Sunday, June 26, 2011

KENAPA MESTI SAMAKAN ISTERI DENGAN PELACUR KELAS ATASAN



Layanan isteri yang baik terhadap suami tidak wajar disamakan sebagai layanan pelacur kelas pertama, kata Mufti Kelantan Datuk Mohamad Shukri.

Beliau berkata perbuatan menyamakan tugas seorang isteri melayani suaminya sebagai pelacur juga tidak berpandukan kepada peranan dan tanggungjawab sebenar isteri terhadap suami di sisi Islam.

"Jadi, sesiapa yang menyamakan tugas isteri melayan suami sebagai pelacur kelas pertama tidak wajar dan berilmu," katanya kepada Bernama, di sini hari ini.

Mohamad Shukri mengulas kenyataan Naib Presiden Kelab Isteri Taat Dr Rohaya Mohamed baru-baru ini, yang menyarankan golongan isteri patuh dan melayan suami seperti 'pelacur kelas pertama'.

Kenyataan itu dikecam banyak pihak termasuk Timbalan Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM) Musa Awang yang menyifatkannya sebagai kenyataan "biadap dan celupar".

"Isteri bukanlah seorang pekerja seks bagi suami. Tugas isteri melayan suami adalah suatu ibadah yang diberi ganjaran pahala dari Allah.

"Walaupun suami diwajibkan memberikan nafkah kepada isteri dalam bentuk tempat tinggal, makan minum, pakaian atau wang ringgit, ia bukanlah sebagai ganti kepada khidmat seks yang isteri berikan.

"Ia adalah suatu amanah dan tanggungjawab kerohanian yang telah ditetapkan oleh agama, yang juga diberi ganjaran pahala oleh Allah," katanya.

Isu panas ni dah lama sejuk sikit berbanding semasa mula2 penubuhannya dahulu..Tetapi wajarkah seorang isteri disamakan dengan pelacur kelas atasan...Hmmm,,maksudnya sy pun kena pakai baju seksi maut,ada 2,3 urat kain jer,,,dgn ada bling2 gitu yer,,yg penting, sekali servis isteri kena mintak dlm ribu2(kata kelas atasan),,maka banyakla suami2 yg terjun lombong kerana terkejut katak dek keseksian bini yg melampaui batas(dpn suami je x per la),,terjun tingkap sbb jadi pokai,sbb kena byr ribu riban,telan air liur sbb bini yg seksi ni x buat kerja rumah n layan anak2,tak masak,,yelah pelacur kelas atasan mana buat semua tu,kan?kan?anak2 pun terkeluar bijik mata,,n keluar nanah dr hidung sbb mak2 mereka terlalu seksi(Fasha Sanda Dan Rozita Che Wan pun angkat bendera,,undur diri sbb ramai lg yg seksi berbanding depa)

Sbnarnya x timbul isu isteri kena jadikan diri mereka sperti pelacur kelas pertama utk memikat suami mereka. Kalau sebuah keluarga itu dibina atas dasar kekeluargaan Islam, jadilah keluarga tu keluarga bahagia dan x timbul isu suami cari perempuan lain. Kita sbnarnya dah ada guideline agama dan Rasulullah saw sbagai contoh, nape lak isteri kena jadi pelacur klas pertama!
Bukan semua lelaki melanggan pelacur,lebih2 lagi yg kelas pertama,,seks bukan segala-galanya dalam rumah tangga,,walaupun penting,tapi itu bukan faktor utama untuk menjamin kebahagiaan sesebuah keluarga. Apa guna isteri bagi layanan bagai kelas atasan,tapi rumahtangga tunggang langgang,rumah macam tongkang pecah,,baju2 menimbun,x berbasuh,anak2 dn suami tiap hari kelaparan,rumah pun berbau semacam,anak2 cemolot mcm anak x der mak bapak,dan macam2 lagi,,,Bahagia ke?jamin ke suami x carik lain lagi?
Bayangkanlah statistik terbaru menunjukkan masalah perceraian yang dikatakan berlaku setiap 15 minit atau anak luar nikah yang lahir setiap 17 minit.jadi mari sama2 kita fikirkan jalan penyelesaian terbaik,bkn dgn cara penubuhan kelab,kemudian samakan isteri dengan pelacur kelas atasan

p/s:kalau sy pakai baju hitam,,seksi maut,,bling bling,,ada 2,3 urat benang jer,,,agak2 mesti mr suami muntah 5,6 kali,,kemudian benam kepala dlm tandas,,anak2 mesti buat x kenal,,x pun pakat gelak beramai2 dgn bapaknya sekali,,waaaa..kelas atasan...i like?

7 comments:

  1. kalau pelacur boleh ler buat menggoda babas gitu sebab dia buat tanpa perasaan dalaman...hanya terbayang duit jer kan???
    Lagipun kan..depa2 ni tau ker camner pelacur kelas atasan tu punya kerja???
    saya xtau, sebab x pernah pun tengok..hehehe

    ReplyDelete
  2. agaknya mereka ni pelacur atasan yg sebenarnya kot..

    ReplyDelete
  3. suruh depa bg duit laaaa,,nk suruh jd mcm pelacur atasan,,baju dok guling2 rumah pun ratus2,,x ler beli kat pasar mlm mcm kita ni,,,,x pyh buat kerja lain ler,goyang kaki jer,dh atasan namanya....

    ReplyDelete
  4. ada ke itu dijadikan contoh..jadilah isteri nabi ke , anak nabi ke sebagai contoh...
    mcm pelacur nak kita buat tarian tiang dalam rumah ke..gelik hokehhhhh

    ReplyDelete
  5. waaaa,,tarian tiang tu mcm best jgk,,tigershow (asalnya dr thai girl show)sesekali,,ha,,ha,,,ha,,haa..daku x terfikir pulokkk,dasat syahadah ni,,,eeheee,,he

    ReplyDelete
  6. Tak perlu kot persamaan cam gitu kan..hurmm lagi pon atok nenek kite tak ade pulak camgitu dulu..okey jek...loving jek sampai ke akhir hayat...org dulu2 lebih pentingkan kesopanan hurmm

    ReplyDelete
  7. zippo:hang kena wat blog jgn berkisar psl bola sgt,,sbb pendapat awk dlm entry2 tu mmg bernas,,,n ada kelasss...blh maju jauh lg..mcm otai2 blogger lain

    ReplyDelete