Thursday, June 9, 2011

CERPEN 1: KERANA CINTA AISHAH(BAHAGIAN 1)



Aishah memandang suaminya dengan perasaan sayu. Sedih benar hatinya Jiwanya benar-benar tertekan. Masuk kali ini, sudah 4 kali ,anak yang dikandung hilang dalam kandungannya. Apabila kandungannya masuk usia 7 bulan,Aishah akan bermimpi kewujudan makhluk besar, berbulu tebal dan badan kehitaman. Di dalam mimpi tersebut,dia nampak dengan jelas,makhluk tesebut menyambut kelahiran anaknya dan meratah janin itu hidup-hidup. Sebaik dia sedar dari mimpi,anak dalam kandungannya hilang. Perutnya kempis sama seperti wanita yang tidak pernah mengandung. Doktor sendiri tidak mampu menjelaskan apa sebenarnya yang terjadi. Dulu ada doktor yang mangatakan Aishah berhalusinasi,tetapi apabila Aishah menunjukkan kad merah,kad untuk ibu-ibu mengandung,temasuk hasil scan,memang terbukti Aishah memang mengandung.
Husni,suaminya sudah tertidur. Letih benar suaminya itu. Suami yang sangat dicintai. Berkenalan sejak zaman universiti lagi,siapa yang tidak kenal Husni,mahasiswa berkaliber,kapten bola sepak universiti dan macam-macam lagi. Sedangkan dia cuma seorang gadis yang meminati Husni dari jauh. Wan bedah,ibu mertuanya mendesak lagi petang tadi,mendesak Husni dan Aishah pergi berubat.

“Tak elokla Umi,syirik semua tu,apa yang terjadi dah ketentuan Allah”Husni bersuara lembut.

“Ala,bukan kita nak pergi jumpa Bomoh yang mengarut,kita pergi jumpa Ustaz-Ustaz je”Wan Bedah berusaha memujuk. “Lagipun,ni dah masuk kali ke 4, bukan kali pertama atau kedua,mana tahu kot-kot kamu suami isteri kena sihir ke,hati manusia ni kita tak boleh baca”.
Husni mengeluh panjang. Cakap Uminya itu ada benarnya. Kadang-kadang dia sendiri rasa fobia setiap kali Aishah mengandung.

“Mana la tahu kot-kot,bini kau tu ada saka ke,lagipun dia tu cantik lain macam,adalah orang yang dengki tu”pujuk Wan Bedah lagi.

Husni termenung lagi. Aishah memang cantik. Cantik seperti bulan purnama. Dulu masa di universiti,dia tidak kenal siapa Aishah,tidak pernah tahu kewujudan Aishah. Tapi pertemuan mereka di padang kawad Pelapes 5 tahun yang tahu membuatkan Husni jatuh cinta pandang pertama. Ada juga kawan-kawan yang tidak senang hati,kata mereka Husni macam kerbau dicucuk hidung sejak bercinta dengan Aishah. Hidup Husni hanya untuk Aishah. Bagi Husni kawan-kawannya cuma cemburu sebab dia mendapat teman wanita secantik Aishah.
Cuma kadang-kadang Husni terkilan sebab arwah Walidnya macam tidak sukakan Aishah. Arwah memang tidak merestui perkahwinan mereka,tetapi sebab sayangkan Husni,satu-satunya anak lelaki dalam kelurga,arwah mengalah juga. Tetapi Walidnya tetap menampakkan reaksi tidak senang setiap kali Aishah datang bermalam atau bertandang di rumah.

“Husni,walid bukan nak campur tangan,tapi kau la yang walid harap dapat jaga Umi bila walid dah tak ada lagi. Jangan tinggal solat nak,banyakkan berzikir,Insyaallah,Allah akan sentiasa melindungi kamu,ingat pesan walid.Bila kita dekat dengan Allah dia akan membuka mata hati kita,”Pesan walidnya pada pagi hari itu,masih tergiang-giang di telinga. Husni masih ingat sebab itulah kali terakhir dia menjejakkan kaki ke rumah ibu bapanya.
Aishah terasa hati benar dengan arwah walid. Dia mendesak agar tidak lagi pulang ke rumah walid dan Umi, Husni cuma mengikut,tidak mampu membantah,walau hatinya sedih,pilu dan merindui kedua ibu bapanya.

“Tak pe la Husni,Umi balik dulu,kamu fikirla masak-masak,demi masa depan kamu dan Aishah”kata Umi,mengejutkan Husni dari lamunan.

“Baiklah Umi,Husni bincang dulu dengan Aishah”ucap Husni.

Tiba-tiba Wan Bedah berhenti melangkah,”Husni,Umi rasa kita pergi sendiri je dulu,baru cakap dengan Aishah,Umi tengok setiap kali kita cakap pasal pergi jumpa bomoh ke,ustaz ke,dia macam marah je,,kita pergi sendiri dulu,check dulu lepas tu baru kita ajak dia. Lagipun Umi kesian tengok dia,temenung,sedih jer."

“Suka hati Umi la,Husni ikut jer,Husni pun macam dah hilang semangat rasanya."

Aishah tertidur,dia bermimpi lagi. Tapi kali ini mimpinya berlainan. Dia ternampak ular tedung yang besar,dia berlari sekuat hati,tetapi malang nasibnya,dia terjatuh dalam kawah api yang besar.
“Tolong!tolong!,abang,ibu,selamatkan Chah,”dia menjerit sekuat hati,tetapi suaranya seolah-olah tersekat.

Tiba-tiba dari kejauhan Aishah ternampak bayangan arwah ibunya “Ibu, Chah rindukan ibu,hidup Chah menderita,”rintih Aishah

“Pulanglah ke pangkal jalan anakku, kau dah jauh tersesat, masih belum terlambat,sayang”lembut suara ibunya menenangkan jiwa Aishah.

“Chah takut ibu,Abang Husni akan bencikan Chah,Chah tak nak jadi janda,Chah tak boleh hidup tanpa dia,”rintih Aishah lagi.

“Chah,cinta yang abadi dan suci adalah cinta Allah. Selama ini adakah Chah tenang dengan apa Chah dah buat?,bertaubatlah,pintu taubat masih terbuka,sesungguhnya Allah itu Maha Pengampun."

Aishah terjaga dari mimpi “Ya Allah,masih adakah peluang untuk aku?,Ya Allah,tolonglah aku,aku sudah jauh tersesat.”

Pagi keesokkannya,Wan Bedah bertandang lagi ke rumah Husni. Tapi kali ini sebab Aishah. Menantunya tiba-tiba menjadi lumpuh separuh badan.

“Ya Allah,sekali lagi Kau duga mereka,Aku mohon Kau kuatkanlah jiwa mereka menempuhi semua dugaan ini”air mata Wan Bedah menitis, Kesian benar dia pada Husni dan Aishah. Walaupun Aisah bukan menantu yang baik dan sejak berkahwin dengan Aishah,Husni tidak pernah balik berhari raya di kampungnya lagi,tetapi dia tetap sayangkan Aishah.
Disebabkan Aishah jugalah,Husni tidak bertegur sapa dengan Walidnya.Semuanya sebab cinta Husni yang keterlaluan pada Aishah. Tetapi Mak Bedah tetap sayangkan Aishah. Aishah seorang isteri yang baik dan sangat sayangkan Husni. Husni ditatang bagai menatang minyak yang penuh. Aishah menjaga Husni dengan penuh kasih sayang.

“Abang,Umi,Chah ada perkara yang nak Chah bagitahu. Tapi sebelum tu,Chah nak minta maaf banyak-banyak atas setiap perkara yang berlaku."

“Abang,Chah harap sangat lepas ni abang takkan bencikan Chah,tolonglah,”rayu Aishah
“Sebenarnya semua yang tejadi adalah berpunca dari diri Chah,Chah yang berdosa,Chah yang buat salah”nangis Aishah, Husni cuma terkedu,hatinya tertanya-tanya,apakah yang Aishah rahsiakan selama ini.

BERSAMBUNG.....................

No comments:

Post a Comment