Monday, June 6, 2011

Silat-Seni pertahanan diri @ perangkap syirik?



Persoalan yang selalu timbul adalah bagaimana membuktikan sesuatu silat itu bersih dari unsur syirik? Dari pengamatan saya hujah secara ilmiah juga menemui jalan buntu.Pihak jabatan agama tidak dapat menemui kaedah yang pasti untuk menilai samada ilmu,jurus atau kaedah yang digunapakai adalah syirik(pesilat mendakwa pihak jabatan agama tidak dapat membuktikan kaedah mereka syirik)

Larangan jabatan agama kepada pertubuhan silat menggunakan istilah-istilah yang berbau keislaman juga tidak diendahkan.Antaranya penggunaan istilah lam jalalah,jurus yang menggunakan huruf seperti mim,ha dan dal masih digunakan.Begitu juga terdapat pertubuhan silat yang masih berdegil melanggar larangan jabatan agama menjadikan perintah agama seperti solat lima waktu,taat kepada ibubapa dan lain-lain sebagai peraturan pertubuhan menyebabkan orang ramai lebih sukar untuk membezakan samada silat itu ada unsur syirik atau tidak.

Dari segi kaedah rawatan Islam terdapat kaedah mudah untuk membezakan samada sesuatu silat atau ilmu tertentu itu adalah syirik iaitu menggunakan jin atau tidak? Caranya adalah melakukan ruqyah syariiyah yang lengkap ke atas pesilat berkenaan dan dilakukan mandian ais intensif.Kebiasaannya bagi kaedah yang menggunakan jin maka pesilat akan membuka langkah silat ketika dibacakan ruqyah atau ketika dimandikan.Terdapat juga tanda kecil lain seperti pesilat merasakan kepanasan di belakang badan atau pergerakan di bawah kulit di anggota tertentu.

Kebiasaannya silat yang menggunakan jin ini menyebabkan pesilat sakit di belakang badan ketika usia lanjut atau sakit anggota tertentu.Terdapat juga faktor lain seperti serangan sakit kepala yang teruk ,kelemahan mental yang ketara(pelupa,nyanyuk),sikap fanatik kepada guru sehingga macam wajib menatap gambar guru setiap hari dan jurus-jurus superpower hebat yang dipelajari dengan menghabiskan masa bertahun-tahun dan puluhan guru tetapi tidak dapat digunakan sedikitpun untuk menentang Israel,Amerika .

Adalah wajar pesilat menilai semula halatuju persilatan iaitu adakah hanya ingin manjadikan silat sebagai kebanggaan bangsa Melayu (tanpa membuang unsur syirik)melebihi bangsa lain dan terkenal di dunia atau silat sebagai seni mempertahankan diri yang wajar dipelajari(dengan membuang unsur syirik dan berakhlak Islam-bukan dengan sebutan jihad Melayu,kunci Melayu dan sebutan Melayu yang lain)untuk menentang musuh Islam dan pembela umat Islam sejagat terutamanya musuh dalam selimut iaitu golongan sekular,liberal dan golongan anti hadis yang bermacam ragamnya.

Sumber:Blog Perawat Islam

No comments:

Post a Comment