Lukisan ni terpampang dalam Utusan Malaysia 15/6/2011
Jahil agama betul,saya pun bukan orang alim ulama' tapi saya belajar Syariah,Saya belajar tentang undang2 Islam....haiiiii
"Dalam hukum Islam jelas dinyatakan bahawa apabila seseorang Islam dituduh melakukan zina orang yang menuduh perlu dibawakan empat orang saksi yang tidak fasiq."
Dalam perkembangan terkini,Persatuan Ulama Malaysia (PUM) mencadangkan pelukis kartun bertajuk 'Kekeliruan Kes Rogol' yang disiarkan di Utusan Malaysia hari ini diheret ke mahkamah kerana menghina Islam.
Cukuplah Islam dihina oleh musuh Islam, janganlah orang Islam sendiri yang menghina hukum yang Allah tetapkan disebabkan kejahilan sendiri.Kenali dulu hukum Islam sebelum bertindak menghina Islam dan menunjukkan kejahilan pada orang awam yang tidak bodoh.
Ini bukan pandangan politik saya,saya tidak suka berbicara soal politik,tapi ini berkait dengan agama,jika tidak tahu dan tidak faham,lebih elok bertanya,kaji dan study sebelum mempermainkan hukum Islam yang telah ditetapkan oleh Allah
No comments:
Post a Comment