Thursday, June 23, 2011

TRANSFORMASIKAN DIRI KITA (1)...JOM..ADA BERANI

yang telah berlalu mustahil untuk kita putarkan kembali

Jom transformasikan diri kita(kasi tukarla bagi sikit eloks)..ingatan dan note utk diri saya sekali..seperti kata2 ini..."Setiap detik,hari,minggu,bulan,tahun yang telah berlalu mustahil untuk kita putarkan kembali..Pandanglah hari depan dgn sejuta keazaman dan harapan"..Sbb saya tak pandai nak cerita pasal naikkan trafik blog,sbb trafik saya pun kureng,,sbb jarang2 buat entry,,jadi sy entrykan list2 ni,,sekadar panduan utk diri semua dan diri saya jugak.

1)ANDA CANTIK!(pompuan lah,,yg lelaki jgn perasan cantik pulak,,perasan hensem ke segak ker,macho ker tak pe)

-Penting untuk berfikir secara positif dengan mengatakan diri anda cantik,hensem,segak,macho,jelita,cun...kerana kecantikan itu adalah subjektif...ubah tanggapan yg buruk tentang diri kita..bukan untuk kebaikan org lain,tapi diri kita sendiri..tak salah puji diri sendiri..tak kena bayar pun

2)Tampil kemas dan bergaya..Ini penting untuk membuatkan anda merasa yakin pada diri sendiri. Dan membina keyakinan org lain terhadap anda.Kemas dan bergaya tidak bermakna anda perlu memakai pakaian mahal @fesyen tak ingat dunia..kemas dalam eri kata sebenar,,tidak serabai,selekeh..dan smelly.

3)Lebih banyak bergaul dgn orang2 yang bersikap positif dan berpemikiran positif

4)Jangan ungkit @ kenang kembali kesalahan @ ketelanjuran yg lepas.Perbaiki diri dan muhasabah diri.Jadikan kenangan lalu pengajaran yg bermakna.

5)Banyakkan senyum..Jangan pulak duk sorang2 pun senyum sendiri..nanti orang lain pulak yang lari sbb ingat anda ting tong.

6)Usahakan agar 'rohani' anda cantik.Bimbingan rohani penting kerana ia mempengaruhi pemikiran dan digambarkan melalui tindakan.Pendek kata rajin2 la solat.

7)Anda mahu dilihat sebagai orang yang ber'wibawa'. Jangan takut tonjolkan kebolehan diri agar dapat membentuk 'branding' diri anda. Bukan barang je kena ada brand,,kita pun kena ada 'brand' barulah tertonjol kebolehan diri.

8)Jika selama ini sembahyang tak pernah cukup waktu,,cukup2kanlah..Sembahyang dan membaca Al-Quran adalah terapi terbaik untuk umat manusia. Jika selama ini sembahyang anda hanya 5 waktu,,apa kata kita tambahkan lagi,,sembahyang2 yang sunat,amalan2 yang sunat...tak ada masa...di mana ada kemahuan di situ ada jalan...

9)Murah dengan belaian kasih sayang kerana pengasih dan penyayang adalah sifat Allah. Jika kita mengasihani orang lain,orang lain juga tidak akan lokek dengan kasih sayangnya.Jika kita menghormati orang lain,orang akan hormat pada kita...

10)Buangkan sifat dengki mendengki,,jeles menjeles,cemburu dgn kejayaan orang lain..Jadikan kejayaan orang lain motivasi serta pembakar semangat untuk anda menjadi lebih berjaya...

11) Jangan pendam masalah.Itu bukan jalan penyelesaian.Jangan lari dari masalah. Berdepan dan cuba selesaikan,anda akan merasa lega..Ingat pada Allah dan berdoa,,Insyaallah,,ada jalannya(mcm lagu Maher Zain la pulokss).

12)Jaga kebersihan diri,,,jangan bagi badan kita berbau,nanti ada yang lari...kalau jarang2 mandi,,mandi le,,x salah mandi agar kebersihan dapat dijaga,,badan kita pun terasa segar sentiasa.Pakai wangi-wangian yg sesuai dengan angin kita,,jangan sembur wangi2 tapi kepala pulak yang sakit,,,nanti kita belajar part ni lain kali..

13)Sentiasa belajar mempertingkatkan pengetahuan..walau pun anda seorang suri rumah..atau sedang tanam anggur,,selalulah tambah pengetahuan..Sekiranya anda suka menjahit,memasak,bercucuk tanam,dan sebagainya,,lakukan lah,,anda juga dapat menjana pendapatan dari pengetahuan itu...Contoh saya sendiri,,kerana sgt suka makan dan memasak,,akhirnya saya ada syarikat ketering sendiri,,walau small-small,ciput2, tidak gah dan tersohor,,tapi saya ttp puas hati,,Jangan sia-siakan pengetahuan dan kemahiran yang kita ada.

14)Berfikiran terbuka,terimalah nasihat orang lain dgn terbuka,boleh tegur menegur,,,saling ingat-mengingati.

15)Tetapkanlah matlamat diri kita,selepas kita benar2 jelas dgn apa yang kita inginkan,,samada dalam kerjaya,percintaan,keluarga,kewangan,agama dan sebagainya.

16)Capai cita2 tanpa had..Usaha,,kemudian tawakkal dan berdoa pada yang ESA.

17)Lebih banyak simpan idea dan tak berani meluahkan kerana takut dikeji dan ditertawakan,,Rugi woo.Catat idea anda,,,jangan simpan jadi pekasam,bukan boleh makan pun,,ramai yg berjaya,,ditertawa kala memberi idea mereka,,tapi mereka akhirnya berjaya,,yg ketawa,,diam seribu bahasa.

18)Duit tak boleh dibawa mati..Hulurkan bantuan dan sedekah secara material atau kudrat,,,Tindakan ini akan mengembangkan aura kasih sayang.

19)Sentiasa bersyukur dengan apa yang anda ada.

20)Hargai diri kita sendiri dan mereka2 yang berada disekitar kita...

BERSAMBUNG....

2 comments: