* Suka duduk mengelamun bersendirian melayan perasaan di bawah bulan purnama. * Sering merasa sedih, gembira, sayu atau rindu pada seseorang, tetapi anda sendiri tidak tahu siapa orang tersebut. * Anda akan sangat mudah untuk jatuh cinta pada mana-mana wanita, tidak kiralah samada wanita yang baru atau pun telah lama kenal. Bahkan mereka yang telah dipikat oleh jin wanita juga akan mudah jatuh cinta pada wanita yang baru sekali dipandang. Dan perasaan cinta tersebut diikuti dengan rasa rindu yang teramat sangat. * Anda akan selalu didatangi oleh wanita samada yang anda kenali atau tidak. Wanita yang sama atau berganti-ganti akan datang pada anda ketika anda mula mahu melelapkan mata atau pun di tengah malam, dalam keadaan anda antara tidur dan jaga. Selepas didatangi apa sahaja kemungkinan boleh berlaku, samada sekadar bergurau senda, berasmara atau boleh jadi lebih dari itu. * Anda kemungkinan akan bermimpi didatangi dan berasmara dengan seorang wanita. Dan kalau sampai ke tahap di mana anda dan wanita itu melakukan persetubuhan, maka ianya sangat bahaya. Kerana ianya mungkin mimpi bagi anda tetapi baginya ia suatu perkara yang benar-benar berlaku. Akan menjadikan jin itu ketagih dan semakin sayang kepada anda. Dari situ jin tersebut akan terus menjaga anda dengan amat ketat. Dan kalau ditakdirkan dari perhubungan itu terjadi anak, anda akan selalu termimpikan anak tersebut. Kalau dicuba untuk memutuskan hubungan tersebut, risikonya sangat tinggi kerana akan menyebabkan anda menghampiri atau menjadi gila. Atau anda akan melakukan sesuatu yang di luar jangkaan disebabkan oleh tekanan angin bisa ataupun dirasuk oleh perasaan jin itu sendiri. *Kalau melibatkan gangguan yang lebih teruk, jin tersebut akan menjelma dihadapan anda dalam bentuk manusia. Ketika ini anda akan merasakan bahawa betul-betul berhubungan dengannya di alam nyata. Dalam keadaan ini, mangsa akan lebih suka menyendiri untuk bersama kekasihnya dan akan dilihat bercakap seorang diri sedangkan pada pandangannya ada teman yang sedang berbicara dengannya. * Apabila anda bangun pagi anda dapat merasakan seolah-olah anda ditemani oleh seseorang dan anda juga dapat merasakan seperti yang menemani anda itu adalah seorang wanita. * Apabila anda bangun pagi anda merasakan bahawa pada malamnya ada melakukan persetubuhan dengan seseorang walaupun anda sedar bahawa anda tidur berseorangan. * Kemungkinan pada wajah anda akan ada aura dan cahaya kelembutan, kesan dari jin yang mencintai dan mendampingi anda. Masyarakat sekeliling akan menjadi lembut hati apabila memandang anda seolah-olah mereka sedang memandang seorang wanita cantik. Dan cahaya kelembutan itu akan bertukar kepada cahaya mendung apabila jin tersebut menjadi marah terutamanya disebabkan oleh amalan pendinding yang diamalkan mula memberikan kesan. *Sekiranya melibatkan gangguan yang lebih teruk, kemungkinan anda akan mengalami kerasukan atau kesurupan dimana anda dirasuk oleh jin betina yang telah jatuh cinta pada anda. * Anda juga akan dapat merasakan bahawa anda sedang diekori oleh seseorang ke mana sahaja anda pergi. * Orang lain juga akan perasan seolah-olah ada bayangan hitam atau seperti seorang wanita sedang menemani anda. Tetapi apabila menghampiri bayangan hitam atau kelibat wanita tidak kelihatan. * Sekiranya jin yang mencintai anda merupakan jin yang kuat sifat cemburunya, maka anda kemungkinan akan dihalang dari berkahwin kerana dia tidak mahu berkongsi kekasihnya dengan orang lain. * Sekiranya ditakdirkan anda berkahwin, maka ia akan cuba memporak perandakan rumah tangga anda. Anda dan isteri akan selalu bergaduh walaupun disebabkan perkara kecil. Ia akan cuba sedaya-upaya menjadikan anda dan isteri bercerai supaya anda hanya menjadi miliknya. * Nafsu anda juga akan menjadi tidak terkawal. Anda akan selalu menginginkannya tidak kira masa dan tanpa sebab yang munasabah. Dan tidak mustahil kalau jin betina itu menjadikan isteri anda terhalang untuk melaksanakan tugasnya supaya anda akan memuaskan nafsu anda dengan cara yang tidak elok. Dan kemungkinan juga ia antara faktor yang menyebabkan terjadinya keganasan seks, seperti merogol, terutamanya kalau jin tersebut kuat seks supaya ia boleh turut serta. * Kalau ditakdirkan anda mendapat anak, tak mustahil ia akan mendatangi anak tersebut seperti mana-mana cara yang dilakukan oleh anda ketika mendatangi anak anda, terutamanya kalau anak itu anak lelaki. Jadi apa yang boleh saya simpulkan dalam keseluruhan artikel ini ialah tidak mustahil berlakunya keadaan di mana jin yang mencintai manusia, tidak kiralah jin betina mencintai manusia lelaki atau sebaliknya. InsyaAllah dalam artikel terbaru saya akan saya kongsikan pula dengan pembaca tanda-tanda jin jantan menyintai seorang wanita. Nasihat saya sebaiknya kita amalkan membaca ayat-ayat untuk pendinding diri dari gangguan atau dipanggil ayat ruqyah sebagai usaha yang dapat kita lakukan. Yang selebihnya kita bertawakal kepada Allah dan memohon perlindungan-Nya dari kejahatan makhluk jin ini. Sumber:Halaqah.net
Tuesday, November 13, 2012
20 TANDA JIN JATUH CINTA PADA LELAKI
20 TANDA JIN JATUH CINTA PADA LELAKI
Jin merupakan makhluk yang kehidupannya sama seperti manusia. Mereka berkahwin, makan, minum, bermasyarakat dan sebagainya.
Selain itu, Allah juga telah mentaklifkan mereka dengan hukum-hukum syariat yang perlu dilaksanakan. Oleh sebab itu, dikalangan jin ada yang merupakan jin Islam dan jin kafir, jin soleh dan juga yang fasik. Ini semua berdasarkan tingkatan amalan dan kepercayaan golongan jin.
Atas kesamaan inilah maka jin juga mempunyai perasaan saling suka-menyukai dan cinta-mencintai. Dan tidak mustahil boleh berlaku di mana jin betina mencintai lelaki dari kalangan manusia.
Maka artikel kali ini saya kongsikan dengan pembaca 20 tanda yang menunjukkan seorang lelaki itu telah dicintai oleh jin betina.
Tanda Lelaki Dicintai Jin Betina
* Mempunyai sikap seperti wanita. Bagi lelaki yang mengalami keadaan ini sikap mereka akan menjadi seperti seorang wanita. Contohnya sangat beremosi seperti pemarah, cepat merajuk, cepat panik dan gelabah, pemalu, mudah putus asa dan sebagainya.
*Sangat suka menyendiri dan tidak selesa berada dikhalayak ramai. Tanda yang boleh diperhatikan ialah apabila anda berada dikhalayak ramai tambah pula kalau anda menjadi tumpuan masyarakat ialah sekurang-kurangnya jari anda akan menggeletar. Kalau yang lebih teruk anda boleh jadi menggeletar seluruh badan dan menjadi sangat panik.
* Suka mengelamun dan berkhayal perkara-perkara romantik. Contohnya anda selalu membayangkan yang anda sedang berasmara atau berkasih mesra dengan perempuan, tidak kiralah samada perempuan tersebut anda kenal atau tidak, perempuan yang anda pernah lihat atau perempuan yang anda cipta sendiri dalam bayangan anda.
* Suka bersendirian ketika berjalan terutamanya pada waktu malam.
Perihal Mimpi lagi
Tidak semua mimpi dapat ditafsirkan makna yang terkandung didalamnya. Ada kalanya mimpi bagaikan angin lalu namun ada yang benar-benar menjadi kenyataan. Mimpi insan yang bertakwa merupakan perkhabaran yang akan berlaku, kerana Rasulullah tidak bermimpi melainkan mimpi baginda menjadi kenyataan. Sedangkan mimpi insan yang tidak beriman merupakan berita yang disebarkan oleh syaitan.
Dalam suatu riwayat dikisahkan, seorang wanita bertanya,"Wahai Rasulullah, sesungguhnya saya bermimpi melihat sebahagian tubuh baginda berada di rumahku".Baginda menjawab, "Sesungguhnya Fatimah akan melahirkan seorang anak lelaki, kemudian engkau yang akan menyusukannya". Tidak lama kemudian Fatimah melahirkan Hussein dan disusukan oleh wanita tersebut. Sesungguhnya mimpi itu dapat ditafsirkan, namun tidak semua orang mampu menafsirkan kebenarannya.
Tafsir Mimpi Mengikut Islam
* Mimpi Berkaitan Peristiwa Atau Kejadian
* Bermimpi menunaikan solat alamatnya akan sempurna kerja di dunia dan akhirat
* Bermimpi berlaku perang sabil atau anda akan menunaikan haji alamatnya dosa anda akan diampunkan dunia dan akhirat
* Bermimpi memasuki Masjid Haram atau melakukan tawaf di Baitulallah alamatnyaanda akan mendapat pahala dan nikmat akhirat dan jika seseorang itu berada dalam kesakitan ia akan segera sembuh
* Bermimpi beri sedekah atau zakat fitrah anda akan berasa suka cita dan aman bahagia
* Bermimpi memohon doa kepada Allah Taala atau membaca qur'an di rumah anda alamatnya anda akan terlepas daripada bahaya atau sempurna sesuatu pekerjaan yang dilakukan
* Jika bermimpi membaca qur'an dengan suara yang lanjut alamatnya panjang usia anda
* Jika bermimpi berpuasa alamatnya anda akan mendapat kekayaan atau menjadi orang yang berpakat besar
* Jika bermimpi diri anda dalam keadaan bersujud alamatnya anda akan bertapa
* Bermimpi sembahyangkan jenazah memberi alamat anda akan mendapat pahala di dunia dan akhirat
* Jika bermimpi melihat pelita atau sesuatu yang menyala menandakan pekerjaan yang anda lakukan tidak dapat dilakukan oleh orang lain
* Bermimpi diri atau rumah anda terbakar menandakan anda akan mendapat ilmu kebajikan di dunia dan akhirat
* Jika bermimpi melihat jalan masuk ke kebun atau sesuatu kawasan alamatnya anda akan mendapat berita yang gembira
* Jika bermimpi melihat jalan yang lurus memberi alamat anda akan melakukan segala suruhan Allah Taala
* Jika bermimpi melihat jalan ke pekan memberi petunjuk anda akan mendapat keuntungan yang besar
* Jika bermimpi melihat jalan yang sempit alamatnya anda akan mengalami kesukaran
* Bermimpi perisai terlalu banyak di rumah anda alamatnya rumah anda dipeliharan daripada sebarang kejahatan
* Bermimpi mengenai anak panah menandakan anda akan mendapat surat
* Jika bermimpi diri di panah orang alamatnya anda akan mengirim berita kepada orang
* Bermimpi memanah kayu menandakan akan berlaku kematian
* Bermimpi bermain besi memberi alamat sebarang pekerjaan yang dilakukan akan diakhiri dengan kejayaan
* Bermimpi bermain dengan senjata menandakan seseorang itu akan mendapat kebaikan daripada apa yang dilakukan untuk kebajikan
* Bermimpi mengenai permata membawa petanda anda akan mendapat harta atau kenaikan pangkat
* Bermimpi memakai gelang perak di kaki alamatnya anda akan mendapat kebajikan.
