburu dan hasat dengki menguasai dirinya, mulalah diyer mengatur srategi. Lalu terjadi percakapan seperti ini :


Si ayam jalak tua : Eh, kamu jangan serakah sgt kat sini. Ayam betinanya kan ada 25. Kamu boleh ambil yang 15, bakinya bagi aku.


Si ayam jalak muda: Banyak hensem ko punya muka,tua tak sedarkan diri.Hang tu dah tua dah tak larat dah so semua untuk aku sahaja.

Si ayam jalak tua : Eh a...berlagak tul mamat seekor ni (jalak tua bercakap lam ati yer). Seper kata aku tua tak larat lagi, ko jgn pandang rendah pada aku, kang aku sekeh kang... O.klah, aku maleh nak gaduh ngan budak hingusan cam ko ni (jalak tua, menunjukkan eksennyer) so apa kata kalau kita pertontonkan kemanchoan kita ngan mengadakan satu pertandingan. Siapa yang menang boleh ambil semua ayam betina yang ada kat sini ayam ini. Yang kalah kirim salam.

Si ayam jalak muda: Aku.. aku boleh sahaja, pantang dicabar ni. Kita nak buat pertandingan apa ni... cabut bulu ayam ker (jalak muda membuat lawak loya beruk yer)

Si ayam jalak tua : Dak'ah! Senang jer pertandingan lumba lari. Sambil tersenyum kambing,

Si ayam jalak muda:Set

Si ayam jalak tua : Lumbanya 400M. tapi karena aku sudah tua, aku minta untuk lari dulu di depanmu 50 meter.

Si ayam jalak muda: Boleh (dengan penuh keyakinan).

Maka pertandingan pun dimulai. Ayam jalak tua lari dulu 50 meter baru ayam jalak yang muda lari menyusul dengan kecepatan kuasa extra gaban yang mengkagumkan. Eh, baru kurang 1 meter menyusul, si ayam jalak muda ditembak langsung oleh pemilik peternakan.
Kenapa?????

[jawapan ada di bawah]







Kata Pemilik : "Kurang ajar. INI AYAM JALAK-HOMOSEKS NI. Asal setiap kali aku beli dapat yang macam ni SUKA SANGAT KEJAR-KEJAR AYAM JALAK TUA AKU"

MORAL OF THE STORY : Jgn berlagak ngan org tua (depa banyak trick yer,) HORMATILAH ORANG YANG LEBIH TUA DARI KITA...

ALAHAI MAT REMPIT




Kisah Mat Rempit

Zaki seorang Mat Rempit sejati. Dia sanggup tidak bekerja semata-mata untuk menjadi Mat Rempit sepenuh masa. Kerjanya setiap hari hanyalah menunggang motor secara berbahaya di jalan-jalan sekitar kampungnya sambil menyergah dan mengurat anak anak gadis di kampungnya.

Pada suatu hari, malang tidak berbau, Zaki terlibat di dalam satu kemalangan di hadapan kubur cina kampungnya. Akibat terkejut, Mak Limah yang kebetulan di dalam lori yang disergah oleh Zaki telah melatah sehingga tangannya membaling sebatang lembing tepat-tepat terpacak di dahi Zaki sehingga tembus ke belakang tengkuk Zaki.

Bergegas Pak Amin ayah zaki ke hospital sebaik sahaja mendapat berita tentang anaknya yang cedera itu. Sebaik sahaja sampai di hospital, Pak Amin bertanya kepada Doktor tentang keadaan anaknya,

Pak Amin: Bagaimana keadaan anak gua doktor?
Doktor: Harap bertenang Pak Cik, anak pakcik cedera parah.

Pak Amin: Bagaimana keadaan kecederaannya Doktor?
Doktor: Sebatang lembing terpacak di dahi anak Pak Cik tembus ke belakang tengkuknya. Kami takut sekiranya lembing itu terkena otaknya, anak pak cik boleh mati.

Pak Amin: Kalau tak terkena otak dia, dia mati tak doktor?
Doktor: Kalau tak kena tak matilah! Tetapi dalam keadaan sekarang keadaan itu adalah mustahil.

Pak Amin: Oh begitu.... Alhamdulillah selamat anak gua...
Doktor: Kenapa pak cik? Pak Cik tak bimbang ke lembing tu terkena otaknya?

Pak Amin: Anak saya tu Mat Rempit Doktor, Mat Rempit mana ada otak!


---- sumbangan: PDRM

Sunday, June 26, 2011

KENAPA MESTI SAMAKAN ISTERI DENGAN PELACUR KELAS ATASAN



Layanan isteri yang baik terhadap suami tidak wajar disamakan sebagai layanan pelacur kelas pertama, kata Mufti Kelantan Datuk Mohamad Shukri.

Beliau berkata perbuatan menyamakan tugas seorang isteri melayani suaminya sebagai pelacur juga tidak berpandukan kepada peranan dan tanggungjawab sebenar isteri terhadap suami di sisi Islam.

"Jadi, sesiapa yang menyamakan tugas isteri melayan suami sebagai pelacur kelas pertama tidak wajar dan berilmu," katanya kepada Bernama, di sini hari ini.

Mohamad Shukri mengulas kenyataan Naib Presiden Kelab Isteri Taat Dr Rohaya Mohamed baru-baru ini, yang menyarankan golongan isteri patuh dan melayan suami seperti 'pelacur kelas pertama'.

Kenyataan itu dikecam banyak pihak termasuk Timbalan Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM) Musa Awang yang menyifatkannya sebagai kenyataan "biadap dan celupar".

"Isteri bukanlah seorang pekerja seks bagi suami. Tugas isteri melayan suami adalah suatu ibadah yang diberi ganjaran pahala dari Allah.

"Walaupun suami diwajibkan memberikan nafkah kepada isteri dalam bentuk tempat tinggal, makan minum, pakaian atau wang ringgit, ia bukanlah sebagai ganti kepada khidmat seks yang isteri berikan.

"Ia adalah suatu amanah dan tanggungjawab kerohanian yang telah ditetapkan oleh agama, yang juga diberi ganjaran pahala oleh Allah," katanya.

Isu panas ni dah lama sejuk sikit berbanding semasa mula2 penubuhannya dahulu..Tetapi wajarkah seorang isteri disamakan dengan pelacur kelas atasan...Hmmm,,maksudnya sy pun kena pakai baju seksi maut,ada 2,3 urat kain jer,,,dgn ada bling2 gitu yer,,yg penting, sekali servis isteri kena mintak dlm ribu2(kata kelas atasan),,maka banyakla suami2 yg terjun lombong kerana terkejut katak dek keseksian bini yg melampaui batas(dpn suami je x per la),,terjun tingkap sbb jadi pokai,sbb kena byr ribu riban,telan air liur sbb bini yg seksi ni x buat kerja rumah n layan anak2,tak masak,,yelah pelacur kelas atasan mana buat semua tu,kan?kan?anak2 pun terkeluar bijik mata,,n keluar nanah dr hidung sbb mak2 mereka terlalu seksi(Fasha Sanda Dan Rozita Che Wan pun angkat bendera,,undur diri sbb ramai lg yg seksi berbanding depa)

Sbnarnya x timbul isu isteri kena jadikan diri mereka sperti pelacur kelas pertama utk memikat suami mereka. Kalau sebuah keluarga itu dibina atas dasar kekeluargaan Islam, jadilah keluarga tu keluarga bahagia dan x timbul isu suami cari perempuan lain. Kita sbnarnya dah ada guideline agama dan Rasulullah saw sbagai contoh, nape lak isteri kena jadi pelacur klas pertama!
Bukan semua lelaki melanggan pelacur,lebih2 lagi yg kelas pertama,,seks bukan segala-galanya dalam rumah tangga,,walaupun penting,tapi itu bukan faktor utama untuk menjamin kebahagiaan sesebuah keluarga. Apa guna isteri bagi layanan bagai kelas atasan,tapi rumahtangga tunggang langgang,rumah macam tongkang pecah,,baju2 menimbun,x berbasuh,anak2 dn suami tiap hari kelaparan,rumah pun berbau semacam,anak2 cemolot mcm anak x der mak bapak,dan macam2 lagi,,,Bahagia ke?jamin ke suami x carik lain lagi?
Bayangkanlah statistik terbaru menunjukkan masalah perceraian yang dikatakan berlaku setiap 15 minit atau anak luar nikah yang lahir setiap 17 minit.jadi mari sama2 kita fikirkan jalan penyelesaian terbaik,bkn dgn cara penubuhan kelab,kemudian samakan isteri dengan pelacur kelas atasan

p/s:kalau sy pakai baju hitam,,seksi maut,,bling bling,,ada 2,3 urat benang jer,,,agak2 mesti mr suami muntah 5,6 kali,,kemudian benam kepala dlm tandas,,anak2 mesti buat x kenal,,x pun pakat gelak beramai2 dgn bapaknya sekali,,waaaa..kelas atasan...i like?

WANITA CANTIK



Wahai Rasulullah!Adakah wanita di dunia lebih baik atau bidadari?”
Baginda menjawab, “Wanita didunia lebih baik drpd bidadari sbgaimna yg zahir lebih baik drpd yang batin.”Baginda mnjawab, “Dengan solat, puasa dan ibadat mereka kepada Allah, Allah akan memakaikan muka2 mereka dengan cahaya & jasad mereka dgn sutera yg berwarna putih,berpakaian hijau dan berperhiasan kuning..(hingga akhir hadis)” (riwayat al-Tabrani)

wanita yang CANTIK:
-melukis kekuatan melalui masalahnya
-tersenyum di saat tertekan
-tertawa di saat hati sedang menangis
-tabah di saat terhina
-mempersona kerana memaafkan
-mengasihi tanpa meminta belas
-bertambah kuat dalam doa&pengharapan illahi..
-beriman dan bertakwa seikhlas hati

Wanita yang cantik adalah……………………
-Seorang Ibu yang mendidik dan memagari anaknya dengan dengan kasih sayang dan iman percaya pada Tuhan

-Seorang Wanita yang tetap berdiri pada jalan yang benar dan tidak kompromi dengan sesuatu yang dia tahu dapat menyesatkan.

-Seorang Wanita yang mengasihi keluarganya baik suami dan anak-anaknya.

-Seorang Wanita yang memberikan warna positif dalam kehidupan setiap orang.

-Seorang Wanita yang tidak menjual dirinya demi kemewahan.

-Seorang Wanita yang tahu menempatkan dirinya dimanapun dia berada.

-Seorang Wanita yang dapat membezakan mana yg benar dan mana yang salah.

-Seorang wanita yang dapat menginspirasikan semua orang.

Dan terakhir, wanita yang cantik adalah wanita yang dapat menjaga harga dirinya.. ditengah kegelapan dan gemerlapnya dunia ini.”




Wanita yang cantik tidak hanya cantik pada wajah tetapi bijak dan tidak berganjak dari cita-citanya. Biarpun dia terjatuh seribu kali namun dia akan terus bangun dan terus melangkah tanpa menoleh ke belakang.

Wanita yang cantik bergantung kepada kebaikannya bukan kepada kekayaanya. Keperibadian wanita itu amat penting kerana ianya akan melambangkan ketinggian budi pekerti yang kita miliki. Wanita harus menerima semua ujian dan cabaran yang datang kerana semua ini akan meninggikan ketabahan seseorang. Jangan takut menghadapi hidup ini kerana Napoleon Hill pernah berkata :

“Tangga kecemerlangan sebuah pencapaian peribadi yang terunggul di dunia...”

Jadilah wanita yang cantik jiwa, zahir dan batin. Jangan menjadi wanita yang ego dengan kebolehan tanpa memikirkan ada kekurangan yang akan mencacatkan keterampilan kita sebagai wanita yang di segani. Ingat jiwa adalah perasaan dan jagalah perasaan orang lain seperti kita menjaga perasaan sendiri.

-pesanan untuk diri saya sendiri juga



..errrrr..yg ni camner pulak yer...errr,,garu bulu idung sikit

Cabaran ...cabaran..cabaran

Semalam sebenarnya bermula hari untuk membuang lemak2 kat badan,,yg dok lama sengih2,,senyum2 kerana saya telah berbaik hati simpan depa selama ini..Sebelum ni,,beberapa bulan lepas,,masa dok kat Klang,,badan..alahai,,.anak dara pun kalah,,tapi lepas blk Kelantan blk,,,berdezuzzzz,,,naik mendadak,,nak buat mcm mana,,makanan sedap2,,murah2,,dan yg penting kena dgn selera saya..Maka sahabat lama,,iaitu lemak2 tepu,,tak tepu,,semua dtg berduyun2,,menumpang teduh di badanku,,,maka mummy terasa bagai baby elephant..
Maka semalam bermula proses mengempiskan mana2 yg agak tertonjol keseksiannya,,pg2 lagi,,makan oat dgn fresh oren,,,tup2,,kring,,kring...
Customer:Assalamualaikum,,kak engku ada?
Me:Ye saya...
Customer:Kak engku,,sy ni,,emy,,ingat tak?ala yg jadi ejen biskut raya akak thn lepas..
Me:Ye,,ingat,,ada per emy,,sampel biskut x siap lg la sayang
Customer:tak la,,nak tempah nasi dagang dan pulut kuning,serta kuih cara berlauk,untuk cukur jambul anak buah pagi esk(ari ni la)..boleh ke kak,,?
Me:boleh,,akak tak der buat apa pun esok,,mlm baru ada org dtg nak berubat..
Maka bermula seisi diskus2,,mcm customer2 lain sebelum ni...Semalam berjaya mendietkan diri,,walau nafsu terliur tengok mr suami dok makan roti canai kari gearbox dgn anak2,,sdgkan i mkn sup sayur,,waaaaaa..terliur,,dhla roti canai kat situ lembut yg amat,,tambah kari gearboxnya,,,,

Hari ni,,,tempahan dah siap,,customer dh dtg ambik,,tapi saya,,gulpp..telan air liur....jadi...kita pulun sama dia,,makan..makan...esokla start diet blk,,mana boleh tahan,,nasik dagang dgn my peberet pulut kuning,,dok jeling2 mengoda,,senyum2 kambing,,dok kelip2 mata...jadi mana muleh tahan
Maaf la entry melalut jer..jgn mare sy

Moral of the story:nak diet kena kuat semangat,disiplin,,yg penting jgn layan nafsu makan,,,,hu..hu..hu..makan byk2,,lps tu baru menyesal x sudah


jemput makanlah semuanya

Saturday, June 25, 2011

BANG,JOM G JALAN-JALAN


Ni segmen ben lagii,,hari ni x sibuk,,jd sibuk sekaki...tp tu je ker tajuknya,,x pyh wat karangan eh,,,sy suka karangan ni,,mengarang sampai karam,,heee

Bang,jom g jalan-jalan..bang je ke?,,kakak,adik,,ibu bapak,,x payah ker?..Ok la Bang,jom g jalan-jalan..
Bang:Jalan -jalan g mane?
me:Terjun longkang..:P

Friday, June 24, 2011

Wujudkah Hantu?




Perkataan HANTU wujud dari fikiran manusia.Dari perkataan TUHAN,manusia mengubah dengan membalikkan perkataan itu kepada HANTU.Mereka takut kepada TUHAN dimasa yang sama mereka juga takutkan HANTU,padahal pengertian kedua-dua perkataan itu amat jauh berbeza sama sekali.Hantu adalah perkataan pemujaan jin,hantu sebenarnya tidak wujud dan tidak tersebut langsung dalam al quran.Apa yg disebut sebagai hantu itu adalah pemujaan jin.

Memuja jin ini berlaku dalam 3 cara :

1)Memuja melalui perkataan.
-mengatakan sesebuah rumah itu berhantu atau berpuaka.

2)Memuja melalui perbuatan.
-seperti membakar kemenyan,menurun,memakai tangkal/azimat dan melalukan penyembelihan binatang.

3)Memuja melalui iktikad.
-percaya dlm hatinya sesebuah premis itu berhantu dan berpenunggu.Apabila manusia terlalu meyakini dalam hati wujudnya hantu di dalam rumah itu atau sebagainya,maka akan bertambah kuatlah hantu (jin) itu sebenarnya.

Sekiranya manusia melihat gambaran hantu,tiba-tiba datang perasaan takut dalam hatinya,berhati-hatilah.Kerana kepercayaan kepada tahyul adalah khurafat dan boleh membawa kepada hukum syirik.Sebenarnya jin menjelma mengikut apa yang dikhayalkan oleh otak manusia itu,jadilah hantu raya seperti apa yang digambarkan dan manusia itu akan membawa cerita dari mulut kemulut.Begitu juga jenis-jenis hantu lain yg asalnya terbit dari fikiran manusia,padahal yang disebut hantu itu adalah JIN.Toyol pula digambarkan seperti budak kecil supaya senang masuk kerumah untuk mencuri duit dan hantu penanggal/polong dengan tali perut berjurai dan sebagainya.Itu semua adalah imaginasi manusia sendiri,hakikatnya jin tidak berjisim tetapi berjirim,mana boleh jin berwujud dalam bentuk jasad.Kerana sifat jin itu tidak berjisim,ia boleh memasuki tubuh manusia mengikut saluran darahnya.

Kerana itu berlakulah "gangguan" yang menyebabkan manusia tidak tenteram dan bertindak diluar kuasanya disebabkan jin itu mengusai roh dan jasadnya.Mereka yang telah dimasuki jin/sihir atau dirasuki jin ini akan dapat melihat jin secara terus kerana jin akan menjelmakan dirinya dihadapan mata mereka.Sedangkan bagi orang yang kuat iman dan mengabdikan diri kpd ALlah S.W.T tidak akan dapat melihat jin secara terus tetapi dapat merasakan dengan perasaan kehadiran jin itu.

Para pembaca sekalian,jin tidaklah sekuat mana pun,tetapi kerana manusia itu suka mengagung-agungkannya,jadilah jin itu merasa dirinya kuat.

Allah S.W.T berfirman :"Hai jemaah jin dan manusia,jika kamu sanggup menembus (melintasi)penjuru langit dan bumi,maka lintasilah,kamu tidak akan dapat menembusinya melainkan dengan kekuatan" Ar-Rahman 33

RENUNGKANLAH..........
SUMBER:USTAZ HANAFIAH

PETUA UNTUK WANITA YANG TELAH BERKAHWIN SAHAJA


PETUA UNTUK WANITA YANG BERKAHWIN SAHAJA,,DAN KES2 'KHAS'

Ok,,hari ni hari petua yer,,sbb hari ni pagi2 mengurut bakal pengantin,buat mandi bunga untuk dia,lepas tu urut wanita lepas bersalin dan rawat orang gila meroyan,,saya pun ada biul sikit otak,,jadi saya fikir,,baik saya share petua2 arwah nenek saya bersama2 wanita2 lain kat luar sana,,Petua untuk lelaki yg dh kawin pun mekambak,,tapi malas nak entry,,heee,,sbb banyak dalam bentuk senaman,,mana nak carik gambar,,kang lukis kang,,ada yg meroyang tgk lukisan mcm kanak2 tadika tak cukup akal,,,hu..hu..Ye puan2 dan adik kakak,,hari ni hari petua sedunia...

PETUA AGAR KEMBALI GADIS
Ambil secukupnya daun inai, daun pegaga, daun limau purut dan pinang muda. Tumbuk pinang muda dan perahkan airnya bagi mendapatkan airnya yang pekat. Daun pegaga, daun limau dan daun inai juga ditumbuk dan diperah bagi mendapatkan air yg pekat. Jika perlu, campurkan sedikit air. Gunakan kapas yang digulung atau cotton bud untuk mencelup pekatan air ini dan masukkan ke dalam lubang faraj. Rawatan pemulihan ini boleh dilakukan selepas mandi petang setiap hari hingga faraj kembali ketat.

Dilarang menggunakan petua ini untuk tujuan selain berkhidmat kepada suami tercinta kerana Allah

RAHSIA PETUA KHAS UNTUK PARA WANITA(WANITA SAHAJA YER)

PETUA MENGETATKAN ALAT SULIT WANITA
Ni petua dan amalan dari arwah nenek saya,,seorang Tok Bidan Raja...Petua ini selalu saya ajarkan setiap kali mengurut wanita yang lepas bersalin dan ibu2 yang daha lama bersalin(macam i ler,,anak kecik dh 5 tahun),,memang berkesan.

Beli beberapa bungkus buah manjakani(banyak jual kat pasar,,kat mydin,giant,tesco pun ada)..Rebus sebanyak 10 biji buah tersebut bersama 4 gelas air(cuci dulu buah tu yer,,adik kakak),,masak hingga air menjadi warna seperti air teh,,dan air menjadi 2 gelas air(dari 4 gelas tadi,,berkurangan menjadi 2 gelas air),setelah manjakani itu telah lembut..ambil, dan lenyekkan buah tersebut (guna sudu pun boleh,boleh juga gentel kecik2,seperti jamu dan telan,,tapi kena minum air yang banyak la jawabnya sbb manjakani ni boleh buatkan sembelit),,tapis air yang keluar dari buah tersebut(air pekat),,air pekat itu dicampurkan sekali dalam air rebusan tadi,,buang esktrak buah yg telah dilenyekkan tadi.

Bacakan Al-Fatehah sebanyak 33 x dan tiup selama 10 saat pada air tersebut.Minum secawan air tersebut,dimulai dengan Bismillah dan selawat 1x.Niatkan dalam hati.lebihan air rebusan tadi digunakan untuk mencuci alat sulit.
Amalan minum adalah seminggu sekali,,tetapi untuk cucian tempat sulit boleh dibuat setiap hari.
Jika merebus manjakani untuk membuat cucian tempat sulit sahaja..sukatan adalah seperti di atas,,cuma dibacakan Al-Fatehah sekali n Bismillah 11 x pada air rebusan serta niat dalam hati,kemudain hembus,,air cucian boleh disimpan dalam peti ais,,tapi tak boleh melebihi 3 hari(kang ada yg gatal2,,saya tak campur,,jgn dakwa i...)
Insyaallah,,otot2 organ peranakan akan menjadi ketat,,dan suami makin sayang.Satu lagi petua ialah senaman kemutan(banyak pelacur tahu amalan ini dalam usaha menambat palanggan,sedangkan kaedah ini telah nenek moyang kita amalkan sejak zaman dulu kala)..Senaman kemutan adalah seperti kita mengemut semasa menahan diri untuk membuang air besar dan air kecil..Buat senaman ini,,tahan selama 10 saat sebanyak 7 kali atau lebih...Insyaallah meletopsss..Selamat mencuba.

MINYAK KASTURI HARUMAN DARI SYURGA


Sebelum ini,saya jenis yang susah tidur,,pertemuan saya 2 tahun lalu dengan ustaz sebuah sekolah tahfiz di Yala,semasa lawatan ke sekolah pondok,anjuran sebuah persatuan,,membuka mata saya dan memberi pengetahuan pada saya tentang Minyak Kasturi..
Sejak hari itu,,setiap malam,saya akan menyalakan bekas aromaterapi saya yg telah diisikan dengan minyak kasturi hitam @ kuning..kasturi hitam baunya agak kuat berbanding yg kuning,,dan harganya agak mahal,,Walaupun harga minyak kasturi yang asli agak mahal,berbanding minyak aromaterapi biasa,,hasilnya memang menakjubkan,,sehingga saya sentiasa membeli minyak kasturi(yg asli,,awas ada yg tipu,,campur minyak biasa),dalam kuantiti yang banyak...

KHASIAT MINYAK KASTURI

Memberi kekuatan pada roh
Haruman adalah santapan roh, manakala kasturi adalah merupakan sewangi-wangi dan sebaik-baik haruman sebagaimana sabda

Nabi SAW:
“Sebaik-baik wangian adalah minyak kasturi” (Hadis Riwayat Muslim)



- Menenangkan Jiwa
- Mencerdaskan akal dan menyihatkan otak
- Menghilangkan ketakutan dan kebimbangan- Menghilangkan debaran jantung
- Menghilangkan Sesak Nafas
- Melegakan Lelah (Asma)
- Menyedarkan orang yang pengsan
- Memperkuatkan organ luaran tubuh
- Memperkuatkan organ dalaman tubuh
- Menghilangkan rasa gementar
- Menghilangkan sejuk tubuh
- Membuang angin yang berlebihan dalam tubuh
- Menawarkan racun atau bisa-bisa binatang
- Menghilangkan kesakitan sewaktu kencing
- Menjernihkan mata putih pada mata
- Berfungsi memelihara kesihatan secara keseluruhan
- Mencegah wabak penyakit
- Menghindarkan dari angin Ahmar
- Menghilangkan sakit kepala
- Melindungi dari gigitan nyamuk dan lalat(biasa rumah saya banyak serangga n semut,,Alhamdulillah dah tak ada selepas,tiap malam nyalakan aromaterapi guna minyak kasturi)
- Darah gemuruh
- Sesak nafas
- Selsema
- Hysteria
- Menyejukan badan
- Melembutkan kulit
- Urut sakit sendi
- Rawatan luka luar dan dalam
- Sengatan serangga


-Meredhakan Allah SWT, menyukakan para malaikat dan orang-orang soleh, dan sebaliknya dapat mengusirkan syaitan laknatullah dan kuncu-kuncunya.


Menurut Imam Syafie R.A. bahawa antara perkara yang dapat menguatkan badan jasmani ialah dengan mencium bau-bauan yang harum (spt kasturi).

PENGGUNAAN MINYAK WANGI DALAM RAWATAN



Kadang2 ada yang bertanya dan hairan,,kenapa setiap kali saya hendak memulakan rawatan mengurut orang,merawat org 'sakit,dan setiap kali hendak tidur,saya mesti akan pakai minyak wangi..sekarang saya ingin jawab,,jawapannya saya sudah tahu,,dan artikel ini saya dapatkan dari persatuan perawat islam,,untuk mengesahkan lagi bagaimana minyak wangi sebenarnya berfungsi dalam perawatan islam.

Di dalam kitab perubatan Islam berbahasa arab -"al Minhajul Qurani lii’laji as Sihri wal massi as Syaithani” karya Sheikh Usamah Muhammad al Audi, Mesir menyatakan satu teknik perubatan menggunakan teknik penggunaan minyak wangi:

“Kebanyakan jin benci kepada bau yang wangi kerana jin sangat menyukai bau yang busuk. Bau yang busuk sangat ‘menyegarkan’ jiwa dan secocok dengan naluri kejiinnan mereka.

Oleh itu teknik yang amat praktikal ini sangat mujarab untuk semua jenis gangguan terutamanya gangguan jin ‘asyiq’. Jin asyiq adalah jin yang berdamping dengan seseorang kerana jatuh cinta dengan manusia tersebut bahkan ada yang mendakwa telah berkahwin dengan pesakit!

Tekniknya adalah;

1. Pesakit hendaklah sentiasa memakai minyak wangi di kemaluan depan dan belakang sama ada lelaki atau perempuan.
2. Memakai minyak wangi pada semua pakaiannya terutamanya pada waktu tidur. Jangan sekali-kali tidur tanpa memakainya. Apabila hendak membasuh pakain tersebut pakaian yang baru hendaklah dipakaikan minyak wangi dan pakailah pada waktu tidur.
3. Pesakit hendaklah memakai minyak wangi di ‘32’ point di tubuh badannya setiap malam. Point tersebut adalah:

20: Di semua hujung jari tangan dan kakinya. Antara kuku dan kulit.
2: Dua lubang hidung.
2: Dua lubang telinga.
2: Dua kening berdekatan mata.
1: Sekeliling mulut.
2: Dua puting payu dara.
2: Dua kemaluan depan dan belakang. (kubul dan dubur)
1: Lubang pusat.”
(bilangan huruf adalah bilangan titik @ point di mana minyak harus disapu)
Jika anda perhatikan semua point tersebut adalah rongga-rongga yang terdapat di tubuh badan kita. Inilah tempat masuk dan keluar makhluk jin ke dalam tubuh manusia.

Sekiranya jin ingin mendekati maka ia akan menjauhkan diri kerana bau wangi. Sekiranya ia telah ada di dalam tubuh badan, insya Allah ia akan keluar kerana tidak tahan dengan aura aroma bau wangi tersebut….

Adapun minyak wangi terbaik untuk tujuan ini adalah ‘Rose Dimasyq’ dan ‘Kasturi Hitam’. Lebih-lebih lagi kalau diruqyah / dijampi
Nota tambahan:bagi orang Kelantan,minyak wangi tersebut banyak di jual di Jaafaar Rawas,sesetengah kedai yang menjual alatan ibadah. Minyak kasturi adalah minyak yang terhasil dari kijang jantan.
Di dalam dunia ini, hanya terdapat lima jenis haiwan yang menghasilkan kasturi iaitu kijang jantan, lembu, musang, kura-kura dan tikus. Paling popular adalah kasturi kijang jantan yang hidup di pergunungan Himalaya.


