Friday, June 10, 2011

CERPEN 1: KERANA CINTA AISHAH(BAHAGIAN 2)




5 TAHUN YANG LALU.....

Aishah terkedu,Husni Huzaifah yang sangat diminatinya,jejaka idaman setiap mahasiswi memandangnya. Dia tersenyum sendiri,walau pandangan itu cuma sepintas lalu,hati Aishah tetap terhibur. Aishah sedar siapa dirinya,Cuma gadis kampung yang selekah dan tidak pandai bergaya. Dengan kulitnya yang sawo matang dan wajah yang biasa-biasa saja,tidak mungkin jejaka sekacak dan sebijak itu akan jatuh cinta padanya.

“Hei,,pandang orang macam nak makan orang,,sedarla diri tu sikit,junior,Husni tu pak we aku,tak de maknanya dia nak pandang orang kampung macam kau”sindir Siti Zaida,kekasih Husni pada Aishah.

“Eh,tak de kak,saya tak pandang dia,saya tengok tempat lain,kebetulan Abang Husni lalu,”Aishah terasa diri terlalu kecil dipersendakan seniornya,kekasih Husni yang cantik menawan itu.

“Elokla,sedar diri sikit yer,”ujar Siti Zaida dengan jelingan yang tajam.
Di dalam hostel “Aishah,ni ada surat,tadi ada abang senior bagi,”Sarah teman sebiliknya menghulurkan sepucuk surat.
Aishah tersenyum membaca surat,hatinya berbunga “Sarah,abang Husni nak jumpa aku.dia cakap dia sukakan aku.”

Sarah tersenyum,dalam hatinya,dia amat kesiankan Aishah,minatnya pada Husni seolah-olah bertukar menjadi cinta.”Kau confirm ke Chah,ntah-ntah orang nak mainkankan kamu je.”

‘Kau jeles yer,tak pe Sarah,kalau aku kawin dengan dia,kau jadi pengapit,ok.”

Sarah cuma mengeleng-gelengkan kepala. Aishah memang lurus bendul,senang ditipu,tapi dia tetap berdoa moga Husni benar-benar ikhlas dan tidak main-main. Lagipun Sarah pun kurang senang pada layanan kak Siti Zaida pada Aishah sejak Kak Siti tahu yang Aishah sukakan Abang Husni.
Aishah melangkah laju ke tempat yang di tetapkan. Ini kali pertama dia bermekap,Sarah cakap tebal sangat,tapi dia tak kisah,Aishah rasa dialah wanita paling cantik dan bertuah atas dunia. Sejam sudah berlalu,Aisah mula gelisah. Dia melangkah pulang,tiba-tiba dia tenampak abang Husni. Aishah meluru pada Husni.

“Abang,saya tunggu dah sejam,abang kata nak jumpa pukul 11 pagi tadi,tapi abang tak datang pun.letih saya tunggu”Aishah bersuara dengan malu-malu.

Husni terkedu”Maaf ye,awak ni sape.Bila masa pulak saya janji nak jumpa,saya tak kenal sape pun awak.”

Tiba-tiba terdengar gelakan kuat dari arah belakang. “Ha..ha..ha..ha...ha....perasannnnnn. April Fool!”kedengaran gelakan kuat dari Siti Zaida dan rakan-rakan Husni. “Sekali mekap macam badut la”.

Husni turut terkejut,tapi dia juga tak mampu menahan ketawa melihat bunga yang dikepit Aishah dirambutnya. Aishah betul–betul malu. Perlahan-lahan hati Aishah berbunga benci dan dendam.

Aishah bersimpuh di depan Wak Salikin. Pagi tadi dia sudah mengadaikan gelang emas pemberian ibunya. Segala-galanya demi memenuhi hasrat dan dendam dalam hati.

“Kamu pasti,mahu lakukan ini?,”tanya Wak Salikin. “Kamu enggak boleh berpatah balik,enggak bisa menyesal,mengerti!”

“Saya takkan menyesal Wak,selama ini pun bukan setakat orang asing,kakak-kakak saya pun selalu cakap saya anak angkat sebab saya buruk,tak secantik mereka,”ingatan Aisah kembali mengingatkan ejekan dan usikan dari kakak-kakaknya.

“Aaah,itu gampang aja,kamu akan menjadi cantik,sehingga setiap jejaka akan jatuh cinta pada mu,mereka yang jahat pada mu akan musnah,sedikit demi sedikit,jejaka yang kamu mahu akan tunduk pada mu”terang Wak Salikin.

“Berapa upahnya,wak?”Tanya Aishah.

“Aku ngak butuh duitmu,kerna aku bisa membantumu jika kamu mematuhi syarat ku,”Wak Salikin mengasap kemenyannya.

Aishah mula merasa cuak,dia mula ragu-ragu.

“Ngak apa-apa,kamu cuma perlu menjadi murid ku,”terang Wak lagi. “Kamu harus memberi makan jenglot ku dengan darah dari jari manis mu setiap Jumaat keliwon.”

Semenjak hari itu, Aishah mula menjadi murid Wak Salikin. Setiap hujung minggu Aishah akan bertandang dan tidur di rumah Wak Salikin. Mujur Wak Salikin tinggal bersama isteri-isterinya yang seramai 4 orang itu,tidaklah Aishah merasa tidak selesa.

Sebulan berlalu,Aisah mula merasakan perubahan pada dirinya. Setiap kali dia ke kuliah,siswa di universitinya hatta Pak Guard dan pensyarah lelaki,memandangnya tidak berkelip. Semua yang memandang,memujinya cantik jelita. Bukan seorang dua lelaki yang menagih cintanya. Aisah juga sudah mampu membuat minyak pengasih untuk keperluannya sendiri.

“Aishah,ini hari terakhir kamu belajar dengan wak,ada satu lagi syarat untuk khatam ilmu ini. Selepas itu kamu bebas mengikut jalan mu.”Wak salikin bersuara setelah genap 5 bulan Aisah berguru ilmu pengasih dan kecantikan dengan Wak Salikin.
“Kamu harus tidur seperti pasangan suami isteri dengan jenglot ku selama 3 malam berturut-turut.Kamu harus melakukan hubungan badan dengannya.”

Aisaha terkedu. Tapi dia tetap bersetuju kerana hatinya sudah dikuasai syaitan. Dia tidak sanggup hilang kecantikan yang di milikinya sekarang.
“Satu lagi,setiap benda yang dapat kamu miliki,ada benda lain yang harus kamu korbankan,ingat!”


BERSAMBUNG............

No comments:

Post a Comment