* Bermimpi duit terbelah dua alamatnya anda akan bergaduh
* Bermimpi bertengkolok besar atau berbaju besar anda akan menjadi orang berpengaruh atau berpangkat besar
* Bermimpi berkain hijau alamatnya segala kerja yang dilakukan akan mendapat keredhaan Allah Taala.Bermimpi memakai kain memberi alamat anda akan mendapat keuntungan yang besar
* Jika bermimpi kain di pinggang terkoyak alamat keluarganya akan mati dan kalau terkoyak baju alamat kematiannya
* Bermimpi mengenai bunyi gendang di dalam rumah alamatnya pekerjaan anda diberkati
* Jika bermimpi bunyi rebab alamat beroleh kegembiraan dalam hidup
* Jika bermimpi makan kuih apam alamatnya anda akan mendapat harta dan jika makan sehidangan dengan raja atau orang besar kehendak anda akan tercapai
* Bermimpi makan gula alamatnya seseorang akan berduka cita
* Bermimpi makan makanan masam memberi alamat anda akan sakit atau berduka cita
* Jika bermimpi memakan ubat alamatnya anda akan berada dalam keadaan aman dan sentosa
* Sekiranya bermimpi diri anda telah sembuh dari demam, menandakan cita-cita anda akan berjaya.
* Jika bermimpi muka anda merah atau hitam menandakan anda akan mendapat bahaya.
* Jika bermimpi gigi anda patah menandakan saudara anda akan mendapat kemalangan atau mati.
* Jika bermimpi diri anda dipukul orang atau mengalami perdarahan menandakan anda akan kehilangan harta.
* Jika bermimpi dimarahi guru, menandakan anda akan dimurkai oleh orang-orang besar.
* Jika bermimpi rumah anda atau rumah orang lain runtuh alamatnya anda akan difitnah.
* Jika bermimpi naik ke rumah besar atau mahligai yang indah anda akan memperoleh kebesaran di dunia dan akhirat.
* Jika bermimpi membuat rumah atau dinding alamatnya anda akan memperolehi kekayaan dan selamat dalam kerjaya anda.
* Jika bermimpi melihat rumah yang tinggi menandakan anda akan berkawan dengan orang jahat
* Bermimpi tangga rumah patah menandakan anda akan dikhianati
* Sekiranya di dalam mimpi anda anda berwudhuk alamatnya pekerjaan anda akan sempurna
* Jika bermimpi tidak boleh berenang atau sesak nafas yang teramat sangat menandakan anda akan memperoleh harta atau ilmu
* Sekiranya anda bermimpi berjalan atau berlayar ke sesuatu tempat yang jauh menandakan anda akan dipermuliakan orang
* Bermimpikan ayam sabung menyambung menandakan anak lelaki anda akan berkawan dengan orang baik
* Jika bermimpi melihat Allah Taala dengan ketiadaan yang menyerupai baginya dengan sesuatu , segala kehendak akan diperolehnya dan dialah WaliAllah yang beroleh kebesaran di dunia dan akhirat
* Sekiranya seseorang bermimpi melihat Rasulullah s.a.w anda akan masuk syurga
* Jika bermimpi melihat malaikat Jibrail a.s datang kepada anda, anda akan mendapat pahala di dunia dan akhirat
* Jikadi dalam mimpi seseorang itu melihat titian siratulmustaqim, seseorangitu akan mendapat pekerjaan yang baik dan dijauhi daripada kejahatan
* Sekiranya bermimpi melihat pendita atau fakir, anda akan dikurniakan sesuatu oleh Allah s.a.w
* Sekiranya bermimpi melihat lelaki lebih ramai daripada perempuan menandakan anda akan mendapat kebajikan
* Jika bermimpi memegang dakwat atau kalam, alamatnya anda akan memperoleh isteri, ilmu dan harta yang halal
* Jika bermimpi mata atau tubuh anda bercahaya alamatnya anda akan memperoleh kebajikan dengan sempurna.
Sumber: http://tazkirah.yolasite.com/info-islam.php
Friday, November 9, 2012
Rawatan Terapi Nur Illahi
Wajah atau muka merupakan bahagian badan yang paling mendapat perhatian.Islam tidak melarang manusia atau umatnya untuk kelihatan cantik, namun perlu mengikut garis panduan yang dibenarkan di dalam Islam. Nabi Muhammad SAW ada bersabda yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah ini Maha Indah dan Maha Cantik dan Allah suka yang indah-indah dan yang cantik-cantik.”
Terapi Muka Nur Ilahi biasa dilakukan untuk lebih menonjolkan kecantikan alamiah ( inner beauty ) seseorang , sehingga terapi tersebut ditujukan untuk memberi efek atau kesan selalu kelihatan menarik, segar dan kelihatan awet muda. Melalui pengisian kombinasi energy tingkat tinggi dan gelombang potensi energi Illahiah (dari ayat yang dipetik dari Surah Al-Ra'du) dialirkan dan seterusnya mengaktifkan aura seluruh badan, hingga mampu meningkatkan karisma, wibawa, daya pengasihan, kecantikan raut wajah & anti energy negatif.
Terapi Nur Ilahi bukan sahaja mengubah perwatakan tetapi juga mengubah perawakan. Bukan rupa-bentuk muka yang berubah tetapi cahaya pada wajahnya yang berubah, menyebabkan siapa sahaja yang melihatnya akan berasa senang.
Anda tidak perlu memakai susuk untuk kelihatan cantik. Susuk itu haram kerana proses memakainya membabitkan unsur syirik.
Kecantikan juga adalah salah satu bentuk ujian daripada Allah SWT. Bagi yang menggunakannya sesuai tuntutan agama, dia akan menjadi orang yang beruntung. Dan bagi yang menggunakannya di jalan yang salah, sangatlah merugikan dan berdosa.
Tapi bila dah meminta seri wajah tu... janganlah untuk tujuan menjadi riak... dosa bila takbur dengan nikmat Allah dan jagalah perilaku dan perangai kerana itu akan membuatkan anda menjadi orang yang paling cantik Subhanallah.....
Kos rawatan: (Terapi Mandian Nur Illahi* + Terapi Muka Nur Ilahi = RM150 sahaja.)
*1 x mandian di pusat rawatan, 3x mandian di rumah
Hubungi Puan Lina Amir 012-6854585
Mandian Aura Nur Pesona
Mandi Aura Nur Pesona bukan sahaja petua tetapi telah di kaji secara saintifik dan ia sangat bermanfaat kepada tubuh badan manusia. Dengan pengisian bioenergi tingkat tinggi, frekuensi kalamullah, ayat suci Al-Quran yang ampuh dan terpilih, InsyaAllah, sebagai ikhtiar untuk menyembuhkan penyakit (jika ada) dan memulihkan dari gangguan tenaga luaran. Mandian terapi aura menjadi salah satu terapi alternatif yang bermanfaat untuk meraih kejayaan dalam asmara (percintaan) , pergaulan, karier dan pekerjaan.
Mandian ini menggunakan bunga-bungaan, limau dan produk alami lain. Di rukyah dengan ayat-ayat al-Quran dan doa-doa khusus. InsyaALLAH anda akan merasai kesannya. Selepas rawatan mandian, pesakit akan diisi lagi dengan ayat-ayat Al-quran dan doa-doa tertentu. Pesakit juga dibekalkan amalan-amalan & doa-doa khusus. Mandian ini dijamin tidak bertentangan dengan hukum syara' dan akidah.
