Saturday, January 1, 2011

JIN SAKA

Jin saka adalah jin yg diwarisai dari ibu ,bapa,datuk,nenek,@ moyang pewaris berkenaan.amat disayangi oleh ibu atau bapa yang bersaka.Mangsa saka biasanya anak sulong@bongsu@ anak yg disayangi@juga anak yg dipanggil mempunyai 'tapak' yg elok bg jin saka tersebut Ibu atau bapa ini pula sebenarnya mewarisi saka dari generasi sebelumnya sehinggalah sukar untuk mengetahui bilakah starting point kehadiran saka berkenaan.
Melalui pengalaman perawat,mereka mendapati jin-jin saka kebanyakan telah tua, ini kerana generasi saka sekarang berada pada generasi ke-6 dan ke-7 jika dikira dari generasi pertama.

Umur jin panjang, ia mula bersekolah menengah diusia 80 tahun, berkahwin seusia 200 tahun dan gagah perkasa diketika umur 200-500 tahun. Ketika berumur 500 tahun ke atas jin mula dizaman manepouse dan sudah tidak bergigi, rabun dan bongkok apabila berumur 700 tahun ke atas.

Bagi mereka yang mewarisi sejenis sahaja (lelaki atau perempuan) jin2 ternyata semakin tua berusia 700 tahun ke atas. Gejala kepada pewaris saka adalah mudah pelupa dan penyakit-penyakit yang sukar sembuh seperti asthma, resdung, kurap, kudis dan banyak lagi. Jika pewaris saka ini mewariskan saka kepada generasi seterusnya kemungkinan anak ini kurang siuman, gila, sindrom down, cacat anggota dan sebagainya.
Gejala saka ini sukar dikesan kecuali ada kesungguhan dan melalui proses rawatan ataupun apabila sipewaris diganggu secara jin sihir. Apabila seseorang yang bersaka disihir, jin2 saka ini menjelmakan dirinya pada pewaris seolah-olah mahu membantu anak buah jagaannya… dengan kata lain jin saka tidak semestinya berada pada batang tubuh pewaris berkenaan… mereka keluar masuk kecuali jika jin2 ini telah tua, buta dsb
Secara umum ramai berpendapat majoriti orang melayu ada jin saka. Adakalanya bilangan jin saka menjangkau angka 1,000 ekor dan akan diwarisi sehingga 7 generasi akan datang.



KENAPA ORANG MELAYU BERSAKA ?



Sejarah mencatitkan bahawa orang melayu adalah berasal dari rumpun melayu Kepulauan Indonesia samada dari Kepulauan Sumatera, Jawa ataupun Banjarmasin/Kalimantan. Atok-nenek kita membuka tanah di Tanah Melayu. Sejarah menyatakan kekuatan atok-nenek kita membuka berpuloh ekar tanah hutan-belantara secara solo. Secara logiknya mana mampu tulang empat-kerat manusia ini melakukan kerja sukar ini. Kajian mendapati adanya permohonan pertolongan kepada jin2 dalam kerja2 begini.


Apabila mahu meninggalkan keluarga bagi membuka kawasan yang baru… jin2 juga dipanggil untuk menjaga rumah, keluarga dan kebun. Begitulah kepergantungan generasi dahulu kepada makhluk bernama jin.
Umur manusia pendek, paling lama 100 tahun. Tetapi jin2 yang berkhidmat dengannya masih muda belia. Jin2 ini telah sebati hidup dengan manusia. Kematian rakan kongsi menyebabkan jin ini berkhidmat dengan anak2 orang berkenaan seterusnya dan seterusnya.


TANDA-TANDA SAKA

Tidak ada tanda khusus tetapi secara umumnya orang yang diganggu saka dapat dikenalpasti seperti berikut:

1. Sukar menghafal ayat-ayat Al-Quran

2. Malas berzikir

3. Berpenyakit yang sukar diubati seperti asthma, resdung, stroke, gatal2, kudis dsb

4. Terasa kejadian hari ini pernah diilhamkan dalam fikirannya sebelum ini

5. Ada bahagian-bahagian tertentu pada tubuh yang sakit dalam tempoh yang lama

6. Jika dia berzikir secara berterusan ada gerakan seperti denyutan pada bahagian2 tertentu tubuh.

7. Ada dikalangan keluarga yang gila, sindrom down dan cacat

8. Sukar tidur malam

9. Tidak kemas dan tidak berdisiplin

10. Tidak ada keazaman atau tidak bercita2

11. Lambat kahwin

12. Sukar mendapat anak

13. Berfikir secara dua perkara dalam satu masa

14. Boleh merawat atau mengurut yang luar biasa

15. Boleh melihat perkara2 yang diluar penglihatan umum seperti melihat jin, mengetahui kemalangan di tempat yang jauh, perlakuan curang orang yang tersayang dsb
Kesimpulannya kewujudan jin saka dalam badan manusia mampu memberi kesan negatif pada kehidupan manusia baik dari segi fizikal dan sosial,oleh itu ia perlulah dibenteras kerana pengaruhnya dalam kehidupan yang turun-temurun.



KAEDAH RAWATAN



-Segera berjumpa PERAWAT ISLAM yang berdekatan dan bukannya bomoh.

-Mesti ada kerjasama dan persetujuan keluarga dahulu.

-Diubat usul dahulu (ahli keluarga yang paling tua).

-Sesudah selesai ubati usul,barulah ubati anak dan cucu pula.

-Semua barang2 warisan atau yang berkaitan perlu dimusnahkan/dimatikan pengaruhnya.

-Disiplin diri/istiqomah ketika mengamalkan zikir-zikir rawatan amatlah penting

1 comment:

  1. saya yakin, saya di ganggu Jin kerana pengalaman sebelum ini yg kembali berulang. Gangguan adalah sejenis kegatalan, seperti kesan digigit nyamuk tapi apabila digaru ia akan terus berkembang.

    Saya yakin kerana pengalaman sebelum ini, semasa saya kena gatal-gatal, saya syak adalah penyakit biasa atau disebabkan serangga.Akan tapi tidak sama apabila kegatalan saya ditahap kemuncak dan badan saya sudah menjadi keseluruhan mengembang kemerahan..tiba2 telah merasuk orang terdekat saya dan menyatakan saya telah mengacau nye..setelah dipujuk keluar n jgn kacau..saya pun kembali pulih.

    sekarang hal ini kembali lagi, tetapi skrg duduk dgn kawan bkn bersama keluarga seperti kes dulu dan saya tidak tahu silap saya.

    bagaimana saya mahu menyelesaikan masalah ini berseorangan? boleh akak scan saya dari jauh

    ReplyDelete