Kasturi diangkat sebagai penawar ajaib di kalangan masyarakat konvensional di Nepal, Pakistan, Siberia dan Mongolia.

Aktiviti Kelab:KSRS : TEKA TEKI

Ibu2 jom jawab teka-teki Pun Bee kita yer,,dok diam2 meh jawab,,,,,,


Soalan :

1- Ahli mana yang tinggal Di doha ?
Puan lelord kita ni....url dia http://lelord-mamanajlaa.blogspot.com

2-Ahli mana yang berkerja sebagai pembuat bakery ?
K.pah ahli mesyurat tingkap....http://effa-k-poh.blogspot.com

3-Gambar sebelah dari gambar blog mana ?
Aiiiii..pening x jumpa jawapan la,,puas godek22..salah jawpan ni kot..puan bee
punya la kot..http://honeyvsbee.blogspot.com

4-Siapa yang mempunyai anak kembar lelaki ?
Izan Ishak http://diariummi.blogspot.com

5-Peserta bernama Haslina , Telah berkahwin berapa tahun ?
Ni soalan paling senang di duania,,kompem betull,,saya la tuh,,kahwin dh 10 tahun dah...kawin umur 23 thn..heee http://rumahpusakaku.blogspot.com

OK dah dapat ? beri jawapan dengan URL blog nya sekali tau ..

sekian

Thursday, June 23, 2011

AMPUN MR PERAGUT........


Pagi2 buta,,pergi RHB Islamic Bank sbb buku cek dah habis,,request yg lain,sambil2 ambik duit 2,3 sen yg ada,nak kena beli barang buat pulut kuning yg orang tempah. Masa tu kereta parking kat Mydin belakang bank tu..baru pkl 9.45 pagi,Mydin tak bukak pun lagi,,jadi jalan tak jem..Sebab jalan tak jem lagi,,sy keluar dari bank, jalan lenggang-lenggang kangkung,kangkung tepi perigi. Baik punyer jalan,rasa macam ada orang perati jer,,hati pun tak berapa sedap,,kalau yg perhati sy tu muka ala2 Aaron Aziz ke,,rasa perasan perasaan la jugak,,ni muka cam mat gian,muka rumah terbengkalai,,penuh semak samun...

Tiba-tiba,,bunyi motor dari belakang,,dua ekoq atas motor,,yg belakang tu tarik beg saya.Alhamdulillah saya jenis tak cepat panik..mula2 nak menjerit,tapi tak jadi sebabb darah dah mendidih tahap maksimum,,sy kalau dh terlalu marah,,peel macam orang masuk hantu..
Sy punyer geram sgt,,ambik batu tungku dalam kereta(yg sy guna masa pergi urut org bersalin),,saya kejar peragut tu sambil baca ayat kunci kaki,yg arwah datuk saya ajar,,Ayat ni untuk kunci kaki org yang niat tak baik dari lari,,contohnya kunci kaki/motor mat gian muka rumah terbengkalai..Lari dah x ingat dunia,,lupa nak lari ala2 gaya model seksi gitu..Nampak motor dia slow,,saya baca Bismillah,baling kat tayar belakang motor tu...
Bussshhhhh,,jatuh terkangkang mamat peragut yang dok belakang tu...yang kat depan dah lari,,tapi kena kepung dgn org2 yg tgh minum pagi kat gerai2 berhampiran....
saya segera ambik beg saya,,,Padan muka kau,,beg aku dah la baru beli,mahal weh..kalau local ambikla,,ishhh,,tak boleh jgk,,tak bolehhh....
Ramai yang dtg puji2 saya.berani....kembang idung mak,,lalat 3 ekor dok skodeng nak masuk..huaaaaaa...bangga..
Tiba-tiba..
Dushhhh..ala kenapa la laki aku ni lasak sgt tido,,kaki naik atas kepala aku...kacau la..nak mimpi syok pun tak boleh..kang tolak jatuh katil baru tau,,,ganggu jer,,i baru jer rasa macam selebriti,,kena puji2,,rasa mcm wonder women yg seksi tu,,Ganggu betul la....pergi cek beg baru i yg rega beratus2 tu,,biasa beli yang rega 4,5 sen jer,,,ahhh selamat,,beg kesayangan masih ada..dok tersengihh dalam almari....Esk memang nak gi abk buku cek,,,kena bawak batu tungku sekali,,atau sekali jenis batu untuk jurus menghancurkan peragut muka rumah terbengkalai..

p/s:jgn mare..mimpi betul,,entry org x dek idea..nk pg sambung tido,,kot2 mimpi jadi catwomen ker,,blh pakai baju getah kaler hitam tu,,seksi berr..alam realiti tak bole pakai,,malu nak tayang lemak2 yg dok bersenang-lenang menari2 kat badan...hmmm dok pikir ni,,,kang ada kaki naik atas kepala lagi,,kang aku ikat kaki laki aku ni,,derhaka pada suami pulak..hmmmmmm..lasak mcm kanak colgate..apa nak buat dah nasib badan...laki aku jugak,bukan laki org lain,,kalau laki org lain,,aku bakor jer,heeeee :)


Hmmm..i'm not talking about this catwomen..burrrrrr

KONGSI TRAFIK DAN TUKAR LINK


Segmen di Bangku Kosong: Kongsi Trafik Dan Tukar Link
oleh hh @ hasrul hassan

Segmen ni mudah jer,,Jadi menyibukkan diri di saat akhir untuk join sekali,,bukan apa,nak tambah kenalan di alam maya ni..sebenarnya baru dalm bulan ni baru betul2 serius berblogging,,sebelum ni,,suka suki,,entry pun x der,,button follower pun x letak..
Sape nak join,sempat lgi,,tutup 12 tghhari 24 jun 2011...
Kenapa sy jadi follower,,sbb sy silent reader,,tp asyik x follow,,,jadik follow la,,boleh x jawab mcm tu atau nak kena jawab mcm artis yg ditanya soalan peribadi dan jawapannya "No komennnn."

Perhatian:Pada geng2 Kelab Suri Rumah Sedunia(KSRS)

Andai ada yang saya tak terfollow atau tak pergi tinggal jejak kat 'rumah' anda,,atau yang sy tak berkenalan lagi,,bagitau yer,,,he,,he,,he...Tak de aktiviti baru ker lani?..Madam President...

TRANSFORMASIKAN DIRI KITA (1)...JOM..ADA BERANI

yang telah berlalu mustahil untuk kita putarkan kembali

Jom transformasikan diri kita(kasi tukarla bagi sikit eloks)..ingatan dan note utk diri saya sekali..seperti kata2 ini..."Setiap detik,hari,minggu,bulan,tahun yang telah berlalu mustahil untuk kita putarkan kembali..Pandanglah hari depan dgn sejuta keazaman dan harapan"..Sbb saya tak pandai nak cerita pasal naikkan trafik blog,sbb trafik saya pun kureng,,sbb jarang2 buat entry,,jadi sy entrykan list2 ni,,sekadar panduan utk diri semua dan diri saya jugak.

