Wednesday, September 7, 2011

CERITA HANTU

Lama sudah x jenguk dan update blog ni,dh bersawang,berhabuk n segala jenis ber....,,maklumla sibuk sgt dgn bisnes,,(orglain pun sibuk jdk),,tp sy ni jenis yg x blh buat benda lain masa tgh terlalu sibuk,,x per la,,apa2 la,,kena start brblogging balik la...nk refreshkan dgn cerita psl hantu,,ni bkn original story sy,,tp dari forum separa paramedic,,layan saja la,,,boring2.. :)






ASAL USUL HANTU

1. Hantu Raya - Berasal dari Tanah Melayu. Dipercayai terkorban di
dalam satu kemalangan jalan raya, sebaik saja keluar dari Pudu Raya untuk
pulang berhari raya... ... .kegemarannya mencuri kuih kuih raya. Tempat
menginapnya disyaki di balai - balai raya.

2. Hantu Langsuir - Dikenal pasti berasal dari Tanah Seberang.
Ceritanya bermula di suatu pagi raya bila seorang suri rumah sedang
memasang langsir lalu terjatuh dari tingkap, terus mati. Selepas itu, dia selalu
datang menjeguk langsirnya. Hobinya bermain aumm cak di tepi langsir.

3. Hantu Stokin - Berasal dari kawasan perindustrian Shah Alam.
Merupakan seorang taukeh stokin yang berjaya sehingga lupa rumah tangga.
Hidupnya asyik dengan stokin. Tidur stokin, makan stokin, minum stokin
sehinggalah kawan kawan menggelarnya Hantu Stokin.

4. Hantu Jerangkung - Di percayai berasal dari Tanah Besar China . Ia
bekerja sebagai penjerang kangkung di sebuah restoran. Hari hari kerjanya
jerang kangkung dalam sebuah periuk besar. Satu hari seorang kawan
menyergahnya dari belakang, kerana terlalu terkejut ia jatuh dalam periuk
itu. Perkataan akhirnya ialah 'jerang... ..kung', jadilah Hantu Jerangkung.
Hobinya mencangkung dan tempat tinggalnya dalam almari, sebab tu le ada
lagu 'Jerangkung Dalam Almari'.

5. Hantu Pontianak - Disyaki berasal dari India . Seorang lelaki, Mr.
Ponti mendapat seorang anak perempuan yang sangat hodoh. Orang kampung selalu menyindir anak ponti ini. Ponti punya anak - Ponti punya anak - Ponti punya anak. Ponti sangat malu dan mengurung anaknya. Selepas 5 tahun, anaknya keluar dari rumah dan terkejutlah seorang nenek, Oi!
Pontianak ... Lekatlah nama pontianak .

6. Hantu Penanggal - Seorang ibu tiri yang kejam, hobinya menanggalkan
kain anak tirinya selain kain lakinya. Dah terbiasa dia rasa seronok pulak.
Dia melebarkan hobinya dengan menanggalkan kain orang orang kampung.
Hebohlah satu kampung 'Lari..lari. .. ..Penanggal' . Bila dia melihat sesuatu
yang menarik seperti kurap, panau, kayap dan anu... ..dia pun mengilai
semahunya.

7. Hantu Pocong - Berasal dari Puchong. Nama sebenarnya Amat Garpu Bin Mat Sudu. Dia ni suka sangat menipu, senang cerita... kaki cong le. Bila dia mati terlompat lompatlah dia, nak pergi cong orang. Pucong! Pucong!

8. Hantu Kom-Kom - Berasal dari Hantu Komputer, macam korang yang suka main Komputer surf internat sampai 24jam hingga tak ingat dunia ..disebabkan suka main komputer hingga mati pun depan komputer,komputer, komputer� akhir sekali di sebutlah hantu Kom-KOM..shortcut dari Komputer jadi ler KOM.. sahaja... samala macam korangggg!!! !
hehehe... ..






Cara nak handle hantu
Bertemu hantu... jangan panik!!!� try� ikut tips ni...

Pocong
Hantu yang berbungkus macam lepat pisang baru masak ni memang mudah cari kelemahannya. Kita hanya perlu bukak tali pengikat di atas kepalanya dan tarik kain balutannya.
Sudah tentu dia akan berasa malu rana dia tidak
pakai apa apa pun, selain kain kapan pembungkusnya tu.
Langsuir
Dia ni suka pandang muka kita, jadi beranikan diri anda tenung balik muka dia sambil jelir-jelir lidah. Kalau tak pun tunjuk cermin muka kat dia, pasti dia tersipu-sipu malu.


Pontianak
Hantu yang suka ketawa. Kalau terserempak dengan dia, kita pun mestilah ketawa sama. Kalau boleh kita cuba mengilai lebih kuat dari dia, tentu dia boring.

Hantu Raya
Hantu ni suka beraya dan suka menyamar jadi tuan dia. Cara mengalahkannya senang saja, sambutlah hari raya tiap kali jumpa dia, bagi duit raya, ajak main meriam buluh, suruh� � kacau dodol atau jaga lemang. Tentu dia tak kacau kita sebab banyak kerja dan aktiviti lain dia nak buat.�


Hantu Galah
Hantu ni la yang paling tinggi di muka bumi. Kalau terjumpa dia, kita hendaklah meniarap. Pasti dia tak perasan kita ada disitu.


Jerangkung
Dia ni ada kulit tapi nipis. Tinggal rangka saja, dan paling mudah untuk menewaskannya. Kita hanya perlu tunjal dahinya dengan telunjuk dan lihat gerak-gerinya mengimbangi badan untuk berdiri tegak.


Toyol
Lagi senang kalau nak kalahkan dia, bagi duit satu sen berguni-guni. .nanti dia ingat duit emas, lepas tu dia pikul bawak balik bagi tuannya... lepas tu sah-sah lah dapat penampau Jepun dari tuannya kerana mana nak tukar duit satu sen banyak2 tu


Hantu Ponteng
Yang ni payah sikit nak cakap sebab, hantu-hantu ni cam korang lerrr..takder kerja lain asyik ponteng kerja, lepaih tu nengok e-mail..macam sekarang nih..sah-sah tengah ponteng nie..macamana nak jawab..korang sendiri gak jadik hantu..jadi bawak-bawaklah buat kerja ... .. gurau-gurau aje,,jangan mareee...

----Forum Paramedik Malaysia-----


No comments:

Post a Comment