Assalamualaikum. Maaf kalau posting kali ni ada yg terkilan & tak selesa.Dah lama saya perhati,hari ni tanya pak cik goggle,,pak cik goggle tunjuk banyak benar kumpulan yang menyelidik tentang dunia paranormal ni.Bezanya golongan moden ni guna kaedah canggih manggih/gadget terkini.
Sebenarnya saya tak berapa pasti tujuan asal group2 mcm ni ditubuhkan,nak tengok hantu/jin @ suka2 @ apa.Yang paling glemer geng paranormal ni geng Uncle Seekers.
Sapa2 yang join group paranormal tlg explain tujuan(mcm la depa bukak blog akus..hu..hu..hu)
Yang saya kompius bila depa buat aktiviti,kaum hawa berpakaian tak tutup aurat a.k.a aurat terbuka.Kenapa saya komplen macam tu?,sbb mereka menjejak entiti paranormal tetapi mereka berada dalam keadaan di mana syaitan teramat suka suki/joget2 lagi.
Saya pernah dijemput oleh satu group ni.saya diam je sepanjang proses mereka.Mereka menjalankan kajian di sebuah rumah misteri di kawasan .....
Masa tu ada sorang sukarelawan,si speaky ni sukarela(tapi mcm tak berapa nak rela pun ada),adik speaky ni disuruh masuk dalam rumah tu,berada di posisi yang telah ditetapkan,Masa tu Jam betul2 12 malam.
Maka dari jauh mereka ni pun mengsekodeng dengan kamera & alat2 canggih untuk jejak hantu.Saya terkilan jugak yang jejak hantu bebas bercampur gaul lelaki & pompuan,bertepuk tampar,yang ahli paranormal kaum hawa pun blh tahan ketat bajunya.Macam mana nak jejak hantu,kalau kamu buat apa yang Allah larang.tapi malas nak cakap banyak,sy diam aje lah,,malas mak nak mengomplen.
Tetiba si speaky tu pengsan,kalut ributla group ni,,tapi dlm group tu,ada 2 org pemuda ni pandai dalam perubatan Islam,.Respek kat budak ni,muda lagi tapi matang.Budak speaky tu meracau-racau(dah hang lemah semangat,tak yah la sukatak rela masuk dalam).
Tetiba datang budak lelaki(macam bagus je lagaknya..aka org kelantan kata koya/syok sendiri).Dia datang pada saya,baik punya soklan dia tanya
"Akak ni sape?sapa ajak datang sini."
Saya:"akak datang dengan siti.....,dia ajak datang sini"
Budak tadi tanya lagi,"Saya nasihat akak balikla,kami ni kerja jejak hantu,benda2 misteri,kang akak pulak yang pengsan,menyusahkan kami pulak nanti"
Dalam hati saya("Baiknya budi bahasa,nak cari hantu ye,hang mulut macam hantu.")
Budak ni ingat saya nak sangat datang situ.kalau tak sebab sorang ahli group tu nak kenal saya & My BFF saya tu nak buat kajian,tak hingin saya nak pg sana,tido golek2 atas katil lagi best.
Si Speaky tu sedar sikt2 ala2 mamai.Kesian pulak tengok,
Mengeluhla group tu pasal tak dapat nak 'tangkap' kewujudan entiti tu tapi teruja sebab wujud entiti hingga berlaku rasukan.
Si siti my BFF pun kata tak lengkap kajian dia malam ni.
Aiii cik siti dan group paranormal tu,,kamu semua tak nampak ke 10 ekor setan yang dok dalam rumah tu.dan 5 jin nasrani yang dok mengendeng kat tepi kamera.serta 2 ekor hantu/setan yang dok tercongok kat atas bahu si speaky tu..tambah minah tak de muka,jin kelabu asap yang dok jeling kat atas atap rumah tu..
Rumah tu dh jadi tempat tinggal mereka.
Hmmm,,sebab tu baik saya diam dari berkata2.walau mungkin Allah bagi saya kelebihan nampak 'mereka',tak pernah terfikir dalam kepala otak saya,business plan saya untuk wujudkan group macam tu.wat penat je..nak jejak?tepi jalan pun melambak,,apakata letak kamera dalam disko & hotel2 murah,,melambak,budget tak cukup ruang campur pulak dengan geng2 syaitan manusia,,wahhh..cukup matching.
Untuk cari bukti 'mereka' tu wujud,?,hmmm dalil tentang jin dan syaitan melambak dalam Al-Quran,Malah Arwah datuk saya sendiri pernah masuk dalam masjid Jin di Mekah,masa beliau belajar kat Mekkah dulu.
Alam ghaib ini ada beberapa kategori. Yang tertinggi ialah alam malaikat. Kedua alam jin dan ketiga alam ruh muqaddasah. Malaikat diceritakan dalam Quran dan Hadis. Malaikat lebih dahulu diciptakan dari jin. Ia dijadikan dari cahaya manakala jin dicipta dari api. Oleh itu malaikat lebih ringan ciptaannya dari jin karena cahaya lebih ringan dari api. Sebab itu juga bilangan malaikat lebih ramai dari jin. Nisbahnya pada setiap sepuluh malaikat satu jin. Juga disebabkan malaikat dicipta dari cahaya, perjalanannya lebih cepat dari jin.
Jin pula lebih dahulu dicipta dari manusia. Kalau jin dijadikan daripada api, manusia dijadikan daripada tanah. Sebab itu manusia berbentuk jisim yang pejal, lebih lambat pergerakannya. Sebab itu juga jin lebih ramai bilangannya daripada manusia. Nisbahnya setiap sepuluh jin satu manusia. Malaikat lebih ramai dari jin dan jin pula lebih ramai dari manusia dengan nisbah 10:1 .
Saya bukan kata tak elok kumpulan paranormal ni,kalau minat teruskanlah.satu nasihat saya yang ilmu tak seberapa ni,jagalah batas pergaulan,bagi kaum hawa,tutuplah aurat,,apa guna anda menjejak sesuatu jika anda sendiri mengikut apa yang geng2 syaitan suka/membuat sesuatu yang jelas2 Allah haramkan.
Renung-renungkan dan selamat beramal
-Cicit Tok Raja Ali Haji(MEL Haslina Al-Idrus)
No comments:
Post a Comment