Friday, June 10, 2011

CERPEN 1: KERANA CINTA AISHAH (BAHAGIAN AKHIR)


Aishah sedikit gementar mendengar kata-kata Wak Salikin,tetapi dia sudah tidak ambil kisah lagi, sebab Husni sendiri sekarang ini sudah tergila-gilakan dia. Siti Zaida pula telah menangguhkan pengajian sebab tidak waras dan suka berbogel tidak kira waktu.
Setelah tamat pengajian dan Husni telah mendapat kerja yang tetap di sebuah bank terkemuka, mereka merancang untuk berkahwin. Hampa hati Aishah sebab Walid Husni tidak menyukainya. Orang tua itu seperti nampak Aishah menggunakan ilmu hitam untuk mendapatkan Husni. Aishah mula memasang niat untuk memisahkan Husni dari walidnya, tetapi orang tua itu seperti sangat liat untuk dijinakkan. Berminggu-minggu Aishah menyeru pendampingnya,menawarkan apa saja yang pendamping nya dan jenglot Wak Salikin mahukan asal hasratnya tercapai, ,agar nyawa Haji Salleh terpisah dari badannya. Akhirnya bapa mertuanya meninggal,setelah batuk berdarah selama 2 minggu tidak berhenti. Hati Aishah puas. Husni pula semakin sayang dan cinta padanya.
Husni terduduk mendengar pengakuan Aishah, air matanya mengalir tidak berhenti. Mak bedah terdiam termanggu,mahu saja dia meraung sekuat hati,tetapi suaranya tersekat.

“Abang tak kisah jika Chah nak bomohkan abng,tapi Walid tak salah,kenapa Chah kejam sangat,”Husni tidak dapat mengawal dirinya.

“Abang, Chah dah insaf,Chah merayu,maafkan Chah,Chah sangat sayangkan abang,tolongla,jangan tinggalkan Chah,Chah nak balik ke pangkal jalan. Umi,Chah minta maaf,minta ampun”Aishah merayu dan menangis semahu-mahunya.
“Chah sakit,Chah menyesal”

“Oh,jadi selama ni anak kita tu hilang dari dalam perut Chah,sebab Chah bagi setan Chah tu makan, yer”merah muka Husni menahan marah.

“Abang,Chah tak tahu itu benda yang dia akan ambil dari Chah,lepas Walid meninggal.Chah rasa bersalah,Chah tak puja dan seru benda-benda tu lagi”terang Aishah jujur.

Sedikit pun Mak Bedah tak memandang Aisah. Tidak sedikit pun hatinya terlintas menantunya sanggup bersekongkol dengan syaitan. Malah sanggup menyihir ayah mertuanya sendiri.
Husni mengemas bajunya,sakit hatinya belum reda. Dia sangat sayangkan Aishah,tapi rupanya sayang tersebut hasil ilmu hitam.

“Umi,jom kita pergi dari sini,Husni dah tak sanggup lagi,Husni tak tahan lagi,”Husni memujuk Mak Bedah.

Mak Bedah diam tanpa kata-kata. Dia meluru ke bilik air dan mengambil wuduk. Mak bedah membuat solat Isktikarah dan solat hajat. Dia buntu,jalan mana yang harus dipilih. Meninggalkan menantunya bermakna akan membiarkan menantunya terus tersesat. Tetapi untuk memandang wajah menantunya, hatinya terasa perit.

“Ya Allah,tunjukkanlah aku jalan. Tunjukkan jalan terbaik untuk aku,”air mata Mak bedah mengalir.

Tiba-tiba dia mendengar Aisah meraung. Husni telah menjatuhkan talak pada Aishah.

“Umi,kalau Umi tak mahu pulang lagi,tak ape,Husni tunggu Umi di rumah kita,Husni dah tak ada apa-apa lagi dengan Aishah,”Husni membimbit beg pakaiannya.

“Husni,dia dah menyesal,bagilah dia peluang,kita sama-sama bimbing dia,nak,”Mak Bedah memujuk lembut. Dia bertekad untu membawa Aishah ke pangkal jalan.
Husni diam seribu bahasa, dia terus berlalu pergi meninggalkan rumah.

2 TAHUN KEMUDIAN
“Umi,kita bakal dapat seorang lagi anak yatim,dia akan sampai esok,”Aishah bersuara sambil mencatat sesuatu

“Syukur, Alhamdulillah,dah bertambah ramai anak-anak yatim kat sini. Minggu depan kita boleh start kelas Tahfiz kita. Ustaz Muhammad dah setuju untuk jadi tenaga pengajar sukarela,”Mak Bedah tersenyum. Sesungguhnya Allah telah memberi hidayat padanya agar tidak meninggalkan Aishah 2 tahun yang lalu.
Allah juga telah memberi hidayat pada Aishah agar kembali ke pangkal jalan. Allah itu Maha Pengasih lagi Maha Penyayang,Maha Pengampun lagi Maha mengetahui.

