Saturday, January 1, 2011

RAHSIA PERGERAKAN LELAKI

Tidak sukar untuk mengenali lelaki. Jika kita tahu menilai pergerakannya kita pasti akan tahu diri lelaki itu. Pada lelaki tingkahlakunya lebih memberi makna daripada kata-katanya terutama apabila dia sedang berbual dengan wanita.(Lelaki yang rajin berbual dengan wanita tanpa keperluan mungkin terlupa dia akan disoal oleh Allah di akhirat nanti)




Mengganggukkan kepala

Apabila anda berbual dengan seorang lelaki dan dia menggangguk-anggukkan kepalanya itu membuktikan yang lelaki itu seorang yang mengambil berat dan sentiasa ingat mengenai diri anda. Dia juga sentiasa membantu bila diperlukan pertolongan.(sudahkah dia mengambil berat terhadap keluarga atau ibunya atau umat islam yang miskin atau umat islam yang melakukan maksiat)



Mendekatkan badan

Apabila seorang lelaki mendekatkan badannya kepada diri anda bila berbual dengannya, dia adalah lelaki yang menarik dan mampu menarik ramai orang lain tetapi kadang-kadang bersikap keterlaluan.(dia mungkin ingin menghampiri zina dan mendekatkan dirinya ke neraka Allah)



Merenung

Lelaki ini jenis peminta kerana dia mahu mengetahui apa yang anda boleh tawarkan kepadanya sama ada dalam pekerjaan, persahabatan atau cinta.(ini adalah salah satu cabang sihir ain,iaitu menggunakan kekuatan mata)



Menggerakkan tangan dan badan

Lelaki ini memberangsangkan, bertanggung jawab dan mempunyai rasa cinta yang mendalam. Lelaki ini beranggapan kata-kata tidak cukup untuk membuktikan kesucian cinta, oleh itu pergerakan adalah sebagai bukti untuk menunjukkan kesungguhan. Dia juga seorang yang sensitif dan baik hati.(Bolehkah dia menggerakkan badannya untuk bersolat jemaah dan berjihad menentang golongan sekular)



Suka berdiri

Apabila bercakap, anda duduk dan dia berdiri. Lelaki jenis ini melambangkan yang jiwanya suka menguasai dan mengongkong. Dia suka mempengaruhi orang lain untuk kepentingan dirinya dan dia juga pantang mengalah.(Adakah dia mampu mengalahkan keegoan pihak Yahudi)



Memandang mata

Ini dalah sifat lelaki yang yakin dan berterus terang. Dia juga sentiasa memberi perhatian, berusaha menjaga hati semua orang, tidak kira bagaimana rapatnya hubungannya dengan orang tersebut.(Jika terlalu lama sama dengan merenung di atas.Orang yang suka memandang wanita mudah rosak pandangan hatinya kepada kebenaran)



Sensitif pada jarak

Bila bercakap dengan orang lain, lelaki ini duduk atau berdiri pada jarak tertentu bergantung kepada sejauhmana kemesraannya dengan orang itu. Dia jenis lelaki yang tahu apa yang insan lain tidak suka.(Mudah-mudahan dialah lelaki soleh yang mencintai Rasul saw sepenuh hati)



Meniru gerak

Lelaki ini terpengaruh dengan rasa dan tingkah laku orang lain yang suka mempengaruhinya. Dia mudah di bawa berbincang dan suka menurut asalkan ia tidak menimbulkan masalah.(Imannya lemah kerana dikuasai oleh persekitaran,sepatutnya dia mengubah persekitaran dengan kepanasan iman yang memancar dari hatinya)



Cara-cara mengenal tingkah laku di atas adalah di antara cara untuk mengenal lelaki dan sekurang-kurangnya wanita boleh bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan.(Dan mengenali nilai iman pada manusia bukan pada penampilan luaran yang bergaya)


Sumber:Blog rawatanislam

No comments:

Post a Comment