Sunday, February 27, 2011

PANDUAN PAGAR DIRI DARI ILMU HITAM/SIHIR


PANDUAN PAGAR DIRI DARI ILMU HITAM/SIHIR
Pagar Pertama (1) - Makan Tamar ‘Ajwah dan Tamar Madinah.
Amalkan memakan tamar (kurma) ‘Ajwah dan jika boleh makan bersama dengan Tamar
Madinah. Sekiranya anda tidak boleh mendapatkan kedua-dua jenis tamar
tersebut, makanlah apa-apa jenis tamar yang ada supaya menepati sabda
Rasulullah S.A.W. yang berbunyi: “Barangsiapa yang memakan tujuh biji tamar
‘Ajwah, dia tidak akan mendapat sebarang kemudaratan racun atau sihir
yang terkena pada hari itu”.(Riwayat al Bukhari)

Pagar Kedua (2) - Berwuduk sebelum tidur.
Sihir tidak akan memberi sebarang kesan terhadap seseorang muslim yang
mempunyai wuduk. Setiap muslim yang berwuduk akan sentiasa dikawal
ketat oleh para Malaikat sebagaimana diperintahkan oleh Allah S.W.T
kepada mereka.Sabda Rasulullah S.A.W: Ertinya: “Sucikanlah jasad-jasad ini mudah-mudahan Allah akan menyucikan kamu. Kerana sesungguhnya tiada seorang pun dari mereka yang bersuci terlebih dahulu sebelum tidur, melainkan ada bersamanya seorang Malaikat. Malaikat tersebut tidak akan pernah terlalai walaupun sedetik untuk mengucapkan doa: ‘Ya Allah!Ampunilah dosa hambaMu ini kerana dia telah tidur dalam keadaan bersuci.’(Riwayat at Tabraaniy)

Pagar Ketiga (3) - Mengambil berat tentang solat berjemaah.
Mengambil berat tentang solat berjemaah akan menjadikan seseorang muslim bebas
serta aman dari gangguan syaitan. Bersikap sambil lewa terhadap solat berjemaah menyebabkan syaitan akan mengambil peluang untuk mendampingi mereka. Apabila selalu berdampingan, lama kelamaan ia akan berjaya merasuk, menyihir atau melakukan kejahatan lain.Mengikutriwa yat Abu Hurairah lah.a., Rasulullah S.A.W.telah bersabda:Ertinya:‘Mana-mana kampung mahupun kawasan kawasan hulu yang tidak mendirikan solat berjemaah meskipun penduduknya cuma tiga orang, nescaya akan
didampingi oleh syaitan. Oleh itu hendaklah dirikan solat berjemaah.Sesungguhnya serigala akan memakan kambing-kambing yang menyendiri dari puaknya.(Riwayat Abu Daud)

Pagar Keempat (4) - Mendirikan Solat Tahajjud
Bangunlah mengerjakan solat malam dan janganlah mempermudah-mudahkannya.Sifat
mempermudah-mudahkan bangun bersolat malam boleh memberi ruang kepada syaitan untuk menguasai diri seseorang itu.Apabila syaitan telah mampu menguasai diri seseorang, maka dirinya adalah tak ubah seperti bumi yang ketandusan akibat kesan tindakbalas hasil perlakuan syaitan tersebut.Ibnu Mas’ud lah.a. telah berkata: Rasulullah S.A.W pernah diberitahu tentang perihal seorang lelaki yang tidur hingga ke Subuh dengan tidak mengerjakan solat malam, maka Rasulullah S.A.W. pun bersabda:Ertinya: “Sesungguhnya syaitan telah kencing di dalam telinganya”(Riwayat al Bukhari dan Muslim).

Pagar Kelima (5) - Membaca doa perlindungan apabila masuk di dalam tandas.
Tandas adalah tempat kotor dan merupakan rumah bagi syaitan. Oleh itu ia akan
mencuba sedaya upaya menggunakan kesempatan yang ada untuk menguasai
seseorang muslim setiap kali orang itu masuk ketandas. Di dalam sebuah
buku seorang mangsa sihir telah melapurkan bahawa dia pernah
memasuki tandas dengan tidak membaca doa perlindungan. Seketika
kemudian dia telah dirasuk oleh syaitan.Apabila Rasulullah S.A.W mahu memasuki tandas, baginda akan membaca doa perlindungan dengan berkata: Ertinya: “Dengan nama Allah. Ya Allah!Sesungguhnya saya berlindung denganMu dari sebarang kekotoran dan gangguan syaitan”.Riwayat al Bukhari dan Muslim. Maksudnya adalah berlindung dari gangguan syaitan-syaitan jantan atau betina.

Pagar Keenam (6) - Memagar isteri selepas selesai akad nikah.
Selepas majlis akad nikah, pada malam pengantin sebelum memulakan adab-adab
berpengantin yang lain, hendaklah suami meletakkan tangan kanannya di
atas ubun-ubun kepala isterinya sambil berdoa:“Ya Allah. saya
memohon kepadaMu kebaikannya dan kebaikan yang telah Engkau selubungi
ke atasnya,dan saya berlindung dari keburukannya dan keburukan yang
telah Engkau selubungi ke atasnya. Ya Allah berkatilah isteriku ini
keatasku dan lindungilah dirinya dari segala keburukan perbuatan
orang-orang yang dengki, dan perbuatan tukang sihir apabila dia telah
melakukan sihir dan dan perbuatan orang-orang yang suka melakukan tipu
daya.”(Riwayat Abu Daud )

Pagar Ketujuh (7) - Berwuduk sebelum tidur, membaca ayat-ayat al Kursi dan berzikir kepada Allah sehingga terlelap.
Dalam satu hadis sahih telah menceritakan bahawa syaitan telah berkata kepada
Abu Hurairah: “Barangsiapa yang membaca ayat-ayat al Kursi sebelum tidur,dirinya sentiasa di dalam peliharaan Allah manakala syaitan sekali-kali tidak mampu mendekatinya sehinggalah ke waktu pagi”.Rasulullah S.A.W. telah bersetuju dengan cerita Abu Hurairah tersebut sambil berkata: “Ia telah bercakap benar kepada engkau, walhal ia sendiri sememangnya penipu.”(Riwayat al Bukhari)














CARA TUKANG SIHIR MENGHADIRKAN JIN

1) Bersumpah atas nama jin atau syaitan.

2) Menyembelih binatang -tidak sebut nama Allah ketika sembelih.

3) Melakukan kemaksiatan pada diri sendiri -menzinai anak sendiri,bunuh anak atau isteri.

4) Menulis ayat Al Quran dengan menggunakan najis-umpamanya darah haid dijadikan dakwat

5) Menulis atau membaca ayat Al Quran secara terbalik atau songsang.

6) Melakukan penyembahan terhadap bintang.

7) Menggunakan tapak tangan budak kecil.

8) Menggunakan sesuatu yang telah dipakai seseorang.

9) Menyeru sehingga kerasukan

10)Menggunakan barang-barang aneh dalam perawatan










KETAKUTAN JIN KEPADA MANUSIA

Dari Mujahid,Abu Dunya meriwayatkan "ketika saya sedang mengerjakan solat pada suatu malam,secara tiba-tiba makhluk sebesar budak kecil berdiri dihadapanku,lalu aku mendesak untuk menangkapnya,kemudian makhluk itu berdiri dan berlari kebelakang dinding sehingga aku mendengar bunyi jatuhnya.Setelah itu makhluk tersebut tidak datang lagi".

Mujahid kembali berkata "sesungguhnya mereka takut kepada manusia,sebagaimana manusia juga takut kepada mereka.Mujahid juga berkata "syaitan lebih takut kepada salah seorang daripada kamu,kerana itu jika dia memperlihatkan dirinya kepada kamu janganlah kamu takut kerana akan mengalahkan kamu,akan tetapi bersikap keraslah kepada mereka nescaya mereka akan pergi".