1)ANDA CANTIK!(pompuan lah,,yg lelaki jgn perasan cantik pulak,,perasan hensem ke segak ker,macho ker tak pe)

-Penting untuk berfikir secara positif dengan mengatakan diri anda cantik,hensem,segak,macho,jelita,cun...kerana kecantikan itu adalah subjektif...ubah tanggapan yg buruk tentang diri kita..bukan untuk kebaikan org lain,tapi diri kita sendiri..tak salah puji diri sendiri..tak kena bayar pun

2)Tampil kemas dan bergaya..Ini penting untuk membuatkan anda merasa yakin pada diri sendiri. Dan membina keyakinan org lain terhadap anda.Kemas dan bergaya tidak bermakna anda perlu memakai pakaian mahal @fesyen tak ingat dunia..kemas dalam eri kata sebenar,,tidak serabai,selekeh..dan smelly.

3)Lebih banyak bergaul dgn orang2 yang bersikap positif dan berpemikiran positif

4)Jangan ungkit @ kenang kembali kesalahan @ ketelanjuran yg lepas.Perbaiki diri dan muhasabah diri.Jadikan kenangan lalu pengajaran yg bermakna.

5)Banyakkan senyum..Jangan pulak duk sorang2 pun senyum sendiri..nanti orang lain pulak yang lari sbb ingat anda ting tong.

6)Usahakan agar 'rohani' anda cantik.Bimbingan rohani penting kerana ia mempengaruhi pemikiran dan digambarkan melalui tindakan.Pendek kata rajin2 la solat.

7)Anda mahu dilihat sebagai orang yang ber'wibawa'. Jangan takut tonjolkan kebolehan diri agar dapat membentuk 'branding' diri anda. Bukan barang je kena ada brand,,kita pun kena ada 'brand' barulah tertonjol kebolehan diri.

8)Jika selama ini sembahyang tak pernah cukup waktu,,cukup2kanlah..Sembahyang dan membaca Al-Quran adalah terapi terbaik untuk umat manusia. Jika selama ini sembahyang anda hanya 5 waktu,,apa kata kita tambahkan lagi,,sembahyang2 yang sunat,amalan2 yang sunat...tak ada masa...di mana ada kemahuan di situ ada jalan...

9)Murah dengan belaian kasih sayang kerana pengasih dan penyayang adalah sifat Allah. Jika kita mengasihani orang lain,orang lain juga tidak akan lokek dengan kasih sayangnya.Jika kita menghormati orang lain,orang akan hormat pada kita...

10)Buangkan sifat dengki mendengki,,jeles menjeles,cemburu dgn kejayaan orang lain..Jadikan kejayaan orang lain motivasi serta pembakar semangat untuk anda menjadi lebih berjaya...

11) Jangan pendam masalah.Itu bukan jalan penyelesaian.Jangan lari dari masalah. Berdepan dan cuba selesaikan,anda akan merasa lega..Ingat pada Allah dan berdoa,,Insyaallah,,ada jalannya(mcm lagu Maher Zain la pulokss).

12)Jaga kebersihan diri,,,jangan bagi badan kita berbau,nanti ada yang lari...kalau jarang2 mandi,,mandi le,,x salah mandi agar kebersihan dapat dijaga,,badan kita pun terasa segar sentiasa.Pakai wangi-wangian yg sesuai dengan angin kita,,jangan sembur wangi2 tapi kepala pulak yang sakit,,,nanti kita belajar part ni lain kali..

13)Sentiasa belajar mempertingkatkan pengetahuan..walau pun anda seorang suri rumah..atau sedang tanam anggur,,selalulah tambah pengetahuan..Sekiranya anda suka menjahit,memasak,bercucuk tanam,dan sebagainya,,lakukan lah,,anda juga dapat menjana pendapatan dari pengetahuan itu...Contoh saya sendiri,,kerana sgt suka makan dan memasak,,akhirnya saya ada syarikat ketering sendiri,,walau small-small,ciput2, tidak gah dan tersohor,,tapi saya ttp puas hati,,Jangan sia-siakan pengetahuan dan kemahiran yang kita ada.

14)Berfikiran terbuka,terimalah nasihat orang lain dgn terbuka,boleh tegur menegur,,,saling ingat-mengingati.

15)Tetapkanlah matlamat diri kita,selepas kita benar2 jelas dgn apa yang kita inginkan,,samada dalam kerjaya,percintaan,keluarga,kewangan,agama dan sebagainya.

16)Capai cita2 tanpa had..Usaha,,kemudian tawakkal dan berdoa pada yang ESA.

17)Lebih banyak simpan idea dan tak berani meluahkan kerana takut dikeji dan ditertawakan,,Rugi woo.Catat idea anda,,,jangan simpan jadi pekasam,bukan boleh makan pun,,ramai yg berjaya,,ditertawa kala memberi idea mereka,,tapi mereka akhirnya berjaya,,yg ketawa,,diam seribu bahasa.

18)Duit tak boleh dibawa mati..Hulurkan bantuan dan sedekah secara material atau kudrat,,,Tindakan ini akan mengembangkan aura kasih sayang.

19)Sentiasa bersyukur dengan apa yang anda ada.

20)Hargai diri kita sendiri dan mereka2 yang berada disekitar kita...

BERSAMBUNG....

SEGMEN:TERINGIN NAK HACK BLOG ORANG


AKU TERINGIN NAK HACK BLOG

SAYA TERINGIN SGT NAK HACK REDMUMMY TU...pasaiii blog dia ada kelas..ala2 diva gitu,,paling teringin nak hack sbb dgn blog dia,,dia dpt duit berkebukkkk...hu..huu..jeles...x per..i like diva2 punyer blog..pesanan?-wanita bolehhhh..

Wednesday, June 22, 2011

.....MAKA RAMAILAH YANG NAK KAWIN 2,3,4


Dalam Harian Metro,edisi timur hari ini...KERAJAAN KELANTAN SEDIA BAGI INSENTIF KEPADA SUAMI BERPOLIGAMI.

Cadangan untuk bagi insentif ni sebenarnya cadangan dan usul masa persidangan DUN,dan penyokongnya ramai...Maka bertambah ramai lah lelaki2 Kelantan yg bercita2 untuk memasang bini kedua,ketiga dan ke empat..Hisssh,,,saya sebenarnya tak berapa setuju dgn cadangan tu,,macam nak menggalakkan lelaki berpoligami..Poligami tak salah...tapi menjadi salah sebab yang berpoligami itu sendiri sebenarnya tak mampu zahir,batin juga tak mampu berlaku adil...Ada banyak kes lelaki yang kawin 2,3 tapi isteri2 yang kena tanggung si suami,,tanggung perbelanjaan isi rumah,,sementara si suami sedang rancak nak tambah lagi bini ke 3.

Kenapa nak bagi insentif pada lelaki yang nak berpoligami..Dah sah2 yang nak berpoligami tu kena ada kemampuan,duit pun banyak la kan?.Baik lah bagi insentif tu pada rakyat2 kelantan yng melambak-lambak lagi tak cukup makan,,kdg2 mmg tak makan.
Tadi masa baca paper,,suami sy sengih2...."Aiii,,ada hati jugak ker?.Awk tu org Perak,,dok Kelantan x sampai 3 thn pun,,jgn nak perasan la."

