Sunday, January 1, 2012

Ahlan Wa Sahlan 2012


Selamat tahun baru 2012..tak tahu apa yang bakal kita lalui pada masa2 yang mendatang,,,semoga kita sama2 tabah mengharungi walau sebesar masa rintangan & dugaan yang bakal kita lalui

Segala yang telah berlalu,jadikan pengajaran,agar kita sentiasa tabah.Walau kita pernah jatuh terduduk,tertiarap hatta tertonggeng sekali pun,bangunlah,walau kita terpaksa merangkak & bertatih kembali,sesungguhnya sinar harapan masih jelas terpancar & mampu kita gapai.

ketahuilah,setiap perkara yang menimpa kita sebenarnya adalah takdir Allah SWT berdasarkan kemampuan seseorang.

Firman Allah SWT:"Boleh jadi kamu membenci sesuatu,padahal ia sangat baik bagimu,dan boleh jadi(pula),kamu menyukai sesuatu,padahal ia sangat buruk bagimu;Allah Maha Mengetahui,sedangkan kamu tidak mengetahui."(Al-Baqarah,ayat 216)

Ingatan juga pada diri saya sendiri,setiap amalan serta perbuatan kita di dunia akan disoal di akhirat,Kita yang akan dipertanggungjawab sepenuhnya.

:"Dan ingatlah,tatkala Tuhan kamu memberitahu,demi sesungguhnya jika kamu bersyukur,nescaya Aku akan tambahi nikmat-Ku,dan demi sesungguhnya jika kamu kufur,ingkar,sesungguhnya azab-Ku amat keras."(Surah Ibrahim,ayat 7)

-MEL Haslina Amir-

1 comment:

  1. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete