Friday, September 9, 2011

Sani Oh Sani

Ramai dh tahu cerita ni,saja nak share lah....




Pada zaman dahulu di kampung Paku Laris iaitu sekampung dengan Pontianak Harum Sundal Malam... wujud seorang pemuda bernama Sani..

Sani amat ditakuti oleh penduduk kampung kerana kemisteriannya iaitu suka minum darah binatang dan boleh melayangkan dirinya diudara dan juga pengamal ilmu hitam...

Sehingga satu masa habis semua binatang berdarah dikampung itu dihisapnya... termasuklah lembu, ayam, kambing, hatta kucing parsi ketua kampung pun terlibat sama...

Penduduk kampung sudah tidak tahan lagi dengan keadaan tersebut lalu mereka membuat persidangan JKKK dibalairaya bagi mencari jalan penyelesaian ... Namun semuanya menemui jalan buntu...tapi tanpa disangka2 akhirnya terbunuh juga Sani setelah terhisap darah ayam yang terkena selsema burung...

Maka menghadaplah roh budak Sani tu tadi kat ketua dia yang berada di alam lain bagi mendapatkan pengampunan...

Sani : kapten ... sudilah kiranya engkau ampuni aku dan hidupkan aku semula..

Kapten Hantu : Boleh.. apa tak leh lak.. tapi kau sudah tidak boleh jadi manusia...

Sani : Susah2 je tuan ni.. tapi aku mintak supaya aku masih bole menghisap dan terbang.

Kapten Hantu : Ok.. lu pejam lu punya mata dan angkat tangan ke langit .. gua jadikan lu DRACULA !!!

Maka Sani pun menjalani kehidupan seperti biasa iaitu kacau sana dan kacu sini. Ramai penduduk kampung Paku Laris yang mati kena hisap darah. Penduduk kampung sekali lagi bersidang dan seorang bomoh dipanggil untik menyelesaikan masalah.

Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah juga. Sani ala Dracula tersebut berjaya ditangkap dan dibunuh dengan penuh sadis sekali oleh penduduk kampung. Jasadnya dikerat 24 dan ditanam di 24 tempat yang berasingan.

Maka mengadaplah Sani buat kali kedua...

Sani : Tuan.. aku mati lagi la..

Kapten : Tu la kau tak pandai cover line. Tapi nasib baik aku ni pemurah. Ok aku hidupkan kau balik. Tapi tak boleh dalam bentuk manusia.

Sani : Ok.. tapi aku masih nak menghisap darah dan boleh terbang..

Kapten : Orait.. aku jadikan kau NYAMUK...!!!

Maka Sani pun hiduplah seperti biasa walaupun dalam keadaan jasad yang berlainan. Kejahatannya terus berleluasa. Ramai orang2 kampung mati akibat jangkitan denggi sehingglah suatu hari datang Jabatan Kawalan Penyakit Bawaan Vektor datang menyembur gas. Maka kelam kelabut lah si Sani melarikan diri dan akhirnya beliau mati akibat terhidu gas beracun tersebut.

Maka dengan penuh segan silunya Sani mengadap Kapten Hantu buat kali ketiga...

Sani : Tuan...

Kapten : Sudah2 aku da tau hajat kau. Tapi kali ni kali terakhir aku boleh tolong kau. Aku hanya boleh jadikan kau benda tak bernyawa sahaja...

Sani : Tak de nyawa pun tak pa la tapi aku nak hisap darah dan bersayap jugak...

Kapten : ??? Pelik permintaan kau ni... Aku meeting dulu ngan PA aku...

Setelah beberapa hari bermiting, maka dapat la satu benda yang sesuai untuk
sani ditukarkan keadaannya....

Kapten : Sani ... kau jaga diri baik-baik.. aku yakin kau akan wujud sampai bila-bila.. aku jadikan kau ....


....TUALA WANITA BERJENAMA SaniTA iaitu dengan ciri-ciri penyerapan darah 2 kali ganda dan and wing...

1 comment: