Sunday, September 11, 2011

Saka lagi?

Dah x der cerita lain ker,,asyik2 saka jer(kata orang),sebenarnya sy nak menjawab persoalan beberpa individu..post ni di ambil dari blog PUTERI,pusat rawatan islam di rawang,Selangor




Selagi kita ini bernama manusia tidak ada seorang pun yang akan terlepas daripada serangan dan gangguan makhluk halus ini, kerana makhluk halus ini lebih ramai daripada manusia dan boleh di andaikan nisbahnya 1:9 manusia hanya - 1, manakala makhluk halus ini ada - 9. Gangguan yang berlaku terhadap manusia itu juga adalah sebahagian daripada kerja dan tugas, sebab itu ia mohon kepada Allah swt untuk panjangkan hayat mereka hingga kiamat nanti, kerana mereka ingin terus menyesatkan dan untuk mengganggu manusia didunia ini. Sudah pasti tiada seorang pun yang akan terlepas daripada gangguan tersebut. Sebahagian daripada manusia ini telah diganggu sejak dari dalam kandungan ibu lagi sehingga mereka di lahirkan dan membesar tanpa disedari makhluk ini telah pun berada dalam diri kita.

Walaupun setengah masyarakat berpendapat dan menyatakan mereka menafikan terdapatnya gangguan oleh makhluk halus ini, tetapi itu hanyalah andaian semata-mata, sebenarnya gangguan itu telah pun berada pada setiap manusia, hanya kita sahaja yang tidak menyedarinya atau belum merasainya gangguan tersebut, semakin meningkat dewasa semakin hari samkin terasa dan gangguan tersebut akan terserlah juga akhirnya. Bila terserlah atau terzahirnya PUNCA yang menyebabkan SAKIT ini akan berlaku lebih daripada tiga PUNCA yang menyebakan diri kita akan terasa SAKIT termasuk di merata anggota dan tubuh badan. Penyakit yang paling mudah di temui seperti migrain, sakit sendi-sendi, sakit pinggang, bisa-bisa badan, kekejangan sewaktu sedang tidur dan kebas-kebas jari tangan dan kaki.
Gangguan ini bermula daripada dalam keluarga kemudian jiran tetangga, sahabat dan kenalan serta yang datang menumpang (Puaka), gangguan yang berlaku ini bukan lah daripada yang zahir melakukannya tetapi yang ghaib yang mengekori dan yang menumpang pada diri dan keluarga serta sahabat handai yang mengambil peluang dan berfungsi dengan kesempatan yang ada.





PUNCA MENYEBABKAN GANGGUAN
1.Saka keturunan melibatkan pengagihan makhluk halus sebagai penjaganya
2.Saka JELMAAN - Satu makhluk yang serupa dan mengawal seluruh ahli keluarga (memang ganas)
3.Saka Adat - mengamal adat-adat tertentu dari semua bangsa untuk keluarga atau keturunan
4.Termakan minum dan akibat daripada santau dan pelaris dalam makanan
5.Amalan dan tuntutan ilmu kebatinan (Pendinding, Penunduk, Pemanis dan sebagainya)
6.Mengambil atau menuntut ilmu-ilmu kebatinan yang mempunyai khadamnya
7.Pengunaan tangkal, azimat, hizip dan yang mempunyai khadamnya
8.Khadam yang ada pada pasangan akan memakan pasangan masing-masing dan ahli keluarga
9.Disampuk, tersepak, terlanggar, mainan sihir, akibat rasa dengki, mandi bunga dan susuk
10.Khadam yang ada pada anak akan memakan adik beradik, ibu bapa dan keluarga yang lain
11.Khadam yang ada pada bapa / ibu saudara akan memakan ahli keluarga yang lain
12.Khadam diperolehi daripada bertapa samada dari gunung, bukit, paya, kampung, dilaut, hutan. gua, kubur, makam dan sebagainya juga memberi kesan sampingan terhadap ahli keluarga.


Gangguan yang berlaku terhadap manusia ini mempunyai pelbagai peringkat dan kumpulan masing-masing dengan tujuan masing-masing untuk menjalankan aktiviti jahat mereka. Makhluk halus ini mengwujudkan gangguan ini kebiasaannya mereka bukan bersendirian. Mereka mempunyai kumpulan-kumpulan tertentu untuk mengekori dan menduduki tubuh seseorang yang di khianati. Ada kumpulan yang kecil dan ada pula yang berada dalam kumpulan yang sangat besar dan mempunyai ramai pembantu untuk melakukan pengkhianatan terhadap manusia.


KESAN AKIBAT DARIPADA SAKA
Akibat daripada saka keturunan dan tuntutan ilmu melalui pertapaan serta amalan ilmu kebatinan yang ada khadamnya iaitu Iblis, Syaitan dan Jin, yang telah menyebabkan beberapa perkara terjadi dan berlaku didalam masyarakat TANPA disedari terhadap keturunan atau ahli keluarga tersebut. Walaupun terdapat semakin ramai yang sukar untuk menerima hakikat kebenaran ini, tetapi perkara ini tetap akan belaku dan terus berlaku di dalam masyarakat terhadap manusia, tanpa mengambil kira samada sesorang itu PERCAYA atau TIDAK ianya berpunca atau berkait rapat dengan amalan ilmu kebatinan yang berasaskan khadam..?



Hakikat kebenaran ini dapat diperlihat dan dizahirkan oleh pengkhianat (Iblis, Syaitan, Jin dan Roh-roh Jahat) terhadap manusia melalui bebarapa kejadian yang telah berlaku didalam masyarakat, iaitu melalui kecacatan anggota tubuh dan penyakit yang kronik seperti:-

GEJALA GANGGUAN

a) Menunjukkan kelibat kehadiran
b) Mimpi yang menakutkan
c) Berasa cepat marah
d) Keras kepala / Degil
e) Sikap melawan
f) Muka menjadi kusam
g) Ketindihan semasa tidur
h) Gangguan fikiran
i) Terdengar bisikan
j) Kerap murung
k) Menjadi binggung / Bodoh
l) Persengketaan rumah tangga
m) Barang letrikdan letronik cepat rosak(sbb gangguan dr isim saka)
n) Gangguan pelbagai penyakit

GEJALA PENYAKIT
a) Anak mati dalam kandungan
b) Anak lahir tidak cukup bulan
c) Anak dilahirkan cacat anggota
d) Anak lahir tidak cukup sifat
e) Penyakit Sindrom down
f) Penyakit gila dan sawan
g) Penyakit migraine
h) Penyakit kencing manis
i) Systemic Lupus Erythermatosus (SLE)
j) Penyakit Lumpuh
k) Penyakit pekak dan bisu
l) Serangan penyakit secara mengejut
m) Sakit tulang belakang
n) Penyakit buah pinggang
o) Penyakit bisa-bisa badan
p) Penyakit kebas-kebas tangan dan kaki




RACUN DALAM BADAN
a) Santau
b) Jarum berkarat
c) Serpihan kaca
d) Duri-duri beracun
e) Paku karat
f) Dedaun berduri dan berbisa
g) Getah berbisa
h) Miang buluh
i) Pelbagai minyak yang dijampi
j) Kapur (untuk menutup saluran darah)
k) Nasi tangas (Nasi kangkang)
Racun ini dibawa masuk, diletak dan tinggalkan didalam badan secara ghaib oleh makhluk halus tersebut yang bertujuan untuk merosakkan dan memusnahkan organ-organ manusia TANPA disedari oleh manusia tersebut kecuali yang dapat melihat (terbuka hijabnya) dengan izin Allah SWT. Apabila racun-racun tersebut telah mula berfungsi maka seseorang itu akan berasa kesakitan pada anggota tubuhnya dan akan berasa tiada keselesaan dalam berbagai keadaan dan bergantung keada kekuatan racun-racun tersebut melaksanakan fungsinya.

No comments:

Post a Comment