Katanya lagi "setiap kali aku berdiri untuk mengerjakan solat,ada syaitan yang memperlihatkan dirinya menyerupai bentuk Ibnu Abbas,lalu teringat olehku akan perkataan Ibnu Abbas.Kemudian setiap kali aku akan solat,aku senantiasa siap untuk membawa pisau.Pada suatu hari dia memperlihatkan dirinya lagi kepadaku,lalu aku menyerangnya dan menikamnya hingga dia jatuh dan terdengar olehku suara jatuhnya.Setelah kejadian itu aku tidak lagi pernah melihatnya".

Nota : Bagi para perawat islam yang merawat pesakit kerasukan ganas dan cuba untuk menyerang perawat,janganlah anda gentar,bersikap keras dan tegas kepada mereka,insyaAllah mereka akan takut jua akhirnya.
Walaupun kita kena lawan perasaan takut itu tidak bermakna kita sembrono sahaja dan memandang enteng kepada kekuatan jin. Yang lebih baik adalah mematahkan hujah mereka dengan dalil yang kuat kerana jin ini walaupun ganas tetapi mereka tidak terdaya bila kalah berhujah seperti manusia yang walaupun hebat tetapi bila ada orang boleh patahkan hujahnya dengan cara yang padat dan tepat ia jadi tidak bermaya-terkedu











CARA JIN MASUK KEDALAM TUBUH MANUSIA DAN LOKASI IA BERADA

Jin adalah makhluk berwujud udara sedangkan manusia memeliki lubang bulu roma,oleh kerana itu dia dapat masuk kedalam tubuh manusia dari bahagian manapun juga.Dalil al quran yang menunjukkan bahawa makhluk jin diciptakan dari zat yang sejenis udara sebagaimana firman Allah SWT
"Dan Allah menciptakan jin dari api yang menyala " Ar Rahman 15
Dalam hal ini Ibnu Abbas berkata,iaitu dari hujung nyalaan api adalah merupakan udara panas yang keluar dari api.Ketika jin masuk kedalam tubuh manusia,makhluk jin langsung menuju ke otak,melalui otak ini dia dapat mempengaruhi bahagian mana saja yang dia sukai dari tubuh manusia.Para doktor perubatan telah mengkaji dan membuktikan bahawa orang yang terkena penyakit gangguan jin memiliki gelombang otak yang sangat halus dan sangat aneh yang ada didalam otaknya.Ditambah lagi dengan keterangan dari orang yang ahli tentang cara pengubatan orang yang kerasukan jin,bahawa jin itu memberitahukannya bahawa mereka berada di otak manusia.
Dari bukti pengalaman memang kebanyakan pesakit gangguan yang lama merasa sakit di kepala.Apabila dilakukan mandian tindakbalasnya pesakit akan merasa lebih sakit terutamanya di kepala.















PENYEMBUHAN TERAPI AL QURAN UNTUK SERING KEGUGURAN

PENYEMBUHAN TERAPI AL QURAN UNTUK SERING KEGUGURAN


Seorang gadis remaja bernikah pada usia yang masih muda.Pada tahun pertama dia telah hamil dan melahirkan seorang anak perempuan.Namun pada kehamilan berikutnya dia selalu keguguran sebelum genap bulan ketiga dari kehamilannya.Perkara ini tersu berlangsung hingga tahun-tahun berikutnya.Dia telah melakukan pemeriksaan doktor dan melakukan diet secara teratur namun hasilnya belum memuaskan.

Rupanya takdir Allah menghendaki kesembuhannya.Dia mendapat petunjuk untuk menemui seorang ahli terapi ruqyah yang bersedia datang untuk merawatnya pada masa-masa kehamilan.Ketika dia kembali hamil,ahli terapi ruqyah itu datang lalu membacakan lafaz-lafaz ruqyah sepanjang masa kehamilannya.Selain itu dia juga menasihati wanita itu untuk merawat dirinya sendiri dengan membaca ayat-ayat syifa tiap-tiap lepas solat.Hasilnya wanita itu berjaya melahirkan secara semulajadi, demikian juga pada kehamilan berikutnya dan semua anaknya dalam keadaan sihat wal afiat.

Ayat-ayat ruqyah untuk kesembuhan ini ialah al-fatehah 7x,al isra 82 7x,anbiya 89 7x

Friday, February 4, 2011

TAFSIR MIMPI




Menurut sebuah kitab arab yang berjudul “Qamus Tafsir al Ahlam” karya Doktor Khalid bin Ali bin Muhammad al Anbari, Mesir mimpi sepatutnya tidak dipandang enteng kerana mempunyai maksud yang tersirat. Kitab lama yang paling ‘reliable’ dalam permasalahan mimpi ini adalah kitab “Tafsir al Ahlam” karya Imam Ibn Sirin.




Saya sering ditanya oleh ramai orang berkenaan tafsir mimpi. Sebagai insan yang lemah dan bukan orang yang arif dalam bab mimpi, saya pun merujuk kepada kitab kamus mimpi yang saya nyatakan di atas. Di sini saya catatkan beberapa tafsiran dari mimpi anda:



Berihram :Terhalang dari bersetubuh dan jauh dari maksiat.

Azan: bermaksud menunaikan haji, kebaikan, kesejahteraan dan berjaya dari tipu daya syaitan

Arnab: lelaki penakut

Istighfar: Murah rezeki, tertolak dari bala,

Singa: Raja yang zalim.

Jarum: Kembali bersatu, kalau jarum patah: berpecah belah

Sahabat nabi: Baik keIslamannya dan mengikut sunnah.

I’tikaf : Berterusan di atas kebaikan

Muflis : Muflis dalam bab agama

Imam solat : jadi pemimpin

ayat al Quran : ayat rahmat: Berada dalam rahmat Allah, ayat azab: Berada dalam azab Allah

Pintu : Terbuka: rezeki Tertutup: gagal

Laut : Kekuasan dan menjadi orang yang berilmu. Bagi perempuan: kahwin

Masjid : Orang yang alim, rumah jadi masjid: Kebaikan mencurah. Bina masjid: Menang. Masjidil Haram: Keselamatan, penuhi janji

Ular : Permusuhan antara keluarga, anak2, jiran tetangga, gangguan jin.

air : Bersih: kebaikan dan berkat

Lemas : Fitnah dan bergelumang maksiat

Asap / rokok : Duka nestapa

Bismillah : Ilmu dan hidayah

Bawang putih : Lihat tapi tak makan: Kebaikan, kalau makan: Kejahatan

Orang marah : Sempit dada bala

Lembu : Makan daging: bertambah harta

Menangis : Kesedihan

kencing : Dalam rumah sesuatu kumpulan. Petanda akan dihalau

Telaga : Dalam rumah: Kesenangan hidup lepas susah

Ikan : Kekayaan. Memancing: manfaat dan kebaikan

masak : kehidupan yang baik

Budak kecik : kedhaifan, kesedihan, kesusahan dalam kejahilan; gangguan jin

terpenjara : Dihina. Terpenjara dirumah yang tidak diketahui: MATI

Tali : Agama

Haji : Kebaikan dan tetap di atas kebaikan, pahala, rezeki

Syurga : Tak masuk: amal kebaikan, masuk: kebahagian dunia dan akhirat

perempuan : Fitnah, perhiasan dunia dan syahwat

Bintang : Kejayaan. Bintang jatuh: jatuhnya orang alim atau pemerintah. MATI

Lebah : Kaya

Sungai : Kebahagian selepas kesusahan.

Semut : Kaum yang lemah. Semua membawa makanan ke rumah: rezeki

Nikah : sampai wajib mandi: tiada tafsiran: ihtilam, nikah dengan mahram: buat perkara haram.

