Thursday, October 27, 2011

Pahit manis ‘sura rumah’

Sura Rumah...(aku ingat panggil Mr Mama,,,rupanya sura rumah yer)



MENDAPAT sokongan penuh isteri, ia dianggap sebagai satu cabaran serta proses kehidupan yang perlu dilalui de�ngan cekal bagi membuktikan banyak kebaikan mengambil alih tugas isteri di rumah.

Inilah yang dilalui Mohamed Yusof Mohamad Amin, 47, sepanjang enam tahun bergelar ‘sura rumah’ yang menguruskan anak-anak dan kebanyakan kerja harian
di rumah ketika isterinya keluar bekerja.


“Saya tidak pernah berasa ia sesuatu yang menyu�sah�kan sebaliknya perkara itu amat menyeronokkan kerana membolehkan kita mengenali perkara baru.



“Boleh dikatakan saya kini ‘pakar’ dalam membeli bara�ngan keperluan harian rumah dan tukang masak handalan untuk anak-anak,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Baru, Kuala Lumpur.


Tidak dinafikan, proses peralihan ataupun tempoh bertenang di awal berhenti kerja dulu adakalanya membuatkan dia kelam-kabut kerana perubahan jadual harian, tetapi ia berjaya diatasi.

Bayangkan sepanjang 20 tahun, kebiasaannya pada waktu pagi adalah bangun
dan bersiap untuk keluar bekerja, tetapi tiba-tiba, rutin jauh berubah.

“Saya perlu cepat mencari keserasian bagi mengelakkan timbul rasa tidak selesa dengan keadaan baru itu dan alhamdulillah, isteri banyak membantu dan memberikan sokongan.

“Dalam masa singkat, keadaan itu mula berubah dan saya semakin mahir dengan kerja harian yang biasanya dilakukan suri rumah,” kata bekas kakitangan syarikat telekomunikasi ini.

Bagaimanapun, keputusan untuk berhenti kerja itu turut memberi kesan kepada sumber pendapatan keluarga kerana kini hanya bergantung pada perolehan sebelah pihak saja.

Paling terasa adalah anak-anak kerana jika sebelum ini mereka boleh mendapatkan apa saja yang diingini dalam sekelip mata, tetapi kini terpaksa membuat pertimbangan sewajarnya.

“Saya boleh katakan pendapatan diperoleh berkurangan sehingga tiga perempat daripada jumlah keseluruhan sebelum ini dan ia memberi kesan terutama kepada anak-anak.

“Ketika itu mereka masih belum memahami apa yang berlaku, namun ia tidak berlanjutan kerana secara berpering�kat, keadaan berubah dan kembali kepada asal walaupun masih tidak boleh berbelanja mewah seperti dulu,” katanya.

Bapa kepada tiga cahaya mata ini tidak pernah menyesali keputusannya untuk berhenti kerja kerana ia ada banyak kebaikan terutama kepada anak-anaknya.

Mohamed Yusof berkata, jika sebelum ini anak-anak hanya sempat bertemunya sesekali disebabkan kesibukan kerja yang memerlukannya keluar daerah untuk jangka masa lama tetapi kini, dia boleh menumpukan sepenuh perhatian memantau proses tumbesaran anak-anak.

“Kini, saya mampu memantau tahap pembelajaran anak dan melihat mereka membesar di depan mata sesudah 15 tahun saya tidak mampu melakukannya.

“Ia satu pengalaman yang sukar dibayangkan dan saya amat menghargainya sungguh�pun pada pandangan orang lain, ia mungkin sesuatu yang pelik melihat lelaki melakukan pekerjaan yang biasanya dilakukan wanita,” katanya.

Sungguhpun begitu, masih ada pihak yang masih menawarkan peluang pekerjaan dengan perolehan gaji yang memberangsangkan.

Bagaimanapun, ia hanya mampu bertahan lima hari kerana jiwanya kini sudah tidak berada dalam dunia pekerjaan seperti dulu.

“Saya tidak dapat merasakan keserasian untuk keluar bekerja seperti sebelum ini memandang�kan waktu yang dihabiskan bersama anak di rumah mengatasi segalanya.

“Walaupun gaji yang ditawarkan lumayan, saya tetap merasakan keputusan untuk tidak kembali bekerja adalah wajar dan perlu dilakukan demi masa depan anak,” katanya.

(dari harian metro)

Note:bagus sedara ni,,saya sendiri jadi suri rumah 2,3 minggu pun hampir sewel kejap,,sbb tak biasa,walau kata org alah bisa tegal biasa(mcm x betul je ayat),tapi saya tetap tak bisa...mungkin sbb mulut saya cotcet cotcet 24 jam,x bercotcet & jumpa org,sy tak blh hidup,tapi saya tak nk jadi ibu2 yg bercotcet kat taman permainan petang2 hari membawa ke maghrib,,,saya tak suka berkumpul sambil mengata org...(minta Allah juahkan saya dari jadi mcm tu)

No comments:

Post a Comment