Sunday, June 26, 2011

WANITA CANTIK



Wahai Rasulullah!Adakah wanita di dunia lebih baik atau bidadari?”
Baginda menjawab, “Wanita didunia lebih baik drpd bidadari sbgaimna yg zahir lebih baik drpd yang batin.”Baginda mnjawab, “Dengan solat, puasa dan ibadat mereka kepada Allah, Allah akan memakaikan muka2 mereka dengan cahaya & jasad mereka dgn sutera yg berwarna putih,berpakaian hijau dan berperhiasan kuning..(hingga akhir hadis)” (riwayat al-Tabrani)

wanita yang CANTIK:
-melukis kekuatan melalui masalahnya
-tersenyum di saat tertekan
-tertawa di saat hati sedang menangis
-tabah di saat terhina
-mempersona kerana memaafkan
-mengasihi tanpa meminta belas
-bertambah kuat dalam doa&pengharapan illahi..
-beriman dan bertakwa seikhlas hati

Wanita yang cantik adalah……………………
-Seorang Ibu yang mendidik dan memagari anaknya dengan dengan kasih sayang dan iman percaya pada Tuhan

-Seorang Wanita yang tetap berdiri pada jalan yang benar dan tidak kompromi dengan sesuatu yang dia tahu dapat menyesatkan.

-Seorang Wanita yang mengasihi keluarganya baik suami dan anak-anaknya.

-Seorang Wanita yang memberikan warna positif dalam kehidupan setiap orang.

-Seorang Wanita yang tidak menjual dirinya demi kemewahan.

-Seorang Wanita yang tahu menempatkan dirinya dimanapun dia berada.

-Seorang Wanita yang dapat membezakan mana yg benar dan mana yang salah.

-Seorang wanita yang dapat menginspirasikan semua orang.

Dan terakhir, wanita yang cantik adalah wanita yang dapat menjaga harga dirinya.. ditengah kegelapan dan gemerlapnya dunia ini.”




Wanita yang cantik tidak hanya cantik pada wajah tetapi bijak dan tidak berganjak dari cita-citanya. Biarpun dia terjatuh seribu kali namun dia akan terus bangun dan terus melangkah tanpa menoleh ke belakang.

Wanita yang cantik bergantung kepada kebaikannya bukan kepada kekayaanya. Keperibadian wanita itu amat penting kerana ianya akan melambangkan ketinggian budi pekerti yang kita miliki. Wanita harus menerima semua ujian dan cabaran yang datang kerana semua ini akan meninggikan ketabahan seseorang. Jangan takut menghadapi hidup ini kerana Napoleon Hill pernah berkata :

“Tangga kecemerlangan sebuah pencapaian peribadi yang terunggul di dunia...”

Jadilah wanita yang cantik jiwa, zahir dan batin. Jangan menjadi wanita yang ego dengan kebolehan tanpa memikirkan ada kekurangan yang akan mencacatkan keterampilan kita sebagai wanita yang di segani. Ingat jiwa adalah perasaan dan jagalah perasaan orang lain seperti kita menjaga perasaan sendiri.

-pesanan untuk diri saya sendiri juga



..errrrr..yg ni camner pulak yer...errr,,garu bulu idung sikit

No comments:

Post a Comment