Nikah dengan wanita bukan mahram: Kesenangan selepas susah.

bersalin : Sihat dari penyakit dan kesusahan.

Yakut dan batu permata: Harta dan kesenangan. Ambil selonggok: nikah perempuan cantik lagi beragama.



…..dan berbagai-bagai lagi…

PULUT PANGGANG

Pulut panggang merupakan salah satu daripada makanan tradisi masyarakat Melayu di negara kita. Pulut panggang juga dikenali dengan nama pulut inti ataupun pulut udang. Pulut panggang ini merupakan pulut yang dicampurkan dengan inti kelapa ataupun ikan yang kemudiannya dibakar. Di Pantai Timur kebiasannya pulut panggang menggunakan inti ikan. Ianya juga merupakan antara menu pilihan ketika sarapan mahupun minum petang.



RESEPI:
(SAYA BUAT VERSI ORG KELANTAN,GUNA IKAN,SEDAP)
INTI PULUT LEPA


Bahan2

1 kg ikan selayang / ikan uji rashid / ikan kembung

1 sudu kecil garam & 4 keping asam keping (untuk merebus ikan)

½ biji kelapa (ambil santan pekat anggaran 2 cawan)

6 ulas bawang merah ~ dimayang halus

1 inci halia ~ dihiris memanjang halus

1 sudu kecil halba

garam & gula secukup rasa

serbuk perasa jika suka



Cara Menyediakan Inti

1. Rebus ikan dengan garam, asam keping & sedikit air.

2. Sejukkan ikan & asingkan isinya sahaja.

3. Tumbuk isi ikan hingga lumat

4. Dalam kuali.. masukkan santan, bahan2 hiris, halba, isi ikan, garam & gula secukup rasa.

5. Masak bahan2 tersebut hingga menjadi betul2 kering & berderai.

6. Angkat & ketepikan sedia utk digunakan.

Bahan2


1 kg pulut ~ direndam semalaman atau sekurang2nya 3 jam

1 biji kelapa ~ ambil santan pekat anggaran 3 cawan (kalau rasa kering sgt.. boleh tambah lagi)

garam secukup rasa

Daun pisang utk membungkus ~ potong anggaran selebar 7 inci setiap sekeping dan lap permukaannya.

Lidi yang dipotong runcing sepanjang 1 ½ inci (untuk cucuk daun pisang) atau boleh juga gunakan stapler saja.. (org dulu2 guna lidi)

kapur makan (untuk di lengserkan pd jari jemari utk mengelakkan pulut melekat2 pd jari)



Cara Menyediakan



1. Toskan pulut yang direndam tadi & masukkan ke dalam pengukus (elok guna pengukus lubang halus agar pulut tak jatuh jika pengukus berlubang besar.. alaskan dengan daun pisang). Kukus selama 30 - 40 minit.

2. Angkat pulut dan masukkan ke dalam besen dan arong dengan santan yg dicampurkan dengan garam. Kacau hingga rata dan kukus sekali lagi selama 30 minit atau hingga pulut masak.

3. Sediakan daun pisang (letak atas meja atau papan pencanai atau atas kekuda kalau buat kat lantai).

4. Sapukan jari dengan kapur makan agar pulut tak melekat pada jari. Sudukan anggaran 2 ~ 3 sudu besar pulut atas daun pisang dan ratakan. (rujuk pada gambar).

5. Sudukan inti anggaran 3 sudu kecil lalu balutkan inti tadi dengan pulut dengan beralaskan daun pisang. Pastikan inti tertutup dengan pulut dan berada ditengah2 pulut supaya inti tak berterabur waktu nak makan

6. Potong lebihan daun pisang kiri & kanan balutan pulut tadi anggaran 1 inci.

7. Dengan menggunakan jari.. tekan/cucuk2 pulut ke dalam balutan daun pisang tadi agar ia kemas & mampat.

8. Cucuk dengan lidi atau stapler untuk mengemaskan balutan.

9. Bila dah siap.. bolehlah dibakar menggunakan dapur gas ataupun arang.