Monday, June 13, 2011
Gelombang
Pernahkah anda memikirkan, memerhatikan, merenung dan merasakan... lintasan-lintasan hati serta emosi anda ketika bersendirian... ketika di rumah, ketika di masjid, ketika di pejabat... apakah perasaan-perasaan yang anda alami?
Tenang..? Sayu..? Sepi..? Syahdu..? Rasa keseorangan..? Tekanan perasaan..?
Dan bandingkan pula ketika anda berada di tengah-tengah orang ramai... ketika berjemaah di masjid, ketika membeli belah di pasar raya, ketika bersesak-sesak di pasar malam... apakah perasaan-perasaan yang kita alami ketika itu...?
Kebiasaannya ketika berjemaah di Masjid anda akan merasakan ketenangan, merasakan bersemangat, merasakan adanya kekuatan diri... Tetapi ketika membeli belah di pasaraya yang di penuhi oleh orang ramai.. apa yang anda rasakan? mungkin pening kepala..? mungkin hilang sabar..? mungkin keinginan membeli yang membuak-buak sehinggakan anda membeli benda-benda yang tidak sepatutnya anda beli... Dari mana perasaan-perasaan sebegini timbul?
Apatah lagi ketika anda bersesak-sesak di pasar-pasar malam... apa yang anda rasakan? teruja..? tenang..? sayu..? atau tekanan...? hilang sabar..?
Setiap benda yang ada di muka bumi ini ada gelombang nya, samada benda-benda seperti batu, pokok, meja, peti ais, pen, warna, nama, nombor dan lain-lain... begitu juga dengan benda-benda yang hidup seperti tumbuh-tumbuhan, binatang, manusia, organ-organ dalaman seperti jantung, buah pinggang, tidak ketinggalan juga perasaan-perasaan dan pemikiran manusia seperti marah, sayang, sedih, gembira... semuanya ada gelombang-gelombangnya tersendiri....
Dan gelombang-gelombang ini samada bersifat gelombang yang "baik" atau gelombang yang "jahat" dapat dipindahkan atau terpindah samada secara sengaja atau tidak sengaja kepada objek-objek ataupun kehidupan disekeliling kita samada benda, tumbuhan, haiwan ataupun manusia...
Dan perpindahan tenaga gelombang-gelombang ini boleh berlaku samada secara berhadapan, di dalam telefon, dihadapan televisyen, mendengar radio, ber"chatting" di internet samada di forum-forum, facebook dan lain-lain lagi...
Apa yg sy sering lalui,bila Allah anugerahkan berkebolehan merasakan gelombang-gelombang pemikiran manusia disekeliling saya, yang menjadi masalahnya, apabila ada orang marah, sedih, tertekan atau berfikiran jahat berada berdekatan, gelombang-gelombang perasaan yang saya rasakan itu menjadikan pemikiran saya sangat berserabut..
Sukar juga mengalami perkara sebegini kerana sekiranya diri sy tidak cukup kuat (sy mmg x cukup kuat)gelombang-gelombang yang dirasakan itu akan mengakibatkan sy sakit kepala, lemah-lemah dan bisa-bisa badan...
Kerana x cukup kuat juga,sy merasai gelombang kesakitan yg dialami oleh org yg sakit.Syukur skrg sy dh berjaya kawal. Cuma gelombang perasaan itu masih juga x bisa sy lawan.
Pernah bila sy bersalaman dgn seseorang,perasaan sy terasa amat sayu,n hampir menitiskan air mata,sy tahu wanita itu mengalami tekanan yg keterlaluan,gelombang yg sy alami kdg2 membuatkan sy sgt2 tertekan,,bdn sy merasa bisa n penat.
Pernah juga sy berbual dgn seseorang tapi sy dpt merasakan perasaan marah yg membuak-buak.Semuanya berlaku secara tiba2,sbb itulah kdg2 sy x suka pergi ke pasar malam @ tmpat yg sesak,Pelbagai gelombang perasaan org yg sy rasai,membuatkan sy serabut n akan cepat merasa marah2. Sy sgt berharap dpt kawal diri sy n akan cukup kuat mengawal gelombang2 tersebut. Itulah antara doa sy pd Allah setiap hari.
Hakikat sebenarnya, samada kita mahu atau tidak mahu kita sangat-sangat terdedah dengan gelombang-gelombang "baik" atau "jahat" ini pada setiap masa...
p/s:jgn menangis atau bersedih ketika mandi @ berhadapan dgn air,kerana air merupakan perakam yg hebat,rakaman sedih yg dirakam oleh air akan menyebabkan air wajah seseorang menjadi kelam n hilang seri,itulah slh 1 keistimewaan air yg dicipta oleh Allah
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment