Friday, June 24, 2011

PENGGUNAAN MINYAK WANGI DALAM RAWATAN



Kadang2 ada yang bertanya dan hairan,,kenapa setiap kali saya hendak memulakan rawatan mengurut orang,merawat org 'sakit,dan setiap kali hendak tidur,saya mesti akan pakai minyak wangi..sekarang saya ingin jawab,,jawapannya saya sudah tahu,,dan artikel ini saya dapatkan dari persatuan perawat islam,,untuk mengesahkan lagi bagaimana minyak wangi sebenarnya berfungsi dalam perawatan islam.

Di dalam kitab perubatan Islam berbahasa arab -"al Minhajul Qurani lii’laji as Sihri wal massi as Syaithani” karya Sheikh Usamah Muhammad al Audi, Mesir menyatakan satu teknik perubatan menggunakan teknik penggunaan minyak wangi:

“Kebanyakan jin benci kepada bau yang wangi kerana jin sangat menyukai bau yang busuk. Bau yang busuk sangat ‘menyegarkan’ jiwa dan secocok dengan naluri kejiinnan mereka.

Oleh itu teknik yang amat praktikal ini sangat mujarab untuk semua jenis gangguan terutamanya gangguan jin ‘asyiq’. Jin asyiq adalah jin yang berdamping dengan seseorang kerana jatuh cinta dengan manusia tersebut bahkan ada yang mendakwa telah berkahwin dengan pesakit!

Tekniknya adalah;

1. Pesakit hendaklah sentiasa memakai minyak wangi di kemaluan depan dan belakang sama ada lelaki atau perempuan.
2. Memakai minyak wangi pada semua pakaiannya terutamanya pada waktu tidur. Jangan sekali-kali tidur tanpa memakainya. Apabila hendak membasuh pakain tersebut pakaian yang baru hendaklah dipakaikan minyak wangi dan pakailah pada waktu tidur.
3. Pesakit hendaklah memakai minyak wangi di ‘32’ point di tubuh badannya setiap malam. Point tersebut adalah:

20: Di semua hujung jari tangan dan kakinya. Antara kuku dan kulit.
2: Dua lubang hidung.
2: Dua lubang telinga.
2: Dua kening berdekatan mata.
1: Sekeliling mulut.
2: Dua puting payu dara.
2: Dua kemaluan depan dan belakang. (kubul dan dubur)
1: Lubang pusat.”
(bilangan huruf adalah bilangan titik @ point di mana minyak harus disapu)
Jika anda perhatikan semua point tersebut adalah rongga-rongga yang terdapat di tubuh badan kita. Inilah tempat masuk dan keluar makhluk jin ke dalam tubuh manusia.

Sekiranya jin ingin mendekati maka ia akan menjauhkan diri kerana bau wangi. Sekiranya ia telah ada di dalam tubuh badan, insya Allah ia akan keluar kerana tidak tahan dengan aura aroma bau wangi tersebut….

Adapun minyak wangi terbaik untuk tujuan ini adalah ‘Rose Dimasyq’ dan ‘Kasturi Hitam’. Lebih-lebih lagi kalau diruqyah / dijampi
Nota tambahan:bagi orang Kelantan,minyak wangi tersebut banyak di jual di Jaafaar Rawas,sesetengah kedai yang menjual alatan ibadah. Minyak kasturi adalah minyak yang terhasil dari kijang jantan.
Di dalam dunia ini, hanya terdapat lima jenis haiwan yang menghasilkan kasturi iaitu kijang jantan, lembu, musang, kura-kura dan tikus. Paling popular adalah kasturi kijang jantan yang hidup di pergunungan Himalaya.


Kasturi diangkat sebagai penawar ajaib di kalangan masyarakat konvensional di Nepal, Pakistan, Siberia dan Mongolia.

4 comments:

  1. tp... sy elergic dgn myk wangi....
    pakai je bersin2....
    bnda wangi lain tak leh ke??
    lotion ke.... huhuhuhu

    btw.. tajuk tu ade sedikit kesilapan... hehehe

    ReplyDelete
  2. kalau cam ni buat byk stock lah minyak wangi,takut kehabisan.tapi berwangi2an utk suami pun dituntut...

    ReplyDelete
  3. OOO...macam tu cara yg betul pakai myk wangi ek..
    akan di praktik ni..
    tq for the info..

    ReplyDelete
  4. sab:ha..ha..sekali ratawan ler,,bkn rawatn,,minyak wangi ni,,minyak wangi kasturi,,bkn yg biasa,,try dulu,,x ok jgk,,pos kat i ye,,heee
    ct:yeh,,,rs busuk jer,,sembur,,busuk jer,,sembur,,40 kali suami muntah,,,heee
    bionic;try jgn x try

    ReplyDelete