Wednesday, June 29, 2011
MATA KE 3,DERIA KE 6
ESP adalah satu terma yang mewakili seluruh fenomena mata ke-3, deria ke-6, firasat, kasyaf, gerak hati, mendengar suara ghaib serta bermacam-macam lagi perkara yang dianggap ajaib atau pelik oleh sesetengah pihak.
Seperti yang tersedia maklum, manusia mempunyai 5 pancaindera seperti melihat (mata), mendengar (telinga), bau (hidung), merasa (lidah) dan sentuhan (kulit). Fenomena ESP adalah dimana seseorang itu menggunakan kelima-lima pancainderanya secara maksima yakni “menggunakannya dengan lebih dalam”. Terdapat juga kes yang dialami oleh mereka yang pernah terlibat dengan kemalangan tetapi koma dan apabila terjaga dari koma, mereka mendakwa memiliki ‘kuasa psikik’….
Akan tetapi, dalam ketika kita menjalani kehidupan, manusia sering atau kadang-kadang “melalui” fenomena ESP tanpa sedar atau tidak sengaja seperti : –
Firasat
Merasakan seperti sesuatu perkara akan terjadi dan mendorong kita untuk menyebut ” Firasat aku mengatakan……..”
Rasa seperti sedang diperhatikan
Ketika berada di tempat awam dan dengan tiba-tiba terasa ada orang yang sedang memperhatikan dan setelah menoleh dan meninjau, ternyata anda sedang diperhatikan… dan anda yakin bahawa perasaan sebelum menoleh dan meninjau itu benar.
Mimpi
Anda bermimpikan saudara atau rakan datang menziarahi anda dan sememangnya mereka yang anda mimpikan itu benar-benar datang pada keesokan harinya… atau mimpi apa pun yang menjadi kenyataan di kemudian hari.
Rasa seperti pernah berada ditempat ” itu ” sebelum ini
Ketika mengunjungi sebuah tempat yang baru atau tidak pernah mengunjungi atau melalui kawasan baru itu, anda tiba-tiba merasakan seperti pernah sampai disitu sebelumnya malah anda mengenali setiap bentuk geografi serta stuktur bangunan.
Terdengar ada orang membisikan nama anda
Ketika anda sedang duduk diam atau bersantai, tiba-tiba anda seperti mendengar seseorang membisikan nama anda sedangkan pada waktu itu anda hanya bersendirian.
Bayangan dalam fikiran
Sedang anda duduk diam samada memejam atau membuka mata, tiba-tiba anda melihat satu bayangan berupa wajah atau stuktru lengkap seseorang dalam fikiran anda.
Kebetulan yang melebihi dari sekali
Ketika anda ingin menelefon rakan atau saudara dan ketika anda sedang mencari nombor telefonnya, dengan tiba-tiba, mereka yang ingin anda hubungi itu telah menelefon anda terlebih dahulu sebelum anda menelefon mereka.
Fenomena-fenomena diatas dapatlah dikategorikan sebagai : –
Clairvoyance –
Melihat sesuatu dari dimensi lain, penglihatan yang melangkaui ruang lingkup waktu, penglihatan yang tidak dimiliki oleh kebanyakan manusia, atau kasyaf.
Clairsentience –
Merasakan sesuatu, firasat, gerak hati, atau intuisi wanita.
Clairaudience –
Mendengar suara ghaib atau sesuatu yang sangat halus.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
beruntung lah sesiapa yg ada deria ke6 tu.bukan senang nak dpt.
ReplyDeletepompuan terutamanya kaum isteri dn ibu banyak ada deria ke 6 ni,terutama hal melibatkan keluarga,suami, dn anak2..hebatkan kaum pompuan ni,,tgk psikik kat oversea bnyak pompuan dr lelaki 10:1
ReplyDeletekebtulan tu selalu lah ada pd saya , bila tidur malam ni fikir esok nak call mak , last2 esok mak call sy , mcm semalam tidur teringat kat kawan sorang tu lama tk bersms tiba2 hr ni dia msj .. adalah saya ? hehe
ReplyDeletemeh join ni mel
untuk KSRS :
http://honeyvsbee.blogspot.com/2011/06/ksrs-2-kenangan-dulu-dulu.html
wah,,puan bee dah start buat segmen tu dh,,nak cari idea dulu ni,,perah otak sikit...
ReplyDelete