“Umi,kita dapat lagi cek bernilai RM10,000, dari Hamba Allah ni,”Aishah menunjukkan sekeping cek kepada Mak Bedah. “Siapa dia ye,baik betul hatinya,Aishah teringin nak kenal siapa dia.”

Mak Bedah tersenyum. Di tanah pusaka arwah suaminya itu,didirikan Baitul Umi,tempat tinggal anak-anak yatim dan anak-anak fakir miskin. Mereka bukan sahaja diberi tempat tinggal,malah diberi juga pelajaran agama dan akademik.

“Sejak kita buka rumah anak-anak yatim dan pusat tahfiz ni,dah 4 kali Hamba Allah ni menderma ya Umi,”Senyum Aisah pada ibu mertuanya.
Seorang ibu berhati mulia,yang tidak pernah meninggalkannya waktu susah dan senang. Wanita yang banyak membimbingnya ketika dia jauh tersesat,merawat ketika dia menderita zahir dan batin.

“Alhamdullilah,syukur,” Wan Bedah memandang menantunya. Walau pun Husni sudah menceraikan Aishah, Wan Bedah tetap menganggap Aishah sebagai menantunya. Syukur, Aishah benar-benar sudah berubah. Dia telah menjadi wanita yang solehah. Segala benda yang pernah menjadi dampingannya,segala ilmu dan amalannya semuanya telah dibuang. Masih jelas lagi diingatan Wan Bedah betapa sakit dan seksanya Aishah disaat Ustaz Jamal berusaha merawatnya dan cuba membuang segala jin syaitan yang bersarang di dalam badan Aishah.

Sekarang segalanya telah berlalu. “Syukur Ya Allah,tapi tolonglah kembalikan Husni padaku kembali,Ya Allah yang Maha Besar,”sebak hati Wan Bedah mengenangkan anak lelaki tunggalnya yang hilang entah ke mana.

Tiba-tiba Wan Bedah terdengar suara yang amat dirinduinya.

“Umi,Husni pulang Mi,Husni pulang,”Husni bersuara

Wan Bedah memeluk erat anak kesayangannya. “Ya Allah,sesungguhnya Engkau selalu memakbulkan doa umatMu,Ya Allah.”

Aishah menyapi air mata yang mengalir,hatinya sebak. Lelaki yang amat dicintainya berada di depan mata. Tetapi mampukah dia berdepan dengan lelaki yang membenci dirinya. Aishah beredar ke arah dapur, tidak sanggup dia berdepan dengan bekas suaminya lagi. Tidak sanggup memandang mata Husni yang penuh kebenciaan.

“Chah,nak pergi mana?,tak suka tengok abang pulang ke?,”Husni bertanya lembut.

“Abang dah ampunkan Chah,abang sedar,siapa abang untuk menghukum Chah. Allah Maha Penyayang,dia bukakan pintu hati Chah untuk bertaubat. Abang juga sedar,memang pada mulanya abang berkahwin dengan Chah sebab ilmu yang Chah guna pada abang. Tetapi sebenarnya abang dah benar-benar jatuh cinta pada Chah sejak hari pertama perkahwinan kita. Chah isteri yang baik,tidak ada sebarang kecacatan pun layanan Chah pada abang. Chah sanggup bersengkang mata,mengaja dan merawat abang ketika abang sakit.”
“Sekarang Hamba Allah ni pulang untuk memulakan hidup baru sebagai seorang suami dan anak yang solehah. Bukan Chah yang menyebabkan kematian Walid,semuanya kehendak Allah. Lagipun doctor dah diagnos Walid ada sakit tibi,sebelum Abang kenal Chah lagi. Kami ingatkan Walid dah sembuh,ternyata kami yang khilaf. Sakit Walid makin teruk beberapa minggu sebelum dia meninggal. Semua ni perancangan Allah yang Maha Kuasa,”panjang lebar penerangan Husni. Harapannya agar hati Aishah tenang mendengar penjelasannya itu.

Mak Bedah tersenyum,betul tekaannya, Husnilah orang yang selalu mendermakan duit pada rumah anak yatim itu. Mulutnya tidak berhenti berzikir, Alhamdulillah. Syukur Ya Allah.Engkaulah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.

No comments:

Post a Comment