Kos rawatan: RM70 sahaja (Mandian di pusat rawatan & mandian susulan di rumah)
Pusat Rawatan saya di Paya Rambai,Jalan Bayam,Kota bharu,Kelantan
Sunday, July 8, 2012
Attention Plsss
Pada mereka yang berminat dgn Jamu Perawan tu,saya stop jual buat sementara,,Sebab sibuk dengan pindah rumah,,sibuk belajar lagi(perubatan Islam),bila dah on balik,,nanti saya info pada semua yg berminat,Terima Kasih Daun Keladi
LEPASKAN MEREKA PERGI
Assalamualaikum.dah terlalu lama blog ni saya tinggalkan,,kemalasan menulis yg teramat,dan mcm2 benda yang berlaku.
Tak lama lagi saya akan tinggalkan bumi Kelantan kerana terpaksa ikut suami yang berpindah tempat kerja,,,tapi tak kisah lah janji gajinya naik,,heee :)lagipun saya niaga sendiri,,,campak mana2 pun,dengan izin Allah,boleh hidup.
Saya cuma manusia biasa,bukan paranormal @ yg sewaktu dgnnnya,siapa yg datang minta bantuan,sy tolong,,sebab yang berkuasa cuma Allah.Pada yg email mengadu masalah,terima kasih saya ucapkan,,apa2 nasihat dtg dari hati saya yang ikhlas.
Semoga dapat membantu walau pun cuma sedikit..
Kalau inginkan kedamaian hati,Allah lah tempat yg harus kita tuju.solat,zikir...tak guna berhabis ribuan ringgit berjumpa dgn pakar sakit jiwa,jika hati kita tetap tidak tenang,,kerana jalan sebenarnya di depan mata,,cuma mata hati tertutup untuk kita melangkah..Allah yg harus kita tuju,,Dia dekat bila kita dekat.
Beberapa minggu lepas,ada seorang kawan bawa saya berjumpa seseorang,Seorang wanita dalam lingkungan 40 tahun..kata kawan saya,dah letih berubat,tapi tetap sama,dah berpuluh,mungkin beratus air tawar dah diminum,,ada tok bomoh yg kata kena gangguan saka lah,kena sihir la,kena badi mayatlah,, dia juga berjumpa dengan perawat Islam.
Wanita itu benar2 membuat hati saya sayu,dia kematian suami dan 4 orang anaknya dalam kemalangan kira2 6 bulan yang lepas,sejak itulah,dia seperti orang yang hilang akal,kata doktor.,masalah kejiwaan kesan dari kemalangan,ye lah melihat orang tersayang mati di depan mata,Sejak kemalangan itu,dia tidak pernah bercakap walau sepatah perkataan pun,,tetapi suka bercakap sorang,,kdg2 ketawa sorang2,aii,,seram sejuk la orang2 sekelilingnya.
Saya cuba dekat dengan dia,cuba bercakap,tapi dia malu2,dia lari ke bilik tidur..Bila saya sentuh tangan dia,,gugur air mata saya,,betapa kesedihan menguasai dirinya(biarlah saya panggil Puan R).Semangatnya hilang,,jiwanya kosong,air mata sudah kering,kesedihan dan kekecewaan mengatasi segala-galanya.Bila saya cuba scan,,bukan kesan gangguan jin @ saka,ada ,tapi apa yg saya nampak cuma roh2 4 orang anaknya,,Ya Allah,saya cuba tahan dari menangis,tiba2 perasaan rindu pada 3 org anak2 saya datang mencuit hati.
Perasaan sebak dan kesedihan saya membuatkan saya mati kata2,,roh 4 orang kanak2 itu memandang saya dengan sayu,saya faham,tapi saya tak tahu bagaimana nak ungkapkan perkataan pada Puan R.
Satu saja yang mampu saya cakap,"Akak,Lepaskanlah mereka pergi,cara akak tak redha dengan pemergian mereka,kesedihan akak yang terlampau serta kerinduan,membuatkan mereka tak dapat pergi dengan aman,kita hak Allah,padaNya lah kita kembali,hadiahkanlah doa pada mereka,redhakanlah pemergian mereka,"
Tiba2 Puan R menangis,,rupanya selama ini,kerana terlalu sedih dan tak redha,dia menyimpan semua kesedihan seorang diri.Buat kali pertama,setelah dkt 4 jam saya cuba dekati dia,saya dpt mendengar suaranya mengadu pada saya,tangisannya yang meragut hati saya.
Betapa segalanya dia simpan sendirian,,sejak hari kemalangan,tiada setitik pun air mata dia yg mengalir,kerana dia tak mahu anak2nya melihat dia menangis,,Betapa kerana ketidakredhaan seorang ibu atas pemergiaan anak2 kesayangannya,membuatkan roh2 4 anaknya tidak dapat pergi dengan aman.
Ya Allah,selama ini,aku ingat betapa beratnya dugaan yang Engkau beri padaku,aku alpa dan lupa,di luar sana,lebih ramai orang yang lebih berat dugaannya,Kadang2 kerana terlalu memandang bulan dan matahari,kita terlupa rumput dan tanah yang dipijak.
Semalam saya terima panggilan dari Mah,sepupu dan kawan rapat Puan R. Alhamdulillah,setelah 6 bulan,Puan R kembali ceria dan sudah kembali solat.Badan yang tinggal tulang sudah makin berisi.
Sebenarnya pada diri Puan R memang ada jin yang menumpang,Jin sesat,Datang kerana kesedihan melampau Puan R,ada lah yang sesat dalam 2,3 ekor,tapi Alhamdulillah,setelah bagi air tawar dan buang,Puan R dah kembali normal.Kesedihan dan kekecewaan yang melampau membuatkan makhluk lain dtg buat rumah tumpangan,free of charge.
Kisah Puan R ni mengajar saya lebih menghargai org2 yang saya sayang,ajar saya hargai setiap detik bersama mersa,membuat saya merasa teramat bersyukur sbb masih diberi kesempatan utuk bersama2 dgn org2 yang amat saya sayang.
Saya bukan orang pandai dan arif dalam hal buang membuang jin,setan..semuanya Kuasa Allah dan berkat ajaran Guru saya,Ustaz Halim.belajar pun sebab nak buang 'benda' pada diri sendiri,dan sebab nak off kan 'mata' satu lagi.Semua kuasa Allah,Dia dengar doa dan rintihan saya setiap kali solat fardu dan solat hajat,Sekarang saya blh on dan off kan 'mata' serta on dan offkan 'gelombang' perasaan orang lain,,jadi sekarang ni boleh la keluar malam dan meronggeng(beli barang) kat pasar malam.
Cuma kalau tersentuh orang tu,dapat jugak la terasa apa orang tu fikir dan rasa,sungguh tak selesa,,ada sekali tak sengaja(sebab ramai org kat pasar malam wakaf che yeh),saya terlanggar seorang lelaki,,dah tua gayut dah,Zapp terbaca fikiran orang tua tu,,Yakhhhhh,,,dah kubur dok panggil pun fikiran masih blue,,buat malu pakai ketayap je,,,,,Alahaiiiii....kena off record ni.
Apa pun dari kisah benar ini,,sama2 lah kita memanjatkan kesyukuran atas semua nikmatNya,sama2 kita hargai org2 yang berada disekeliling kita dan sama2 lah kita sentiasa redha setiap kali kita di duga.Sesungguhnya hanya Allah yang tahu apa yg terbaik buat hambaNya.
Al-Fatihah pada Saudara2 kita yang telah pergi.
(buat arwah ayah saya.Al-Fatihah)

Thursday, May 17, 2012
KENAPA?
Soalan pertama,,kenapa?blog sy tak glemer,,follower ciput,,pengunjung pun ciput,,,tapi blog sy kena hack,,tak blh bukak,,,sekarang baru blh,,setelah berusaha habis-habisan,,kenapa la,,mabuk ke org tu,,,ke sengall,,nak hack,,pgla blog yang femes ames,,baru puas hati,,setakat blog cikai mcm blog ni,,habih taik mata je,,,sekian,,terima kasih(macam tulis surat amaran,pulak)
Subscribe to:
Posts (Atom)