"Eh lelaki boleh kawin sampai 4 tau."
"Yang boleh kawin tu,,mampu zahir,batin,mampu berlaku adil,,,Ni ramai yang kawin sbb nafsu je,,yang merana isteri2,dan anak2...Lelaki ni rambang mata je,padahal nafkah batin pada bini pun semput,nak bagi duit seratus dua kat bini beli barang dapur pun berkira."
Sambung saya lagi "Nabi kawin ramai untuk tolong wanita2,,kawin dgn janda,,yg mati suami,,yang anak ramai..tp lelaki skrg nk ikut sunnah nabi tp carik anak dara,,sembahyang pun kdg2,,sunnah Nabi sgt la.Lagipun kalau mampu kawin ramai,,nak insentif buat apa lg..nak galakkan yg tak mampu pun kawin jgk,,boleh seksa nak bini yg mmg tak cukup makan pun selama ni"

Suami sy senyum..."Amboi,,panjangnye komen,,,awk jadi calon politik la,,sesuai sgt."

"Sayang oi,,sy bkn ckp psl politik,,tapi geram,bila yg x mampu pun ada hati nak kawin ramai,,lps tu abai anak bini,,blh dpt insentif pulak,,Kalau bg insentif pada ibu2 tunggal ke,,anak2 yatim,org2 miskin ke,suami2,bapa2 contoh ke,,tak pe sikit."

Suami sy gelak jer..."Aiii,,sy ni nak layan kerenah dan ceramah awk pun penat,,nak jaga awk sorang pun letih,,kalau kawin 2,,biul la sy."
"Eleh ckp jer la...awk nk kawin 2,,sy bagi,,dgn syarat,,bg sy rumah harga 1/2 juta,,kereta harga suku juta,,atas nama sya semua tu,,dan bg sy elaun 5,6 ribu sebulan,,kawin la,,smpai 4 pun,,sy tak kisah..he..he..he..boleh?."

"Tu bukan bg kawin,,tu suruh sy terjun lombong,"suami sy gelak2 lagi...

TAU TAK PE.....
Begitu la serba sikit efek berita hari ni,,sy yakin ramai yg tak setuju,sbb mcm sy ckp tadi,,yg nak kawin 2,3 tu mestila berkemampuan,,duit mesti ada,,jd buat apa nk bg insentif lagi,,mcm nak galakkan yg tak mampu pun tambah bini 2,3.Terseksa anak bini yang mmg x pernah cukup makan.
Ada suara yang cakap,,ala tak de apa la,,cuma nak pilihanraya,nak pancing pengundi,,,mmm,,,sy tak rasa mcm tu,sbb mereka akan hilang ramai pengundi wanita,,,,jd fikir2kan lah.. Saya tak minat dengan politik,,pendapat sy pun bukan sbb politik,cuma pendapat seorang wanita yang mengetahui perkembangan semasa,betapa poligami kdg2 menganiayai wanita,bila lelaki yang berpoligami tak layak berpoligami,tapi ada hati nak kawin 2,3,4..tak mampu berlaku adil,sampai anak2,bini2 terabai,keluarga tunggang langgang.Institusi kekeluargaan hancur.

Kalau betul2 ikut sunnah nabi,kawinlah untuk selamatkan dan jaga wanita seperti ibu tunggal yang ramai anak,miskin,yang andartu ke,dan lelaki itu pula berkemampuan zahir dan btin,juga mampu berlaku adil...Poligami tak salah,,yang salah ialah orang2 yg berpoligami tapi tak faham konsep poligami yang sebenarnya.....

P/S:ini cuma pendapat peribadi,,bkn burukkakn org atau sebagainya...pendapat seorang rakyat

Tuesday, June 21, 2011

SIAPA GILA????

Pagi tadi,lps hantar anak2 pergi sek,trus pergi rumah kawan,,yg ajak pergi jenguk kakaknya kat hospital. Kakak dia ni penyakit gila meroyan,,dh dkt 3 tahun x sembuh2,jadi terpaksa masuk wad untuk orang sakit jiwa. Sampai jer kat sana,lps buat 2,3 urusan yg patut,kawan sy suruh tunggu sekejap sbb nak pergi jumpa doktor...Masa syok2 termenung tunggu kawan tiba2 ada makcik patient kat wad tu panggil..Makcik tu tersengih kat pagar wad tu....Dia lambai2 ala2 Ucop Wilcha k.limah balik rumah panggil sy datang dekat..

Mula2 tgk nampak macam org normal jer,,,cuma dia pakai baju patient jer...
"Adik tunggu sape,,,duk termenung sorang2,"baik punya tanya..
Aku yang mmg penyengih orgnya cakap "Tunggu kawan,dia jumpa doktor jap."
"Oooo,,,." Mak cik ni betul2 mcm orang normal

Tiba-tiba:
"Cantik baju adik,beli kat mana?,"Makcik tu tanya.
"Beli kat kedai ler,"aku layan jer
"Mahal x?"
"Tak la.murah jer," jawab aku lagi.
"Eh,tudung pun cantik,beli kat mana."
Aku layan lagi.."Beli kat kedai ler."

"OOO,,semua beli kat kedai,,pree tak der ker,?"sambil sengih2,mak cik tu tanya lagi..
"Ui,,semua kena beli,makcik."
"Ala,jgn panggil mak cik,panggil datin la.baru kelas..he..he..he."
Sambung dia lagi "Selipar pun cantik,mahal tak?,"
"Murah jer,,,2,3 sen jer," Syok jugak layan orang tak berapa betul otak ni..
"Hmmmm,,tangan pun cantik,,mahal tak?."
(dalam hati)"AAH,sudah."
Tapi layan lagi "Mahal la sikit tangan sy ni RM 12 sekilo."
"OOO,,macam rega daging kat pasar yer,"selamba rock je makcik ni samakan dgn daging kat pasar ...

"Cantik mata,,siap ader kaler2,kat atas mata,beli kat mana mata dgn kaler tu?."
"OOOO,mata ni sy beli kat Tesco semalam,,singgit sebelah,kaler ni pun pakej,,beli mata dpt kaler," Dalam hati..aku pun dah sewel jugak..

Makcik tu gelak lagi.."Nama saper yer?."
"Panggil saya Lina,tp kalo datin nak panggil siti nurhaliza ker,,maya karin ker,boleh jgk,"baik punya aku layan dia..

Dia geleng2 kepala"Kesian adik yer,,pakai baju cantik2,,,tapi gila rupe nya,,,kesian..kesiann..muda2 lagi dah gila,"bebel mak cik ni sambil gelak2

Aikkk,,aku pulok yang kena...!!!!
Kawan yg datang dr belakang tanya,,"Ni sape yg gila..kau ke mak cik tu,?"baik punya dia gelak...
Aku "GULP,AKU JUGAK YANG KENE."

Moral of the story:waras-waraskan diri anda...jangan layan orang yg ting tong,,walau anda sedang bosan,,jika x,anda jgk akan jadi ting tong

Monday, June 20, 2011

Amboi,,,,lasernya


Pagi2 hari pergi jalan2 kat pasar,,dlm plan,,lepas pg pasar nak jugak pergi kedai barang2 kek,,,ye la dah ramai mintak sampel biskut tapi sy tak buat pun lagi,,rasa macam sikit malas pun ada..dh namanya pergi pasar,,baju pun pakai yg standard biasa2 aje la,,jeans and t-shirt,,lagipun,,lps balik nanti,terus masak untuk org yg dh order kuih talam nestum.....Hari ni askar2 n perajurit yg 3 org tu sekolah,,jadi mummy senang-lenang la nak pilih sayur mayur lama2 sikit..

Jalan punya jalan,aisey terjumpa kawan lama masa sama2 study kat sekolah menengah dulu..dia ni mmg terkenal dgn laser tak cukup tanah punyer orang,,tp kita kan kena jadi baik hati,,kawan je dengan semua org....
Maka terjadi la,,kes2 laser melaser,,dr org yg rasa diri dah cukup tinggi,,walau ketinggiannya ketinggalan....

"Eeee,,ni Lina yer,,lamanya x jumpa,"

Aku sengih,,,menunjukkan gigi2 ku macam iklan gigi la

"A,,ye la..Lina la ni,,ni A..,yer,,mmg lama sgt x jumpa"

"E,eh kau keje apa skrg yer?,"tanya si dia ni la,,dalam proses utk memulakan kelaserannya lah tu.

"Aku mcm ni jer,,keje biasa,ader la niaga ciput2 jer,dpt ler sesen dua,"sambil mendepangkan tangan,sbnrnya nak menunjukkan diriku kurang 3 saiz dr dia...ha..ha..ha(jahat mulut aku ni)

"Eh,eh,,siannya kat kau ni yer,,dulu hebat kat sekolah,,geng2 org2 glamer,,dgr ckp lps dpt degree,jau sambung Master kt UPM,tp mcm ni jer jdnya,"sambil pandang aku atas bawah.

Aku sengih lg,,mmg ciri2 model iklan gigi(tp time tunjuk gigi yang rosak).

"Tu la,lps abih belajar,cepat2 kau kawin,x sempat bina kerjaya agaknya,,tengok aku skrg kerja dgn kerajaan,senang hidup aku,,suami pun cikgu,byk masa utk anak2,duit pun ada,"Uissss,,dia punya angkat diri pakai bulldozer la.
"Niaga mcm kau ni,berapa sen jer la dpt duit,,ada degree,,ade master,,tu pun kalau kau pas la,,pergila mintak kerja elok2," kelaseran mulutnya yg confirm beli insurans murah tu meluahkan kata2.

"Tak per la,dh rezeki aku mcm ni,,aku pun x suka kerja bwh org,,nak kerja sendiri je,"aku yg baik hati,mengcoverkan diri...

Dalam hati,,,rasa panas jer,,tp sabar jer la.

"Aku nasihat jer,,kesian tgk kau ni,,kita kan kawan,lagipun kalau setakat niaga macam ni,x payah belajar tinggi2 la,,setakat org PMR pun boleh buat,,buat abis masa n duit pun pg belajar"tak puas hati lagi dia melaserkan aku.

Aku..sabar jer la..malas nak layan orang macam tu la..tapi aku jawab jgk"Tak per,,aku x habiskan masa n duit kau,kan?"sambil aku tinggalkan dia dok terconggak kat situ.

Geram jer nak bagitahu,,walau aku niaga bodo2 n tak kerja kerajaan,gaji aku 4,5 ganda gaji kau sebulan,,,yg penting walau aku dh 33 thn,,aku ttp maintain awet mudosss(Yakkk,,,angkat diri sendiri jgk),,,,aku buat benda yg aku suka,kerja yang halal,ramai kawan2 n kenalan baru setiap hari...aku gembira dgn apa yg aku buat...

Time nak balik tu,,tiba2 dia datang lagi"Kau nak balik ker,,tumpang kereta la,,sampai Kubang Kerian jer,,suami aku x datang2."

"Kereta kau mana,"aku cakap elok2 jer,,walau rs cuak masih menebal.

Dia sengih mcm kerang yg dah siap masak,tinggal nk cicah dgn sos jer"Memang kereta aku,tapi aku tak pandai bawak kereta."
Dalam hati aku "Alosla."

Sampai kat kereta,dia terkejut,,"Eh eh,,niaga macam kau pun boleh pakai kereta macam ni ker?."

Aku terus mengcoverkan diri"Tak ler,,kereta pinjam." Malas nak layan

"Sape yer baik hati bagi kau pinjam kereta ni,bodohnya,,nanti accident ker,,calar ker,,mcm mana kau nak bayar?Mcm ni,aku pun nak pinjam jgkla."
Aiii,,td kata tak der lesen,,compiusss.Lagipun kalau accident ker,calar ker,,aku la org bodoh tu,,,geram jer,,rasa nak picit2 buat sandwich la org ni,,tp nnti x sedap dimakan

Manusia..manusia..pasal orang lain pun dia nak sibuk,,kalau org dah di atas,dia dengki,,bila kita mengaku x der duit n pakai baju simple2 jer,,dia jek dan pandang rendah pada kita.Dikutuk2 sesedap rasa.Rasa hati dia je la.


Khas untuk kawanku itu,,jgn tengok org sebelah mata saja,,mungkin kamu dh rasa bangga sgt sbb kerja gomen,,tp saya tak minat pun,walau mak bapak,sy kerja gomen. Saya bahagia dn gembira dgn apa yg saya lakukan,,jgn singkat sgt pemikiran,,jgn ingat org yg niaga bodo2 mcm sy ni tak der sen sgt....Tengok peniaga2 kat pasar malam,,tgk bawak van buruk jer,,tp sebulan dpt sampai berbelas ribu..haaaa,,x per,mungkin tinggi lagi gaji kerja gomen kot...

Orang paling kaya di dunia dan Malaysia tu kerja gomen ker?.Bukankah 9 dari sepuluh sumber rezeki itu datang dari perniagaan....Orang kata nak kaya,,niagalah(walau aku x kaya2 pun,,)yang penting,saya bahagia dgn cara sy,,sy tak perlu nak kutuk org @ pndang rendah pad org lain.

Ceita saya ni bukan nak bangga diri @ nak hina sesiapa,,tapi sekadar nak luahkan perasaan pd org melayu kita yg selalu pandang rendah pada org yg berniaga. Pada mereka,sesiapa yg berniaga,ada office besar,,pakai baju korporat,ada kereta besar n semua besar2 belaka itulah barulah peniaga,baru orang yang berjaya.
Pada zaman serba moden ni,masih ada yang ingat perniagaan tu pekerjaan yg x menguntungkan,sedangkan bangsa lain sudah jauh ke depan. Ekonomi mereka jauh lebih kencang. Sepatutnya kita sesama bangsa ni,sokong satu sama lain,bukan nak menghina dan mencerca..Dannnn hari itu adalah hari senyum sedunia buat saya,,sbb apa pun yg org cakap..sy senyum sampai ke telinga(penting tu,,petua awet mudossss)

Sejuk hati tgk baby baru ni....

Selamat hari Bapa

Wah,terlewat entry la..x per la..layan la jugak,,Selamat hari bapa buat semua bapa2,ayah2,papa2,daddy2,appa,walid,babah dll lagi lah...walau entry terlewat,,,post jgk,maklumla,sy bukan blogger tegar @sepenuh masa..Apapun selamat hari bapa buat suami tersayang,Shah Amir Nizam,,mummy,kakak,abang dan adik sayang Papa.

hidangan wajib setiap kali ada event walau kecil-kecilan pun

CUPCAKES UNTUK PAPA

Kita makn dulu,,,aiii,,,mcm2 nak makan,layanla,,sementara mummy x sibuk ni

x smpat snap org2 yg tgh makan,,memory card camera buat hal..apa pun Selamat Hari Bapa buat Papa,,bapa mertuaku Pak Man Taring,,buat arwah ayah...Al-Fatihah