Wednesday, June 22, 2011

.....MAKA RAMAILAH YANG NAK KAWIN 2,3,4


Dalam Harian Metro,edisi timur hari ini...KERAJAAN KELANTAN SEDIA BAGI INSENTIF KEPADA SUAMI BERPOLIGAMI.

Cadangan untuk bagi insentif ni sebenarnya cadangan dan usul masa persidangan DUN,dan penyokongnya ramai...Maka bertambah ramai lah lelaki2 Kelantan yg bercita2 untuk memasang bini kedua,ketiga dan ke empat..Hisssh,,,saya sebenarnya tak berapa setuju dgn cadangan tu,,macam nak menggalakkan lelaki berpoligami..Poligami tak salah...tapi menjadi salah sebab yang berpoligami itu sendiri sebenarnya tak mampu zahir,batin juga tak mampu berlaku adil...Ada banyak kes lelaki yang kawin 2,3 tapi isteri2 yang kena tanggung si suami,,tanggung perbelanjaan isi rumah,,sementara si suami sedang rancak nak tambah lagi bini ke 3.

Kenapa nak bagi insentif pada lelaki yang nak berpoligami..Dah sah2 yang nak berpoligami tu kena ada kemampuan,duit pun banyak la kan?.Baik lah bagi insentif tu pada rakyat2 kelantan yng melambak-lambak lagi tak cukup makan,,kdg2 mmg tak makan.
Tadi masa baca paper,,suami sy sengih2...."Aiii,,ada hati jugak ker?.Awk tu org Perak,,dok Kelantan x sampai 3 thn pun,,jgn nak perasan la."

"Eh lelaki boleh kawin sampai 4 tau."
"Yang boleh kawin tu,,mampu zahir,batin,mampu berlaku adil,,,Ni ramai yang kawin sbb nafsu je,,yang merana isteri2,dan anak2...Lelaki ni rambang mata je,padahal nafkah batin pada bini pun semput,nak bagi duit seratus dua kat bini beli barang dapur pun berkira."
Sambung saya lagi "Nabi kawin ramai untuk tolong wanita2,,kawin dgn janda,,yg mati suami,,yang anak ramai..tp lelaki skrg nk ikut sunnah nabi tp carik anak dara,,sembahyang pun kdg2,,sunnah Nabi sgt la.Lagipun kalau mampu kawin ramai,,nak insentif buat apa lg..nak galakkan yg tak mampu pun kawin jgk,,boleh seksa nak bini yg mmg tak cukup makan pun selama ni"

Suami sy senyum..."Amboi,,panjangnye komen,,,awk jadi calon politik la,,sesuai sgt."

"Sayang oi,,sy bkn ckp psl politik,,tapi geram,bila yg x mampu pun ada hati nak kawin ramai,,lps tu abai anak bini,,blh dpt insentif pulak,,Kalau bg insentif pada ibu2 tunggal ke,,anak2 yatim,org2 miskin ke,suami2,bapa2 contoh ke,,tak pe sikit."

Suami sy gelak jer..."Aiii,,sy ni nak layan kerenah dan ceramah awk pun penat,,nak jaga awk sorang pun letih,,kalau kawin 2,,biul la sy."
"Eleh ckp jer la...awk nk kawin 2,,sy bagi,,dgn syarat,,bg sy rumah harga 1/2 juta,,kereta harga suku juta,,atas nama sya semua tu,,dan bg sy elaun 5,6 ribu sebulan,,kawin la,,smpai 4 pun,,sy tak kisah..he..he..he..boleh?."

"Tu bukan bg kawin,,tu suruh sy terjun lombong,"suami sy gelak2 lagi...

TAU TAK PE.....
Begitu la serba sikit efek berita hari ni,,sy yakin ramai yg tak setuju,sbb mcm sy ckp tadi,,yg nak kawin 2,3 tu mestila berkemampuan,,duit mesti ada,,jd buat apa nk bg insentif lagi,,mcm nak galakkan yg tak mampu pun tambah bini 2,3.Terseksa anak bini yang mmg x pernah cukup makan.
Ada suara yang cakap,,ala tak de apa la,,cuma nak pilihanraya,nak pancing pengundi,,,mmm,,,sy tak rasa mcm tu,sbb mereka akan hilang ramai pengundi wanita,,,,jd fikir2kan lah.. Saya tak minat dengan politik,,pendapat sy pun bukan sbb politik,cuma pendapat seorang wanita yang mengetahui perkembangan semasa,betapa poligami kdg2 menganiayai wanita,bila lelaki yang berpoligami tak layak berpoligami,tapi ada hati nak kawin 2,3,4..tak mampu berlaku adil,sampai anak2,bini2 terabai,keluarga tunggang langgang.Institusi kekeluargaan hancur.

Kalau betul2 ikut sunnah nabi,kawinlah untuk selamatkan dan jaga wanita seperti ibu tunggal yang ramai anak,miskin,yang andartu ke,dan lelaki itu pula berkemampuan zahir dan btin,juga mampu berlaku adil...Poligami tak salah,,yang salah ialah orang2 yg berpoligami tapi tak faham konsep poligami yang sebenarnya.....

P/S:ini cuma pendapat peribadi,,bkn burukkakn org atau sebagainya...pendapat seorang rakyat

8 comments:

  1. huhuhu..atas alasan aper ek kearajaan kelantan nak bagi insentif kat lelaki2 yg nak berpoligami tu, kalau bagi insentif kat bini yg terpaksa terima madu tu ada jugak kekdahnya kan????
    setuju x?xetuju x?

    ReplyDelete
  2. setuju sangat dengan pendapat Mel ni... fikir2 kan lah!

    ReplyDelete
  3. ya..bg insentif pada yg bermadu,,insentif jiwa kacau..he..he..he..

    ReplyDelete
  4. ya la kan..tah apa apa la skrg ni..poligami pun nak bg insentif!! banyak benda lg yg patut buat dgn duit tu kan.

    ReplyDelete
  5. saya juga penin ng statement depa ni..Byk lagik tempat lain depa ley salurkan insentif

    ReplyDelete
  6. kalau dah terima insentif, komfomlah yg tak berkemampuan tu... hai, nak tambah berapa ramai lagi anak dan isteri yg menderita, yang tak cukup makan malah yg tidur tak tentu rumahnya

    banyak lagi tempat yg lebih afdal untuk disalurkan wang insentif tu

    lain macam je cadangan tu!

    ReplyDelete
  7. ramai lelaki yg suka ibu tunggal yang muda, cantik, kaya, glamour hehe

    ReplyDelete
  8. amboi cik li:aiii ada hati ker,,he,,he,,dah muda,cantik,kaya,glamer,,dah lebih pakej tu,,walaupun ibu tunggal..ala anak dara pn bkn konpem ada dara,,,baik abk ibu tunggal trus....

    kepada kaum wanita yg bg komen:compius sunggh dgn tektik poligami org yg x layak poligami ni,kan?

    ReplyDelete