Tuesday, December 27, 2011
Ingatan Untuk Wanita
SEPULUH jenis seksaan yang menimpa wanita
yang diperlihatkan kepada Nabi Muhammad SAW
ketika melalui peristiwa Israk dan Mikraj,
membuatkan Rasulullah menangis setiap kali
mengenangkannya.
Dalam perjalanan itu, antaranya Baginda
diperlihatkan
(1) perempuan yang digantung
dengan rambut dan otak di kepalanya mendidih.
Mereka adalah perempuan yang tidak mahu
melindungi rambutnya daripada dilihat lelaki lain.
Seksaan lain yang diperlihatkan Baginda ialah
2) perempuan yang digantung dengan lidahnya dan
3)tangannya dikeluarkan daripada punggung dan
4)minyak panas dituangkan ke dalam
kerongkongnya.
Mereka adalah perempuan yang suka menyakiti hati suami dengan kata-katanya.
5) perempuan digantung buah dadanya dari arah punggung dan
air pokok zakum dituang ke dalam kerongkongnya. Mereka adalah perempuan yang menyusui anak orang lain tanpa keizinan
suaminya.
6) perempuan diikat dua kakinya serta dua tangannya sampai ke ubun dan dibelit beberapa ular dan kala jengking. Mereka adalah perempuan yang boleh solat dan berpuasa tetapitidak mahu mengerjakannya, tidak berwuduk dantidak mahu mandi junub. Mereka sering keluar rumah tanpa mendapat izin suaminya terlebih duludan tidak mandi iaitu tidak bersuci selepas habis
haid dan nifas.
7) perempuan yang makan daging tubuhnya sendiri manakala di bawahnya ada api yang menyala. Mereka adalah perempuan yang berhias untuk dilihat lelaki lain dan suka menceritakan aib orang lain.
(8) perempuan yang memotong badannya sendiri dengan gunting dari
neraka. Mereka adalah perempuan yang suka memasyhurkan diri sendiri supaya orang melihat akan perhiasannya.
(9)perempuan yang kepalanya seperti kepala babi dan badannya pula seperti keldai. Mereka adalah perempuan yang suka mengadu domba dan sangat suka berdusta.
(10) rupanya berbentuk anjing dan beberapa ekor ular serta kala jengking masuk ke dalam mulutnya dan keluar melalui duburnya. Mereka adalah perempuan yang suka marah kepada suaminya dan memfitnah orang lain
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment