Monday, June 13, 2011

Sakinah,kakak sayang kamu

Satu lagi peristiwa yg masih meninggalkan kesan pd sy hingga sekarang,adalah peristiwa pada 25 Mac tahun 2001. Saya perlu menemubual Pengarah Rumah Kenangan(rumah org2 tua). Selepas proses temuramah,sy dibawa berjalan ke kawasan sekitar Rumah Kenangan smbil beramah mesra dgn org2 tua kat situ(rs mcm Menteri pulak,layan punya baik,yela kang masuk paper,x psl2 ada yg kena turun pangkat,,he,,he).
Lps dah round2 sekeliling,kecoh seketika psl ada seorang warga emas tengah tenat. Bila dh selesai,,sy saja round2 nk tengok2 jer. Sy ternampak 5 orang kanak2 perempuan. Dalam hati sy tertanya2 apa yg kanak2 tu buat dlm rumah org tua. Sy mcm biasa,guna ayat psikologi menemubual,cuba try,test,,kot2 dpt tahu knp mereka ada kt situ.
Dah beramah mesra n beramah tamah,sy cuba bertanya “Dik,sapa 4 org budak ni lagi,adik beradik ke?”
Budak berusia 9 tahun tu senyum jer,sejuk hati tgk mukanya yg polos n tenang.
“A ah,ni adik sy tina,umur 7 thn,Mimie,5 tahun,Nana 4 tahun, dan Fifi 3 tahun.”
“Kalau kakak tanya,jangan marah yer,kenapa dok sini,x dok rumah kebajikan masyarakat, yg lain,rumah anak yatim ker?”
Budak tu senyum lagi dgn lurus dan jujur,dia jawab “Mereka hantar kami kat sini sbb tgh sembunyi,ayah rogol kami kecuali fifi je yg x kena,x sempat kena,mak smpat dpt tahu,mula2 dia buat sy lps tu adik2 pulak.”
Terkedu dan terkelu sy seketika. “Ayah betul ke?,atau ayah tiri?.”
“Ayah betul.”
“Mak mana?”
“Mak masuk sepital,mak jadi gila,”merah mata kanak2 tesebut. “Ayah x sempat polis tangkap,ayah lari,ayah kata nk bunuh kami kalau dia kena masuk penjara.”
Air mata sy menitis,sy betul2 x terduga begitu hebat dugaan n cabaran yg terpaksa dilalui oleh kanak2 tersebut. Hati sy betul2 tersentuh,kdg2 sy selalu fikir,sy ni bnyak masalah,bnyk dugaan yg terpaksa sy lalui. Sebenarnya kat luar sana,ramai lagi yg malang dan begitu hebat dugaan dalam hidup.
“Kakak,adik sy sakit,doctor kata kena sakit siflis,siflis tu aper kak?.”
Saya peluk kanak2 tu seeratnya,sy x terkata2,air mata sy mengalir laju. “Ya Allah,begitu hebatnya dugaanmu,tabahkan n kuatkanlah hati mereka.
Ketika sy pulang,wajah kanak2 5 org tu bermain2 dlm fikiran sy. Kerana kekangan kerja,sibuk kejar deadline,lps 2 bulan baru sy pergi lawat kanak2 tesebut. Terkejut n menangis sy bila pekerja sana bagitahu,kanak2 yg berusia 9 tahun n 7 tahun tu dah meninggal kerana siflis,yg dijangkiti oleh ayahnya. Mak mereka dh ditempatkan di wad sakit jiwa n 3 org lagi kanak2 dh di tempatkan di rumah anak yatim. Polis dh jumpa ayah kanak2 tersebut,tapi dh meninggal sbb minum cuka getah.
Bila manusia mengikut hasutan syaitan,org yg x berdosa menjadi mangsa. Pengalaman tersebut betul2 meninggal kesan pada sy lebih2 pd kata2 kanak2 tersebut “Kakak,mungkin kita x jumpa lagi,tp sy syg kakak. Kakak baik mesti Allah sayang,kakak jgn lupa sy yer.”
Sakinah,kakak sayang kamu. Moga kamu tenang di sana. Airmata sy menitis lagi,mengingatkan dia, Setiap kali sy terpandang KFC,sy teringatkan janji nak bawakan KFC pd dia dan adik2nya.

No comments:

Post a Comment